Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Venezuela – Seorang remaja yang bercita-cita menjadi Miss Venezuela bukan sahaja melakukan pembedahan hidung dan implan payu dara, malah sanggup menjahit plastik di lidahnya, bertujuan memastikan dia sentiasa kurus.

Maya Nava ketika mendedahkannya berkata, apabila plastik itu dijahit ke lidahnya, dia akan berasa sangat sakit apabila makan makanan pepejal.

Dia hanya boleh makan makanan berupa cecair dan sungguhpun ia merupakan sesuatu yang menyakitkan, namun Maya berpendapat itu sahaja cara untuk memastikan dia kekal langsing serta berpeluang menjadi ratu cantik.

“Saya berasal dari keluarga miskin dan saya mahu orang ramai tahu bahawa kami juga boleh berjaya.

“Hanya dengan menjadi ratu cantik, maka ia dapat mengubah nasib saya dan keluarga saya serta keluar daripada kemiskinan ini,’’ katanya ketika ditemubual BBC 3.

Harapan tinggi Maya itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia menetap di Santa Cruz, iaitu kawasan di mana pembunuhan berlaku setiap 40 minit.
Dengan memenangi Miss World, karier mereka dalam bidang hiburan akan berkembang dan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.

Maya merupakan antara peserta yang menyertai kem kecantikan yang ketat yang diselia oleh Osmel Sousa.
Dalam kem itu, mereka sentiasa diawasi oleh kamera dan pembedahan kosmetik merupakan perkara rutin.


Sembilan remaja perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun di Singapura, memakai bikini sebelum berjemur di Pantai Sentosa Siloso, Sabtu lepas.
Tetapi mereka mendakwa terkejut apabila sekumpulan lelaki berbangsa asing dipercayai dari Asia Selatan tiba-tiba mengerumuni mereka lalu mengeluarkan telefon bimbit seterusnya mengambil gambar.

Remaja tersebut cuba meminta kumpulan lelaki itu berhenti mengambil gambar dan meninggalkan mereka namun tidak dipedulikan.
Keadaan dikatakan tidak berubah walaupun selepas pasukan pemantau pantai tiba. Mereka hanya bersurai selepas melihat kedatangan anggota polis bantuan.

Rasanya, kumpulan lelaki berkenaan teruja sangat sebab tak pernah nampak perempuan seksi begitu di tempat awam di negara mereka agaknya.
Tapi yang perempuan pula, kalau dah malu atau tak suka dijadikan perhatian siapa suruh buat ‘show’ kan?


Johor Bahru: Hukuman denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai, dekat sini, supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas dipercayai menyebabkan murid berkenaan tertekan dan tidak lama kemudian, dia didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.

Dalam kejadian jam 1.40 petang, 5 Februari lalu, murid tahun lima dikenali sebagai Aziz yang juga pengawas sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai, didenda guru kelasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran.

Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya.

Bapa murid itu dikenali sebagai Mohamad, 50-an, mendakwa selepas kejadian, pengurusan sekolah menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa Aziz kerana difahamkan dia terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas didenda guru kelasnya.

“Dia dikelilingi sekumpulan murid perempuan menyebabkannya malu serta tertekan,” katanya.

Mohamad berkata, dia diberitahu isterinya anak mereka terjatuh dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 1.50 petang.
Bagaimanapun, menurutnya dia tidak pasti sama ada Aziz terjatuh atau sebaliknya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

“Saya sudah bertemu pengurusan sekolah, namun tidak mendapat maklum balas memuaskan.
“Kedua-dua kaki Aziz patah dengan kaki kirinya patah di dua bahagian,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum dengan kejadian berkenaan dan berharap pengurusan sekolah melakukan siasatan serta memberi penjelasan penuh kepada keluarga murid itu. – myMetro


ALOR GAJAH – Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka.

Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima panggilan daripada jiran suspek pada pukul 3.00 petang semalam memberitahu suspek telah datang ke rumahnya dengan bersenjatakan pisau dan mengugut mahu mencederakannya.

“Sepasukan polis lalu dihantar ke lokasi kejadian namun suspek telah mengurung diri di dalam rumahnya. Anggota polis telah ditempatkan di kawasan rumah suspek bagi mengawasinya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata pada pukul 9 malam, suspek telah keluar daripada rumahnya dengan memegang senjata tajam di kedua-dua belah tangan dan melibaskan senjata itu kepada orang awam dan anggota polis.

Mohamad berkata lelaki itu kemudiannya menaiki motosikal dan lari bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran.

“Pihak polis cuba memujuk mangsa untuk menyerah diri selama kira-kira 10 minit dan pada pukul 9.30 malam, suspek tiba-tiba meluru keluar lalu cuba menyerang anggota polis.
“Untuk mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek mengakibatkan suspek rebah ke tanah,” katanya.

Dipercayai suspek mahu mencederakan jirannya kerana marah jirannya itu pernah mengintai isterinya mandi. – BERNAMA


Seorang lelaki di Marsden, dekat Brisbane, Australia dihadapkan ke mahkamah selepas didapati memberikan dadah seterusnya menggunakan katak bagi mencabul isterinya secara seksual.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya atas alasan undang-undang itu dicaj dengan tuduhan rogol dan kekejaman terhadap haiwan.

Dia turut didakwa melakukan banyak lagi kesalahan jenayah antara 2005 hingga 2012 termasuk serangan seksual, memabukkan mangsa serta mengambil gambar dan rakaman yang dilarang sebelum mengedarkannya di emel dan laman web.

Antara rakaman yang diambil dan diedarkan suspek adalah adegan seks dilakukannya terhadap si isteri yang tertidur di samping seekor katak berwarna hijau.
Video itu kemudiannya dikongsikan di laman porno.


Bengal: Seorang lelaki yang mempunyai ekor berbulu sepanjang hampir 37 sentimeter mungkin boleh dianggap ‘bernasib baik’ kerana dianggap sebagai dewa oleh penduduk kampungnya.

Chandre Oraon, 35, dilahirkan dengan rerambut yang tumbuh berhampiran punggung dan enggan memotongnya sejak kecil.

Keanehan itu menyebabkan penduduk tempatan yang menganut kepercayaan Hindu percaya dia adalah kelahiran semula dewa monyet, Hanuman.

Sesetengah penganut Hindu yang ingin “menyembah” Chandre sanggup datang dari jauh ke rumahnya dan menghabiskan masa beratur bagi mendapatkan restu dengan menyentuh ekornya.

Rumah Chander terletak di Alipurduar, Bengal Barat.

Chandre yang bekerja sebagai pemetik daun teh berkata, dia tidak keberatan mendapat penghargaan sebagai dewa.

“Saya tak kisah kerana ia anugerah tuhan,” katanya.

Selain ekor itu, reputasi Chandre semakin tinggi kerana keupayaannya memanjat pokok dengan mudah dan pantas seolah-olah seekor monyet. Antara orang yang datang ingin mendapatkan ‘restu’ Chandre ialah Monika Ladka.
Kata Monika, bayi lelakinya sentiasa mengalami masalah kesihatan walaupun sudah diberi pelbagai ubat.

“Selepas bertemu Chandre, bayi abang saya pulih dalam masa yang singkat,” katanya.

Justeru, kata Monika, mereka percaya Chandre adalah kelahiran semula Dewa Hanuman.

Tambahan pula, katanya, menurut cerita masyarakat setempat Chandre lahir pada Hari Hanuman. Sementara itu Chandre berkata, ada doktor pernah menawarkan untuk membuang ekornya tetapi dia menolak.

“Ketika kecil ibu pernah memotong ekor ini namun tidak lama kemudian saya demam panas dan sakit teruk. “Kata ibu, saya hampir mati,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Keadaan berkenaan menyebabkan penduduk kampung terbabit mencadangkan kepada mereka supaya membiarkan saja ekor itu tumbuh memanjang dan sehingga kini ia berukuran kira-kira 36.8 sentimeter. - Agenda




JEMPOL - Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bertindak menanggalkan pakaian seorang warga Indonesia selepas menyamunnya, petang kelmarin.
Tindakan itu dilakukan selepas dua penjenayah berkenaan tidak berpuas hati dengan hasil samunnya, kerana hanya memperoleh wang tunai RM500 dengan sebuah telefon bimbit pintar jenis Samsung.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang, mangsa berumur 23 tahun datang dari Pasir Besar, Gemas ke Pekan Bahau secara sendirian atas urusan perbankan.

Menurutnya, selepas selesai urusan di bank mangsa berjalan ke sebuah pasaraya dekat sini, namun secara tiba-tiba dia ditarik masuk ke  dalam sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki berumur 20-an.

“Ketika dalam kenderaan mangsa telah dipukul di bahagian kepala dan dipaksa menyerahkan semua barang berharga.

“Suspek memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dengan menunjukkan pelekat Polis Diraja Malaysia dekat cermin hadapan kenderaannya,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, kedua-dua suspek yang memakai pakaian kemas itu seterusnya membawa mangsa sehingga ke Air Hitam, lalu meninggalkannya di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit.

“Bagaimanapun, suspek bertindak menanggalkan pakaian mangsa untuk memeriksa barang berharga yang terdapat di badan mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil yang disamun.

“Semua dokumen mangsa dibakar di tepi jalan kecuali dokumen perjalanannya (pasport). Manakala pakaian mangsa dicampak di tempat sama,” katanya.

Hamzah berkata, mangsa terpaksa berjalan sejauh kira-kira 8 kilometer untuk ke Balai Polis Bandar Seri Jempol bagi membuat laporan kira-kira jam 4.30 petang.

“Kami sedang mengenal pasti kenderaan yang dinaiki suspek, dan kita buka kertas siasatan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.


ALOR SETAR - Tak tahu malu! Bermula dengan aksi ringan-ringan sehinggalah babak panas, beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam.
Begitulah aksi yang dapat dilihat di Taman Jubli Perak yang juga dikenali sebagai Taman Rimba, dekat sini.

Pengunjung dikenali sebagai Musa, 58, berkata, dia sendiri malu apabila pernah menyaksikan sendiri beberapa anak muda melakukan aksi tidak senonoh ketika berjoging setiap petang.

“Sepatutnya, kawasan taman dijadikan lokasi beriadah seisi keluarga, namun pasangan kekasih ini dilihat tidak kisah menjadikan gazebo dan pohon sebagai lokasi cinta mereka.

“Sedihnya, ada mengambil kesempatan menggunakan kesunyian kawasan, manakala pokok besar sebagai perlindungan kepada aktiviti maksiat mereka,” katanya.

Rakannya Mohd Shukor Abd Thalib, 60, berkata, pengunjung terpaksa tutup mata sekiranya enggan melihat gelagat pasangan terbabit.

Menurutnya, waktu siang dan petang sekalipun sudah ada pasangan tidak segan silu buat aksi, apatah lagi malam.

“Rasanya, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi, namun pasangan kekasih yang tidak mempedulikan tindakan tegas bakal dikenakan pada mereka,” katanya.



Adakalanya kita tidak sedar terdapat beberapa tempat atau lokasi serta tabiat yang mampu menyumbang kepada penambahan berat. Contohnya ketika menonton filem di pawagam dimana fokus kita adalah kepada skrin dan tanpa sedar, kita berterusan mengunyah bertih jagung dan minuman sehingga ia boleh membuatkan berat badan meningkat satu atau dua kilogram.


Mari kita lihat beberapa tempat dan tabiat yang menyumbang kepada penambahan berat badan anda tanpa disedari dan diharapkan anda boleh mengawalnya pada masa akan datang.

DALAM KENDERAAN

Ya, ini adalah salah satu tempat kegemaran ramai orang terutama sekali ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika hendak ke pejabat atau pulang. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang menyimpan 'stok makanan' di dalam kenderaan mereka. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus dan boleh menambah berat badan tanpa disedari, malah kenderaan anda juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk makanan.

DEPAN TELEVISYEN

Rasanya hampir semua lakukan ini! Ramai yang berpendapat anda akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton televisyen tanpa mengunyah sesuatu. Malah ada yang merasakan saat bersama keluarga dan menikmati filem kegemarah di kaca televisyen lebih menarik dengan hidangan makanan menarik seperti piza, keropok dan sebagainya. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan anda mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan mengambil makanan sihat.

KETIKA MEMBUAT KERJA

Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh mereka yang ingin mengelak rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat seringkali menjadi pilihan mereka. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali.

ATAS SOFA

Siapa yang tidak suka melepak di atas sofa yang empuk sambil melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain komputer atau membaca sambil berbaring? Keempukan dan kelembutan sofa pasti membuatkan anda lebih gemar untuk makan sambil melakukan aktiviti tersebut. Ianya tidak bagus kerana sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan anda meningkat dengan cepat.


Kesimpulannya anda harus bijak mengawal nafsu makan atau mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat serta bersenam. Tak salah untuk mengunyah ketika melakukan sesuatu aktiviti, tapi pastikan anda melakukan sesuatu bagi mengelak berat badan anda meningkat dengan cepat.


Gua Musang: “Selama 20 tahun berkahwin kami kerap berbalah, malah dia pernah mengungkapkan perkataan mahu membunuh saya. Dia panas baran dan sudah beberapa kali saya menuntut cerai daripadanya,” kata Nisah Drani, 38, bekas isteri seorang lelaki yang menelan serbuk dipercayai racun sehingga tidak sedarkan diri selepas mereka bercerai, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Taman Bunga Tropika, di sini, lelaki berusia 53 tahun itu kini bertarung nyawa selepas dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Nisah yang mempunyai empat anak berusia 10 hingga 19 tahun hasil perkongsian hidup dengan lelaki itu berkata, sebelum kejadian, mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang untuk menyelesaikan kes tuntutan perceraiannya pada jam 8.30 pagi dan bekas suami melafazkan cerai terhadapnya di mahkamah berkenaan.

Katanya, ketika di rumah pada jam 3 petang, bekas suami yang bekerja sebagai pemandu lori tidak berpuas hati apabila berulang kali bertanya sama ada dia benar-benar mahu bercerai sedangkan lafaz cerai sudah diungkapkan di mahkamah.
“Saya hanya berdiam diri kerana tidak mahu berbalah.

Tiba-tiba dia mengambil sebilah pisau dan cuba mengelar muka saya, tetapi dihalang anak lelaki sulung.

“Lelaki itu kemudian mengambil botol mengandungi serbuk dipercayai racun dan terus menelan serbuk berkenaan.

Tidak lama kemudian, dia rebah sebelum saya menghubungi Hospital Gua Musang (HGM) yang menghantar ambulans bagi membawa bekas suami ke hospital,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan bekas suami kemudian dirujuk ke HRPZ II kerana kerana keadaannya agak kritikal.
Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang.

“Walaupun sudah bercerai, saya tetap sedih dengan apa yang berlaku dan tetap melawatnya di hospital,” katanya.
Sementara itu, jurucakap IPD Gua Musang mengesahkan menerima laporan kejadian itu.





Komposer dan penyanyi popular Ajai mengaku telah menjalani pembedahan hidung tetapi memberitahu dia mempunyai sebab yang kukuh melakukannya. 

"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung, tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo! baru-baru ini. 

Ajai turut memberitahu dia telah berhadapan dengan masalah sinus sejak berbelas tahun yang lalu, tetapi hanya menjalani pemeriksaan selepas telinga kirinya tidak dapat mendengar selepas bangun daripada tidur pada satu pagi. 

Pemilik nama sebenar Mohd Faizal Maas ini berkata, dia pernah mencuba rawatan alternatif tetapi ia tidak berkesan dan bimbang sekiranya buah pinggang rosak akibat pengambilan ubat yang kerap. 

"Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung. 

"Jika saya tidak boleh mendengar, macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti." 

Enggan mengambil peduli dengan pandangan orang, Ajai yang bakal menyambut kelahiran yang ke-40 pada 15 Mac akan datang ini menganggap apa yang dilakukannya ini bukan untuk kelihatan cantik sebaliknya demi kesihatan diri. 

Dalam perkembangan terbaru, Ajai yang sedang popular dengan single terbaru berjudul "Aduh" bakal muncul dengan program bual bicara, "Jemput Masuk, Cef" yang akan mula bersiaran pada 12 Februari setiap hari Khamis, jam 6.30 petang di TV3. 


Rasanya lama betul tak dengar cerita pasal pengacara, Aishah Sinclair yang comel tu,baru-baru ni Murai Batut terjumpa dia dalam satu majlis hiburan dan dia kini sedang berbadan dua!
Amboi semakin comel bila lihat Aishah hamil, malah walaupun sedang sarat mengandung tetapi dia tetap nampat hot okay!
Kitorang sempat bertayakan usia kandungannya, katanya dia kini sudah hamil 7 bulan! Wah maknanya tinggal lebih kurang dua bulan lagi lah nampakanya Aishah akan bersalin.
Ketika Kitorang temui Aishah dia tidak keseorangan dan ditemani bersama anak perempuannya yang sulung tu. Memang comel sungguh anaknya itu yang kini berusia lebih kurang 4 tahun.
Kitorang dapat tahu, sekarang ini Aishah sudah tidak berapa aktif dalam bidang seni atau pengacaraan dan mahu berehat sementara bakal melahirkan anak keduanya itu.