Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Kota Bharu: Kemaruk nak berkahwin lain, seorang lelaki berubah sikap menjadi pembengis dan tergamak memukul serta mencucuh isteri sedang hamil dengan bara rokok, selain hampir memijak anak yang baru dilahirkan.
Lebih memilukan, tanpa menghiraukan isterinya yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kelima, suami berusia 43 tahun itu berkahwin satu lagi dengan kekasih baru berusia 40-an.
Isteri malang itu yang mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata di sebalik pelbagai penderitaan dialaminya, dia pasrah dan reda kerana percaya suaminya bertindak sedemikian di luar sedar.
“Ada ‘unsur’ lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.
“Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya kenapa suami jadi begitu, tapi bila dia berkahwin lain dengan wanita itu ketika saya masih dalam pantang, saya semakin yakin itulah puncanya” katanya.
Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Ashraf Muslim yang mengejutkan ramai pihak apabila bernikah kali kedua secara rahsia tahun lalu, memuat naik foto mesra bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ashraf yang bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah, memuat naik status dan gambar berkenaan di laman sosial Facebook rasminya pada jam 3 petang semalam.
"Assalamualaikum semua.. saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. saya sayang kamu berdua.. doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat.
"Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah," katanya dalam posting berkenaan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat Ashraf gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Noor Dayana dan Wan Sakinah serta berharap hubungan mereka sentiasa dalam bahagia.
"Alhamdulillah... semakin org mengata semakin Allah membahagiakan mereka,” komen seorang peminat, Sharifah Anum Nazri.
[Wow] - Kisah Artis
LOS ANGELES - Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker meninggalkan harta kekayaan sebanyak AS$25 juta (RM830 juta) kepada seorang anak perempuannya, Meadow Rain Walker," lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pelakon berusia 40 tahun itu maut dalam satu kemalangan dengan seorang rakannya, Roger Rodas pada 30 November tahun lalu.
Ketika kejadian, dia menaiki sebuah kereta Porsche di Santa Clarita, California.
Dia turut menamakan ibunya sebagai penjaga yang sah kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu.
Portal hiburan TMZ. com melaporkan, pelakon itu telah melantik bapanya untuk melaksanakan wasiatnya itu. - Agensi
[Wow] - Selebriti

MUMBAI - Seorang pelakon filem Bollywood, Tanisha Singh memakai pakaian yang diperbuat daripada daging kambing di sini semalam.
Dia yang pernah berlakon dalam filem Sarker Raj memakai pakaian itu semasa sesi fotografi untuk kempen menyelamatkan haiwan.
Pada tahun 2010, seorang penyanyi terkenal, Lady Gaga pernah memakai pakaian yang diperbuat daripada daging pada Anugerah Video Muzik di Los Angeles pada tahun 2010. - AFP
Pelbagai
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah dikhuatiri mati lemas selepas bertindak terjun ke Sungai Padas di Beaufort kira-kira 97km dari sini, ketika melarikan diri daripada polis Rabu.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu bertindak demikian apabila bertembung dengan sepasukan enam anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan Hospital Beaufort.
Ketua Polis Daerah BeaufortDSP Mustafa Maarof berkata kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki itu telah meninggalkan beg yang mengandungi syabu seberat tiga gram.
"Apabila lelaki itu ternampak sepasukan anggota polis, dia terus melarikan diri ke belakang tokong Cina sebelum terjun ke dalam sungai itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya setakat ini pihak polis masih belum mengetahui keadaan dan identiti lelaki itu.
"Penduduk kampung yang berdekatan diminta agar memaklumkan kepada pihak polis sekiranya terdapat maklumat mengenai suspek," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima maklumat dari polis pada 6.13 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.
"Maklumat awal mendapati mangsa pada mulanya kelihatan berada di tengah sungai dan seterusnya hilang. Operasi ditangguhkan 6.45 petang tadi," katanya ketika dihubungi. -BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau Johan (Raja Lawak) mahu menyerahkan trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekiranya dia memenangi kategori itu.
Johan berkata, Ebby Yus layak diangkat sebagai juara kerana pelawak itu memiliki bakat serba boleh yang dirasakan wajar untuk diberi pengiktirafan berdasarkan pengalamannya dalam industri hiburan negara.
"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulahgentleman sikit.
"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon dan baru tercalon bagi kategori itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Selain Johan dan Ebby Yus, tiga finalis yang turut dicalonkan bagi kategori itu ialah Zizan Razak, Jep (Sepahtu) dan Rahim (Sepahtu).
Johan pernah membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2011 yang diadakan dua tahun lalu.
ABPBH 2013 akan diadakan pada 6 April depan di Genting Highlands, Pahang.
Menurut Johan, dia tidak akan melatah jika gagal mengungguli kategori tersebut kerana anugerah itu tidak penting baginya, tambahan pula dia pernah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori berkenaan.
"Saya tak kisah jika menang atau tidak. Jika menang itu satu bonus tetapi jika kalah saya tidak akan melatah. Cukuplah sekadar pernah merasa menang trofi itu sebelum ini," katanya kepada mStar Online .
Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati pada 8 hingga 16 Januari lalu, Johan memberitahu segala urusannya di Tanah Suci itu dipermudahkan Allah.
"Pengalaman di sana semuanya indah. Alhamdulillah segala urusan saya dan isteri dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad.
"Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri dan keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," katanya.
Tambah Johan, dia juga berasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki dan melihat sendiri dengan jelas tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR: Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia sejak setahun lalu.
Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.
"Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan 'tradisional' apabila berbicara perkara sebegini," katanya kepada mStar Online.
Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.
Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.
Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati keluarga masing-masing.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari, Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pementasan teater.
Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.
"Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.
"Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga," jelasnya.
Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.
"Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.
"Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi," katanya.
-mStar
Hiburan
![]() |
| Along Kamaludin mengakui Dazrin sering datang lewat ke lokasi penggambaran. |
PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri Miranda, Along Kamaludin mempertahankan tindakan pelakon Fasha Sandha menegur sikap aktor, Dazrin Kamarudin, 26, yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama berkenaan.
Along berkata, tindakan Fasha itu tidak salah kerana sebagai pelakon senior, dia berhak memberi nasihat bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.
"Tuduhan kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan adalah tidak benar. Fasha menegur dia sebagai seorang senior dan juga kakak. Pada saya tindakan itu tidak salah kerana ia dilakukan demi kebaikan bersama.
"Saya juga tidak mahu isu ini terus berpanjangan kerana penggambaran drama ini masih dijalankan.
"Hari ini (Rabu) baru masuk hari ke-46 penggambaran. Tak naklah ia terhenti di tengah jalan disebabkan kemelut ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Along berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Dazrin yang akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan tuduhan dia tidak berdisiplin.
Sikap pemuda itu didedahkan oleh Fasha Sanda dalam sebuah akhbar pada Isnin lalu yang antara lain mendakwa Dazrin sering datang lewat ke lokasi sejam sehingga dua jam mengakibatkan penggambaran drama berkenaan terganggu.
Dalam pada itu, sebagai pengarah drama tersebut, Along turut mengakui masalah disiplin yang dihadapi oleh Dazrin.
"Isu Dazrin tidak berdisiplin adalah benar. Saya akui dia memang datang lambat ke lokasi penggambaran," katanya.
Jelas Along, beliau tidak membantah niat Dazrin untuk memberikan penjelasannya tetapi berharap agar isu itu diselesaikan secara baik.
"Jika dia nak buat sidang media terpulanglah tapi saya harapkan kemelut ini diselesaikan secara baik. Kalau berlarutan takut pula ia akan menyusahkan semua pihak," katanya.
Sebagai seorang pengarah dan orang yang lebih tua, Along berkata, dia turut menasihati Dazrin agar mengubah sikap demi masa depan kariernya.
"Saya ada nasihatkan Dazrin supaya mengubah sikapnya itu. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sudah tentu sebagai seorang pengarah, saya mahukan yang terbaik untuk semua," katanya.
Menurut Along, perubahan dalam diri Dazrin dapat dilihat selepas ditegur.
"Sejak akhir-akhir ini, saya dapat lihat perubahan pada Dazrin. Diharap dia akan terus begini sehingga penggambaran drama itu berakhir," katanya.
[Wow] - Kisah Artis
Tiada tempat yang mustahil bagi orang yang mabuk ! Jadi jangan terkejut sekiranya anda terjumpa keadaan sebegini di dalam tren di China kelak. Harap-harap ini tidak akan berlaku di negara ini. Jika kita lihat melalui gambar dibawah, syok dan selesa sungguh lelaki ini tidur dalam tren. Dah lah aircon, sebaris tempat duduk dia conquer, baju dibuka, seluar dibuka, buyung NAMPAK ! hahaha.. confirm EPIC kalau-kalau dia sedar keesokkan paginya..
Sakit Mata

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan hari ini tiada kenaikan tol lebuh raya bakal berlaku dan kerajaan akan membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat, memetik laporan ringkas Bernama.
Pada hujung tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun 2014 adalah masanya untuk kadar tol di lebuh raya dinaikkan mengikut perjanjian konsesi yang ditetapkan.
Menurut beliau pada masa itu, perjanjian konsesi menyatakan kadar bayaran tol perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
“Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen pada 14 Disember lepas mengikut laporan Bernama.
Dengan pengumuman Muhyiddin itu, rakyat boleh menarik nafas lega apabila disahkan tiada kenaikan tol di konsesi lebuhraya akan dilaksanakan pada tahun ini.
[Wow] - Berita Tempatan
KULIM - Masalah ponteng sekolah bukan satu perkara baru malah ada antara mereka yang menjadikan kawasan rekreasi seperti air terjun untuk bermadu kasih.
Walaupun perbuatan mereka dilakukan secara senyap, namun ia berjaya dikesan penduduk tempatan.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah taman rekreasi di sini berkata, selalunya pelajar sekolah berpasangan akan menaiki motosikal berasingan dan berjumpa di rumah rehat disediakan sebelum berjalan ke kawasan lebih sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Menurutnya, dari tinjauan, kebanyakan pelajar sekolah terlibat berusia antara 16 hingga 17 tahun dan memakai uniform sekolah.
Mereka akan ke kawasan rekreasi seawal jam 8 pagi dan meletakkan motosikal mereka dalam kawasan semak.
Katanya penduduk juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat pasangan ini ponteng sekolah selain melakukan maksiat.
Papan tanda turut dipasang bagi mengingatkan pengunjung supaya tidak melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun ia tidak diendahkan.
“Penduduk sering jumpa motosikal yang disembunyikan. Ada penduduk yang memberi teguran kepada pasangan terlibat tetapi tidak dihiraukan. Alasannya, mereka ingin belajar.
"Kita ada kemudahan perpustakaan di Pekan Kulim. Kalau betul hendak belajar, pergilah ke sana dan bukan duduk di tempat sunyi dan berpasangan. Oleh itu, saya minta pihak berkuasa pantau dan tahan pasangan terlibat supaya taman rekreasi ini tidak dijadikan tempat mereka melakukan maksiat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, dari tangkapan dibuat, pasangan bawah umur dan masih bersekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan setiap kali operasi dijalankan.
“Saya ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa orang awam juga boleh menahan mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan rekreasi.
"Apa yang perlu mereka lakukan adalah merakamkan perbuatan dibuat oleh pasangan itu sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana balai polis berhampiran dan memaklumkan tangkapan itu kepada PADK. Kami akan datang ke balai polis dan membuat tangkapan semula," katanya.
Azmi meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mencederakan pasangan terlibat sebaliknya menyerahkan mereka kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka terlibat.
Sumber: Sinar Harian
Walaupun perbuatan mereka dilakukan secara senyap, namun ia berjaya dikesan penduduk tempatan.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah taman rekreasi di sini berkata, selalunya pelajar sekolah berpasangan akan menaiki motosikal berasingan dan berjumpa di rumah rehat disediakan sebelum berjalan ke kawasan lebih sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Menurutnya, dari tinjauan, kebanyakan pelajar sekolah terlibat berusia antara 16 hingga 17 tahun dan memakai uniform sekolah.
Mereka akan ke kawasan rekreasi seawal jam 8 pagi dan meletakkan motosikal mereka dalam kawasan semak.
Katanya penduduk juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat pasangan ini ponteng sekolah selain melakukan maksiat.
Papan tanda turut dipasang bagi mengingatkan pengunjung supaya tidak melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun ia tidak diendahkan.
“Penduduk sering jumpa motosikal yang disembunyikan. Ada penduduk yang memberi teguran kepada pasangan terlibat tetapi tidak dihiraukan. Alasannya, mereka ingin belajar.
"Kita ada kemudahan perpustakaan di Pekan Kulim. Kalau betul hendak belajar, pergilah ke sana dan bukan duduk di tempat sunyi dan berpasangan. Oleh itu, saya minta pihak berkuasa pantau dan tahan pasangan terlibat supaya taman rekreasi ini tidak dijadikan tempat mereka melakukan maksiat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, dari tangkapan dibuat, pasangan bawah umur dan masih bersekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan setiap kali operasi dijalankan.
“Saya ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa orang awam juga boleh menahan mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan rekreasi.
"Apa yang perlu mereka lakukan adalah merakamkan perbuatan dibuat oleh pasangan itu sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana balai polis berhampiran dan memaklumkan tangkapan itu kepada PADK. Kami akan datang ke balai polis dan membuat tangkapan semula," katanya.
Azmi meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mencederakan pasangan terlibat sebaliknya menyerahkan mereka kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka terlibat.
Sumber: Sinar Harian
Isu Semasa
MUAR – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menculik, merogol dan dua kelakuan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Sia Tiong Yap, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsu kira-kira jam 2 petang, 28 Januari lalu.
Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana menculik dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8 Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada jam 2.30 dan 2.50 petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa di bawah umur itu di lokasi sama, kira-kira jam 3 petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Suzana menetapkan 20 Februari depan bagi sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan serta membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran dan meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. – SINAR HARIAN
[Wow] - Jenayah
Subscribe to:
Posts (Atom)













Recent Comments