Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
![]() |
| Gambar Hiasan |
Bera: Akibat tinggal di rumah kerana tiada sanak-saudara pulang
sempena sambutan Tahun Baru Cina, seorang nenek berusia 65 tahun
bertindak menghiburkan hati dengan menyertai sindiket perjudian di dalam
ladang kelapa sawit di Perkampungan Kerayong Selatan, dekat sini, malam
kelmarin.
Bagaimanapun, hasrat warga emas itu untuk berhibur tidak
kesampaian apabila dia dicekup bersama 13 lagi kaki judi dalam serbuan
polis kira-kira jam 8.30 malam.
Serbuan itu diketuai Inspektor Mohamed Izawan Zakariah bersama sepasukan anggotanya daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hasil maklumat awam.
Pegawai Turus D7 Deputi Superintendan Azlihan Ishak berkata,
sebelum serbuan, polis membuat intipan dan mengepung kawasan ladang
kelapa sawit itu bagi mengelak semua kaki judi melarikan diri.
Menurutnya, sebaik saja serbuan dilakukan, nenek terbabit bersama kaki judi lain cuba memboloskan diri di kawasan ladang kelapa sawit namun gagal kerana sudah dikepung.
Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, polis merampas wang tunai berjumlah RM5,000 daripada setiap pemain dan beberapa keping cip digunakan untuk berjudi.
“Pada masa sama, polis turut menemui sekeping nota tercatat
‘tidak boleh letak wang, hanya cip saja’ namun percaya itu hanya taktik
untuk mengelirukan polis.
“Siasatan awal mendapati markas perjudian terbabit dipercayai dibuka sejak beberapa hari lalu sebelum sambutan Tahun Baru Cina oleh seorang penduduk,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga mendapati, ada antara mereka mengakui
mahu berseronok sempena sambutan Tahun Baru Cina selain memberitahu rasa
bosan tinggal di rumah.
Katanya, semua barang rampasan itu bersama kaki judi berkenaan dibawa ke Balai Polis Bera untuk siasatan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur:
Berhibur sambil berjudi. Itu adalah pakej menarik yang ditawarkan di
sebuah kelab malam di Sunway Mentari yang turut menyajikan pelanggan
wanita yang seksi untuk pelanggannya.
Bagaimanapun, premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu
diserbu Bahagian Operasi Maksiat, Judi dan Pelacuran Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Cantas Wanita IPK Selangor
kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika serbuan 13 wanita warga asing iaitu lapan dari Vietnam, dua Thailand, masing-masing seorang dari Indonesia, Kemboja dan China yang leka melayan pelanggan berjaya dicekup.
“Selepas menjalankan pemeriksaan ke atas semua wanita berusia 19
hingga 44 tahun itu, dua daripada mereka didapati tidak memiliki pasport dan semua wanita itu bersama pengurus premis seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.
“Turut dirampas wang tunai RM702.70 dan sistem audio serta karaoke. Kami turut mengesan sebuah mesin judi berkomputer yang disediakan untuk pelanggan yang ingin berjudi,” katanya.
Beliau berkata, polis turut memeriksa 30 pelanggan lelaki dan seorang pelanggan wanita yang semuanya dibebaskan selepas memeriksa rekod peribadi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 6(1)(c), Seksyen 2, Seksyen 55B dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen.
“Disebabkan penemuan mesin judi berkomputer, kami turut menyiasat kes mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.
Isu Semasa
![]() |
| Gambar Hiasa |
Nilai: “Takut memang takut tapi apakan daya saya perlu pertahankan
diri dan menjalankan tanggungjawab dengan baik,” kata Salihin Mugi, 38.
Dia adalah penyelia keselamatan di sebuah hotel di Bandar Baru
Nilai, di sini, yang menceritakan kejadian dirinya bergelut dengan dua
penjenayah yang cuba merompak hotel berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa berdepan detik mencemaskan selepas bergelut lebih 10 minit menggunakan kayu mengakibatkan kecederaan di kedua-dua tangannya.
Salihin yang bertugas di hotel itu tiga bulan lalu terkejut
dengan kehadiran dua lelaki tidak bertopeng bersenjatakan parang
menyerbu hotel dan mengugut menyerahkan wang.
“Ketika itu saya di kaunter pertanyaan manakala isteri yang menemani, tidur di bilik berhampiran.
“Dua lelaki lingkungan 20-an masuk ke lobi hotel dan menjerit supaya saya menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan,” katanya.
Menurutnya, dia yang enggan mengikut arahan lelaki terbabit
kemudian ditetak kedua-dua suspek. tetapi mengelak selain menggunakan
kedua-dua tangan bagi mempertahankan diri.
Menurutnya, dia kemudian mengambil sebatang kayu di belakang kaunter bagi mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek terbabit.
“Saya bersyukur kerana isteri terjaga daripada tidur dan menghubungi polis menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya.
“Serangan itu menyebabkan saya cedera di tapak tangan kiri selain urat di tapak tangan kanan putus akibat tetakan itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mangsa kemudian membuat laporan di Pondok Polis Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sejurus dibawa anggota polis yang tiba lima minit selepas kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
[Wow] - Jenayah

Kuala Terengganu: Majikan yang menggaji pendatang asing di daerah ini
dikatakan sanggup menyewa rumah mewah untuk mereka bagi tujuan
mengaburi mata pihak berkuasa.
Selain helah itu, majikan juga dikesan sengaja meletakkan kenderaan
mewah dan kenderaan pacuan empat roda di kawasan rumah kononnya
kediaman itu didiami penduduk tempatan.
Bagaimanapun, helah majikan terbabit terbongkar apabila Jabatan Imigresen Terengganu menjalankan risikan mengesan taktik licik itu sebelum menyerbu rumah berkenaan malam kelmarin.
Serbuan kediaman mewah yang terletak di kawasan perumahan elit
Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, itu dilakukan sepasukan anggota
imigresen dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada jam 2 pagi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Terengganu Shahril Khalil berkata, sebaik tiba di kawasan rumah dilengkapi pagar bermangga itu, pihaknya mendapati kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm berada di garaj rumah.
“Kami mengambil masa 20 minit mengetuk pintu rumah berkenaan sebelum dibuka seorang lelaki Nepal berusia 20-an,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan dalam rumah itu mendapati hanya lelaki
terbabit saja mendiami rumah berkenaan walaupun terdapat banyak pakaian
lelaki disidai dalam dan luar rumah itu.
Katanya, soal siasat terhadap lelaki terbabit mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan mendakwa rumah disewa majikannya yang tinggal di Kuala Lumpur.
“Lelaki terbabit memberitahu sebelum ini rumah itu didiami ramai
pekerja asing, tetapi ketika serbuan dia mendakwa mereka pulang ke
Kuala Lumpur,” katanya.
Shahril berkata, risikan dilakukan pihaknya mendapati lebih 10 pendatang asing melakukan pelbagai pekerjaan tinggal di rumah berkenaan.
Isu Semasa

Kemunculan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 25, menerusi drama
Playboy Itu Suami Aku bersama pasangannya Fattah Mohd Amin mendapat
reaksi negatif daripada peminat. Pelbagai komen nakal dilemparkan
antaranya lakonan mereka kayu dan tidak layak bergelar pelakon.
Mengakui sedih dengan situasi itu, pelakon berasal dari Kepala Batas
ini memotivasikan diri dengan menganggapnya sebagai satu dugaan untuk
mencipta nama. Dia bekerja keras memperbaiki lakonannya dan akhirnya
mampu tersenyum apabila siri ini berjaya mencatat rating yang
membanggakan.
“Saya diberi peluang oleh TV3 untuk membawakan watak Afina Alia. Saya
tahu siri ini diangkat daripada novel popular dan cuba buat yang
terbaik. Namun, awalnya memang susah untuk saya cipta keserasian dengan
Fattah dan kekok kerana watak ini sangat besar.
“Sebaik drama ini menemui penonton, apalagi teruk saya terima kritikan daripada penonton. Mula-mula memanglah saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya fikir semula kalau tak terima kritikan, lakonan saya tak ke mana.

Untungnya ketika drama ini ditayangkan, kami masih terbabit dengan penggambaran.
[Wow] - Kisah Artis
Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.
Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.

Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...

Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...
Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.

Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.

Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.
Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...

Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.

Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.

Isu Panas

Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.
Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil “Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”.
Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.
Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?” Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh… no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.”
Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar.
Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati “Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar.
Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.
Fuhhhh… .Syok ape… Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,
“Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku
“Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati
“I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat “Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.
Hahaha!apa yang korang pk haaaaa..... ?

Rencana

Dengan selamber jek dia ni berbogel semata-mata untuk tujuan komersil.
Harap-harap janganlah ada artis Malaysia buat macamni dah lah.. cukuplah
sorang artis kita buat dulu. Walaupun benda tu dah lama namun cerita
dan gambar hangatnya masih lagi laris di internet.
Dengan tenang dia menanti bahagian Payudaranya siap dilukis sambil maka mihun sup maggie
gamaknya la.. Tak geli ke kena lukis kat situ? Si pelukis untunglah ko
ye.. bukan takat lukis jek..
Sakit Mata

KOTA BHARU – Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan
manis seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang
pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada
hari pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar
majlis menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.
Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama
sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah
masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki
tidak muncul selepas tiga jam menunggu.
Kejadian itu menyebabkan dia bukan sahaja trauma dan hilang keyakinan
diri, malah ahli keluarganya mengalami kerugian hampir RM60,000.
Menurutnya, dia mengenali bakal suaminya itu melalui laman website
mencari jodoh pada Mei tahun lalu dan mereka juga pernah beberapa kali
keluar bersama.
Kenal lima bulan
“Saya malu dengan kejadian ini kerana ia melibatkan maruah keluarga.
Saya langsung tidak menyangka dia sanggup menipu. Kami pernah beberapa
kali bertemu dan saya percayakannya walaupun baru mengenalinya dalam
tempoh lima bulan sebelum majlis merisik.
“Sebelum ini juga dia mengaku bujang dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkenal di Baling, Kedah,” katanya.
Yaya mendakwa, sebelum majlis akad nikah, dia dipujuk lelaki
terbabit untuk memasukkan sejumlah wang selepas lelaki tersebut
memberikan alasan ia diperlukan untuk persediaan perkahwinan dan wang
hantaran.
“Saya memasukkan wang dua kali. Mula-mula RM10,000 dan sekali
lagi sebanyak RM15,000 setelah mengetahui dia mempunyai banyak
komitmen. Tidak terlintas dalam fikiran saya yang dia akan bertindak
begini,” katanya yang mengakui lelaki itu adalah cinta pertamanya.
Menceritakan semasa majlis pernikahan itu, beberapa ahli keluarga
terdekat mencari lelaki terbabit di rumah ibu bapanya di sebuah kampung
di pinggir Kota Bharu namun hanya ibu bapa lelaki itu sahaja yang
muncul.
“Dia tiada di rumah, hanya ibu bapa sahaja yang ada tetapi mereka
bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bapanya beritahu anaknya
telah berkahwin dan tidak mempunyai kerja tetap.
“Kalau betul sekalipun, sepatutnya hal ini dibincangkan dan bawa
berunding kerana ia melibatkan maruah keluarga,” katanya yang kehilangan
ayah pada 1999.
Yaya mengakui amat sedih dengan kelakuan bakal suaminya itu yang
tidak memberitahu perkara sebenar sejak awal lagi sehingga keluarganya
telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.
Pengantin lelaki gagal dihubungi
Sementara itu, abang mangsa, Man (bukan nama sebenar), 38, berkata,
laporan polis dibuat selepas lelaki itu gagal dihubungi dan malu kerana
ia melibatkan maruah keluarga.
“Saya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila dia meminta
adik memasukkan RM25,000 untuk persiapan perkahwinan mereka, namun saya
masih lagi berfikiran positif.
“Kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Jumaat), kami menunggu pengantin
lelaki yang berjanji untuk menghantar borang perkahwinan, namun sehingga
jam 5 petang, dia tidak hadir menyerahkan borang mahupun muncul pada
majlis nikah sedangkan kami telah menyediakan jamuan dan memanggil imam
masjid untuk akad nikah,” dakwanya.
Menurutnya, majlis kenduri terpaksa diteruskan kerana kad perkahwinan telah diedarkan dan jemputan dibuat sejak dua bulan lalu.
Ibu mangsa yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak menyangka bakal menantunya itu sanggup memalukan anak perempuannya.
“Saya merestui hubungan mereka tetapi tidak sangka begini jadinya.
Mereka mengenali antara satu sama lain selama lima bulan dan tarikh 1
Februari ini dipilih sempena hari lahir bakal suami anak saya.
“Semasa merisik, ibu bapanya datang pada waktu malam (sepatutnya
selepas solat Asar) dengan hanya sebuah kereta dan dari situ, kami rasa
pelik. Mereka memberikan alasan kereta rosak tetapi kami masih menerima
dengan baik dan fikir positif tetapi begini akhirnya. Kami bukan berkira
pasal duit tetapi ini melibatkan maruah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman
mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan
lanjut. – Sinar Harian
Isu Semasa

Sekalung tahniah diucapkan buat pemain bola sepak kebangsaan, Safiq
Rahim yang telah sah bergelar suami kepada pemain boling kebangsaan,
Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, pagi tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu sedondon mengenakan persalinan berwarna putih pada hari bahagia mereka itu.
Safiq, 27, dan Zandra, 28, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 8 September tahun lalu setelah hampir dua tahun bercinta.
Jom layan dulu gambar majlis akad nikah pasangan atlit ini ya!
Hiburan

Agnes Monica yang popular dengan lagu Matahariku, Agnes Monica dikritik hebat berikutan penampilannya semasa menghadiri satu majlis hiburan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bukan kerana pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Music Entertainment atau aktorHollywood, Jamie Foxx tetapi pemilihan busana yang digayakannya rata-rata menjadi bahan bualan peminat di laman Twitternya.
Antara maklum balas yang dimuat naik berbunyi: “Ya Tuhan, lebih baik kamu tidak memakai pakaiansahaja.”
Meskipun wanita berusia 27 tahun itu mendapat komen yang negatif, namun masih ramai peminat yang terus menyokongnya kerana tidak banyak selebriti berpeluang hadir ke majlis sebesar itu.
Hiburan
Gambar Hiasan
|
SEBELUM ini kita dah dengar rungutan Chef Wan mengenai kualiti nasi lemak yang dihidang MAS sewaktu beliau mengambil penerbangan ke Bangkok baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, ada seorang yang mendakwa ‘kerja atas awan’ telah memberi komentarnya yang tersendiri berhubung isu tersebut.
Komen itu disiarkan dalam Astroawani.com
Menarik juga apa yang diperkatakannya;
Jika anda lihat kembali gambar di bawah, apa pendapat anda pula?
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments