Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

KUALA PILAH – Seorang
gadis orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa pemuas nafsu rakan
lelakinya apabila diajak bermalam di rumahnya di Kampung Gunung Pasir,
Seri Menanti dekat sini.
Mangsa, 15, yang kudung pergelangan tangan kiri sejak dilahirkan
dirogol pada 5 September tahun lalu di rumah suspek berusia 20 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim
berkata, adik mangsa menyedari kakaknya keluar bersama suspek kira-kira
jam 1.30 pagi pada 5 September lalu selepas suspek menjemputnya di
rumah.
“Kemudian kakaknya pulang ke rumah pada 6 September kira-kira jam 8.30 malam selepas dihantar suspek.
“Adik lelakinya yang curiga melihat situasi itu, telah mendesak
mangsa menceritakan apa yang berlaku. Mangsa mengaku mereka telah
melakukan hubungan seks ketika bermalam di rumah suspek,” katanya.
Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seri Menanti pada 6 September.
“Suspek yang merupakan seorang penganggur melarikan diri sejak sebulan lalu selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis.
“Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap pada 21 Januari lalu, jam 5 petang di rumahnya, di Kampung Gunung Pasir, dan semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan kad pengenalannya” katanya.
Atas kesalahan itu, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah
atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis
mengikut peraturan 25(1) PPPN 1990 pada 28 Januari lalu.
“Pada 29 Januari, suspek dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah atas
kesalahan merogol mangsa untuk dua pertuduhan kerana merogol sebanyak
dua kali pada masa berlainan di tempat yang sama,” katanya.
Bagaimanapun, suspek tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dan diikat jamin sebanyak RM11,000. – Sinar Harian
Isu Semasa

Kota Bharu: Sudahlah
dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya
pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.
Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26
tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang
diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.
Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya.
Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya.
"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang.
"Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini.
Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya.
"Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri.
"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya.
Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan.
"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.
Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan.
"Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri.
"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya.
Isu Semasa
Gadis cantik asal Bangka ini pernah menjadi model majalah FHM
Indonesia.Lahir di Pangkal Pinang,Bangka Belitung 8 ogos 1983 ini
menjadi salah satu artis wanita indonesia terseksi kerana memiliki mata yang eksotik, sangat menarik perhatian seseorang dan semestinya juga memiliki wajah yang cantik
Dan beberapa waktu lalu wanita idaman yang bernama asli Monica Nicholle Sandra Dewi Gunawan Basri ini pernah mengisi cover FHM Magazine Indonesia yang boleh anda lihat ini Gambar di bawah.
Sakit Mata

Teh panas atau teh ais yang jadi pilihan? Mungkin ramai yang tak tahu
minuman ruji rakyat Malaysia ini sebenarnya masing masing mempunyai
keburukan masing bergantung kepada cara pengambilan dan jumlah
pengambilan.
Bahaya Teh Panas
Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam
keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.
Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan
minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang
lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama,
di negeri Golestan, di Iran Utara. Golestan merupakan salah satu daerah
dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang
merokok dan meminum alkohol sangat rendah.
Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit
setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih
cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih.
Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan
barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan
menyebabkan iritasi kerongkong.
Bahaya Minum Teh Ais
Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk
kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun
menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.
Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi
membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch
School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu
meningkatkan risiko penyakit batu karang.
Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia
yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki
kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,”
kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.
Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais
dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan
asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam
yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral
tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam
kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran
pundi kencing .
Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut.
Informasi
"Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir.
Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia.
Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Saya simpulkan saja bahawa Haji Abdur Rahman Limbong perlu kita kenali, dalam dunia sufi tangannya selalu bersih membilang-bilang buah tasbih.
Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata.
Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya.
Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.
Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa.
Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.
Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnya lihat judul Tok Ku Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam dan Bangsa Melayu).
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Jika kita teliti kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu.
Antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amanimengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.
Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah KitabTahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya.
Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.
Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong.
Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri.
Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.
Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti ialah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang.
Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asal mereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal digunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan dari Haji Abdur Rahman Limbong.
Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi dari ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal.
Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya selesai dikerjakan di Terengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai. Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapi manakala yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut seorang yang tidak memahami nilai-nilai sejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikan bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu.
Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdur Rahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi. Selanjutnya Haji Abdur Rahman Limbong juga pernah sampai di daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras dan Pulau Midai yang disebutkan di atas.
*Pemberontakan
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak berpihak kepada kebenaran menyangka yang menang itulah yang benar. Yang kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatat bahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama.
Dunia Melayu tidak terlepas dari perkara itu. Indonesia berjuang melawan Belanda, Semenanjung Tanah Melayu melawan Inggeris dan Siam, umat Islam-Melayu Patani melawan Siam dan umat Islam Mindanao melawan Filipina. Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdur Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang Inggeris.
Sungguhpun ramai orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan beliau melawan penjajahan Inggeris, namun tidak kurang juga pengkhianat bangsa dan Islam yang terlalu yakin terhadap penjajah Inggeris. Semua bangsa penjajah yang menjajah sesuatu bangsa di mana saja di dunia ini sebenarnya adalah tidak sah.
Oleh itu, dalam zaman kita yang telah merdeka sekarang ini, perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam.
Bagaimanapun sewaktu Inggeris masih sebagai bangsa penjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaan menjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah.
Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian (tahun 1929 M), ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dirugikan oleh pihak penjajah Inggeris.
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apa haknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang.
Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri.Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.
Oleh itu, bangsa penjajah Inggeris yang cuba campur tangan dalam pentadbiran tanahwajib dilawan. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

Sejarah tentang pahlawan Melayu
iaitu Hang Tuah merupakan sebuah kisah lagenda Melayu. Namun ramai yang
masih ragu-ragu tentang kewujudannya kerana tertanya-tanya di manakah
kubur Hang Tuah yang sebenar. Kini timbul pula satu cerita, di mana ada
individu tampil menunjukkan sekeping gambar wajah sebenar Laksamana Hang
Tuah. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Salam. Gambar diatas ialah rupa atau wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar. Sebelum ni, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa wajah Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan pahlawan ini melalui sejarah. Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.
Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.
“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Kisah di sebalik sejarah ..
1508: Alfonso
de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk
meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia
tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.
Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158
buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.
1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso
berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan
melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang
Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka
serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar
tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari
itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah
hampir kecewa dan berputus asa.
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah,
perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat
yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..
FEB 1512: Perisik
balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di
bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang
selama ini Cuba disembunyikandalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nadamarah Dan bongkak)
Perisik 2: Untuk
menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan
hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan
P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya:
Mendengar hasil
risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya
sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula
nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.
Misteri Sejarah
1-Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH
Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW.
Dalam fatihah yang kita baca
sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya
kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada
ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa
saja hajat kita?
Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan
kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar
kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada
apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam
Quran…
Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa,
apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi
atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan
manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN
SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi
SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH,
selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya
menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak
buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada
kita?
Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa
ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah
tak berjaya,apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita,
barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Patutkah
begitu?
Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya,
apa2 pun, perkara pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2
RAKAAT & BERDOA PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya
menunaikan hajat dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa
cara sekalipun dalam mencapai hajat kita.
Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…
2-Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita
Tunjukkan bahawa anda serius
dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan
lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera.
Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa
dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda
tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited
jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia
cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum
bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak
main2 saja dengan anda.
Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk
meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki
atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau
dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang
yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana
lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia
betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam
nak main2 saja dengan anda, pada saya,tiada gunanya pun anda pujuk dia.
Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk
meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada
lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain
sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I…
3-Berterus terang sajalah
Pada saya, tiada jalan lain yang paling
bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan,
anda kena berterus terangdengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana
dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan
semua perasaan dan rancangan anda pada dia.
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan
perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan
anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status
perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau
dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan
jadi bersedia?
Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin,
kalaupun dia masih belum bersedia, tapi
perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya,
anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.
Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk
seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat
mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.
Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan
nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda
pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan
berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
Cubalah praktikkan 3 tips yang saya
terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa,
tiada gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk
meminang. Sebab
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.
Apa kata anda???
Informasi

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik
tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan
berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama
semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap
perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca
ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan
dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai
pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada
seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan
timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada
pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama
kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju
kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia
dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok
jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi
kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas
ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu
adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak
kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak
cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah
anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu
menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi
ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah,
kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak
mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata
demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata,
dia berkata, “Ustaz, anak saya ni
memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam
atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu
tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…” tambah
wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah
dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau
dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik
angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa
barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri
untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran
yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah
semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan
harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu
tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor
telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi
saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’
yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti
kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan
untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga
menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut
telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis
nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang
satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000
tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Wallahu’alam….
Misteri Sejarah

SELEPAS sekian lama mengunci mulut mengenai hubungannya dengan Mulan
Jameela, komposer Indonesia terkenal, Ahmad Dhani akhirnya mengaku
bahawa mereka sudah pun bernikah sejak tahun 2009.
Perkara itu didedahkannya menerusi satu program televisyen “Satu Jam Lebih Dekat”.
Menurut Dhani, majlis tersebut dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga mereka termasuklah ibu Mulan dan juga ibunya.
Ia diadakan di rumahnya semasa majlis berkhatan ketiga-tiga anak lelakinya.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang dinamakan Safeea Ahmad.
“Mungkin ada sesetengah ayah yang inginkan anak perempuan
selepas mempunyai tiga anak lelaki. Tetapi saya lain kerana sejak Mulan
beritahu dia hamil, saya sangat berharap kandungannya adalah anak
lelaki.
“Tetapi saya pasrah apabila melihat Safeea dilahirkan yang mana dia kini sudah pun berusia tiga tahun,” jelasnya.
Ditanya mengapa dia memilih untuk mendiamkan diri selama ini, Dhani
berkata masyarakat tidak perlu mengambil tahu mengenai urusan
peribadinya kerana ia bukanlah sesuatu yang penting untuk dihebahkan
kepada umum.
[Wow] - Kisah Artis
KOTA BHARU – Seorang wanita didera oleh suaminya kerana enggan
memberi wang RM100 kepada suaminya yang juga seorang penagih dadah di
rumah mereka di Kampung Temusu, Limbat, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam
kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut
dilaporan memukul kepala isterinya yang berumur 21 tahun dengan belakang
kapak dan mengikat leher isterinya dengan rantai dan dikunci dengan
mangga.
Beliau berkata anggota keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu
telah menghubungi pihak polis, namun lelaki tersebut sempat melarikan
diri apabila polis tiba.
Wanita berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Mangsa yang baru melahirkaan anak kedua, ketika ditemui di hospital berkata dia masih trauma dengan kejadian itu.
[Wow] - Berita Tempatan
RASANYA kalau ada anugerah untuk ‘Artis Bertudung Kontroversi’, mungkin ia sesuai diberikan kepada Shila Amzah.
Apa tidaknya, selepas satu, satu lagi cerita panas yang timbul.
Jika disenaraikan, ia termasuklah kisah ‘Ombak Rindu’nya bersama
pelakon Sharnaaz Ahmad, status Twitternya berkenaan filem ‘Bencinta’,
‘teman tapi mesra’ bersama Johan As’ari, dan kemudiannya gosip kononnya dia sudah berkahwin.
Terbaru, sekali lagi dia menjadi buah mulut orang ramai apabila
memuatkan gambarnya sedang melakukan senaman atau ‘yoga’ yang kurang
enak dipandang untuk seorang wanita bertudung.
Aksinya yang seolah-olah terkangkang membuatkan ramai peminat menegur perlakuannya itu.
Kami yakin Shila tidak berniat yang bukan-bukan, namun sebagai
seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap
inci perbuatannya akan diperhatikan dan ‘dihakimi’ oleh orang luar.
Kalau ikutkan, ramai juga artis bertudung lain yang memuatnaik gambar di Instagram, tapi tidaklah sampai mencetuskan kontroversi sebegini.
Senang cerita, lihat sahaja Diana Amir dan Irma Hasmie. Tak ada pula yang mengata kan?
Sebabnya, mereka cukup menjaga setiap perlakuan mereka dan tidak
sewenang-wenangnya memuatnaik gambar-gambar pelik di akaun sosial.
Mungkin Shila boleh contohi mereka, tak gitu?
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
-1.jpg)
-2.jpg)
-4.jpg)
-5.jpg)
.jpg)

Recent Comments