Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

BERLIN – Bekas diktator Jerman, Adolf
Hitler sebelum ini dipercayai membunuh diri di sebuah kubu bawah tanah
di sini tahun 1945 menjelang kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
Namun, seorang penulis, Simoni Renee
Guerreiro Dias dalam bukunya, Hitler in Brazil mengejutkan banyak pihak
apabila dia mendakwa bekas diktator itu meninggal dunia pada tahun 1984
selepas hidup dalam penyamaran di sebuah bandar kecil dekat sempadan
Brazil dengan Bolivia.
Dias berkata, Hitler berjaya melarikan diri dari tempat persembunyiannya di sini dan menuju ke Amerika Selatan.
Penulis berkenaan mengemukakan sekeping
gambar gambar menunjukkan Hitler bersama seorang wanita kulit hitam
untuk membuktikan dakwaannya.
Melalui bukunya, Dias mencabar pendapat
ramai ahli sejarah yang percaya Hitler menembak dirinya di kubu bawah
tanah berkenaan pada 20 April 1945.
Pengarang tersebut sebaliknya
memberitahu, bekas pemimpin Parti Nazi itu melarikan diri ke Argentina
dan kemudian ke Paraguay sebelum menetap di Mato Grosso, Brazil.
Menurutnya, Hitler kemudian menetap di sebuah bandar kecil, Nossa Senhora do Livramento bersama seorang teman wanita.
Menurut Dias, Hitler sengaja memilih wanita kulit hitam sebagai kekasih bertujuan untuk mengelirukan musuh-musuhnya.
Sebelum ini, bekas diktator tersebut terkenal kerana membenci bangsa Yahudi dan kulit hitam tetapi memuliakan bangsa Aryan.
Dias merancang untuk menjalankan ujian
DNA dengan menggunakan seorang saudara Hitler yang tinggal di Israel
setelah diberi kebenaran untuk menggali kubur Adolf Hitler yang didakwa
ditanam di Nossa Senhora do Livramento bagi membuktikan dakwaannya. –
Agensi
Misteri Sejarah
BRAZIL – Tiada siapa menyangka cuti panjang yang diambil oleh seorang polis kanan di sebuah bandar di Goiana iaitu, Thiago de Costa Teixeira, 33, rupa-rupanya mempunyai sebab tersendiri.
Dia mengambil cuti itu untuk melakukan pembedahan tukar jantina dan
Thiago yang dikenali sebagai polis yang macho dan maskulin, kini
merupakan seorang wanita dengan nama Laura.
Dia merupakan ketua unit anti dadah di Goiana itu mengambil cuti selama tiga bulan untuk melakukan pembedahan berkenaan di Thailand.
Thiago sebelum ini merupakan seorang suami dan mempunyai dua orang anak lelaki yang telah remaja.
Selain menukar jantina menjadi perempuan, dia juga melakukan
pembedahan membetulkan semula rahang dan hidung, untuk kelihatan lebih
feminin.
“Saya sentiasa mahu menjadi seorang wanita namun malu untuk mengaku.
“Pada mulanya saya bimbang bagaimana reaksi rakan-rakan saya dan
penerimaan mereka, namun apa yang saya dengar mereka boleh
menerimanya,’’ katanya yang akan mula bekerja bulan depan.
Bagaimanapun sesetengah pegawai polis memberi amaran, meskipun dia
menerima sokongan daripada masyarakat, namun tidak semua rakan sekerja
yang setuju dengan tindakan itu.
Malah ada yang sukar percaya bagaimana seorang lelaki yang kental, akhirnya bertukar menjadi wanita.
Global

LONDON – Dia adalah seorang jutawan namun ia tidak menghalang Susan
Boyle untuk memohon pekerjaan dengan gaji £6 sejam sebagai kerani di
syarikat penerima taruhan, Ladbrokes.
Penyanyi berusia 52 tahun itu dilaporkan memohon pekerjaan tersebut selepas melihat iklan untuk jawatan berkenan.
Pada Khamis lepas, Susan telah memasuki premis tersebut dan
menghabiskan masa selama lima minit bercakap dengan penolong pengurus di
situ, David Corr bagi jawatan berkenaan.
“Susan Boyle berjalan masuk ke kedai ini dan memohon pekerjaan dalam
iklan yang ditampal di tingkap kami. Semua orang di sini terkejut,’’
kata Corr.
Beliau kemudiannya memaklumkan kepada Susan supaya memohon jawatan itu melalui dalam talian.
Ketika tindakan Susan itu dilihat oleh peminatnya sebagai sesuatu
yang mengejutkan, penduduk si situ memberitahu penyanyi itu ingin
memohon jawatan berkenaan untuk membolehkannya berinteraksi dengan
penduduk setempat.
“Susan pernah menjelaskan bahawa dia suka bekerja dan tinggal berdekatan kawasan itu.
“Sebenarnya dia tidak memerlukan wang, jadi saya rasa ia merupakan
langkah untuknya keluar dari rumah,’’ kata salah seorang penduduk.
Harta Susan dianggarkan £20 juta dan dia akan memulakan siri jelajah seluruh Britain pada bulan Mac ini.
Global
Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.
Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak.
Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke
bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan
darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat.
Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala.
Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.
Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.
Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.
Antara penyebab migrain:
• Kekurangan zat dan nutrisi
• Faktor keturunan
• Kesan pengambilan ubat-ubatan
• Wanita yang mengalami haid
• Terlalu banyak mengambil kafein
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
Antara panduan mengurangkan sakit kepala:
• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.
• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.
• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.
• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.
• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.
• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.
• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.
• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.
• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.
[Wow] - Informasi

Los Angeles: Justin Bieber diramal bakal mengikuti jejak Raja Pop
Michael Jackson jika penyanyi remaja Kanada itu gagal mengubah dirinya.
Bekas pengurus rumah Bieber, Tatiana Voziouk semalam mendedahkan
bagaimana pengambilan dadah sejak setahun lalu mengubah penyanyi
terbabit menjadi “mayat hidup.”
Tatiana berkata, Bieber, 19, dan rakannya sengaja menempah maut dengan
meminum koktel berbahaya diperbuat daripada ubat batuk dan soda dikenali
sebagai “sizzurp.”
Tatiana berkata, dadah dan ganja benar-benar mengubah Bieber.
Tatiana berkata, dadah dan ganja benar-benar mengubah Bieber.
“Saya amat bimbang dia akan menjadi seperti Michael Jackson.
“Ia cukup menyedihkan.
“Saya mendedahkan perkara ini sekarang kerana saya mengambil berat mengenai Bieber,” katanya.
Tatiana, 47, berkata ganja dihantar ke kediaman bintang itu di Los Angeles oleh syarikat pembekal tempatan yang kononnya membekalkan ubat-ubatan.
Dia mendakwa menyaksikan Bieber mengambil dadah ketika mengadakan parti di rumahnya bersama beberapa rakan.
“Di dapur sentiasa ada botol ubat batuk yang mengandungi kodeina tetapi saya tidak pasti apa lagi yang ada.
“Ada juga minuman ringan bersama ubat batuk itu.
“Saya diarah tidak menyentuh botol berkenaan,” katanya.
Menurut Tatiana lagi, syarikat pembekal ubat biasanya akan menghantar ubat-ubatan.
“Ganja juga ada dalam bentuk biskut, lolipop dan gula-gula dan bahan berkenaan selalu ada di rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dakwaan Tatiana itu dibuat hanya beberapa hari selepas Bieber ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melawan ketika cuba ditahan atas dakwaan mengadakan perlumbaan kereta di lebuh raya.
Dia ditahan ketika berlumba dengan Lamborghini kuningnya melawan penyanyi rap yang juga rakannya, Khalil Sharieff, 19, yang memandu Ferrari merah di Miami, Florida pada awal pagi Khamis.
Bieber mengaku mengambil ganja, dadah dan alkohol sebelum didakwa. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$2,475 (RM8,253).- Agensi
[Wow] - Selebriti
Shah Alam: Akibat bimbang ditahan pihak berkuasa yang mengadakan
operasi, sekumpulan mat rempit yang cuba melarikan diri sebaik menyedari
terdapat sekatan jalan oleh anggota polis bersama agensi penguatkuasaan
lain bertindak memandu secara berbahaya sebelum merempuh seorang
anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam kejadian itu, mangsa Shahrizan Sajari, 35, mengalami
kecederaan akibat dilanggar sebuah motosikal dalam Operasi Bersepadu
Samseng Jalanan, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Shahrizan berkata, keadaan ketika itu
kelam-kabut menyebabkannya tidak menyedari seorang daripada lima
penunggang motosikal yang cuba melarikan diri itu melanggarnya hingga
cedera di kaki.
“Akibat panik apabila pihak berkuasa cuba menahan mereka di Jalan Pesiaran Dataran Shah Alam, kumpulan penunggang motosikal itu terus memecut motosikal dalam keadaan tidak tentu arah menyebabkan saya yang berada di tepi jalan turut dilanggar,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik hanya cedera ringan di kaki kanan.
[Wow] - Berita Tempatan

Kajang: Bukan saja tertekan kerana masalah kewarganegaraan ibu
mentua tidak selesai, malah seorang pengawal keselamatan terpaksa
mengharungi detik menakutkan Rabu lalu, apabila ‘diculik’ dan dibelasah
konco peminjam wang.
Lebih empat jam dia didera termasuk dicucuh puntung rokok dan
diugut akan dicampak dari tingkat 10 disebabkan gagal melunaskan hutang
RM18,000.
Selain dibelasah, mangsa dibuli seperti kebudakan termasuk membaca
ikrar, menyanyi lagu dikir barat dan muka diconteng dakwat cap jari.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Azlan, 32, dari Gua Musang, Kelantan meminjam wang terbabit pada 2012 kerana mahu menyelesaikan urusan kewarganegaraan ibu mentua, seorang rakyat Thailand dari Pattani.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Azlan, 32, dari Gua Musang, Kelantan meminjam wang terbabit pada 2012 kerana mahu menyelesaikan urusan kewarganegaraan ibu mentua, seorang rakyat Thailand dari Pattani.
Azlan yang ditemui di Hospital Kajang berkata, pada hari kejadian dia mengakui gagal membayar pinjaman selama tiga bulan.
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Farish Aziz mengakui gementar apabila berhadapan saat-saat isterinya melahirkan anak pertama mereka secara normal pada pukul 9.23 pagi Sabtu.
Farish, 30, berkata, dia berada disamping isterinya Zahrah Fowzi, 30, selama hampir empat jam bagi memberi sokongan dan semangat kepada isterinya melalui detik-detik cemas tersebut.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya melalui pengalaman yang sangat berharga melihat bagaimana isteri saya melalui saat melahirkan bayi.
"Ketika itu saya rasa seperti tidak berguna kerana tidak dapat membantu dia yang dalam kesakitan itu, apa yang saya mampu adalah berada di sisinya dan beri semangat untuk dia yang dalam kesakitan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Farish berkata, bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pakar Kota Kinabalu , Sabah.
Dalam pada itu, Farish berkata, perasaan gembira dan bersyukur ketika menyambut cahaya mata tersebut tidak dapat digambarkan.
"Saya rasa seperti berada di awang-awangan selepas melihat bayi itu lahir, sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika itu.
"Saya hanya berdoa dan bersyukur kerana semuanya selamat," katanya yang masih belum membuat keputusan untukn memberi nama kepada bayi tersebut.
Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya, Farish berkata, buat masa ini dia banyak mengambil tawaran-tawaran bekerja di Sabah bagi memudahkan urusan dan masa bersama keluarga.
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR – TAHNIAH Hafiz kerana telah berjaya dinobatkan sebagai
pemenang tempat pertama Anugerah Juara Lagu 28 sebentar tadi bersama
lagu “Bahagiamu Deritaku” ciptaan LY dan Baiduri menewaskan 11 pesaing
lain.
Lagu ciptaan LY dan lirik Baiduri itu disampaikan oleh penyanyi, Hafiz dalam persembahan yang begitu menyentuh perasaan.
Naib juara milik lagu Hanya Aku hasil ciptaan dan disampaikan sendiri kumpulan Hyper Act.
Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta komposer Omar K dan Audi Mok di tempat ketiga.
Sementara itu, Jaclyn Victor diumumkan pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Ikut Rentakku bagi AJL28 ini.
Persembahan Hafiz dengan lagu Bahagiamu Deritaku juga telah dipilih penonton sebagai Persembahan Terbaik.
[Wow] - Hiburan
MASJID TANAH (ALOR GAJAH) – Menggemparkan apabila bangkai seekor
buaya tembaga berusia hampir 100 tahun sepanjang 7 meter dengan berat
hampir 3 tan yang di gelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai Kuala Linggi Melaka-Negeri Sembilan’ ditemui oleh nelayan.
Bangkai buaya tersebut ditemui dalam keadaan terdampar dipercayai
mati tua di tebing sungai Kuala Linggi di sekitar Kota Simpang, Lubok
Cina, dekat sini, pagi tadi.
Penemuan bangkai buaya tembaga tersebut telah menggemparkan penduduk
disitu dan bertindak menghubungi Jabatan Perhilitan dan Jabatan
Pertahanan Awam(JPAM)
Isu Panas
IPOH – Tindakan seorang bekas polis bantuan merompak seorang lelaki
dengan bersenjatakan parang panjang pagi semalam, mengundang padah
apabila dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk yang melihat kejadian
itu.
Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 11.30 pagi, suspek berusia
24 tahun dikatakan cuba melakukan samun bersama dua rakan di Bandar
Pengkalan Indah, Simpang Pulai, di sini.
Sumber polis berkata, suspek yang menaiki motosikal dikatakan
menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menunggu rakan di depan sebuah
kedai.

Menurutnya, suspek menghunuskan parang dan cuba merentap rantai emas dipakai di leher mangsa ketika itu.
Bagaimanapun, mangsa bertindak berani apabila cuba merampas parang penjenayah sebelum berlaku pergelutan
[Wow] - Jenayah

APABILA manusia itu dibelenggu kemiskinan, apa sahaja cara akan digunakan demi untuk mencari makanan untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar.
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Bangladesh, menjadikan ruang internet gempar apabila fotonya sedang meminum susu dari seekor ibu anjing tersebar luas.
Kejadian itu berlaku di sebuah daerah di bahagian utara Bangladesh yang dikenali sebagai Gaibandha.
Shakil Ahmed dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dia sering kelaparan apabila ibunya meninggalkannya di rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu daripada ibu anjing
peliharaannya sendiri, walaupun ditegur ibu bapa dan jiran, Shakil
tetap melakukannya.
Biarpun kini, anjing peliharaannya itu telah mati, Shakil masih tidak dapat berhenti daripada meminum susu anjing.
Dia kini meminum susu anjing daripada ibu anjing yang ditemuinya di jalanan.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)










Recent Comments