Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Dalam usaha mengetatkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan hanya rakyat Malaysia yang memerlukan menikmati kelebihan kesemua subsidi, petrol RON 95 yang disubsidi dijangkakan akan hanya boleh dinikmati golongan “yang memerlukan”, atau dengan kata lain, golongan miskin.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan polisi harga baharu ini mungkin akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini, tambah beliau.

Menurut beliau, sesiapa yang tidak layak untuk membeli RON95 pada harga subsidi hanya layak untuk membeli petrol RON97.

“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95,” jelas beliau.

Harga semasa RON95 ialah RM2.10 seliter (subsidi 63 sen) manakala RON97 pula RM2.80 yang mana harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

“Malah penduduk dari jiran kita, Singapura dan Thailand juga rakyat asing yang tinggal dan bekerja di negara kita turut menikmati minyak pada harga subsidi,” tambah beliau lagi.

Pendekatan baharu ini masih lagi dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.


Apa kata anda?

HANYA kerana telefon iPhone 5Cnya dicuri oleh seorang wanita yang cantik, seorang lelaki dari Jepun telah memaafkan wanita itu kerana mencuri gajet miliknya.
Kecurian telefon itu berlaku ketika lelaki berkenaan, Matsumoto Hiroki melancong ke Bangkok, Thailand.
Identiti siapa pencuri telefon Hiroki terbongkar apabila si pencuri merakamkan gambar sendiri secara ‘selfie’ dengan menggunakan telefon milik Hiroki.
Dia boleh melihat gambar berkenaan daripada aplikasi iCloudnya.
Selepas melihat gambar pencurinya, Hiroki melalui Twitternya pada 10 Januari lepas memberitahu bahawa pencuri telefon pintarnya amat comel.
“Anda boleh menyimpan iPhone selagi kita masih berkawan” kata Hiroki.
Mesej itu diterjemahkan ke dalam bahasa Thailand, dan kemudian dihantar kepada pencuri wanita tersebut.
Selepas mesej itu diterima, Hiroki mendapati terdapat sejumlah gambar lelaki di aplikasi tersebut.
Hiroki kemudian menutup akaun telefonnya.
Disangka pencurinya wanita cantik.. sekali rupa-rupanya si jejaka sama jantina. 

Setiap guru mempunyai etika perguruan yang mesti dipatuhi. Apatah lagi tugas mendidik mesti dilakukan mengikut cara betul kerana ia melibatkan generasi yang bakal mewarisi negara.
Walaupun sesetengah guru mengamalkan hukuman rotan dalam pengajaran, masih terdapat khilaf sama ada kaedah ini sesuai diguna pakai untuk mendidik pelajar.
Bagaimanapun jika merujuk pada tindakan menyuruh pelajar makan rumput, ini terang-terangan satu tindakan yang boleh dikatakan melampau.
Justeru seorang bapa yang terkilan apabila mengetahui perkara ini bertindak membuat laporan polis.
Mengikut laporan polis yang kini tersebar di laman sosial, kejadian berlaku semalam (23 Januari) lebih kurang 3.30 petang di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sungkai, Perak.
Selain dipaksa makan rumput, anak pengadu bersama seorang lagi rakannya dikatakan turut didenda memakai loceng di leher sebelum gambar mereka dirakam oleh guru terbabit untuk ditunjukkan kepada pelajar kelas lain.
Pengadu turut memaklumkan, guru anaknya memberitahu gambar itu akan dimuatnaik di Facebook jadi dia berasa perkara ini sesuatu yang keterlaluan lalu bertindak membuat laporan polis.
Hm, macam-macam pula cerita membabitkan guru keluar sejak akhir-akhir ini. Apa pun diharapkan ia diselesaikan secara baik. 
Sumber: beliabangkit.blogspot.com

IPOH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di lorong kecemasan di Kilometer 315 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata mangsa Kamarul Ariffin Abd Rahman, 43, dari Kampung Gajah dekat sini, cedera parah di bahagian badannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata kejadian berlaku pada 10.45 pagi tadi ketika lori itu berhenti di lorong kecemasan kerana sedang diperiksa oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mangsa, yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200, gagal mengelaknya lalu merempuh belakang lori.
“Akibat rempuhan itu anggota JPJ, D. Jal Chandra, 22, cedera ringan di mulut manakala pemandu lori yang berasal dari Kampung Baru Semeling, Bedong, Kedah tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. – BERNAMA

SEPASUKAN pasukan pendakwaan dan pakar forensik antarabangsa telah menemui bukti terbaru penyeksaan dan pembunuhan sistematik yang dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Wakil CNN, Christianne Amampour mendedahkan perkara tersebut dengan laporan eksklusifnya bersama akhbar The Guardian.
” Bukti ini TIDAK BOLEH DISANGKAL lagi,” kata salah seorang pakar, David Crane dalam laporan berkenaan.
Crane sebelum ini adalah ketua pendakwaan untuk Mahkamah Khas Sierra Leone
Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana tahanan telah dibiarkan kebuluran, dipukul dengan kejam dan diseksa hingga membawa kepada kematian mereka.
Sebanyak 15o mayat individu telah diperiksa, majoritinya berumur dari 20 hingga 40 tahun.
Salah seorang daripada tiga peguam yang menulis laporan itu, Sir Desmond de Silva, yang juga bekas ketua pendakwaan Mahkamah Khas Untuk Sierra Leone menyifatkan apa yang berlaku sama seperti mana mangsa kekejaman Holocaust.
Lihatlah ‘dunia’…



JUMLAH RM748,000 adalah sangat besar semata-mata untuk sekeping plat kenderaan namun bagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tidak kisah kerana tahu duit berkenaan akan ‘kembali’ kepada rakyat.
Menurut kenyataan disiarkan The New Straits Times, jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan manfaat yang diperoleh oleh orang ramai.
Plat nombor W1N titah baginda, didapatkan menerusi cara yang betul iaitu dibida melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dimaklumkan terdapat ramai yang berminat dengan nombor pendaftaran tersebut.
Baginda menyifatkannya sebagai ‘cara Johor’ yang akan mendapatkan sesuatu dengan cara betul dan tidak melangkau prosedur sama seperti orang lain.
Dikenali sebagai pencinta kereta dan mempunyai banyak koleksi kenderaan termasuk kereta mewah edisi terhad, plat nombor W1N bagaimanapun akan dipasang pada kereta tempatan, Proton Suprima S milik baginda.
 Tahun lalu, baginda Sultan Johor turut menarik perhatian ramai apabila membeli nombor plat kenderaan WW1 bernilai setengah juta ringgit. No plat yang mahal itu turut digunakan pada kereta tempatan, Proton Satria Neo

Pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records . Kerana berbahaya , pokok ini diberi papan peringatan yang ketara agar orang tidak menghampiri .

Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga digalakkan untuk menjaga jarak dengan pokok itu . Buahnya mirip epal kecil , tapi hanya menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU . Tak hairan buah itu dinamakan manzanita de la muerte alias buah kematian oleh Christopher Columbus .

Nicola H Strickland , perunding radiologi , pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis . " Lama - lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas , " tuturnya . Kesannya berlangsung 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan perlu 8 jam untuk reda kembali ke normal .

Tak hanya buah , getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet , bengkak atau luka bakar . Banyak traveller yang mengalaminya saat berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya . Getah dari batang yang terbawa titisan hujan pun juga menyebabkan luka .

Manchineel berwana hijau terang , daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap . Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas , Florida dan Caribbean . Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan kebutaan sementara hingga kekal .

Sumber: wowkeren.com



Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang cacat mental dan hilang hampir enam tahun lalu berjaya dijejaki oleh keluarganya apabila dia muncul dalam YouTube.

Keluarganya yang menonton rakaman yang menunjukkan dia menari berjaya menjejakinya di Yaman.

Nafei Al Daabali, 46, meninggalkan kediamannya di Al Lith enam tahun lalu dan sejak itu tidak pernah pulang.

Kehilangannya mendorong polis dan ahli keluarga melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh negara tetapi gagal mengesannya. Pihak berkuasa Saudi kini berusaha untuk membawanya pulang dengan bantuan polis Yaman dan menyiasat bagaimana dia boleh menyeberang sempadan ke negara itu tanpa pasport.

Seorang ahli keluarganya berkata, Nafei nampak tidak sihat kerana menghadapi masalah fizikal dan psikologi. - AFP

Sumber: Harian Metro

New York – Selepas sekian lama menipu akhirnya penipuan yang dilakukan oleh seorang jurugambar hingga melayakkan dia memenangi anugerah Pulitzer, terbongkar.
Narciso Contreras yang bertugas dengan Associated Press kini telah dibuang kerja selepas mengaku mengubah gambar perang Syria dengan menggunakan photoshop.
Dia menggunakan teknik `cloning’ sebelum menghantar gambar tersebut ke meja AP.
“Saya membuat keputusan yang salah. Saya berasa malu dengannya,’’ katanya.
Menurut Contreras, dia hanya mengubah satu-satunya gambar berkenaan.
Dalam pada itu Naib Presiden dan Pengarah Gambar AP, Santiago Lyon berkata, reputasi AP adalah yang paling utama justeru tindakan tegas perlu diambil kerana ia menjejaskan imeh dan melanggar kod etika agensi tersebut.
Hasil kerja Contreras sebelum ini telah disiarkan di seluruh dunia termasuk The New York Times, Der Spiegel, TIME, dan The Washington Post.
Sejak pendedahan itu juga, AP telah memeriksa semula 494 keping gambar yang diambil oleh Contretas namun tidak menemui sebarang pengubahsuaian.
Ini bukan kali pertama AP terpaksa menarik semula gambar-gambarnya disebabkan oleh manupulasi digital.
Pada 2011, AP telah menarik seluruh siri gambar yang dikeluarkannya selepas jurugambar terbabit menggunakan perisian untuk membuang bayang daripada gambar berkenaan.

Bagi peminat-peminat tegar filem tempatan, pasti cukup mengingati dua filem ‘pecah pangggung’ sekitar 90-an, Sembilu dan Sembilu 2 yang pernah melakar sejarah kutipan tertinggi filem Melayu sebanyak RM4.2 juta dan RM6.1 juta masing-masing.
Filem arahan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam yang mengisahkan kisah percintaan tiga segi, penuh konflik dan dendam itu telah mencipta fenomena di kalangan khalayak filem Melayu dan seni popular ketika itu.
Bagaimanapun kerinduan peminat-peminat Awie, Wati (Erra Fazira) dan Ziana Zain selama lebih dua dekad bakal terubat apabila ketiga-tiga bintang utama filem berkenaan akan bergandingan dalam satu konsert istimewa diberi nama Konsert Teaterikal Suara Kita.
Rasa keterujaan yang tinggi bukan sahaja akan dirasai para peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert tersebut (3 hingga 9 Mac), malahan bagi Erra juga – heroin dalam filem-filem Melayu hebat itu.
Menurut aktres yang terkenal dengan jolokan Primadona filem Melayu dekad 1990-an ini, beliau tidak pernah membayangkan yang mereka bertiga akan bergandingan semula. Namun beliau amat bersemangat untuk mengembalikan nostalgia peminat terhadap filem tersebut. Lebih-lebih lagi gandingan kali ini akan mengambil tempat di pentas Istana Budaya.
Begitu pun Erra tidak menafikan yang dia juga berasa gusar lebih-lebih lagi apabila dia perlu membuat persembahan nyanyian dalam tempoh yang panjang. Erra akan menyanyikan lagu OST dari sedutan filem popular lakonannya seperti Yang Terindah Hanya Sementara, Pasrah dan Pertemuan.
“Kegusaran pertama dah saya terlerai apabila piha-pihak yang saya perlu jaga hati mereka telah memberi restu untuk saya, Awie dan Ziana dalam merealisasikan konsert ini.
“Tapi timbul kegusaran saya yang kedua, saya kena jadi penyanyi semula. Bergandingan pula dengan dua lagenda ni. Sebabnya saya dah lama tak menyanyi. Memang kadang-kadang saya ada buat persembahan nyanyian tapi tak bukanlah untuk konsert yang besar sebegini. Dengan masa saya yang terhad tapi saya rasa kalau dapat latihan yang cukup, semua itu tak akan jadi masalah”, katanya ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut di Istana Budaya, semalam.
Dalam pada itu, Erra juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Awie terutamanya dalam melakonkan semula babak-babak romantis. Malah dia menantikan untuk melakonkan semula adegan masterpiece filem Sembilu iaitu babak di mana Wati menampar Awie.
“Kami berdua sudah cukup matang dan profesional. Tiada masalah untuk saya dan Awie berlakon bersama. Saat dia buka mulut menyatakan idea projek ni, saya tak ambil masa yang panjang untuk beri kata setuju. Apa yang kami buat ini untuk peminat-peminat. Kita nak kembalikan semula nostalgia mereka.
“Bezanya, kalau dulu Wati seorang remaja. Sekarang ni Wati dah tak berapa remaja (gelak).
“Saya rasa semua orang ingat babak Wati tampar Awie tu. Saya tak sabar nak lakonkan babak itu. Kita ada beritahu pengarah, Eirma Fatima, untuk selitkan babak itu dan beberapa babak lain yang memang peminat nanti-nantikan”, katanya sebelum mengakhiri perbualan. – Malaysian Digest

Tennessee – Macam-macam perangai manusia akhir zaman ini. Ada makanan tidak mahu makan sebaliknya beg plastik juga jadi pilihan.
Ketagihan terhadap plastik itu dialami oleh seorang lelaki, Robert, 23, yang bermula sejak dia berusia tujuh tahun dan sehingga hari ini, dia sudah makan kira-kira 60,000 keping plastik.
Jumlah berkenaan mencukupi untuk menutup sebuah padang bola sepak.
Setiap pagi, dia akan makan plastik sebagai sarapan dan gemar memilih beg plastik biru yang sering digunakan untuk mengisi surat khabar.
Menurut Robert, beg plastik dengan warna tersebut lebih sedap.
Kadang-kadang Robert sanggup memandu ke seluruh kejiranan itu untuk melihat sama ada jirannya tertinggal beg plastik beg itu di depan rumah mereka.
Dia juga sanggup mencuri plastik lut sinar yang digunakan untuk membalut buah dan sayur di pasar raya.
Robert percaya beg plastik yang berbeza warna mempunyai rasa tersendiri.
Selepas makan plastik itu, dia boleh menahan lapar selama sehari.
Tunangnya, Ashley kini mula risau dengan ketagihan aneh Robert dan mahu dia berhenti sebelum mereka berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi.
Kesabarannya teruji selepas mendapati Robert enggan makan kek sempena pertunangan mereka kerana telah kenyang selepas makan plastik.
Dia juga mula mengadu sakit perut.

Fenomena salji tidak akan berlaku di Malaysia berikutan suhu sejuk yang melanda negara kini.
Itu jawapan yang diberikan oleh sumber Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi Mynewshub.my, hari ini.
Malah, menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jabatan itu semalam, kejadian salji di Indonesia juga tidak benar sama sekali.
Ini kerana, adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.
Suhu udara sejuk daripada kebiasaan yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari Tanah Besar China yang sedang mengalami musim sejuk.
Bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum agak rendah berbanding bulan-bulan lain dan cuaca sejuk dijangka berlarutan sehingga awal minggu hadapan.
Pada masa yang sama, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.

Sementara itu, beberapa penduduk di Kuala Krai, Kelantan yang berhadapan dengan suhu sejuk minimun 17 darjah Celcius mengaku mengalami sedikit kesukaran kerana keadaan itu, memetik laporan Berita Harian.
“Biasanya, anak saya mandi air paip pada waktu pagi tanpa masalah. Namun, sekarang, tengah hari pun air paip masih terasa sejuk seperti dicampur ais, membuatkan anak yang baru balik sekolah enggan mandi. Suasana dalam rumah pada waktu malam juga terasa bagaikan dipasang pendingin hawa hingga memerlukan selimut tebal untuk mengurangkan kesejukan.
“Keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan suami saya, R Azmi Jaafar, 48, yang mengalami angin ahmar sejak tujuh bulan lalu,” kata seorang surirumah, Rosmanita Zainal Abidin, 42.
Rohaida Mohamed, 36, pula berkata, mereka tidak menghidupkan kipas kerana keadaan kini seumpama menggunakan penghawa dingin.
“Sepanjang masa kalau berjalan dalam rumah pun perlu memakai selipar atau stokin bagi mengurangkan rasa sejuk,” ujarnya
Justeru, diharapkan  orang ramai yang sedang menghadapi suhu sejuk di kawasan-kawasan tertentu  menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan timbulnya pelbagai penyakit terutamanya di kalangan kanak-kanak dan warga tua.