Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Tertinggal barang di bilik hotel saat bercuti adalah perkara yang
sering berlaku. Keadaan ini juga sering dilalui mereka yang bercuti
dengan anak-anak terutama anak kecil.
Menginap di bilik hotel yang sama dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan anda tertinggal barang saat daftar keluar.
Kejadian tertinggal barang ini juga ada kalanya menyusahkan dan
merugikan lebih-lebih lagi barang yang tinggal itu adalah barang yang
penting.
Oleh itu, jangan terburu-buru daftar keluar dari bilik hotel. Tip melancong minggu ini menyenaraikan beberapa panduan yang perlu anda lakukan sebelum daftar keluar dari bilik hotel supaya tertinggal barang boleh dielakkan.
Oleh itu, jangan terburu-buru daftar keluar dari bilik hotel. Tip melancong minggu ini menyenaraikan beberapa panduan yang perlu anda lakukan sebelum daftar keluar dari bilik hotel supaya tertinggal barang boleh dielakkan.
Periksa kembali keseluruhan bilik dengan teliti
Periksa keseluruhan bilik dengan teliti walaupun anda sudah berbuat demikian. Jangan sekadar melihat sekilas walaupun anda kesuntukan masa.
Periksa di sebalik selimut sampai di bawah katil. Mana tahu ada barang yang terjatuh.
Periksa juga di setiap laci lebih-lebih lagi jika anda menginap di bilik dalam beberapa hari atau bersama anak kecil. Anda mungkin menyimpan sesuatu di dalam laci atau anak-anak memasukkan barang dalam laci tanpa anda sedari.
Jangan lupa periksa bilik mandi termasuk di bahagian pancuran mandi serta almari dan kotak deposit.
Periksa alat mengecas bateri anda
Soket di bilik hotel biasanya tersembunyi atau terlindung dari meja dan kerusi. Justeru, ketika mengecas, ramai tetamu yang tertinggal pengecas bateri.
Pastikan anda mengambil kembali pengecas anda sebelum meninggalkan bilik hotel.
Periksa pengeluaran anda
Hitung kembali perbelanjaan yang anda keluarkan untuk bilik hotel anda. Adakah anda ada mengambil minuman dan makanan di mini bar. Jika ya, kira berapa harganya.
Hitung juga segala perbelanjaan lain yang anda lakukan seperti memesan makanan menerusi ‘khidmat pesanan bilik’. Ingat kembali sama ada anda membuat pembayaran atau sebaliknya.
Begitu juga dengan penggunaan telefon. Catit masa menelefon dan tempoh perbualan anda. Kira semuanya kerana ada kalanya hotel boleh tersalah kira keseluruhan perbelanjaan yang anda lakukan.
Wang deposit
Biasanya sebelum daftar masuk, pihak hotel meminta anda meninggalkan sejumlah wang tunai atau kad kredit sebagai pendahuluan.
Biasanya, segala perbelanjaan atau bayaran yang dikenakan akan ditolak dari wang deposit itu.
Namun, pastikan anda mengingati segala perbelanjaan yang dilakukan dan jangan lupa mengingatkan petugas hotel mengenai deposit itu.
Isi maklum balas pelanggan
Di bilik penginapan di hotel biasanya ada kertas yang meminta pendapat atau maklum balas tetamu.
Tulis dan beri komen dengan jujur kerana maklumat dari tetamu sangat berguna untuk pihak hotel.
Anda juga boleh memberikan cadangan atau penambah baikkan terutama jika anda ada sebarang usul yang ingin disampaikan kepada pengurusan hotel.
Periksa keseluruhan bilik dengan teliti walaupun anda sudah berbuat demikian. Jangan sekadar melihat sekilas walaupun anda kesuntukan masa.
Periksa di sebalik selimut sampai di bawah katil. Mana tahu ada barang yang terjatuh.
Periksa juga di setiap laci lebih-lebih lagi jika anda menginap di bilik dalam beberapa hari atau bersama anak kecil. Anda mungkin menyimpan sesuatu di dalam laci atau anak-anak memasukkan barang dalam laci tanpa anda sedari.
Jangan lupa periksa bilik mandi termasuk di bahagian pancuran mandi serta almari dan kotak deposit.
Periksa alat mengecas bateri anda
Soket di bilik hotel biasanya tersembunyi atau terlindung dari meja dan kerusi. Justeru, ketika mengecas, ramai tetamu yang tertinggal pengecas bateri.
Pastikan anda mengambil kembali pengecas anda sebelum meninggalkan bilik hotel.
Periksa pengeluaran anda
Hitung kembali perbelanjaan yang anda keluarkan untuk bilik hotel anda. Adakah anda ada mengambil minuman dan makanan di mini bar. Jika ya, kira berapa harganya.
Hitung juga segala perbelanjaan lain yang anda lakukan seperti memesan makanan menerusi ‘khidmat pesanan bilik’. Ingat kembali sama ada anda membuat pembayaran atau sebaliknya.
Begitu juga dengan penggunaan telefon. Catit masa menelefon dan tempoh perbualan anda. Kira semuanya kerana ada kalanya hotel boleh tersalah kira keseluruhan perbelanjaan yang anda lakukan.
Wang deposit
Biasanya sebelum daftar masuk, pihak hotel meminta anda meninggalkan sejumlah wang tunai atau kad kredit sebagai pendahuluan.
Biasanya, segala perbelanjaan atau bayaran yang dikenakan akan ditolak dari wang deposit itu.
Namun, pastikan anda mengingati segala perbelanjaan yang dilakukan dan jangan lupa mengingatkan petugas hotel mengenai deposit itu.
Isi maklum balas pelanggan
Di bilik penginapan di hotel biasanya ada kertas yang meminta pendapat atau maklum balas tetamu.
Tulis dan beri komen dengan jujur kerana maklumat dari tetamu sangat berguna untuk pihak hotel.
Anda juga boleh memberikan cadangan atau penambah baikkan terutama jika anda ada sebarang usul yang ingin disampaikan kepada pengurusan hotel.
Pelancongan
London: Pesakit mengalami obesiti yang terdesak untuk mengurangkan
berat badan kini boleh menelan belon di dalam pil menerusi kaedah
perubatan terbaru bagi menangani masalah kegemukan.
Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon tidak memerlukan
pembedahan invasif. Sebaliknya, prosedur 10 minit itu hanya memerlukan
pesakit menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi
belon kempis.
Kapsul itu dilekat kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang menjadi sebesar saiz sebiji epal. Kapsul itu akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut.
Belon itu akan berada di bahagian atas perut, menyebabkan pesakit
rasa kenyang dengan harapan pesakit akan mengurangkan makan dan
seterusnya berat badan akan berkurangan. Pesakit akan menerima belon
kedua 30 hari selepas prosedur pertama dengan pilihan belon ketiga
selepas kira-kira 60 hari, berdasarkan penurunan berat badan mereka dan
kekenyangan yang dialami.
Pada akhir rawatan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan, belon itu akan mengecut dan dibuang melalui rawatan endoskopi. Obalon berharga £2,995 (RM16,469) untuk dua rawatan belon. Ia boleh didapati di beberapa hospital dan klinik di sekitar London.
Global
Stockholm: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun terkejut
apabila akhbar yang dibacanya melaporkan yang dia sudah meninggal dunia.
Sven-Olof Svensson sedang membaca akhbar tempatan Jonkopings-Posten
sebelum terlihat paparan ucapan takziah untuk dirinya sendiri.
Ucapan takziah itu diserahkan kepada akhbar terbabit oleh kakaknya yang berusia 90 tahun selepas Svensson dimasukkan ke hospital pada malam Krismas kerana tidak sihat.
Kakaknya menghubungi doktor yang merawat Svensson tetapi salah faham
mengenai penyakit yang di jelaskan oleh doktor itu. Dia menyangka
Svensson sudah meninggal dunia dan mula menulis ucapan takziah kepada
adiknya bersama kawan baik Svensson, Lars Faltskog.
Bagaimanapun, Faltskog yang ingin mengambil barangan peribadi milik sahabatnya itu pada 3 Januari lalu terkejut apabila mendapati Svensson masih hidup. - AP
Global
Manchester, England: Manchester United yakin dapat membeli Juan Mata dari Chelsea dengan harga £37 juta (RM203.8 juta) selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Rundingan membabitkan pemain tengah Sepanyol berusia 25 tahun itu
semakin rancak dan Mata yakin dia akan menjalani pemeriksaan perubatan
sebelum hujung minggu ini.
Sekalipun United berhati-hati dalam urusan perpindahan itu selepas mereka gagal mendapatkan pemain ternama musim panas lalu, pengurus United, David Moyes percaya perpindahan itu semakin hampir dimuktamadkan.
Mata berazam meninggalkan Chelsea selepas kecewa dengan kegagalannya memikat pengurus, Jose Mourinho musim ini.
Pemain tengah itu bimbang mengenai tempatnya dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia musim panas ini jika dia tidak beraksi secara kerap di peringkat kelab dan Moyes akan memberinya peluang ketika beliau membentuk pasukan masa depan.
United, yang ketinggalan enam mata di belakang pasukan tangga keempat dalam Liga Perdana, agak terdesak untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Walaupun bayaran perpindahan itu jelas lebih tinggi daripada yang
dibayar Chelsea £23.5 juta (RM129.5 juta) kepada Valencia pada 2011,
Moyes tetap menaruh harapan untuk mengambil pemain ternama pada pintu
perpindahan kali ini.
United difahamkan berhati-hati kerana Moyes dan ketua eksekutif, Ed Woodward gagal membeli pemain seperti Thiago Alcantara dan Cesc Fabregas pada musim panas lalu.
Pemain terbaik Chelsea bagi dua musim terakhir itu tidak beraksi
dalam tiga perlawanan terakhir kelab itu. Selepas dia digantikan ketika
menentang Southampton pada tahun baru, Mourinho mengakui beliau akan menimbangkan sebarang tawaran. - Agensi
![]() |
| Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori patah gigi dan lebam pada badan
selepas dibelasah sebaik lori dipandunya terlanggar sebuah teksi di
Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 29
tahun ditemani adiknya berusia 23 tahun dalam perjalanan ke ibu kota
sebelum lori dipandunya melanggar sebuah teksi di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa kemudian keluar untuk melihat kerosakan yang
berlaku dan ingin berbincang dengan pemandu teksi terbabit.
“Bagaimanapun tiba-tiba pemandu teksi itu mengamuk dan memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.
“Terkejut dengan tindakan berkenaan, mangsa meminta lelaki terbabit
bertenang namun gagal apabila dia tiba-tiba menumbuk muka mangsa.
Malah adik mangsa turut diserang lelaki itu,” katanya.
Sumber berkata, sebaik dibelasah selama beberapa minit, pemandu teksi berkenaan terus beredar.
“Akibat kejadian itu, mangsa patah sebatang gigi dan lebam di muka
serta badan sementara adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.
“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur: Panik apabila api menyambar badannya, seorang lelaki
nekad menyelamatkan diri dengan berlari turun dari rumah kedai tiga
tingkat di Jalan Pelangi 17, Taman Pelangi, di sini, sebelum pengsan,
semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an berjaya
diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu sebelum
menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan mangsa dilaporkan
kritikal selepas hampir separuh badannya terbakar.
Malah, kereta Nissan Sylphy miliknya turut musnah dalam kejadian
itu apabila dinding konkrit premis berkenaan runtuh dan menghempap
keretanya.
Seorang lagi mangsa yang menyewa premis di tingkat dua, Datuk Zulkifli Azbdul Aziz pula kerugian dianggarkan RM200,000 selepas barangan milik syarikatnya turut musnah.
Seorang lagi mangsa yang menyewa premis di tingkat dua, Datuk Zulkifli Azbdul Aziz pula kerugian dianggarkan RM200,000 selepas barangan milik syarikatnya turut musnah.
Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi
semalam selepas dimaklumkan pekerjanya dan terus bergegas ke tempat
kejadian sebelum mendapati rumah kedai berkenaan yang turut menempatkan
pejabat syarikatnya musnah.
“Saya diberitahu, sebelum kejadian ada saksi terdengar bunyi letupan di tingkat tiga premis ini.
“Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba terdengar jeritan seorang lelaki yang berlari turun dalam keadaan terbakar sebelum pengsan,” katanya.
Zulkifli berkata, dia jarang bertemu dengan lelaki itu kerana mangsa menyewa di tingkat tiga sebagai stor simpanan barang.
“Saya sendiri tidak mengenali mangsa kerana dia jarang berada di sini.
“Malah, akibat kebakaran ini, semua peralatan seperti komputer, mesin pencetak, barangan syarikat rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan kerugian hampir RM200,000,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.12 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 25 minit kemudian.
“Api berjaya dikawal lima minit kemudian. Dalam kejadian itu seorang lelaki terbakar separuh badan dan dihantar ke HKL untuk rawatan,” katanya.
“Seramai 45 anggota bomba pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu,” katanya.
Menurutnya, punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuching: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang
dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di bulatan Jalan Muara
Tabuan/Samajaya, Kuching, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Abdul Rani Rumani, 21, maut di
tempat kejadian selepas motosikal ditunggang bersama rakan Adeni Wahab,
28, dilanggar Toyota Hilux.
Menurut sumber, difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar
rakannya pulang ke rumah di Tabuan dan ketika keluar simpang di bulatan
berkenaan, motosikal mereka dirempuh Toyota Hilux dipandu laju dari
arah Muara Tabuan ke Samajaya.
Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkannya dilanggar dan tercampak beberapa meter.
Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkannya dilanggar dan tercampak beberapa meter.
“Mangsa parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala
rakan yang cedera ringan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan
dilaporkan stabil.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur: Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan
surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai
tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.
Menurut sumber, perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam
rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat
Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam
kira-kira jam 4.30 petang.
Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit
yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu,
namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit
yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu,
namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
[Wow] - Berita Tempatan
Admin tak pasti mana datang term ini tetapi ianya digunakan di Korea Selatan.Ini bukan sesuatu yang kurang siuman. 'Dinner Porn' adalah satu rakaman yang juga dipanggil 'mok-bang' di negara itu bermaksud gabungan 'makan malam' dan 'rakaman siaran langsung'. Dalam siaran langsung itu, anda akan lihat seseorang itu makan makanan yang begitu banyak dan belanja sehingga RM 6,000 untuk sebulan bagi membeli makanan demi rakaman itu.
Tak kira gadis ataupun lelaki, semakin banyak anda makan dan juga bunyi yang pelik semasa makan, itu yang akan memberi lebih 'Star Balloon' oleh penontonnya. Makin syok orang tengok makin untunglah, 'Star Balloon' adalah token yang mana boleh ditukarkan kepada wang tunai.
Itu adalah cara mereka dalam 'Dinner Porn' ini mendapat bayaran yang begitu itu. Antara yang mula-mula naikkan 'Dinner Porn' ini adalah The Diva. Dia boleh makan 30 biji telur dan juga satu kotak besar kaki ketam dalam satu hidangan.
Siang dia kerja di pejabat seperti orang lain tetapi pada waktu malam, dia membuat rakaman siaran langsung 'Dinner Porn'. Kini ramai orang telah cuba untuk mengikut langkah The Diva.
Pelbagai

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab.
Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah
terbaru Diyana. Kini menerusi akaun Instagramnya, Diyana telah berkongsi
beberapa keping gambar dirinya dengan penampilan bertudung.
Hiburan

Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu.
Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia.
Memetik portal Murai, Ning berkata, “masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju”.
“Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu,” ulasnya lagi.
Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya.
Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut.
“Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan,” katanya.
[Wow] - Kisah Artis
Semalam, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar yang terjadi semasa dirinya dikatakan dihalang daripada mengadakan persembahan di sebuah acara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat hartanah, Castmet Sdn Bhd, Sabtu lalu.
Marinatasha menjelaskan dia telah diarahkan turun daripada mengadakan persembahan walaupun ketika itu sudah bersiap sedia memegang mikrofon untuk memulakan nyanyiannya.
Dia yang berasa terhina dan malu dengan tindakan Pengarah Kewangan Castmet, Shannon Yong yang dikatakan mendiskrimansi artis bertudung, membuat laporan polis pada keesokan harinya berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Castmet menerusi kenyataan medianya telah menafikan dakwaan mereka mendiskriminasi serta menghalang Marinatasha daripada menyanyi hanya disebabkan kerana dia bertudung.
Pihak Castmet juga sudah membuat laporan polis mengatakan Marinatasha adalah penyanyi gantian yang dirasakan tidak sesuai dengan tema dan perjalanan acara majlis pada malam itu.
Sebaliknya, Castment bersepakat dengan membuat keputusan bahawa Marinatasha bukanlah penghibur yang dirasakan sesuai untuk mengadakan persembahan dengan band Rufus.
Memetik laporan polis yang dibuat oleh Castmet yang diperoleh menerusi laman Facebook, “Marinatasha hanyalah penyanyi gantian untuk tujuan preview sahaja. Wakil syarikat mengatakan dia tidak sesuai untuk majlis makan malam itu, kerana penyanyi utamanya perlu bercampur dan berinteraksi dengan tetamu menerusi alunan dan tarian mengikut rentak lagu yang dipersembahkan”.
Berhubung hal itu, penyanyi utama yang dijanjikan oleh band tersebut ialah bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Farina AF8.
Menurut laporan polis itu lagi, pihak Castmet mengatakan mereka telah memberitahu permintaan tersebut kepada band Rufus di mana mereka mahukan penyanyi utamanya yang dapat berinteraksi, menari dan menyanyi bersama-sama tetamu yang hadir.
Namun, Marinatasha dilaporkan menghadirkan diri pada sesi preview yang diadakan pada 15 Januari lalu walaupun Castmet tidak bersetuju dengan perkara itu.
Wakil Castmet juga mendedahkan mereka tidak menyangkakan kehadiran Marinatasha di mana dia telah muncul beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.
Lantas, staff yang bertanggungjawab telah menyarankan kepada band Rufus supaya menerima pengacara majlis tersebut untuk mengantikan tempat penyanyi utama yang kosong ketika itu.
Nak dijadikan cerita, penyanyi asal, Farina pula muncul dan bersetuju untuk membuat persembahan dan program kemudiannya telah berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Menerusi laporan Mynewshub semalam, Marinatasha mengatakan tindakan Castmet dilihat seakan mendiskriminasikan penyanyi bertudung dan ini merupakan kali keempat, dia telah dilayan sebegitu sepanjang bergelar penyanyi profesional selama 12 tahun.
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)






















Recent Comments