Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KOTA KINABALU: Misteri kehilangan seorang pemandu Perodua Viva yang
terlibat dalam satu insiden kemalangan berhampiran lampu trafik Sutera
Harbour, di sini, pada Selasa lepas akhirnya terjawab dengan penemuan
mayat berulat dalam keadaan terlentang di parit Grace Court, Jalan
Coastal, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Nelson Thien Hua Keong,
33, ditemui dalam parit sedalam dua meter oleh pekerja memasang kabel
di lokasi itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis kira-kira jam 11
pagi.
Dikatakan mangsa terlibat dalam kemalangan pada Selasa lepas
kira-kira jam 2 pagi dengan memandu kenderaan berkenaan bersama seorang
rakannya dan tidak ditemui sejak insiden terbabit.
Ketua Polis
Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, mangsa dilaporkan
hilang sejak insiden kemalangan itu dan usaha pencarian oleh keluarga
mangsa turut dilakukan termasuk memeriksa senarai pendaftaran pesakit di
hospital-hospital sekitar kawasan Kota Kinabalu.
“Bagaimanapun,
mayat mangsa ditemui di dalam parit berkenaan dan identitinya turut
disahkan melalui proses pengecaman oleh ahli keluarga di tempat
kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi bedah siasat serta tuntutan ahli keluarga,” katanya.
Beliau berkata, mangsa sukar dikesan berikutan faktor hujan lebat dan banjir di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu tempoh hari.
Jauteh berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk tampil segera membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Isu Panas

Akibat terlupa menarik “hand brake”, kereta seorang pelajar UiTM Shah Alam terbalik.
Menurut sumber di twitter, kereta tersebut di parking di kawasan berbukit berdekatan Falkulti Kejuruteraan Awam.
Kereta itu telah mengundur dan menaiki pembahagi jalan (divider) lalu
terbalik. Punca kejadian tidak dapat dikenal pasti. Sama ada palajar
tersebut nak cepat-cepat ambil exam ataupun “panggilan alam”.
sumber: www.typo.my
Isu Panas

Biasanya, syarikat akan memberikan hadiah berupa wang tunai atau
kereta kepada kakitangan terbaik yang diumumkan ketika majlis makan
malam tahunan.
Tetapi sebuah syarikat di China, memberikan penghargaan berlainan
apabila mengumumkan kakitangan terbaik mereka akan mendapat peluang
bermalam bersama pelakon lucah Jepun, Hatano Yui.

Syarikat dari Shanghai tersebut turut menampilkan Hatano pada malam
pengumuman, membuatkan ramai kakitangan lelaki mengambil kesempatan
bergambar dengannya.
Selepas hadiah syarikat ini tersebar luas, banyak pihak mempersoalkan sudut moral pengurusan teratas syarikat berkenaan.
Pelbagai

MENURUT Havocscope, badan pemantau pasaran gelap
atas talian dunia, pasaran gelap Malaysia dianggarkan bernilai RM9.74
bilion (US$2.99 bilion).
Laman sesawang tersebut, yang bersumberkan dokumen terbuka yang
dipercayai seperti dokumen kerajaan, laporan media dan jurnal akademik,
meletakkan Malaysia di kedudukan ke-40 daripada 93 negara yang dipantau,
berdasarkan anggaran ancaman keselamatan akibat pasaran gelap.
Pasaran gelap dunia dianggarkan bernilai RM5.8 trilion. Angka
tersebut berdasarkan data yang dikumpul selama beberapa tahun bagi
memberikan gambaran terhadap industri pasaran gelap.
Di Malaysia, pasaran gelap dikuasai kegiatan pelacuran yang
dianggarkan membawa pulangan RM3.2 bilion. Angka tersebut berdasarkan
jumlah yang mampu dibawa pulang pelacur-pelacur warga asing yang
berdagang tubuh mereka.
Malaysia diletakkan di tangga ke-17 daripada 26 negara yang mengaut pulangan besar dari sindeket tersebut.
Negara ini berada di atas Belanda (di mana pelacuran bermula) dan negara-negara lain termasuk Russia dan Jamaica.
Anehnya, Malaysia tidak tersenarai di antara 29 negara dengan
bilangan pedagang tubuh tertinggi. Ini bermakna, Malaysia menjadi lubuk
bagi pelacur-pelacurwarga asing membuat keuntungan.
Di kedudukan kedua di dalam senarai pasaran gelap ialah sindiket wang
palsu dengan pulangan bernilai RM2.51 bilion. Sindiket cetak rompak
pula di kedudukan ketiga dengan menghasilkan RM2.14 bilion
Mungkin rakyat tempatan tidak terkejut dengan senarai tersebut kerana penjual barangan cetak rompak berada di mana-mana.
Perikanan serta pembalakan haram pula berada di kedudukan seterusnya
dengan masing-masing mengaut RM1.08 bilion dan RM915 juta. Arak serta
rokok seludup pula menghasilkan jumlah terkumpul sebanyak RM1.52 bilion.
Laman sesawang tersebut bertujuan memberi data yang jelas dan bermanfaat berhubung kegiatan pasaran gelap.
Ia menyatakan bahawa berbilion ringgit disalurkan bagi membasmi
kegiatan tersebut, namun fakta berkenaan aktiviti pasaran gelap tidak
mencerminkan keadaan sebenar. Malah fakta tersebut digunakan bagi
mempromosi sesuatu agenda tertentu.
Sumber-sumber bagi angka yang didedahkan dijelaskan di dalam laman
sesawang itu bagi pengguna-pengguna memperoleh maklumat mengenainya
serta meyelidik kredibilitinya.
Havocscope mengamalkan dasar berkecuali di dalam isu pasaran gelap.
Ia tidak memberi apa-apa cadangan bagi mengubah kegiatan tersebut.
Statistik yang disenaraikannya kerap digunakan di dalam jurnal-jurnal serta laporan media di serata dunia.
Statistik tersebut tentu tidak membantu Malaysia di dalam usahanya mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Penyeludup serta penjenayah juga amat berhati-hati supaya kegiatan mereka tidak dapat dihidu pihak berkuasa.
Kadang-kala, pihak berkuasa sedar tentang kegiatan yang dijalankan
tetapi mengambil sikap ‘tutup sebelah mata’ dan membiarkan penjenayah
serta penyeludup ini menjalankan ‘perniagaan’ mereka.
Apa-apapun, di dalam era informasi ini, pihak berkuasa wajar
mempertingkatkan usaha mereka bagi membasmi kegiatan pasaran gelap
negara dengan berpandukan segala jenis maklumat.
Kegagalan melakukannya bermakna Malaysia bakal kehilangan pelabur
serta pelancong-pelancong asing yang membawa bersama mereka berbilion
ringgit setahun. – The Ant Daily
[Wow] - Berita Tempatan

TIDAK pasti kerana cinta atau harta, seorang wanita berusaha menuntut sperma tunangnya yang sedang nazak di Mahkamah Tinggi London.
Mengikut undang-undang yang telah diperuntukan, sperma tidak boleh diberikan tanpa kebenaran individu itu.
Wanita yang dikenali sebagai AB itu berkata, dia mahu menyimpan
sperma tunangnya, P, dan akan digunakan pada masa akan datang bagi
mendapatkan anak yang juga pewaris lelaki itu.
P merupakan seorang pelabur bersara yang kaya dan telah diserang sakit jantung sebanyak empat kali.
Dia dijangka tidak mampu bertahan kerana penyakitnya itu dan boleh meninggal dunia bila-bila masa sahaja.
Peguam AB berkata, pasangan itu sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan kerap kali berbincang mengenai perkahwinan dan anak.
Wanita itu juga percaya jika tunangnya sedar mengenai apa yang
berlaku, dia pasti memberi keizinan kepadanya untuk mendapatkan sperma
itu.
Kes tersebut mendapat perhatian ramai dan keputusan menganai tuntutan itu belum dibuat oleh mahkamah.
Global

Khabarnya, seorang artis wanita popular tempatan dilihat membawa teman lelakinya keluar masuk di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Gosip ini mula timbul selepas rakan salah seorang wartawan Harian Metro terpandang kelibat artis popular berkenaan sedang memasuki hotel bersama teman lelakinya.
Menariknya, mereka berjalan secara berasingan di mana seorang menaiki tangga dan seorang lagi menggunakan perkhidmatan lif hotel bagi mengelakkan diri dari dikenali orang ramai mahupun peminat.
Menurutnya lagi, artis tersebut mengenakan pakaian biasa, memakai topi dan berkaca mata hitam serta tanpa sebarang solekan. Agaknya, siapa artis wanita popular yang dimaksudkan wartawan itu?
Hiburan

London – Penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne hari ini tampil memohon maaf atas tindakannya berdiri di atas tebing bumbung pada ketinggian 360 kaki.
Aksi Payne, 20, itu telah dirakamkan oleh rakannya itu dimuat naik dalam twitter selepas dia berada di balkoni tingkat 34, sebuah apartmen di Docklands.
“ Anda mungkin telah melihat imej saya di atas bumbung bangunan. Saya menyesal kerana berada di situ dan membiarkan gambar itu dirakamkan,’’ katanya dalam twitter.
Imej berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan.
Ia dirakamkan pada hujung minggu lalu ketika Payne meraikan tiga orang rakannya yang melawatnya.
Selepas gambar itu dimuat naik dalam twitter, peminatnya melahirkan kebimbangan dan tertanya-tanya sama ada dia mahu terjun daripada bangunan berkenaan.
Selain itu, penyanyi berkenaan juga tidak gembira kerana peminatnya telah berhimpun di depan rumahnya di London.
“Saya tahu bahawa kawan-kawan saya telah memuat naik banyak gambar rumah saya dalam twitter, dalam tempoh beberapa hari ini namun orang ramai perlu berhenti daripada datang dan berhimpun di luar.
“Saya hanya mahu berjalan-jalan di luar seperti insan lain dan bergembira dengan rakan saya, tanpa rasa bersalah kerana tidak mahu bergambar dengan peminat.
“Maaf jika saya kurang sopan kerana jika saya bergambar dengan seorang (peminat) maka lebih ramai yang akan datang,’’ katanya
[Wow] - Selebriti

Seoul – Sekumpulan pakar perubatan terkejut selepas menemui beratus-ratus jarum emas yang halus di dalam tisu lututnya selepas dia mendapatkan rawatan akupuntur daripada pengamal perubatan alternatif.
Pakar perubatan percaya jarum itu sengaja dibiarkan di dalam tisu lutut wanita yang berusia 65 tahun itu.
Ia dikatakan mampu menyediakan stimulasi berterusan selepas rawatan berakhir.
Wanita itu yang menghidap osteoarthritis mendapatkan rawatan akupuntur selepas pengambilan ubat tahan sakit daripada doktor gagal melegakan kesakitan di lututnya.
Ia juga menyebabkan perutnya berasa tidak selesa.
Bosan dengan keadaan itu, dia kemudiannya beralih kepada akupuntur untuk melegakan kesakitan dan menggunakan perubatan alternatif itu setiap minggu.
Namun tindakan pengamal perubatan alternatif itu yang membiarkan jarum emas halus dalam lutut wanita warga emas itu dikritik oleh pakar perubatan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak.
Malah idea memasukkan benda asing dalam badan juga bukan satu idea yang baik.
Ia juga menyebabkan doktor tidak dapat melakukan imbasan MRI ke atas wanita itu kerana magnet dalam pengimbas akan menyebabkan jarum itu bergerak, sekali gus merosakkan arterinya.
Global
Agak lama juga dia tidak dikaitkan dengan gosip cinta. Alih-alih baru-baru ini timbul desas desus Nur Fazura dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka Inggeris yang merupakan salah seorang pemuzik dan DJ popular di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Randy Siedman.
Menguatkan lagi spekulasi, apabila aktres itu beberapa kali memuat naik gambar jejaka tersebut di laman Instagramnya sewaktu dia bercuti di LA, bulan lalu. Lebih manis menerusi akaun sosialnya itu, Fazura ada yang menyatakan yang Randy banyak menemaninya sepanjang menikmati percutian selama sebulan di sana. Malah Fazura dan Randy masing-masing ada menulis seperti mereka menyukai dan mengagumi antara satu sama lain.
Antara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram FazuraAntara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram Fazura
“Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.
“Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.
“Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana”, kata Nur Fazura tatkala ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan lelaki berkenaan.
Nur Fazura ditemui pada majlis previu filem ‘Kami Histeria’, bertempat di e@Curve, malam tadi.
Ditanya apa yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Randy, Fazura berkata kebijaksanaan dan sikap Randy yang sangat menghormati wanita membuatkan dia tertarik sekaligus senang menjalinkan hubungan sebagai sahabat dengan lelaki tersebut. Malah akui Fazura, Randy banyak memberi inspirasi kepada dirinya.
“Dia seorang yang bijak dan sangat menghormati wanita. Sikapnya yang sentiasa positif secara tak langsung banyak memberi inspirasi kepada saya. Dia seorang yang unik. Bila bersama dengan dia, saya sentiasa nak jadi individu yang lebih baik”, ujarnya.
Bangga Dengan Yuna
Selama sebulan di sana, banyak pengalaman menyeronokkan yang dilalui Fazura setiap hari. Antara momen berharga apabila dia dapat bertemu dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.
Malah sewaktu Yuna diundang sebagai tetamu sebuah rancangan bual bicara popular Amerika, Jimmy Kimmel, Fazura juga berpeluang hadir sama ke program tersebut dan menyaksikan Yuna membuat persembahan.
“Saya seronok sepanjang berada di sana. Rasa tak nak balik, pun ya. Tapi nak buat macam mana kan… kerjaya dan famili saya di sini. Apa yang menarik, persekitaran di sana sangat berbeza. Orang-orangnya sangat berfikiran positif dan releks. Saya suka suasananya yang sangat ceria, tak ada politik, tak ada ‘drama. Saya sempat ke San Diego, San Fransisco dan saya sambut tahun baru di Vegas.
“Selain tu saya sempat jumpa Yuna. Ceritanya, hari kedua saya di sana, Yuna mesej saya dan ajak berjumpa. Kemudian bila berjumpa, kami berborak sakan selama 3 jam. Dia ajak saya ke rancangan Jimmy Kimmel.
“Saya sangat bangga dengan Yuna. Sewaktu di program tersebit saya satu-satunya penonton Melayu dan saya bangga bila ramai memuji bakat Yuna”, kongsinya lagi dengan nada teruja.
Sementara itu mengenai perkembangan karier, Fazura bakal muncul dengan filem terbaru, Kami Histeria yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 6 Februari ini. Dia memengang watak sebagai hantu langsuir dalam filem arahan Syamil Othman itu.
Filem komedi seram itu juga turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Diana Danielle, Nad Zainal, Sarah Ali, Mila Jirin dan Umi Omar.
Selain itu Fazura juga sedang menantikan tayangan filem lakonannya, Manisnya Cinta di Cappadocia yang dijangka akan menemui peminat di pawagam dalam tahun ini. –Malaysian Digest
Hiburan

KELMARIN cubaan sepasang suami isteri warga emas melintasi landasan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) membawa padah apabila kedua mereka maut selepas dirempuh komuter dalam kejadian di Jalan Reko, Kajang, Selangor.
Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan kembali rumah selepas membeli beberapa barangan dapur di kedai runcit bersebelahan landasan berkenaan.
Mangsa, Md Nor Lian, 69, yang tidak bekerja bersama isterinya Noriah Mat Ani, 65, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh komuter terbabit.
Kedua mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter berhampiran longkang di tepi landasan berkenaan dipercayai tercampak akibat impak perlanggaran terbabit.
Difahamkan pemandu komuter terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang selepas insiden berkenaan.
Berikut adalah gambar-gambar nahas berkenaan.
Ingatlah, malang tak berbau…
[Wow] - Berita Tempatan

TERHARU kami tatkala melihat gambar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sanggup berhujan bersama-sama rakyat jelata semasa sambutan Maulidur Rasul di Bandar Seri Begawan, kelmarin.
Biarpun status dan kekayaan yang dimilikinya cukup tinggi, ia sama sekali tidak menghalang pemimpin ini daripada bertemu dan bermesra dengan rakyatnya.

Sebelum ini, Sultan Hassanal telah menguatkuasakan undang-undang syariah yang disambut baik oleh umat Islam di negara itu.
Kami doakan agar baginda dipanjangkan usia dan pemerintahannya mendapat keberkatan dari Ilahi.
(Kredit gambar: Fantastic Brunei Issue)
Global
New York: Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.
Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter.
Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu. Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.
“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.
“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya. Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman.
Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga. Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga.
Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu.
Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong. Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments