Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi.

Mayat Siti Najwa Atikah Azhar ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu.

Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Memang cool habis kalau sesiapa dapat memiliki meja sebegini sama ada di pejabat mahu pun kediaman mereka.
Mana taknya, dengan berinspirasikan kereta-kereta mewah yang menjadi idaman mereka, secara tidak langsung produktiviti kerja pun makin meningkat.
Tak gitu?
Apa-apa pun di sini penulis sertakan beberapa koleksi meja kerja yang cool buat tatapan anda!





Kita mungkin menyangka, kematian orang tersayang dianggap satu detik sedih di seluruh dunia.

Namun di Ghana, terdapat suku bangsa Ga yang menganggap kematian bukan sesuatu yang  perlu diiringi dengan perasaan berkabung  kerana bagi mereka kematian adalah permulaan perjalanan baru yang menggembirakan.

Justeru, upacara pengebumian insan yang disayangi akan diadakan dalam suasana gembira dan meriah.

Ia turut ditunjukkan menerusi adat menempatkan mayat dalam keranda buatan khas yang melambangkan barangan kesayangan atau kesukaan si mati ketika hayatnya.
Antaranya termasuklah kasut, telefon bimbit, kapal terbang, minuman berkarbonat, binatang tertentu dan sebagainya.

Keranda direka dan dibuat dengan kemas serta teliti bagi menghormati si mati, meskipun akhirnya ia akan ditanam dalam tanah.
Tradisi keranda khas ini begitu popular di Ghana, hingga terdapat ramai pembuat keranda yang mencari rezeki dengan membuat keranda di sana.

Apatah lagi harga dikenakan bagi setiap keranda agak mahal. Sesetengahnya mencecah USD400 yang menyamai kira-kira pendapatan setahun kebanyakan penduduk sana.
Keranda di Ghana ini turut dijadikan tarikan pelancong yang mengunjungi negara terbabit. Rata-rata pelancong luar mengakui ia tradisi yang agak aneh tapi unik.

Maklumlah, mana ada tempat lain di dunia ini yang orangnya dikebumikan dalam sebuah keranda berbentuk telefon Nokia kan?







Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Farish Aziz yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan Farish menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Farish tidak pula menyatakan usia kandungan isterinya, Zahrah Fowzi menerusi gambar tersebut yang diberi keterangan, ‘anybody home?’

Pasangan comel ini diijabkabulkan pada 18 Februari 2011 dan mengadakan majlis resepsi di Hotel Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada keesokan harinya.


Diharapkan proses kehamilan isterinya berjalan lancar dan selamat semuanya ketika menjelang hari kelahiran si kecil kelak.

Seorang wanita di Utah berusia 58 tahun kini sedang mengandung dan bakal melahirkan cucu sulungnya sendiri.

Wanita itu, Julia Navarro menjadi ibu tumpang kepada pasangan anak perempuan dan suaminya selepas pasangan itu mengalami masalah kesuburan.
Kini kandungan itu sudah pun memasuki lapan bulan dan cucunya bakal dilahirkan bulan depan.

Anak perempuan Julia, Lorena McKinnon berkata dia dan suaminya sudah berusaha untuk mendapatkan anak Micah Mckinnon sejak tiga tahun lalu tetapi gagal.

Lorena yang berusia 32 tahun telah mengalami keguguran sebanyak 12 kali dan tempoh paling lama dia mengandung sebelum keguguran ialah selama 10 minggu.

Setelah beberapa kali mencuba mendapatkan anak secara normal namun gagal, akhirnya pasangan Lorena dan Micah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang.

Pada mulanya, kawan dan kakak Lorena menawarkan diri untuk mengandungkan bayi itu tetapi dia enggan menerimanya.

Pada ketika itulah, ibunya Julia menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang.
“Sebagai sebuah keluarga, kami seharusnya saling membantu antara satu sama lain,” kata Julia kepada akhbar Salt Lake Tribune.

Julia terpaksa melalui proses suntikan hormon selama tiga bulan sebelum embrio yang telah disenyawakan menggunakan ovum anaknya dan sperma menantunya dimasukkan ke rahimnya.

Disebabkan umur Julia yang agak berusia, doktor memberikan amaran bahawa proses itu hanya mempunyai kira-kira 45 peratus kemungkinan untuk berjaya.
Sehingga hari ini, perjalanan proses itu berlalu dengan lancar dan kini Julia bakal melahirkan seorang bayi perempuan.

Selain persiapan menyambut kelahiran bayi itu, pasangan Lorena, Micah dan juga Julia perlu melalui proses kaunseling selama tiga bulan.
“Pakar Psikologi akan mengingatkan kami tentang masa depan yang bakal kami hadapi, agar kami bersiap dari segi mental.

“Kebanyakan kontrak ibu tumpang melibatkan individu yang tidak dikenali, adalah ganjil apabila kontrak berkenaan adalah antara saya dan ibu saya sendiri,” kata Lorena.

Hajat pelakon dan pengarah, Pierre Andre untuk menimang cahaya mata pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan menurut nasihat doktor yang bertanggungjawab.

Walaupun sedih dengan berita tersebut, namun pengarah berusia 29 tahun itu bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Sebelum ini, isterinya, Siti Nurhidayah Hashim, 26, disahkan mengandung anak sulung mereka pada September lalu selepas diijabkabulkan pada 21 Jun tahun lepas.

Tak mengapa Pierre, awak pun masih muda, ada masa lagi untuk mencuba. Semoga Pierre dan isterinya tabah dengan dugaan yang melanda mereka.


ANAK isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia selepas filem terbitannya The Wolf Of Wall Street berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Golden Globes menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem yang mengisahkan kisah benar mengenai kerjaya sebagai broker saham di Bursa Saham Amerika atau Wall Street itu penuh kontroversi yang memaparkan watak Jordan Belfort (DiCaprio) dipenjarakan keraja rasuah dan jenayah perdagangan.

Cereka itu turut menampilkan barisan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie dan Matthew McConaughey.

Riza merupakan anak Rosmah dengan bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza memberitahu bahawa dia sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.

“Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya,” ujar Riza.

DiCaprio bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu.

“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati,” puji Riza.
Filem itu mendapat dua pencalonan dalam Golden Globes melalui kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Filem Terbaik (Komedi dan Muzikal).

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese.

Riza merupakan penerbit filem berkenaan bersama DiCaprio, Scorsese, Joey McFarland dan Emma Tillinger Koskoff.

Sebelum ini nama Riza dikaitkan dengan pembelian sebuah kondo di New York, Amerika Syarikat dengan pembayaran sebanyak RM110 juta yang mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua meminta siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tanpa usul periksa, Tian Chua mempersoalkan sumber Riza membuat pembelian kondo semahal itu.

“Dari mana Riza mendapat begitu banyak wang, RM110 juta ialah terlalu banyak,” katanya.
Kalau dah jadi penerbit filem Hollywood dan berkawan pula dengan DiCaprio, setakat hendak membeli kondo di New York apalah sangat…

Kutipan dari tayangan filem berkenaan pun dah boleh beli beberapa unit kondo agaknya.
Riza merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat penerbitan Red Granite Pictures.

Para peguam yang mewakilinya telah pun menghantar surat kepada laman web Sarawak Report kepada pengendalinya Clare Rewcastle-Brown supaya menarik balik artikel berkaitan pembelian kondo berkenaan yang didakwa menggunakan sumber kewangan meragukan.

Syarikat firma guaman itu ialah Loeb & Loeb LLP  berpangkalan di Santa Monica, California.




SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Malaysia antara dua yang maut dalam kebakaran di Marina Bay Suites, semalam.

Akhbar Straits Times memetik pihak polis sebagai berkata Sooria Kala Kanaseon, 34, dan lelaki warga Singapura, Sim Lai Huat merupakan pegawai keselamatan di kondominium berkenaan. 

Kebakaran berlaku selepas 10 malam di Tingkat 65 di kondo sebanyak 221 unit itu yang kebanyakannya masih belum diduduki.


Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkata pasukan bomba dan penyelamatnya menghadapi asap tebal dan bahang panas kuat untuk menaiki ke tingkat berkenaan. 

Mereka dapati kawasan lobi lif di tingkat tersebut terbakar dan menemui dua mayat hangus di dalam lif. Punca kebakaran masih disiasat.
- BERNAMA










Pagi semalam, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero bertembung sebuah lori sebelum terbabas merempuh pagar di Lebuhraya Persekutuan seterusnya terhumban tiga meter ke laluan motosikal.

Kejadian menggemparkan ini berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.
Berikut adalah gambar keadaan pacuan empat roda terbabit yang dikongsikan Facebook  Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Bagaimanapun, mujurlah sembilan individu yang menaiki kenderaan terbabit termasuk tujuh wanita dipercayai warga Indonesia yang bekerja sebagai pencuci bangunan hanya mengalami cedera ringan.

Padahal kalau tengok keadaan kereta yang terhumban ke bawah, memang mengerikan.
Inilah namanya berpantang maut sebelum ajal.
 






 

WESLEY CHAPEL (Florida): Pihak berkuasa berkata seorang pegawai polis didakwa di mahkamah hari ini kerana menembak mati seorang lelaki selepas bergaduh kerana menggunakan telefon bimbit ketika menonton teater.
Jurucakap Sheriff, Melanie Snow, berkata ketika kejadian sepasang suami isteri sedang menonton teater “Lone Survivor” di sebuah panggung teater di utara Tampa.
Beliau berkata, pegawai polis Curtis Reeves, 71, meminta salah seorang pasangan itu, Chad Oulson, 43, agar berhenti daripada menaip mesej.

Tobin berkata, ia menyebabkan mereka bertengkar dan membawa kepada tembakan.
Oulson dan isternya, Nichole kemudian dibawa ke hospital daerah sebelum Oulson disahkan meninggal dunia. Nichole dilaporkan mengalami hanya mengalami kecederaan.
Seorang timbalan sheriff yang bertugas kemudian menahan Reeves dan beliau didakwa kerana menyebabkan kematian. - AP

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah melawat Boon Hong di Hospital Sungai Bakap, semalam. - Foto Azma Razana Johari

Nibong tebal: Gara-gara mabuk, sekumpulan remaja lelaki tersilap langkah apabila membelasah anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Bukit Tambun, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Sarjan Goh Boon Hong, 33, bersama tiga rakannya sedang menjamu selera di sebuah restoran berhampiran, sebelum didatangi seorang lelaki yang memaklumkan ada pergaduhan di luar pusat hiburan itu. 

Ketika empat anggota polis itu cuba meleraikan pergaduhan, kumpulan remaja terbabit membelasah mangsa yang disangka rakan kepada lawan mereka dengan menggunakan kayu dan topi keledar sebelum melarikan diri.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan. Ekoran itu, empat remaja berusia 18 dan 19 tahun ditahan polis dengan beberapa rakan mereka kini sedang diburu untuk membantu siasatan.

Gambar hiasan

TAWAU: Seorang remaja maut dan rakannya parah apabila motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Jalan Megah 2, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Samil, 20, dan merupakan pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Rakan mangsa Nuhaimin Amirullah, 21, yang menunggang motosikal berkenaan patah kedua-dua kaki dan pergelangan tangan hampir putus manakala pemandu kereta yang berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, ketika kejadian Samil dan rakannya dalam perjalanan dari Jalan Tiku menuju ke Batu Tiga, namun apabila sampai di tempat kejadian Nuhaimin dikatakan telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta. 

Awang Besar berkata siasatan awal mendapati Nuhaimin tidak memiliki lesen dan kini dirawat di Hospital Besar Tawau. - BERNAMA