Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Pakar alam sekitar dan penulis Inggeris, Jonathon Porrit, cuba mengimaginasikan keadaan tahun 2050 dalam buku barunya yang berjudul The World We Made.  

 Kelihatan sebuah pesawat Boeing yang mempunyai mesin super berkesan dengan bahan bakar biofuel. (kredit foto: the world we made​​)

 Ini adalah tanah pertanian masa depan untuk memenuhi penggunaan masyarakat bandar. (kredit foto: the world we made​​)

 Ini adalah suasana kelas masa depan di tahun 2050 yang dipenuhi komputer canggih dan murid yang belajar sendiri. (kredit foto: the world we made​​)

 Jonathon mengimajinasikan kerajaan China menggalakkan penghijauan, bahkan di kawasan padang pasir. (kredit foto: the world we made​​)

 Tanah pertanian pun dibangun di tengah bandar. Seperti yang digambarkan di kota Detroit di tahun 2050 ini. (kredit foto: the world we made).

 Sebuah kapal kargo bertenaga suria mengharungi lautan di tahun 2050. (kredit foto: the world we made)

 Sebuah kawasan pertanian buatan yang canggih di gurun Qatar. (kredit foto: the world we made)

 Minyak bumi yang semakin terbatas membuat manusia beralih ke sumber daya baru, seperti tenaga suria. (kredit foto: the world we made)

 Gelombang lautan pun dijadikan sumber daya. (kredit foto: the world we made)

Suasana kota Kuala Lumpur di tahun 2050. Tampak dibangun sebuah gedung pencakar langit yang lebih tinggi dari menara Petronas. (kredit foto: the world we made)

Sumber: inet.detik.com

"SAYA hanya pergi ke sana (gereja) untuk meredakan perasaan takut di kalangan kita berkenaan isu ini, apa salah saya?" luah aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.
Marina berkata demikian kerana kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam dan mereka menggelarkannya sebagai pergerakan Islam liberal.
Kelmarin, tindakan anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai protes bersama penganut Kristian di perkarangan gereja Katolik 'Our Lady of Lourdes' di Klang dikecam hebat oleh orang ramai khususnya orang Islam.
Namun katanya, perbuatan itu hanya berniatkan untuk 'make peace' (berdamai) dengan kawan-kawan yang beragama Kristian supaya tiada lagi pertelingkahan selepas ini.
"Mengapa perkara ini dijadikan isu? Saya datang untuk memberikan sokongan moral dan bawa bunga tanda ikhlas untuk berbaik dengan penganut Kristian," luahnya kepada mD.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, selain daripada membawa bunga, Marina turut mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald meskipun pihak berkuasa agama dan mahkamah menghalang tindakan tersebut.
Tindakan Marina disifatkan sebagai mencetus kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan Jais.
Menjelaskan perkara itu, Marina menegaskan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dianggap keterlaluan apabila bertindak kasar dengan merampas kitab- kitab milik penganut Kristian.
"Ada cara yang lebih baik untuk menangani isu ini. Tindakan JAIS yang merampas kitab-kitab itu tidak betul... ianya adalah dengan cara kasar. Apa yang akan anda rasa jika orang lain merampas kitab suci anda," soalnya dengan penuh kesal.
JAIS sebelum ini pernah membuat serbuan terhadap pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, dan merampas lebih daripada 300 kitab Injil (Bible) berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.
Sementara itu, Brian Yap, 30, menyifatkan tindakan JAIS itu tidak adil kerana ianya dianggap satu bentuk kekerasan terhadap penganut kristian.
Brian yang juga seorang penganut agama Kristian berkata, JAIS juga harus menghormati gereja sama seperti rumah ibadat yang lain di Malaysia.
"Perlembagaan kita membenarkan kebebasan beragama dan secara peribadi, saya merasakan bahawa JAIS juga perlu menghormati kami sama seperti penganut agama Islam yang lain.
Tambahnya lagi, dalam konteks lain, penganut agama Kristian perlu faham bahawa isu ini tidak akan berlanjutan sekiranya (Father Lawrence) tidak membangkitkannya.
Sebelum ini, Father Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu walaupun JAIS telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.
Jelas Brian, beliau berharap agar isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin demi kebaikan kedua-dua agama berkaitan.
"Ini akan menjejaskan imej agama Kristian dan Islam sekiranya perkara ini berterusan serta dikhuatiri akan menjadi lebih sensitif," katanya.
Susulan daripada kejadian itu, Wira Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam mengutuk sekeras - kerasnya tindakan Marina Mahathir yang dikatakan mempertahankan penganut - penganut Kristian dalam perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama mereka.
Mohamad Syafiq Iqbal Mohamed, 25, pula berpendapat tindakan JAIS itu dianggap tepat pada masanya bagi membanteras penyebaran kitab yang boleh mengelirukan umat Islam dan mungkin akan menyebabkan terpesongnya akidah mereka.
Katanya, dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 11, Fasal (1) ada mengatakan 'Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya' selagi tertakluk kepada Fasal (4) dimana 'Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam'.
"Penggunaan kalimah Allah dalam Injil (Bible) dianggap tidak boleh apabila Mahkamah Rayuan melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.
Malah katanya dalam Perkara 11 (3) tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri bermaksud sama seperti yang dilakukan oleh JAIS.
"Apa yang JAIS lakukan adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan, malah dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 juga ada ditegaskan bagi mengelakkan kekeliruan agama di kalangan umat Islam.
"Bagi saya, Jais mempunyai kuasa untuk membanteras pergerakan yang boleh memesongkan Islam. Mereka buat begitu untuk melindungi agama Islam! Apa yang salah!" tegasnya.
Bagaimana pun, bagi Deepika A/P Padukum, 26, perbincangan antara kedua-dua tokoh agama (Islam dan Kristian) merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini.
"Setahu saya, isu ini telah lama diperkatakan dan keputusan mahkamah juga sudah ada namun ianya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Sebagai penganut Hindu, saya juga mahu semua orang bersatu."
Jelasnya, pemimpin juga harus memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada masyarakat berkaitan isu ini tanpa menyelitkan unsur politik.
Tambah Deepika, isu kalimah Allah adalah satu isu yang sensitif dan seharusnya ada perasaan hormat sesama agama.
"Mereka seharusnya 'walk the talk' (mengotakan janji) untuk menenangkan orang-orang Islam dan Kristian, dan cakap dengan jujur supaya mereka faham situasi sebenar isu ini tanpa ada perbalahan kelak," jelasnya.
Menurut laporan sebuah portal semalam, mesyuarat pertama Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) membuat pendirian menyesali serbuan JAIS ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana ianya melanggar penyelesaian 10-perkara yang dibuat oleh Putrajaya dengan penganut Kristian sebelum ini.
Sehubungan itu, MPPN mendesak Putrajaya untuk memastikan semua pihak mematuhi penyelesaian 10-perkara yang dibuat pada April 2011.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, Putrajaya juga perlu mengambil tindakan segera terhadap isu perpaduan nasional kerana ia menjadi isu penting ketika ini.
"Kami juga menuntut pemimpin daripada semua parti politik untuk memastikan tindakan sedemikian tidak berulang supaya tidak ada lagi ketegangan antara kaum dan agama di negara ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Kuala Lumpur hari ini.
Samsudin merujuk kepada tindakan JAIS pada 2 Januari lepas yang menyerbu pejabat PBM dan merampas lebih 300 Injil (Bible) versi bahasa Melayu dan Iban.
MPPN merupakan satu badan pelbagai pihak yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjaga kepentingan perpaduan di kalangan rakyat negara ini.

Kalau satu bilion itu maknanya seribu juta, satu trilion pulak adalah seribu bilion… kalau ikut wikipiedia… panjang kosong trilion ini begini… 1,000,000,000,000,000,000.

Begitulah punya banyak dana yang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dakwa akan dapat dari Tabung Dunia.

Dalam sidang media di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.

“Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.

“Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta,” katanya.

Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.

Ekoran pengiktirafan itu, beliau mendakwa bakal menerima dana berjumlah bertrilion ringgit dari satu tabung yang diuruskan oleh ICJ dan duit tersebut akan digunakan untuk membangunkan Melaka.

Ketika ditanya mengenai siapa yang menandatangani surat pengiktirafan tersebut, Raja Nor Jan berkata, beliau tidak mahu tahu siapa yang berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak media menghubungi ICJ sendiri bagi mendapatkan kepastian.

“Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ itu boleh kemukakan bantahan kepada pihak di sana. Apa yang penting, sekarang beta ingin menjelaskan bahawa semua pihak perlu menerima pengiktirafan ICJ ini dan beta ingin menuntut hak sebagai Sultan Melaka yang sah,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf surat itu dan ingin mengambil tindakan perkara itu dialu-alukan.
“Tetapi kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa tuntutan itu tidak betul kerana surat ICJ itu berdasarkan akta dan fakta,” jelasnya.

Pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang di dalam negara ini kerana berpegang teguh dengan keputusan ICJ yang merupakan mahkamah dunia.

“Beta hanya mahukan hak beta untuk pulang ke Melaka dan mewarisi takta, bukan ingin menuntut keistimewaan lain dan beta tidak memerlukan bantuan mana-mana pihak kerana beta adalah Sultan Melaka Darul Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meragui kesahihan tandatangan surat yang kononnya dari ICJ tersebut.
Menurutnya, perlembagaan negara sudah menyatakan Melaka adalah salah sebuah negeri bukan bersekutu iaitu negeri selat.

“Ini menjadikan Melaka ditadbir wakil persekutuan yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri,”ujarnya.

Tambahnya, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.

Kes mengaku raja dan sultan ini makin kerap kedengaran akhir-akhir ini, ada yang mengaku Sultan Langkasuka, Sultan Sulu dan tidak kurang juga Sultan Perak.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan terhadap kes-kes melibatkan individu mengaku raja atau sultan ini.- Agenda Daily
gambar hiasan

KUANTAN – Seorang anggota polis ditemui mati ditembak pagi ini apabila petang semalam gagal dihubungi selepas beliau mengejar dua lelaki bersenjatakan dua laras senapang patah.

Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditemui mati dengan kesan tembakan peluru jenis penabur di bahagian muka dan dada di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) dekat Jaya Gading, di sini, kira-kira 9 pagi ini oleh pekerja ladang.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata kira-kira 6 petang semalam, mangsa dan tiga lagi anggota yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal.
Dua lelaki itu didapati membawa dua laras senapang dan bertindak melarikan diri menyebabkan keempat-empat anggota polis dari Balai Polis Jaya Gading itu berpecah mengejar suspek, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

“Mangsa kemudiannya gagal dihubungi, gerakan mencari anggota dilakukan polis Kuantan selepas itu,” katanya.

Sharifudin berkata, polis turut menemui satu daripada dua laras senapang patah itu yang ditinggalkan berhampiran motosikal mangsa.

“Mayat anggota terbabit yang berasal dari Melaka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat,” katanya dan menurutnya motif kejadian sedang disiasat.

Beliau berkata, polis kini giat memburu kedua-dua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. – Bernama

SEORANG guru Sains di Ankeny, Iowa meminta para pelajar untuk membantunya untuk menjayakan satu eksperimen iaitu apa keputusannya jika beliau hanya memakan McDonald’s untuk tiga bulan.
Sepanjang proses itu, guru berkenaan John Cisna bercadang untuk menghasilkan satu dokumentari perjalanan proses berkenaan.
Dengan mengikut diet melibatkan hanya 2,000 kalori, pelajar Cisna membantunya mengenalpasti hidangan yang sesuai mengikut jumlah kalori yang boleh diambil.
Mereka mengenalpasti hidangan berkenaan dengan hanya menggunakan maklumat kalori yang dipaparkan di laman web McDonald’s sahaja.
Dalam proses itu, mereka cuba mengikut perancangan diet dengan memastikan kandungan karbohidrat, lemak, protein dan kolesterol yang diambil seimbang.
Ketika melaksanakan diet itu, Cisna tidak pun terlalu mengawal dirinya, beliau akan mengambil sarapan dua Egg McMuffin dan semangkuk oat mapel, makan tengahari, Cisna hanya memakan salad dan pada waktu malam beliau akan menikmati Value Meal seperti Cheeseburger dan kentang goreng.
“Saya tidak mengatakan yang saya masuk ke McDonalds dan hanya memakan salad tetapi saya masuk saya telah makan Big Mac, Quarter Pounder With Cheese dan Sundae,” katanya.
Berminat dengan eksperimen Cisna, pemilik cawangan McDonad’s berkenaan bersetuju untuk menyediakan hidangan berkenaan selama 90 hari secara percuma.
Untuk menyeimbangkan jumlah kalori yang diambil, Cisna turut bersenam berjalan kaki selama 45 minit setiap hari.
Beliau mengakui, sebelum eksperimen itu Cisna tidak pernah memantau jumlah pengambilan kalori atau tabiat pemakanannya.
Selepas eksperimen itu, Cisna berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 16kg dan berjaya menurunkan paras kolesterolnya dari 249 kepada hanya 170.
Paras Lipoprotein atau dikenali sebagai kolesterol jahat turut menurun dari 173 kepada 113.
“Saya kini boleh makan apa sahaja makanan yang ada di McDonald’s asalkan saya masih bijak mengawal pengambilan kalori dan cara untuk menjadikan ia seimbang,” kata Cisna. 

BIARPUN pelakon Neelofa sudah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dia ditangkap berkhalwat dengan lelaki berstatus VIP pada hujung Disember lalu, masih ada pihak yang tidak percaya.
Sebelum ini menerusi beberapa akhbar tempatan, pelakon itu menyifatkan tuduhan itu sebagai memalukan dan tidak berasas sama sekali kerana jika benar, pastinya dia berada di Malaysia untuk menyelesaikannya.
Ketika membuat penafian itu, Neelofa sudah pun berada di luar negara bagi menjalani kursus pendek dalam bidang lakonan.
Mungkin kerana geram dengan suara-suara sumbang yang masih mempertikaikan kenyataannya itu, pelakon itu memuatnaik gambar resit penerbangannya ke Los Angeles melalui Instagramnya sebagai bukti.

Gambar itu juga disertakan dengan ayat yang berbunyi:
“Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm. Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut.”
Hai, sudah-sudahlah tu. Janganlah buat cerita yang bukan-bukan lagi kalau tuan punya badan sudah bagi bukti.
Kepada Neelofa, bersabarlah menghadapi asam-garam dunia hiburan ini. Diharapkan tahun baru ini memberi sinar baru dalam perjalanan seni pelakon ini.

KLANG – Seorang wanita ditemui mati di hadapan pintu bilik sebuah hotel tiga bintang di sini dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman di anggota badan, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi berkata mayat mangsa yang berumur 49 tahun itu ditemui oleh pekerja hotel berkenaan dengan keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 5 pagi.
“Polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan, kami turut menemui seorang lelaki dipercayai suspek kes ini berumur 58 tahun yang terbaring di atas katil bilik tidur hotel tersebut dalam keadaan kesakitan akibat cedera di leher.
“Berikutan keadaannya, lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan lanjut, namun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Wanita itu dikenali sebagai Norazlina Mohamed Saaid.
Katanya, pemeriksaan di bilik itu turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati kedua-dua mangsa itu merupakan pasangan suami isteri.
“Hasil siasatan menunjukkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum si suami dipercayai bertindak menikam badan dan leher isterinya dengan sebilah pisau sebelum dia bertindak mengelar lehernya sendiri dengan tujuan untuk membunuh diri,” katanya.
Tambahnya, polis sedang berusaha mengenalpasti punca sebenar kejadian ini. 

Kita telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, meninggal dunia setelah ditinggalkan selama 9 jam di dalam kereta. Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

“Maaf, kami terlupa.” Itu kata-kata ibu mangsa sewaktu ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam.

Di bawah kami kongsikan bersama anda kronologi ringkas kejadian ini, supaya menjadi iktibar kita bersama:

7.30 pagi – Seluruh keluarga bertolak keluar dari kediaman mereka di Kuarters Perguruan Kampung Pandan, di mana pada ketika ini mangsa dikatakan tertidur di tempat duduk belakang MPV

Bapa mangsa, seorang buruh, 41 tahun menghantar ibu mangsa, pembantu tadbir sekolah, 39 tahun dan dua adik-beradik mangsa ke SMK Pandan, dan dua adik-beradik lain ke SK Tun Azizah. Bapa mangsa berada di SK Tun Azizah selama dua jam, mungkin kerana menguruskan kemasukan anak ke sekolah.

10 Pagi – Ibu mangsa menghubungi bapa mangsa meminta beliau mengambilnya di SMK Pandan. Tetapi sebaliknya bapa mangsa singgah minum dahulu di Taman Tas sehingga pukul 2 petang.

2 petang ke atas - Bapa mangsa mengambil ibu di SMK pandan lalu memandu ke SK Tun Azizah untuk memeriksa keadaan anak mereka di sana. Dikatakan ibu mangsa sempat membuat pendaftaran sekolah agama untuk kedua-dua anaknya di sini.

5 Petang – Pada masa ini barulah ibu bapa mangsa menyedari kewujudan anak mereka di belakang MPV dan mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Mangsa diistiharkan meninggal dunia akibat kepanasan.

Kejadian menyayat hati sebegini bukanlah yang pertama berlaku. Persoalannya, sejauh manakah ibu bapa benar-benar mengambil berat akan keselamatan anak-anak? Adakah dengan implementasi undang-undang dapat menghalang kejadian seperti ini berlaku lagi?

Tepuk dada, tanya selera.


Sumber: Akhbar harian Malaysia

Ada yang sanggup menunggu berjam-jam menunggu no giliran untuk urusan perbankan samaada untuk membayar bil ataupun pinjaman. Golongan sebegini sememangnya ada dan kami juga dahulunya begitu. Sebenarnya kelebihan perbankan online ini dapat menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu tunggu lama-lama untuk membuat transaksi, hanya menunggu beberapa minit untuk menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa keluar dari rumah.

Bahaya Menggunakan Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

Bahaya Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Anda juga perlu berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika anda melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi. Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada anda. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta anda ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.


contoh

Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser Anda

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. Jika anda malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untul log in, sila pastikan alamat website itu betul.

Jangan Dedahkan Username & Password Anda

Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Namun, kini bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit anda. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit anda kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet anda.

Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Dan Program Perosak

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai. Jika anda menggunakan OS Windows dan inginkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya, kami mencadangkan anda muatturun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk Trojans, worms dan software berbahaya lainnya. Anda juga hendaklah memastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila anda menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program Anvirus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Log Out Selepas Guna


Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


 Jepun memang terkenal dengan pelbagai acara game show yang menarik di TV . Namun game show ini semakin lama semakin kelihatan ekstrim .

Sebuah stesen TV di Jepun membuat sebuah game show dengan konsep pertandingan tarik bra . Pertandingan ini diikuti oleh 2 pasukan iaitu merah dan Biru . Masing - masing pasukan mempunyai 10 peserta yang kesemuanya merupakan kaum lelaki . 
Cara bermain game ini juga kelihatan cukup menyakitkan . Para lelaki akan dikepit dengan pengepit baju di bahagian tubuhnya seperti pipi , mulut , gigi , hidung , telinga sampai mata .



Pengepit baju ini nantinya akan disambungkan dengan bra seorang wanita menggunakan tali . Siapa yang boleh menarik bra sampai terlepas dari tubuh sang wanita maka dialah pemenangnya .


Namun sayang ramai para peserta yang gagal dalam pertandingan ini . Mereka semua malah menjerit kesakitan kerana pengepit baju itu mengepit dengan keras kulit mereka .

Tidak diketahui apa hadiah bagi pemenang .

INDIANAPOLIS - AMERIKA SYARIKAT. Remaja lelaki berusia 21 tahun yang didakwa mencuri otak manusia dari sebuah muzium sejarah perubatan ditahan selepas seorang lelaki yang membeli otak itu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut laporan Daily Mail, David Charles ditahan 16 Disember lalu setelah Brian Kubasco dari San Diego berasa curiga tentang enam balang tisu otak yang dibeli melalui laman eBay pada harga AS$600 (RM2000).

Mahkamah Marion County mendakwa Charles memecah masuk ke Muzium Sejarah Perubatan Indiana beberapa kali antara 7 September dan 16 Oktober, sebelum mengambil balang mengandungi tisu manusia termasuk sampel otak.

Pengarah Eksekutif muzium, Mary Ellen Hennessey Nottage berkata, tisu yang dicuri dipercayai dari tahun 1980-an hingga 1940-an.

"Misi muzium ini adalah memelihara bahan-bahan itu sebagai objek budaya dan sains untuk kepentingan awam.

"Selaku pihak bertanggungjawab, perbuaatan ini amatmengejutkan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Kebiasaannya beberapa hari sebelum Pameran Elektronik Pengguna (CES) berlangsung, beberapa produk yang tidak bernasib baik selalunya akan “dibongkar” lebih awal apabila banner dinaikkan terlalu awal.
Pada tahun ini, Samsung menjadi mangsa apabila banner peranti terbaru mereka, Galaxy Note Pro dan Galaxy Tab Pro (gambar) diletakkan di bahagian Selatan Pusat Konvensyen Las Vegas.
Selain daripada penggunaan stylus dan kad sim, spesifikasi bagi Note Pro masih tidak dapat dipastikan termasuk saiz skrin walaupun terdapat khabar angin menyatakan peranti ini mungkin bersaiz 12.2 inci; menjadikan Note Pro sebagai tablet mudah alih terbesar pernah dihasilkan Samsung.
Menurut laporan dari SamMobile, Galaxy Tab Pro akan dilancarkan dengan dua saiz lebih kecil iaitu 8.4 inci serta 10.1 inci.
Spesifikasi bagi kedua-dua peranti ini akan diumumkan pada sidang akhbar Samsung di Las Vegas, tengah hari esok.
Sumber: Engadget