Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BUKAN sahaja untuk berjaya dalam hidup kita perlukan ilmu, sebaliknya hendak menyuarakan rasa tidak puas hati atau protes juga memerlukan ilmu supaya diri sendiri tidak malu.

Di hadapan pusat membeli-belah Sogo, beberapa orang dipercayai melakukan protes ekoran beberapa pengumuman kenaikan harga barangan dan perkhidmatan diumumkan kerajaan.

Seorang daripada lelaki yang memegang sebuah kadbod yang merungut berkenaan kenaikan kos sara hidup, tetapi dia tersalah kiraan antara gaji dan beban kos yang terpaksa dibayarnya.

Dalam kadbodnya tertulis, gaji yang diterimanya ialah RM1500. Kemudian beliau menambah beberapa bayaran kos sara hidup iaitu RM100 (Bil Elektrik) + RM400 (Kereta) + RM150 (Mungkin rokok agaknya) + RM300 (Makan Minum) + RM400 (Rumah) dan diletakkan jumlah keseluruhan RM1900… Padahal kiraan sebenarnya ialah RM1350 dengan baki RM150 lagi.

Bagaimana dia boleh letakkan pada kadbod bantahannya iaitu RM1900??
Gambar dipetik daripada laman Facebook seorang rakan blogger.

Foto ini menerima banyak komen daripada rakan-rakannya dan ada satu komen mengatakan bahawa lelaki yang memegang kadbod ini sebagai kacak tanpa melihat tulisan yang tertera pada kadbodnya.

KomenFacebook
Lihatlah bagaimana, di Facebook, orang selalunya melihat sesuatu status atau gambar dengan sikap serius sebaliknya lain pula yang diperhatikan. –

Pantai Alang di Teluk Khambat di India adalah satu lokasi yang unik untuk industri perkapalan dunia.

Ia adalah destinasi di mana kapal-kapal laut dihantar untuk ‘mati’ atau dalam erti kata lain, merupakan tempat terletaknya industri terbesar dunia untuk melupuskan kapal laut usang.
Kawasan pantai itu setakat ini menjadi tapak pelupusan untuk lebih daripada 300 jenis buah kapal seperti kapal mengangkut kapal terbang, kapal layar, kapal kargo dan kapal mengangkut minyak.

Industri pelupusan kapal di Teluk Khambat itu sudah pun beroperasi lebih 50 tahun.
Pada 2010, ketika ekonomi dunia mengalami kejatuhan, industri pelupusan di pantai Alang mendapat keuntungan besar kerana banyak syarikat perkapalan terpaksa melupuskan kapal milik mereka akibat kelemahan daya perniagaan.

Di sina,terdapat 40,000 orang pekerja di 125 tapak pelupusan kapal yang terletak di sepanjang persisiran pantai Alang.

Para pekerja menggunakan peralatan paling asas untuk melupuskan kapal dan mereka boleh melupuskan sebuah kapal besar dalam masa hanya seminggu.
Biarpun industri melupuskan kapal mengaut keuntungan besar, para pekerja bagaimanapun hanya dibayar kira-kira RM9.70 sahaja sehari.

Lokasi pelupusan kapal ini juga merupakan antara kawasan paling berbahaya di dunia kerana tahap pencemaran dan tahap keselamatannya yang terlalu rendah.
Kerajaan India kini dalam usaha untuk memodenkan sistem pelupusan kapal di pantai Alang dengan bantuan satu konsortium dari Jepun.

Sekurang-kurangnya nyawa pekerja di Alang akan menjadi lebih selamat dan mengurangkan tahap pencemaran akibat industri itu.

Alang01-001
Alang01-002

PUTRAJAYA – Seorang tukang cat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menggunakan kad pengenalan palsu semasa mendaftar sebagai saksi untuk satu upacara perkahwinan bagi satu pasangan imigran.

Ong Kok Keong, 46, yang merupakan rakyat tempatan ditahan ketika dia cuba untuk mendaftar sebagai saksi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dia dituduh kerana menggunakan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama Lai Kar Ching.

Ong mengaku melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) di cawangan penguatkuasaan dan penyiasatan jabatan itu pada pukul 12.45 tengah hari pada 16 Disember dan mengaku bersalah di mahkamah.

Ong, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman denda kepadanya dan bukan hukuman penjara.
Dia berhadapan dengan denda maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tolonglah denda saya, saya tidak mahu masuk penjara. Saya bekerja sebagai tukang cat dengan upah RM100 sehari. Saya ada ibu dan isteri untuk saya tanggung,” katanya pada Selasa.

Pegawai pendakwa bagi jabatan itu, Sulaiman Ghamat berkata, isu kad pengenalan palsu merupakan perkara melibatkan kepentingan rakyat dan memohon mahkamah memutuskan hukuman sebagai pengajaran.

Majistret Nur Dahlia Azmi meluluskan hukuman dan mengarahkan Ong dikenakan hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.

Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda:  ”

” Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”.

“…sebenarnya perkataan ‘Tanah Arab’ itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun.

Kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia kerana ekonominya yang sangat terbuka, tidak seharusnya dianggap sebagai aliran keluar kewangan haram yang besar.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar, sehubungan itu berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.

Beliau berkata E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada dua peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak lima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus,” kata beliau dalam persidangan akhbar di sini.

Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.

BNM semalam menyatakan laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun. Bank pusat berkata laporan itu telah memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Bagaimanapun, BNM menambah anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong. Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus,” kata BNM.

Selepas selamat bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu, pasangan Fizo Omar dan Mawar ada memaklumkan kepada media yang mereka akan terbang ke Eropah untuk percutian bulan madu mereka dan nampaknya ketika ini mereka masih berada di sana.
Fizo Omar melalui akaun Instagram dan 'Facebook Fanpage' beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar percution mereka di Rome dan Venice Italy dimana sebelum itu mereka bercuti di Kota London dan Dubai, UAE.

Jom kita lihat beberapa gambar dibawah sepanjang percutian mereka.













Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter beliau memaklumkan yang aktress veteran Azean Irdawaty telah kembali ke rahmatullah.
Menurut sumber kami, Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita Harian sekitar pukul 8.00 malam tadi melaporkan yang aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.
Azean Irdawaty menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.
Ketika cuba dihubungi Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang merupakan anak sulung seniwati ini ternyata redha dan menerima ketentuan ilahi di atas pemergian ibunda tercinta akibat penyakit tumor yang dihidapinya.
“Dia menghembuskan nafas pada jam 8.00 lebih tadi dan kami sekeluarga telah sepakat untuk membawa jenazah balik ke rumah di Bandar Utama,” ujarnya.
Mari kita semua sedekahkan al-Fatihah & semoga Azean Irdawaty ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Industri hiburan kehilangan seorang lagi permata seni.

TELOK KEMANG. - Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.




Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

"Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

"Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,'' katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. - UM

Layan gambar sejarah mengenai operasi Black Hawk Down di bawah:

MALAYSIAN WORLD CLASS SNIPER guys in Somalia mission of what Hollywood called "Black Hawk Down"

Some info about sniper, how deadly this weapon is!


In Black Hawk Down (since USA use that name in Hollywood film), USA try to kidnap Farah Aidid at the Bukhara market without UN concern.. and from this very IDIOT USA army mistake and arrogant, so many Malaysian army died because of this IDIOT USA action, tryin' very hard to save american butt from being kill.. after the STUPID incident President Bill Clinton call-back all of USA army from Somalia ground field!


At least USA official military person recognized Malaysian army contribution in saving their butt in Somalia "Black Hawk Down"!

UN recognition to Malaysian army in saving USA armies butt 







Kuantan: Dua pemain bola sepak skuad Tok Gajah, Mohd Amirul Hadi Zainal dan Mohd Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di sini, 10 September lalu. 
  Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amirul Hadi, 27, Mohd Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26 dan Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas mereka membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Kontroversi Nooraida Abdul Talib menayangkan lurah dada ketika menghadiri sidang media bersama suami, Hj Amiruddin bin Othman, minggu lalu mengundang tomahan dan kritikan orang ramai serta
Boleh dikatakan kontroversi ini merupakan isu paling hangat diperkatakan minggu lalu bukan sahaja di laman-laman sosial malah di blog-blog hiburan, forum dan akhbar tempatan.
Tidak mahu terus dihentam dan dikritik peminat tanpa penjelasan sebenar, wanita skandal pelakon Adi Putra itu telah memuatnaik satu kenyataan ringkas bagi menjawab komen seorang penggiat laman Twitter yang menggunakan akaun MyMel. Korang boleh banyak penjelasan ringkas Nooraida di bawah.


Darah adalah salah satu elemen penting dalam sistem tubuh. Darah berfungsi untuk mengantarkan nutrisi dan oksigen pada organ-organ penting. Kebanyakan organ penting bergantung pada darah agar boleh berfungsi dengan baik, sehingga keperluan darah sangat penting bagi tubuh kita.

Meski begitu, darah juga boleh dimasuki oleh racun berbahaya. Darah boleh diracuni oleh racun dari pencemaran, bahan tambahan makanan, merokok, dan lain-lain. Namun darah boleh dibersihkan dengan makanan secara semula jadi. Berikut adalah beberapa makanan yang boleh membersihkan darah dalam tubuh, seperti dilansir oleh Boldsky

 1. Epal

Epal kaya akan pectin, sejenis serat yang mengikat kolesterol dan metal berat dalam tubuh. Dengan begitu, epal akan membantu menghilangkan racun yang berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.

 2. Avocado

Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya nutrisi dan rendah kolesterol. Avocado  akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang boleh menyumbat arteri. Avokado mengandungi nutrisi yang disebut dengan glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen yang berbahaya. Dengan begitu, buah ini secara tak langsung juga membantu membersihkan dan menghilangkan racun dari hati.

 3. Ubi bit

Bit juga dikenali sebagai makanan yang boleh membersihkan darah. Tak hanya itu, bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.

 4. Blueberry

Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan. Blueberry juga mengandung aspirin yang membantu mengurangi kerosakan pada jaringan. Blueberry boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah serta saluran kencing. Tak hanya itu, blueberry juga baik untuk mencegah infeksi.

 5. kobis

Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam merokok atau asap rokok.

 6. Cranberry

Tak hanya membersihkan darah dari bahan toksik, cranberry juga mampu membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah terjadinya jangkitan. Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus

 7. Bawang putih

Makan bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus, dan bahan-bahan toksik dari tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat beracun dalam tubuh.

 8. Grapefruit

Buah grapefruit mengandung serat yang boleh mengikat kolesterol dan membersihkan darah. serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.

 9. Kunyit

Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit sudah digunakan sejak zaman kuno untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga secara semula jadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan aliran darah.

10. Teh

Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan zat-zat beracun dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah adalah teh halia, teh dandelion, dan teh peppermint. Teh hijau juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan darah.


Itulah beberapa makanan yang diketahui boleh digunakan untuk membersihkan bahan-bahan toksik, virus, serta bakteria dalam darah. Jangan terburu-buru minum ubat untuk membersihkan darah, guna dulu beberapa makanan di atas untuk membersihkan darah secara semulajadi.

Sumber: merdeka.com
Gambar hiasan

OKLAHOMA - Kumpulan pemuja syaitan merancang mendirikan sebuah monumen di Oklahoma, Amerika Syarikat ( AS ) . Mereka memanfaatkan undang-undang yang membenarkan kumpulan agama membina tugu di tempat awam .

Pada 2009 , DPRD Oklahoma meluluskan pembinaan monumen bertema agama oleh sebuah NGO Kristian . Kumpulan pemuja syaitan menyatakan , mereka mempunyai hak yang sama dengan kumpulan agama lain.

Pembangunan monumen akan dibiayai kumpulan pemuja syaitan , Kuil syaitan , yang berpusat di Kota New York . Rancangan itu kini sedang dibahaskan di DPRD Oklahoma .

" Kelompok pemuja syaitan bukan kumpulan agama . Mereka hanya sekumpulan orang gila , " ujar anggota DPRD Oklahoma dari Parti Republik , Bobby Cleveland , seperti dipetik CS Monitor , isnin ( 9/12/2013 ).

Kuil syaitan menerangkan , monumen yang akan dibuatnya pasti disukai warga . Tugu itu akan berbentuk simbol pentagram yang merupakan simbol pemujaan syaitan dan dilengkapi dengan kemudahan interaktif untuk hiburan .

Rancangan Kuil syaitan disokong NGO hak asasi manusia tempatan . Mereka meminta DPRD Oklahoma konsekuen menjalankan undang - undang yang dikeluarkannya .

" Jika warga Kristian boleh mempunyai monumen , maka kumpulan pemuja syaitan juga berhak memilikinya. Kerajaan tidak boleh melarang hanya kerana kumpulan tersebut berasal dari kalangan minoriti , " ujar aktivis dari Syarikat Hak Sivil AS ( UCLA ) Brady Henderson .

Sumber: international.okezone.com