Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


DATIN Seri Rosmah Mansor mempertahankan dirinya yang menggunakan jet eksekutif kerajaan ke Qatar dan berkata ia adalah untuk urusan kerja dan mengikut segala prosedur ditetapkan.
Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, beliau yang kesal dengan situasi itu tampil menghuraikan satu persatu jadual perjalanan beliau ke empat negara iaitu Qatar, Dubai, Sri Lanka, dan Bangladesh.
Katanya, selain diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kuasa Wanita Malaysia', Rosmah juga dikurniakan anugerah oleh kerajaan Qatar.

Rosmah berkata, rakyat perlu berbangga apabila dunia antarabangsa begitu memandang tinggi kepada Malaysia.
"Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tidak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.
"Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya dipetik daripada wawancara eksklusif bersama portal Malaysia Gazzete.
Menjawab soalan mengapa beliau tidak menggunakan pesawat penerbangan tempatan MAS, Rosmah berkata, ia amat sukar dilakukan kerana jadual lawatannya yang padat dan pesawat komersial tidak dapat memenuhi semua laluannya itu mengikut masa ditetapkan.
Selain itu, katanya, penggunaan jet rasmi kerajaan tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.
Katanya, kelulusan penggunaan jet oleh Kabinet, mengambil kira pelbagai faktor terutama keselamatan dan masa.
"Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan sudah digunakannya sejak sebelum Najib menjadi Perdana Menteri.
"Sekiranya saya menggunakan pesawat komersial banyak yang menawarkan laluan sehala misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti juga Dubai - Colombo dan Dubai ke Dhaka," katanya.
Rosmah turut dikritik apabila mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani.
Katanya, tidak ada salahnya sebagai tetamu mengunjungi Perdana Menteri bagi menghormati tuan rumah.
"Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya.
Pada masa sama, Rosmah menolak tuduhan yang beliau mengambil kesempatan menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen dengan mempertahankan tindakannya itu sebagai memberi sokongan kerana acara tersebut dianjurkan rakyat Malaysia.
"Saya dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi dan isteri Perdana Menteri Qatar menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat Malaysia di situ, salahkah saya sebagai isteri pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput ," katanya.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar.
Selain itu Rosmah turut melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud .
Isteri Perdana Menteri itu kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya.
Rosmah berkata, di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ yang mahu melaksanakan program seperti Permata.
Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung ketika Rosmah berada di Dubai.
Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo untuk menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM.
Antara lain kehadiran Rosmah ke Bangladesh juga untuk menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.
Rosmah juga membayangkan hubungan baik beliau dengan dunia antarabangsa memberi kelebihan kepada Malaysia.
Sebagai contoh apabila ketika Mesir sedang menghadapi krisis politik di negaranya, kira-kira 8,000 pelajar Malaysia di negara itu berjaya dibawa pulang apabila Rosmah menghubungi keluarga diraja Arab Saudi untuk mendarat di Jeddah.
Satu lagi kes membabitkan seorang pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi hampir dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan pengintip dapat dibebaskan hasil usaha Rosmah menggunakan hubungan baiknya dengan Mesir.
"Saya menghubungi Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan, ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi. Ketika itu fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia dibebaskan dan dapat kembali meneruskan pengajian.
"Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tidak mengata orang, tidak memburukkan pembangkang," katanya.
Menyifatkan sumbangannya demi kesejahteraan negara, Rosmah berkata, isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing adalah pemandangan biasa.
"Apa yang saya lakukan kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya," katanya.


-The Malaysian Insider


ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah menyarankan kerajaan berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya agar tidak menaikkan kadar tol untuk lebuh raya yang menjadi laluan utama.
       
Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, daripada 13 lebuh raya yang termasuk dalam senarai semakan semula itu, ada beberapa yang menjadi laluan utama pengguna dan sebarang kenaikan pasti akan membebankan.
       
"Jangan dinaikkan kadar tol di lebuh raya berkenaan...kerajaan bayar sedikit pampasan kepada syarikat konsesi terlibat. Laluan tersebut dah jadi jalan utama jadi syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
       
Beliau berkata, walaupun Pemuda Gerakan memahami kenaikan kadar tol itu tidak dapat dielak, seboleh-bolehnya perlu dipertimbang alternatif lain demi kebajikan rakyat.
       
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
       
Sementara itu, sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1.
       
Tambah Keng Liang, syarikat konsesi lebuh raya juga tidak wajar terlalu mementingkan keuntungan dan mereka perlu menjalankan tanggungjawab sosial kepada rakyat.
       
"Kerajaan yang memberikan projek kepada syarikat konsesi lebuh raya ini jadi kerajaan adalah bos mereka. Disebabkan itu kerajaan perlu berbincang dengan mereka demi kebaikan rakyat," katanya yang turut menyarankan kerajaan menyenarai hitam syarikat yang enggan berbincang.
       
Sementara itu, Keng Liang meminta pihak polis dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) bekerjasama dalam membanteras kes kecurian meter air yang semakin berleluasa dan meningkat di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena sejak kebelakangan ini.
       
"Kami cadangkan pihak polis dan Sada cari siapa yang membeli semua meter air yang dicuri ini dan hadapkan mereka ke muka pengadilan. Sada juga perlu mempunyai pelan alternatif, sebagai contoh memasang meter air di dalam kawasan pagar rumah," katanya. - Bernama

SIAPA yang tidak tersenyum apabila mendapat ucapan Selamat Pagi dari Taeyeon Girl Generation. Sebelum ini, artis Korea tersebut telah memuat naik gambar dalam laman sosial Instagram dengan ucapan ‘Selamat Pagi! Persembahan hari Natal bakal tiba! Pasti hari tersebut menjadi hari yang paling bermakna’.

Seperti yang diketahui, SM Entertainment akan mengadakan Smtown Week, dengan persembahan yang bakal diadakan di pekan Natal. Tajuk persembahan kumpulan Girl Generation itu sendiri bertajuk Smtown Week Girls Generation.

Konsert tersebut bakal diadakan pada 22 Disember akan datang. Persembahan tersebut turut menampilkan kumpulan lelaki dan perempuan yang bernaung di bawah SM Entertainment.

Dalam gambar yang dimuat naik oleh Taeyeon, ketua kumpulan ini kelihatan begitu cantik tanpa solekan. Walaupun baru bangun dari tidur, Taeyeon kelihatan begitu cantik dan memukau di hadapan kamera.

WATAK utama filem aksi Fast and Furious 7 dilaporkan akan diterajui adik mendiang Paul Walker iaitu Cody Walker.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Cody, 25, yang juga seorang "stuntman" bakal mengambil alih tugas itu sekaligus menghabiskan pembikinan filem aksi itu bagi menggantikan mendiang abangnya yang meninggal dunia awal bulan ini.

"Pada masa ini, kita sedang berusaha memberi sokongan kepada keluarga terdekat Paul dan keluarga besar Fast and Furious serta dan krew filem lain.

"Pada masa ini, kita merasakan adalah perlu untuk menghentikan seketika pembikinan filem ini untuk suatu tempoh masa tetapi kami memilih untuk terus bergerak ke depan," kata jurucakap Universal Studio.

Tambahnya, Universal Studio juga memahami perasaan peminat terhadap kehilangan Paul.
“Sehingga kini, kita tahu peminat juga turut berkabung bersama kami bagi menghormati pemergian Paul Walker," tambahnya.

Sebelum ini, Paul yang melakonkan watak utama sebagai Brian O'Connor yang dimainkan dalam lima daripada enam filem tersebut.
Paul meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California, awal bulan lalu.

Dalam pada itu, memetik laporan Mail Online, pemilihan Cody dibuat selepas pihak penerbit adakan mesyuarat selepas kematian Paul.

Laporan tersebut dipetik sebagai berkata, pihak penerbitan akhirnya menyedari mereka memerlukan watak yang mempunyai rupa mirip Paul untuk menghabiskan filem itu.

"Mereka akan hanya merakamkan daripada arah belakang dan jarak.
"Bagi syot yang memerlukan 'close-up' wajah Paul, pengarah akan menggunakan teknik CGI.

"Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, tapi pada waktu sekarang, pihak produksi dan keluarga Paul masih berkabung," kata sumber.

PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly menyatakan perasaan kesal dengan sikap seorang artis senior yang sering bercerita buruk tentang dirinya.
Iqram, 32, berkata, artis tersebut mempertikaikan dan mendakwa bahawa dia hanya mahu mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya dengan penyanyi So Wincci.
"Sebelum ini dia ada bercerita buruk tentang saya kepada artis lain dan yang terbaru saya dapat tahu dia cuba mempertikaikan hubungan saya dengan Soo Wincci pula.
"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian kerana saya tidak pernah bercakap tentangnya walaupun saya banyak mengetahui cerita buruk tentang dia," katanya kepadamStar Online.
Iqram Dinzly (kiri) pernah melakukan gimik kononnya mahu merisik Soo Wincci.
Iqram berkata, selama ini dia menghormati artis tersebut dan menganggap sebagai rakan dan orang yang lebih lama dalam industri.
Tambahnya, dia tidak mengetahui apakah tujuan sebenar artis tersebut berbuat demikian.
Dalam pada itu, Iqram turut menjelaskan hubungannya dengan artis wanita itu hanyalah sekadar kawan rapat dan tidak lebih daripada itu.
Dia juga tidak pernah mempunyai niat untuk mengambil kesempatan dalam membina sesebuah hubungan persahabatan.
"Saya sangat kagum dengan kecekalan Soo Wincci, dia seorang yang bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.
"Kami banyak bertukar-tukar pendapat tentang kerja masing-masing dan belajar benda yang baru," katanya.

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.
"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.
"Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," katanya.
Nora ditemui pada pelancaran sebagai duta produk Sure White Beauty Plus dan C-Glow Factor di Flora Terrace, di sini pada Isnin.
Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).
Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik yang menububkan kumpulan Boboi.
Rancangan tersebut disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.
Tambah pelakon filem Bencinta itu, para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.
Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.
"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini.
"Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," ujarnya.
Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.
"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut.
"Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya.


Sesetengah wanita berpendapat bahawa menggayakan skirt yang bermanik menampakkan gaya lebih dari usia atau ia hanya sesuai digayakan pada waktu malam sahaja. Ubah persepsi anda dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menggayakan skirt bermanik tanpa rasa serba salah. Kini anda boleh sahaja menggayak skirt bermanik ke pejabat, ke parti , majilis malah ke pusat beli-belah!

Lihat tips di bawah bagaimana cara menggayakan skirt bermanik 

Pilih skirt anda 



Skirt bermanik boleh di dapati dalam banyak rekaan, warna dan bentuk. Anda boleh sahaja memilih mana-mana rekaan. Bagi anda yang bertudung pula, jangan risau. Skirt bermanik labuh juga kini senang di dapati di pasaran. 

Baju 'Plain' atau tidak bercorak 



Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa jika skirt anda bermanik penuh, anda perlu memilih baju yang lebih 'plain' dan tidak banyak corak. Kami cadangkan anda memilih kemeja yang berfabrik lembut dan lebih kepada warna semula jadi. Anda boleh gayakan samaada secara 'tuck in' atau biarkan sahaja kemeja di luar tetapi gulungkan sedikit lengannya untuk menampakkan gaya yang lebih segar. 

Baju panas untuk gaya lebih keremajaan 



Anda juga boleh menggayakan dengan cara yang lebih keremajaan dengan baju panas (sweater). Pilih baju panas yang bercorak sedikit untuk gaya lebih berani, tetapi jika anda mahu kekalkan gaya yang lebih klasik, anda boleh memilih baju panas yang lebih kurang sama warna dengan skirt dan tidak mempunyai banyak corak. 

Aksesori dan tudung 



Jangan memakai aksesori yang sarat. Pilih aksesori yang bersesuaian dan jika anda ingin menggayakan dengan anting-anting panjang, pilih anting-anting yang saiznya sederhana besar. Jika anda ingin menggayakan rantai, rantai mutiara panjang dan aksesori berwarna emas lembut amat sesuai. Bagi anda yang berhijab, pilih warna tudung yang sama dengan baju dan pastikan ia tidak berkilat dan penuh manik dan corak! Anda tentu tidak mahu nampak sarat bukan dan tumpuan pada skirt anda juga akan hilang. 

Kasut 



Peraturan pertama, anda perlu tahu kemana anda ingin pergi. Jangan pilih kasut yang sama berkilauan seperti skirt anda. Pilih kasut berwarna 'matte' seperti hitam atau coklat gelap dan ia lebih sesuai jika anda menggayakan dengan kasut jenis terbuka. Jika anda menggayakan dengan baju panas, kasut jenis Converse adalah pilihan terbaik. 

Selamat mencuba!





Siapa sangka Nicole Richie mempunyai seorang adik perempuan? Rupa- rupanya bintang realiti yang kini seorang pereka fesyen mempunyai seorang adik perempuan yang berusia 15 tahun dan dia juga sudah mengikut jejak langkah Nicole dalam dunia fesyen dan peragaan. 

Sofia Richie, 15, yang merupakan anak perempuan kepada Diane Alexander dan Lionel Richie, baru sahaja memulakan kariernya sebagai model untuk Syarikat Pakaian Renang di Los Angeles, Mary Grace Swimwear.

Peminat tegar laman sesawang Nicole Richie iaitu "Candidly Nicole" pasti akan perasan tentang wajah Sofia atau mungkin sebahagian daripada anda mungkin mengenali Sofia sebagai salah satu rakan rapat kepada adik beradik Jenner dan Paris Jackson. 



Namun Sofia juga seorang fashionista remaja di mana apa sahaja yang dipakai akan menjadi tumpuan. 

"Nicole merupakan ikon gaya saya dan juga seorang penasihat fesyen terbaik jika pergi membeli belah. Dia benar-benar jujur dengan pendapatnya tentang fesyen dan tidak akan sekali-kali membiarkan saya nampak hodoh. Orang lain seakan-akan takut untuk memberitahu perkara sebenar jika saya bertanya bagaimana pemakaian saya hari ini dan mereka akan menjawab , awak nampak comel. 


"Namun, tidak bagi Nicole. Jika gaya itu tidak sesuai dengan saya, dia akan menyuruh saya tukar dengan segera," jelasnya kepada Huffington Post.

Sofia juga memberitahu dia ingin berjaya seperti kakaknya dengan mempunyai koleksi pakaiannya sendiri kelak.


Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim mengakui agak sukar sebenar apabila menjalani kehidupan berpoligami tetapi dia tidak berselindung mempunyai kaedah tersendiri untuk membahagikan masa dan berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.

"Ada orang kata beristeri seorang pun dah susah kerana besar tanggungjawabnya. Kalau beristeri dua lagi susah sebenarnya. Tapi syukur Alhamdulillah, saya ada cara saya sendiri untuk memastikan dua-dua dapat hak masing-masing."

Jelas Ashraf ketika ditemui di Anugerah Industri Muzik (AIM 20) baru-baru ini, dia juga sudah bersedia untuk bergelar bapa selepas isterinya kedua Wan Sakinah sudah hamil 5 bulan dan dijangka bakal bersalin April depan.

"Alhamdulillah, saya teruja dan saya juga sekarang dalam proses pembelajaran. Tak pernah ada pengalaman jadi bapa, jadi saya ada berlajar sedikit sebagai persediaan. Sakinah pun tak banyak kerenah dan tak ada mengidam yang pelik-pelik.

"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan."

Pada masa sama, aktor berusia 32 tahun itu turut memberitahu hubungan kedua-dua isterinya kini semakin baik dan mereka sering keluar serta sembahyang bersama sekiranya ada waktu terluang.

"Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga. Namun kalau ada kelapangan saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah."

Sebelum ini, pada 7 Julai lalu, Ashraf telah mencetuskan kontroversi yang mana menggemparkan banyak pihak selepas beliau bernikah secara rahsia dengan Sakinah atau nama sebenarnya Wan Sakinah Ahmad Saburi di Pattalung, Selatan Thailand.

Terdahulu, pelakon itu sudah pun mempunyai isteri, Noor Dayana Lokman dan mereka berkahwin di tanah suci Mekah pada tanggal 30 Ogos 2011.

Dalam perkembangan lain, Ashraf kini menceburkan diri dalam dunia dunia perniagaan landskap serta masih bergiat aktif menguruskan syarikat produksi miliknya Hidayah Production.
Kolam ini terletak di Wimberley, Texas dan yang menariknya adalah terdapat satu lubang di tengah kolam ini. Yang menakutkan adalah orang tidak tahu betapa dalamnya lubang ini walaupun ramai orang cuba masuk atau terjun ke dalam. Selain itu, lubang ini telah meragut nyawa lebih dari 8 orang. Namun ini semua tidak mematahkan semangat orang ramai untuk terus pergi ke sana.






Selama ini, Malaysia selalu dikatakan negara yang kurang selamat berbanding Singapura.
Tapi selepas insiden rusuhan di Little India baru-baru ini, tiga wanita pula mengalami kecederaan di negara jiran kita ini selepas diserang di jalanan.
Kejadian sekitar jam 3 pagi Khamis lalu, berlaku ketika tiga model iaitu Ziyi Kuek, Esther Lee dan Anna Huang menaiki kereta menuju Circular Road untuk makan-makan selepas pulang dari kelab hiburan.
Bagaimanapun kira-kira 100 meter untuk sampai ke destinasi, seorang lelaki mabuk muncul di tengah jalan.
Kuek yang memandu segera membunyikan hon namun ia menimbulkan kemarahan lelaki tersebut yang mula mengetuk cermin tingkap dan menyepak kereta hingga bumper depan terkopak.
Lelaki itu kemudian membuka pintu kereta penumpang hadapan lalu menarik keluar Huang dan mula membelasahnya.
Kuek dan Lee turut keluar dari kereta lalu berlaku bergaduhan dan pergelutan antara mereka yang berakhir dengan kecederaan terhadap ketiga-tiga wanita terbabit.
Ketika menceritakan semula detik kejadian, mereka meluahkan kesal kerana terdapat ramai yang memerhati malah merekodnya di telefon bimbit tetapi tiada siapa tampil menolong hinggalah ketibaan polis.
Difahamkan hanya Kuek yang tidak mengambil minuman keras ketika insiden tersebut berlaku.
Kuek merupakan finalis ratu cantik Singapura untuk Miss World 2011 dan pernah beraksi dalam FHM 2010, manakala Huang and Lee banyak menyertai pertandingan ratu cantik.
Sebagai rekod, kejadian rusuhan di Little India, Singapura membabitkan 400 pekerja Asia Selatan pada 8 Disember lalu juga dikatakan berpunca daripada mabuk.

1461031_615410598517523_217034705_n

bf96646f-6ba2-4b86-aa96-d4b0630010b0_0673ae0cb632071361968717601125ac   
 c984bfd6-3d8d-4a73-9eee-644c1b9671bb_44bf5cf1589412f907d154fdcdb386c1
ZIZIE5
Diam tak diam sudah masuk tahun keempat perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dengan isterinya, selebriti cantik Zizie Ezette.
Sempena meraikan ulangtahun mereka, sebuah majlis bertemakan hitam dan putih telah diadakan baru-baru ini.
Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah ahli keluarga Zizie iaitu ibunya, Khaty Fauziah, abang serta kakak Zizie, Samzy Fuzeete dan Jozieta.
Selain itu, rakan artis yang akrab dengan Zizie iaitu Zahida Rafik turut hadir memeriahkan majlis.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana lokasi majlis ini diadakan.
Jom layan gambar-gambar romantis pasangan ini dulu yang diperolehi menerusi akaun Instagram masing-masing!
ZIZIE3
ZIZIE5
ZIZIE
ZIZIE2
ZIZIE1