Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SABAK BERNAM – Kononnya ingin membuang hantu dalam badan bapa, sebaliknya anak perempuan lelaki itu pula menjadi mangsa cabul seorang bomoh di sebuah rumah taman perumahan di Sabak Bernam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46 tahun mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan.

“Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh pelajar tingkatan tiga itu baring diruang tamu rumah dengan ditutupi kain,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di atas kerusi sambil suspek meneruskan rawatan ke atas mangsa kononnya ingin membuang hantu dalam badan gadis berkenaan.

“Sebaik saja bapa mangsa duduk di kerusi itu, dia yang kepenatan terlelap kira-kira 20 minit dan apabila tersedar dari tidur, dia terkejut apabila mendapati bomoh terbabit sedang leka meraba badan anaknya,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa yang berang dengan perlakuan jijik suspek itu terus mengajak anaknya itu pulang ke rumah.

“Semasa dalam perjalanan pulang, anak mangsa menceritakan kepada bapanya yang dia dicabul bomoh terbabit di bahagian dada dan kemaluan,” katanya.

Menurut Noor Mushar, bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Katanya, kes itu disasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

SANTA FE, New Mexico - Seorang anggota polis negeri New Mexico yang dirakam menembak ke arah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat dengan kanak-kanak telah dipecat.
Anggota polis itu, Elias Montoya dipecat susulan insiden pada 28 Oktober lalu apabila dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah van mini yang beredar selepas pemandunya bertengkar dengan polis.
Terdahulu, Montoya yang menaiki kereta peronda polis bersama dua anggota lain mengarahkan pemandu van supaya berhenti kerana memandu melebihi had laju.
Kenderaan tersebut dipandu oleh seorang wanita, Oriana Ferrell yang membawa bersama lima anaknya untuk melawat sebuah pesta di New Orleans.
Polis negeri New Mexico memberitahu akhbar Amerika Syarikat, Journal bahawa pihaknya enggan mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut.
Namun, pihak berkuasa berkenaan memberitahu, dua anggota lain yang tidak melepaskan tembakan akan terus dikekalkan.
Montoya menyatakan dalam laporan polis yang dibuat selepas insiden itu bahawa dia menembak tayar kiri MPV berkenaan untuk menghentikannya.
"Saya menembak tayar dan bukan pemandunya kerana kenderaan itu dipenuhi penumpang," katanya.
Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada terdapat peluru yang mengenai badan van itu tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. - Agensi





CHONQING, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilihat memukul dan menendang seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di dalam lif sebuah apartmen di sini.
Kejadian itu yang dirakam kamera keselamatan lif berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan selepas ia tersebar di internet.
Penduduk setempat yang berang dengan kejadian itu menggelarkannya sebagai "Budak Syaitan".
Rakaman bertarikh 25 November itu menunjukkan ibu kanak-kanak malang itu sedang menolak basikal mainan anaknya keluar dari lif berkenaan.
Namun, dia tidak menyedari bayi itu tertinggal di dalam lif bersama budak perempuan tersebut yang tiada pertalian keluarga dengannya.
Budak perempuan itu kemudian membelasah dan menendang mangsa sebelum dia mengangkat bayi tersebut dan mencampakkannya dari sebuah balkoni di tingkat 25 bangunan apartmen berkenaan.
Bayi lelaki malang itu kemudiannya ditemui di tingkat bawah apartmen berkenaan dalam keadaan parah sebelum meninggal dunia di sebuah hospital.
Pihak polis di sini memberitahu, kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana masih di bawah umur. - Agensi

Harun nekad untuk tidak lagi menjadi ahli Seniman.
PETALING JAYA: Pelakon Harun Salim Bachik berhasrat untuk tidak lagi menjadi ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan menegaskan tidak mahu dikaitkan lagi dengan persatuan itu.
Harun berkata, tindakan itu dilakukan kerana berasa kecewa dengan kepimpinan Seniman sedia ada tidak pernah tampil membantunya dan rakan-rakan ketika nama mereka diheret oleh lima artis veteran ke mahkamah.
"Sepatutnya mereka menjadi tempat kami bergantung apabila timbul kes sedemikian namun tiada yang datang membantu walaupun kedudukan saya sebelum ini sebagai presiden.
"Selepas melepaskan jawatan saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan Seniman lagi namun apabila timbul kes mahkamah yang turut melibatkan nama saya, saya nekad untuk tidak lagi menjadi ahli persatuan itu selepas ini," katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, Kompleks Studio Merdeka di sini, adalah tidak sah.
Mahkamah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Harun, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.
Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif.
Harun berkata, dia redha dengan keputusan mahkamah dan sedia untuk membayar ganti rugi yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
Jelas Harun, dia tidak berhasrat untuk membersihkan namanya walaupun tidak bersalah kerana yakin kebenaran akan muncul dengan sendiri suatu hari nanti.
"Saya akan bayar bahagian saya iaitu sebanyak RM30,000 kepada Seniman namun saya tidak halalkan duit hasil titik peluh saya bekerja itu kepada mereka.
"Tiada keperluan juga untuk saya bersihkan nama yang telah tercalar kerana ia tindakan buang masa dan yakin kebenaran akan muncul nanti," katanya.
Bagaimanapun kata Harun, dia bersyukur kerana rakan-rakan banyak menyokongnya walaupun namanya telah tercalar akibat kes berkenaan.
"Alhamdulillah rezeki berlakon masih banyak walaupun nama dah tercalar kerana rakan-rakan yang rapat dengan saya tahu situasi sebenar," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Harun turut memuji sifat kepimpinan Zed Zaidi yang berjaya membawa Seniman ke tahap yang lebih baik.
"Menerusi kepimpinan Zed kita dapat lihat pelbagai pembaharuan dan aktiviti yang dijalankannnya sehingga membawa Seniman ke tahap lebih baik," jelasnya.
Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan mesyuarat agung (AGM) ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan.
Sharnaaz sudah lama menyimpan hasrat untuk bergelar pelumba motosikal profesional.
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia berhasrat merealisasikan cita-citanya untuk bergelar pelumba motosikal profesional yang dipendam sejak kecil.
Sharnaaz, 28, berkata, dia sudah menjalani latihan di Litar Sepang sejak beberapa bulan lalu dan mengakui bukan mudah untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.
"Saya memang sudah lama minat untuk menjadi pelumba motosikal tetapi hasrat itu masih belum tercapai namun kini saya sudah mula menjalani latihan dan sukan ini sangat menyeronokkan.
"Setakat ini saya masih baharu lagi menjalani latihan dan ternyata bukan mudah untuk menjadi seorang penunggang profesional selain banyak perkara yang saya pelajari," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Sharnaaz berkata, selain pengendalian yang betul, ciri-ciri keselamatan juga perlu diberi fokus supaya tidak berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.
"Apa-apa pun keselamatan paling penting dan perkara itu sangat diutamakan kepada semua pelumba," ujarnya.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia juga berhasrat untuk kembali kepada kerjaya lamanya iaitu dalam bidang hartanah selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan.
Bagaimanapun kata Sharnaaz, buat masa ini dia masih lagi mempertimbangkan keputusannya itu kerana dia masih mempunyai beberapa lagi projek yang perlu diselesaikan sebelum bersara.
"Saya sayangkan dunia lakonan tetapi dengan pelbagai kontroversi yang melanda membuat saya nekad dengan keputusan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh pentingkan diri kerana masih ada beberapa projek perlu diselesaikan," katanya.
Sharnaaz bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta bergandingan dengan Nelydia Senrose bermula hari ini (Isnin) di saluran Mustika HD 134.
Gambar ini tersebar selepas pihak inspektor kesihatan telah memutuskan yang kedai QFC atau Queasy Fried Chicken sebagai kedai paling kotor di London. Kedai itu terus ditutup sehingga dibersihkan dan tidak boleh dijual beli sebelum pihak berkuasa memutuskannya. 




Pada sambutan hari jadi anak lelaki Nedim Nazri minggu lepas, peminat berpeluang untuk menetap wajah terkini anak Nedim yang berusia dua tahun hasil perkongsian dengan isteri pertamanya, Nabilah Khan.


Untuk pengetahuan, Nedim Nazri dan Nabilah Khan berkenalan pada tahun 2007 melalui rakan lama ketika terlibat dalam satu majlis makan-makan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Selepas empat tahun menyulam cinta, mereka akhirnya berkahwin pada 2011.

Nabilah Khan yang lebih dikenali dengan nama Bee Khan merupakan seorang wanita berketurunan Pakistan. Mungkin kerana mereka tiada jodoh, Nedim Nazri dan Nabilah Khan dikatakan bercerai dua tahun kemudian meskipun tiada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.

Berikut ialah beberapa keping gambar wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang cukup seksi dan cantik menawan.








Dengan meletakkan gambar Ustaz Azhar Idrus pada poster promosi filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dia dilihat seolah-olah merupakan pelakon utama filem arahan Pierre Andre itu.

Bagaimanapun, jangan tertipu kerana jika anda menonton keseluruhan cerita filem itu di pawagam, hanya ada satu babak ringkas sahaja yang memperlihatkan lakonan Ustaz Azhar Idrus sedang berceramah, namun seperti dicilok. 

Ini sesuatu yang mengecewakan peminat kerana ramai mereka menaruh harapan dapat melihat lakonan pendakwah bebas itu buat kali pertama.

Petikan di bawah ialah tulisan wartawan Syed yang ternyata kecewa dengan eksploitasi gambar Ustaz Azhar Idrus. Baginya, lebih baik menonton ceramah pendakwah itu di laman Youtube daripada di pawagam.


Walaupun si ibu dan seluruh spesies haiwan dari telur ini telah pupus, namun telur gergasi ini telah terselamat dan masih kelihatan hidup seolah-olah mampu menetas pada bila-bila masa. Ia bertelur kira-kira 400 tahun yang lalu oleh salah satu daripada spesies burung gajah gergasi yang berasal dari Madagascar. Sebelum menjadi pupus pada abad ke-17, burung yang tidak mampu terbang itu tergolong dalam spesies burung terbesar di dunia, mempunyai ketinggian sebanyak 10 kaki dan berat mencapai setengah tan.

Telur berkenaan dijadualkan akan dijual di London hari ini. Telur yang mempunyai lebih daripada 3 kaki dalam lilitan ini telah ditemui oleh peneroka Victoria dan sejak itu ia telah disimpan sebagai koleksi peribadi. Pemilik telur ini sekarang merupakan seorang peniaga barangan antik, John Shepherd, yang telah membeli telur tersebut selepas melihat David Attenborough menemuinya semasa penggambaran filem di Madagascar. Mr Gembala, seorang ahli paleontologi yang terlatih, telah memutuskan untuk menjual telur tersebut, yang kini dipamerkan di Chelsea Antiques Fair, yang berlangsung sehingga Ahad ini.

Telur ini juga lebih besar daripada saiz bola ragbi dan dijangka mempunyai nilai sekurang-kurangnya £5,000. Burung gajah gergasi dari Madagascar adalah satu-satunya burung gergasi yang wujud bersama manusia dan manusia jugalah yang menyebabkan kepupusan spesies itu.

Burung gajah gergasi ini pupus berikutan sering diburu oleh penduduk asli Madagascar. Walaupun burung ini mempunyai berat kira-kira setengah tan, ia juga menderita di tangan pemangsa lain seperti babi yang memakan anak-anak dan memusnahkan telur mereka.



Le Thanh Thao iaitu model Vietnam yang berusia 20 tahun serta mempunyai ketinggian 1.75 meter dan seorang pelakon lelaki juga berusia 20 tahun iaitu Kaydy Tran tetapi dengan ketinggian 1.20 meter. Kerana perbezaan mereka serta keserasian di dalam hubungan mereka, pasangan ini menjadi begitu terkenal di Vietnam. Mereka juga sering muat naik gambar mereka berdua di dalam laman sosial. 






Apa sudah jadi dengan ‘orang kita’.
Sama ada sengaja, atau tanpa disedari, beratus rakaman aksi seks pasangan Melayu sudah tersebar di internet.
Malah ada yang mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.
Malangnya, walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman aksi terlarang seumpama itu yang ‘mucul’.
aksimelayu01
Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang jatuh dalam kategori ‘tua nak mampus’ pun masih sanggup merakamkan aksi seks mereka!
Mungkin ada yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita sedia maklum ramai di kalangan kita, malah mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.
lucah-melayu-565x447 (1)
Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.
Remaja jangan ceritalah, terutama yang baru nak ‘kenal dunia’.
Percayalah tiada mekanisma yang boleh membendung masalah ini kecuali individu itu sendiri.
Hubungan seks adalah suci jika terjalin di kalangan mereka yang berkahwin tetapi pada masa yang sama, ia adalah rahsia yang perlu disimpan dan haram untuk didedahkan, apatah lagi untuk tontonan umum.
sex-oct18
Paling membimbangkan, sudah ada kecenderungan di dalam masyarakat kita yang berbangga bila melihat aksi seks mereka didedahkan…lihat saja pasangan Alvin dan Vivan.
Mungkin inilah yang dikatakan manusia akhir zaman…kemaluan sudah boleh dijadikan tontonan! 

Para pakar biologi laut dikejutkan dengan adanya haiwan laut menyerupai obor - obor di Bristol . Video haiwan yang terapung di permukaan laut itu beredar di YouTube dan Twitter. Pelbagai pertanyaan muncul di media sosial . Sementara saintis sendiri belum mampu mengenalpasti makhluk misteri itu .

Steve Simpson dari School of Biological Science , University of Bristol , mengatakan , " Ini sangat menarik . Saya tak tahu apa itu . "

" Ada kemungkinan bahawa makhluk itu adalah obor - obor yang bercahaya atau Salp laut . Ini sangat tidak biasa dan saya belum melihat yang seperti ini sebelumnya , " tambahnya .

Yang lebih mengejutkan , kata Simpson , seperti dipetik Daily Mail , Khamis ( 5/12/2013 ) , makhluk tersebut muncul di wilayah laut yang cukup padat .

" Sangat mungkin bahawa itu adalah makhluk laut yang dibawa ke tepian kerana badai , atau mungkin itu makhluk yang cuba mencari perlindungan dari laut yang dihentam badai , " ungkap Simpson .

" Kita saat ini juga sedang mengalami pasang lautan yang membolehkan makhluk apa pun terbawa dari tengah lautan , " tambahnya .

Sampai saat ini , jenis makhluk itu belum ditentukan . Saintis juga belum mengetahui apakah makhluk itu hidup atau tidak .

Sumber: kompas.com