Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
BIAR sebanyak mana pun tatu dan otot yang cuba ditunjukkan oleh
penyanyi Justin Bieber melalui laman Instagram dan konsertnya, itu tidak
dapat mengubah hakikat yang dia masih seorang remaja yang dipantau
keluarga.
Tersebarnya cerita dia meniduri seorang pelakon porno, Tati Neves telah membangkitkan kemarahan ibunya, Pattie Mallette.
Mallette dikatakan terus menghubungi Bieber sejurus mengetahui
perkara itu kerana bimbang anaknya akan dijangkiti penyakit serius
kerana melakukan hubungan rambang.
Bagi kami, memang patut dia dimarahi. Bayangkan jika dia dijangkiti
virus HIV dalam usia begitu muda, tidak tahulah apa akan jadi dengan
kerjayanya.
Hai, ternyata Bieber masih belum cukup matang lagi…
[Wow] - Selebriti
AGAKNYA mungkin sudah jadi trend zaman sekarang, semua hendak
disebarkan ke laman sosial termasuklah penghinaan kepada pihak berkuasa.
Jika sebelum ini ada Ah Beng ’1 Malaysia’ yang memuatnaik videonya
memarahi seorang polis trafik kerana menyamannya, kali ini heboh pula di
beberapa blog mengenai seorang remaja yang bakal dipenjara dua tahun
kerana perbuatan yang sama.
Bezanya, remaja ini mengambil gambar sebelum memuatnaiknya ke laman Facebook dengan status yang penuh dengan maki-hamun.
Berikut ialah butir kejadian yang dipetik melalui panggungopera.blogspot:
Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas
kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada
25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman keatas sebuah
kenderaan yang menghalang lalu lintas,
Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan
tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan
mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut
menggunakan handphone.
Anggota Polis Trafik itu dgn tenang “TIDAK MELAYAN” provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.
Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu,
dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian
& UGUTAN.
Menurut sumber, satu laporan Polis dibuat selepas kejadian berlaku.
Tindakan:
1) Bertindak di atas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes
dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi
menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.
3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.
Kami sokong jika orang yang berperangai sebegini diambil tindakan.
Memang betul akaun Facebook itu hak peribadi, tapi ia tidak bermakna
anda boleh menjadikan ia sebagai medan mencerca sesuka-hati. Jangan lupa
ya, negara masih ada undang-undang!
[Wow] - Berita Tempatan

DEREK Amato, 41, tidak menyangka kecederaan di bahagian kepala yang
dialaminya terhentak dinding kolam memberikan keistimewaan yang tidak
diduga.
Keistimewaan itu ialah, kemahiran bermain lapan jenis alat muzik yang berlainan secara profesional.
Sebelum kejadian, dia hanya tahu memetik gitar dan tidak tahu bagaimana untuk membaca atau menulis nota muzik.
Apa yang dialami oleh Derek ini sebenarnya mempunyai penjelasan dari segi saintifik.
Ia dinamakan Sindrome ‘Aquired Savant’, yang hanya dialami oleh 30
orang termasuk dirinya di seluruh dunia selepas mengalami trauma di
kepala.
Hentakan di kepala itu menyebabkan dia kehilangan 35 peratus
pendengaran, kerap sakit kepala dan adakalanya kehilangan memori, namun
bagi Derek ia masih kecil jika dibandingkan dengan kepakaran muzik yang
dimilikinya sekarang.
Bagaimanapun, doktor yang merawatnya turut mengingatkan Derek supaya
bersedia untuk menghadapi kemungkinan kehilangan ‘anugerah’ yang
dimilikinya kerana dia tidak mempunyai kawalan terhadap sindrom itu.
Global
DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan
sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin
mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka.
Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa
perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita
Harian.
Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen
TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai
hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro.
Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan
merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari
pihak penganjur selepas majlis.
Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti.
Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.
Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap
apa. Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara
mudah dan percuma di dunia ini
[Wow] - Gosip Hiburan

Gambar diatas ialah sebelum sepasang gadis kembar menyertai rancangan realiti Tv di Korea "Let's Beauty". Tujuan utama rancangan TV ini ialah untuk membantu mereka yang mempunyai wajah yang hodoh untuk menjadi lebih yakin dalam hidup mereka. Dua orang gadis kembar ini bertuah kerana diberi peluang untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajah mereka yang hodoh. Mari kita lihat gambar sebelum dan selepas pembedahan..
Pelbagai
Seorang pemuda menemui ajalnya apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam Sungai Kerteh dalam kejadian di KM 122 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Jambatan Labohan, Kemaman. Dalam kejadian jam 5:30 petang, Ahmad Haziq Mohd. Rodzi yang memandu kereta jenis Kia Forte meninggal dunia akibat lemas.
Nama mangsa : Ahmad Haziq b M Roodzi
Umur : 27 tahun
Asal : Kepala Batas
Status : Bujang
Kerja : Petronas Petlin
Jenis kereta : Kia Forte
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu kemalangan: Sekitar jam 0530 petang
Tarikh kemalangan: 26 November 2013
Status mangsa : Meninggal Dunia
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu kemalangan: Sekitar jam 0530 petang
Tarikh kemalangan: 26 November 2013
Status mangsa : Meninggal Dunia
Kereta mangsa dapat dikeluarkan lebih kurang jam 8:35 malam. Arwah yang merupakan pegawai kawalan kualiti sebuah anak syarikat milik Petronas ini merupakan seorang yang sangat baik dan peramah serta disenangi rakan-rakan yang mengenali dirinya.
“He attended PACG just to show his support and left the same day back to Kerteh…. we were joking saying tat we will go to Kerteh just to TT…. and he left us so soon…. May Allah letak dia di kalangan org2 beriman, rest in peace my dear Andy Andu….. Al Fatihah….we will miss u my fren….” – Salina KoupLadyMyForteClub
Rakan-rakan yang bukan beragama Islam juga turut merasai kehilangannya.
[Wow] - Berita Tempatan
Kini, terdapat dompet yang mampu membuatkan anda belajar untuk berbelanja secara berhemah di mana dompet ini bukan sahaja mampu melarikan diri malah akan mengeluarkan bunyi seakan-akan jeritan apabila ia dipegang.
"Living Wallet" akan melakukan apa yang terdaya bagi melindungi kewangan anda dari pembelanjaan secara berlebihan dan juga mampu menghantar E-Mail kepada ibu atau penjaga anda sekiranya anda berbelanja secara tidak rasional. Apabila dipegang dalam keadaan "Save Mode", ia akan menjerit dengan kuat.
Selain daripada mampu melindungi kadar pembelanjaan anda, ia juga mempunyai sejenis aplikasi yang mampu menjejaki kewangan anda. Apabila anda sedia untuk membelanjakan wang, The Living Wallet ini akan memasuki "Consume Mode".
Cool
Amerika mempunyai Statue of Liberty. Mongolia mempunyai patung Chinggis Khan manakala Indonesia mempunyai patung Jesus Kase Berkat. Di Gujarat India pembinaan patung Statue of Unity sedang dilakukan. Patut ini bakal menjadi patung tertinggi di dunia dengan ketinggian 182 meter. Ini bermakna ianya 30 meter lebih tinggi dari pemegang rekod patung tertinggi dunia sekarang iaitu Stone Temple Buddha di China. Statue fo Unity ialah patung Sardar Vallabhbhai Patel, menteri dalam negeri pertama India dan antara tokoh kemerdekaan republik ini. Patung ini akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Selain menempatkan patung gergasi sebuah institut kajian sains dan taman awam akan dibina berdekatan patung ini. Di Malaysia tidak ada budaya membina monumen patung untuk memperingati jasa tokoh bersejarah. Pada pendapat anda siapakah yang layak mempunyai patung gergasi mereka sendiri?
Cool

Menurur pihak International Association of Athletics Federations, Bolt telah berjaya memegang rekod dunia pada tahun 2009 semasa dia berlari pada 27.78 batu sejam pada sela 20 meter semasa larian pecut 100 meter.
The Cheetah walaubagaimana pun baru-baru ini telah mencatatkan kelajuan sebanyak 28.3 batu sejam pada sela 20 meter dan ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding Bolt kerana ia hanya berlari di atas treadmill.
The Cheetah sedang dibangunkan dan diuji di bawah program DARPA's Maximum Mobility & Manipulation (M3) oleh Boston Dynamics.
"Model robot seperti Cheetah merupakan sesuatu yang anggun dan penuh dengan inovasi, tetapi matlamat kita bukan lah untuk menyalin alam semula jadi," kata Gill Pratt, pengurus program DARPA.
"The Cheetah telah menjadi contoh yang terbaik untuk bagaimana kejuruteraan semulajadi telah berjaya mencipta kelajuan dan ketangkasan di kawasan yang kasar. Ia telah mendapat suntikan idea-idea dari reka bentuk alam dalam corak langkah, lenturan pada bahagian belakang, penempatan anggota dan kestabilan."


[wow] - Teknologi

Aktres yang semakin menjadi tumpuan ramai, Ramona Zamzam, 23, akui sedang mengenali hati budi seorang pemuda namun lelaki yang berjaya memikat hatinya itu bukan lah seorang lelaki Melayu. Sebaliknya teman istimewanya itu merupakan pemuda warganegara asing.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Ya, saya sedang mengenali seseorang tapi masih terlalu awal untuk saya bercerita lebih tentang hubungan kami. Dia bukan orang dalam industri.
“Dia seorang warganegara asing tapi dah lama menetap di sini. Kami kenal sejak beberapa bulan lalu. Mulanya dia tak tahu yang saya seorang pelakon sehinggalah dia diberitahu oleh rakannya”, kata Ramona Zamzam yang bagaimanapun enggan mendedahkan nama kekasihnya itu.
Pelakon Cinta Jangan Pergi ini ketika ditemui pada pelancaran radio Ultra.FM di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, petang semalam.
Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik pada lelaki tersebut, lantas Ramona meluahkan pendapatnya bahwa lelaki warganegara asing mempunyai karakter yang lebih memikat berbanding lelaki tempatan.
“Dia seorang yang easy going. Terus-terang bagi saya, lelaki warganegara asing ni kebanyakan mereka mempunyai karakter memikat hati berbanding lelaki tempatan. Tapi tak lah bermakna saya tak suka lelaki tempatan. Perkenalan kami pun hanya kebetulan sewaktu di satu acara”, katanya.
Begitupun sewaktu temubual, berat untuk gadis berusia 23 tahun ini berkongsi tentang negara kelahiran kekasihnya itu, namun setelah puas dipujuk pihak media, Ramona akhirnya berkata,
“Okay lepas saya beritahu ni, cukup ya cerita fasal dia. Dia berusia 20-an, orang Palestin”, tuturnya sambil mengukir senyuman.
Kena Cubit Dengan Makcik
Beralih pula pada perkembangan karier, tak dinafi Ramona lebih dikenali yang menerusi watak antagonis seperti wataknya dalam drama Cinta Jangan Pergi dan Cinta Jannah. Malahan gara-gara watak perempuan jahat yang sentiasa dijayakan, Ramona pernah diserang oleh seorang peminat.
“Memang saya akui watak antagonis lebih buat saya menyerlah berbanding watak baik. Peminat pun semakin mengenali saya. Sampai saya ada satu pengalaman saya dicubit oleh seorang makcik di sebuah pasaraya.
“Mulanya saya perasan yang dia perhatikan saya dari jauh. Kemudian dia datang kepada saya dan berkata, “ni Damia kan…? Damia? Jadi saya pun angguk saja dan katakan pada wanita itu yang nama tersebut hanyalah watak dalam drama Cinta Jannah.
Tapi tak berapa lama kemudian, wanita itu mendekati saya lalu mencubit lengan saya. Terasa sakit juga cubitan itu tapi mujur saya cepat-cepat mengelak. Saya hanya tergamam pada ketika itu”, ujarnya.
Meskipun mengalami kejadian yang dianggapnya menakutkan namun Ramona tidak berputus asa untuk terus melakonkan watak antagonis sekiranya ada lagi tawaran pada masa hadapan.
Terbaru dia baru saja selesai penggambaran telemovie Aku Yang Dulu, Bukan Sekarang untuk slot carekarama TV3. – Malaysian Digest
[Wow] - Gosip Hiburan
MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan mudah Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?
Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.
Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.
Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.
Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.
Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.
Lebih dahsyat lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah sampai begitu sekali lafaznya.
Perceraian yang kurang seminggu dari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya, memetik laporan Harian Metro.
Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja.
Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang serai untuk menenangkan fikiran.
Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Kami yakin dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas ini.
Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Ramai yang menjadikan ‘elak zina’ sebagai alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal kebenarannya.
Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat.
Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini.
[Wow] - Berita Tempatan
Gadis yang berusia 19 tahun ini adalah anak kepada Presiden Czech Republic Milos Zeman. Dalam salah satu video lucah dari sebuah laman sesawang, seorang gadis kelihatan seperti Katerina. Namun seperti biasa, Katerina menyatakan itu tidak benar. Ramai orang telah mempunyai perbandingan dan nampaknya banyak bahagian pada Katerina serta gadis dalam video itu kelihatan sama.





[Wow] - Sakit Mata
Subscribe to:
Posts (Atom)













Recent Comments