Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.
Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.


Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.

 

Pelik sungguhlah, kalau nak bergaduh pun bukan kat facebook lah. Memalukan diri sendiri dan juga turut memalukan dan menjatuhkan air muka isteri.


Cheryl Cole memang sering memakai pakaian yang jarang. Tapi kali ini ianya menarik perhatian salah seorang dari peminatnya, agak mengejutkan reaksi peminatnya ini kelihatan seperti histeria!

Pelantun lagu The Girls Aloud ini kelihatan bergaya dengan baju jarang yang menampakkan branya ketika keluar bersosial di London bersama teman lelakinya Tre Holloway dan ibunya Joan...hah? Ibu?

Dan pada ketika itu juga salah seorang dari peminatnya tidak dapat mengawal kegembiraan dapat bertemu Cheryl secara 'live' ketika baru keluar dari The Rose Club.
Saksi yang berada di situ berkata, peminat tersebut terjerit-jerit: "Oh my God, I can't believe it's Cheryl Cole, oh my God! oh my God!" ketika penyanyi itu berjalan keluar.

Cheryl mencetuskan kontroversi apabila beliau mahu menyaman racangan realiti tv X Factor USA dan menuntut £1.4 juta apabila dimalukan oleh Simon Cowell tahun lepas.
Namun, semalam, sebelum melakukan persembahan di Capital FM's Jingle Bell Ball di London, beliau tidak banyak mendedahkan mengenai tindakan samannya itu.










Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Hanya sekadar lawak Jenaka :)

Kebanyakan orang terutamanya perempuan cukup risau sekiranya menghadapi masalah kulit berminyak. Sebenarnya, kulit muka berminyak banyak kelebihan berdasarkan pandangan aku. Korang tak bangga ke?


-Tak sakit sangat jika muka kena tumbuk kerana penumbuk akan tergelincir oleh minyak yang ada pada muka.

-Lelaki yang gatal tentu teragak-agak untuk mencium pipi kerana geli pada kulit muka yang berminyak.

-Sekiranya memerlukan minyak untuk melicinkan sesuatu, maka dengan mudah mengikisnya pada muka.

-Kalau naik motor ketika hujan, tentu muka takkan basah kerana sifat minyak dan air yang takkan bercampur.

-Kulit muka selamat dari dihinggapi debu kerana terperangkap oleh minyak yang ada pada muka.

TAMPIN – Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.

Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.

“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.
Gambar 'Hanya Berlaku Di Malaysia' Volume one.

Kalau anda mempunyai banyak lagi gambar menarik di Malaysia, sila hantarkan ke Okidumedia@gmail.com/ Fanpage Blogbahni.








ENTAH apa sudah jadi dengan anak-anak gadis kita pada masa kini.
Sudah elok-elok pakai tudung sekolah, ambil gambar begini pula.
Ke mana menghilangnya adat sopan dan rasa malu sebagai gadis Melayu dan beragama Islam.
Siap dengan ‘caption’ : “Nak kata apa? Hidup masing-ii kan. ;) ”
Gambar Pakai Tudung, Tapi Tunjuk Jari Tengah
Amboi, kalau lelaki yang buat begini, mungkin orang kata nakal. Tapi kalau perempuan?
Pesanan penulis, di zaman serba-serbi semua hendak disebar ini, tak perlulah nak muatnaik gambar-gambar begini ya. Nanti bukan setakat memalukan diri, tapi bawa sekali nama keluarga dan sekolah…

Putrajaya – Sepasang kekasih memberi alasan cuma berborak kosong ketika dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dataran Putra berhampiran Masjid Putra di sini, malam tadi.
Pasangan muda yang juga pelajar universiti tempatan itu ditangkap ketika sedang asyik memadu kasih di dalam kereta yang diletakkan di hadapan masjid berkenaan.
Ketika ditahan, didapati pelajar lelaki berkenaan sedang berbaring di atas peha pasangannya.

Pasangan itu kemudiannya diarah keluar sebelum diminta menyerahkan pengenalan diri masing-masing.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah-wilayah Persekutuan Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi mengurangkan masalah gejala sosial terutamanya di kalangan muda-mudi di kawasan sekitar Putrajaya.
Menurutnya, sebagai seorang Islam mereka sepatutnya menghormati masjid sebagai tempat beribadat, bukannya memadu asmara sehingga memburukkan pemandangan di sekitarnya.
“Mana-mana pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai akan didakwa di bawah Akta 559 Wilayah-wilayah Persekutuan 1957, menurut sumber myMetro.
“Mereka akan diberi notis supaya hadir ke bahagian penguatkuasa pada waktu yang ditetapkan dan sekiranya ia gagal dipatuhi, satu waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu Pegawai Penguatkuasa Agama Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini.

Kuala Lumpur: Tindakan seorang ‘mekanik amatur’ menyiram ekzos motosikal dibaikinya dengan petrol mengundang padah apabila ekzos itu meletup, menyebabkan muka, telinga dan tangannya melecur.
Kejadian berlaku di rumah mangsa, Fathul Mizan Albar di Kampung Pandan, di sini, ketika remaja berusia 17 tahun itu membaiki motosikal Yamaha 125Z milik abangnya, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Fathul berkata, sebelum kejadian abangnya meminta dia membaiki ekzos motosikal yang dikhuatiri tersumbat.

“Saya tanggalkan ekzos itu dari motosikal dan memeriksanya. Yakin ekzos itu tersumbat, saya menyiram dengan petrol dan membakarnya seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini sebelum memadamnya kembali.

“Namun, beberapa minit kemudian ekzos itu tiba-tiba meletup,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Kajang: “Rakyat Malaysia, tolong hentikan sumbangan kepada anak saya. Malah, saya reda jika dia ditangkap dan dihukum,” kata seorang wanita warga Palestin selepas mengetahui anak lelakinya menipu dan menyalahgunakan wang sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat negara itu.
Malah, wanita berusia 60 tahun mahu dikenali sebagai Zahrah turut membuat laporan polis semalam selepas ditumbuk anaknya berusia 27 tahun itu di rumah tumpangannya di Sungai Kantan, di sini, semalam.
Zahrah berkata, dia dan seorang lagi anak lelakinya, Khaled Alzahar, 20, datang ke Malaysia dua minggu lalu selepas suspek menjemputnya datang, kononnya untuk membincangkan hal perniagaan.


Menurutnya, suspek berkahwin dengan seorang wanita tempatan yang menjalankan aktiviti kemanusiaan di Palestin, Mac lalu sebelum berhijrah dan menetap di negara ini tiga bulan kemudian.
“Malah, saya cukup sedih kerana anak saya (suspek) tergamak memukul isterinya hingga keguguran dan sebelum ini dia mengugut mahu menyembelih ayahnya sendiri ketika bekas suami saya itu datang berjumpanya di sini September lalu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

DES MOINES, Iowa - Kembar tujuh yang dilahirkan pada tahun 1997 telah meraikan hari jadi mereka yang ke-16 tahun kelmarin.
Ibu kembar itu, Bobbi McCaughey yang merupakan seorang kakitangan sebuah sekolah berkata, dia kini menerima hakikat bahawa anak-anak kembarnya semakin dewasa.
"Salah satu perkara penting kini adalah mengenai hubungan mereka dengan rakan dan kawan berlainan jantina," katanya yang melahirkan mereka di sebuah pusat perubatan di sini.
Kembar itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan.
Nama mereka ialah Kenneth, Kelsey, Natalie, Brandon, Alexis, Nathan dan Joel.
Semua kembar itu yang tinggal di Carlisle, Iowa, Amerika Syarikat mempunyai seorang kakak, Mikayla yang berusia 18 tahun.
Bapa mereka, Kenny bekerja di sebuah kilang logam.
McCaughey memperoleh anak kembar tujuh itu selepas dia menjalani rawatan kesuburan.
Rumah kembar itu mengandungi tujuh buah bilik tidur yang didermakan kepada mereka.
Namun, dua kembar tersebut, Alexis dan Nathan menghidap palsi serebrum iaitu pergerakan otot-otot mereka mengalami kerosakan.
Brandon kini merancang untuk memasuki perkhidmatan ketenteraan, Kenneth mahu bekerja dalam bidang pembinaan, Nathan mahu menceburi bidang sains, Joel berhasrat mendalami bidang komputer, Kelsey meminati bidang solekan manakala Alexis serta Natalie mahu melibatkan diri dalam bidang perguruan. - Agensi