Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kajang: Berang hasrat untuk bertunang dengan kekasihnya dihalang keluarga wanita terbabit, seorang lelaki dikatakan tidak puas hati lalu menyerang dan melepaskan tembakan ke arah adik lelaki teman wanitanya itu, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga anggota polis bertindak melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya menembusi bahu kanan mangsa.

Difahamkan, mangsa, T Solomon, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kajang oleh keluarganya. untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Suspek yang baru sebulan bertugas di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini, sebelum itu dikatakan gagal memulangkan semula pistol jenis .38 Smith & Wesson di balai polis berkenaan sebaik tamat waktu kerja.

Bapa mangsa, T Tholilale, 59, berkata ketika kejadian dia berada dalam bilik dan mendengar pertengkaran di luar rumahnya di Taman Megah, Kajang, di sini, disusuli bunyi tembakan.

Hmetro

SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.


“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.


Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.


“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Mungkin disorok makhluk halus

SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

“Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.


Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.

Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu. Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).

Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).

Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.

Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.

Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.




Jennifer Lawrence telah dinobatkan wanita paling diidamkan di dunia walaupun memiliki sepasang mata yang juling. Lakonannya dalam Filem The Hunger Games telah menampilkan kecantikannya sebenar. Beberapa gambar di bawah ialah prinscreen daripada satu babak dalam Filem The Hunger Games ketika Jennifer Lawrence sedang memakai gaun merah paras dada. Sangat cantik dan sesuai dengan penampilannya yang dianugerahkan sepasang mata juling.







Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi sekitar jam 6.30 petang tadi, seramai 22 budak yang hilang daripada 30 orang sudah ditemui oleh pihak berkuasa manakala seorang lagi masih giat dicari sejak Sabtu lalu.
Ketika ini, sekeping gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila sedang berlegar-legar di laman forum dan facebook page tempatan. Cuba anda perhatikan? Ada yang pelik dapat diperhatikan dalam gambar di bawah. Seperti kerasukan pula?



Selain itu, satu lagi gambar yang didakwa wajah sebenar budak lelaki yang masih hilang turut tersebar di laman sosial. Sejauh manakah kebenaran maklumat ini?



BELAJAR dari pengalaman lalu, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada umum identiti kekasih barunya.

Memilih jejaka Melayu, dia sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat bulan lalu, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Marsha, biarpun usia jejaka itu muda dua tahun darinya, ia tidak menjadi sebarang masalah buat mereka.

Bagaimanapun, masih terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman bujang biarpun usianya bakal menginjak 28 tahun pada tahun hadapan.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Betul juga kata Marsha itu. Lebih baik ambil masa untuk mengenali hati budi pasangan daripada terburu-buru. Nanti tak pasal-pasal merana diri.

Menurut seorang forumer di sebuah forum hiburan, gadis di dalam gambar ini dikenali sebagai Fiza Falak yang merupakan adik kepada Sazzy Falak. Agak cun dan cantik juga orangnya kalau dibandingkan dengan Sazzy. Mungkinkah dia akan mengikut jejak langkah kakaknya untuk menjadi seorang artis atau pereka fesyen? Sama-sama kita nantikan.




Kalau lelaki pula, siapa yang anda rasakan seksi?

ML: Saya melihat Brad Pitt itu seksi dari segi sosok tubuh dan wajahnya. Dia membawa dirinya dengan baik dan menyerlah sekali.

Apa tip atau rahsia anda memiliki bentuk badan yang menggiurkan?

ML: Saya sentiasa bersenam. Jika tidak dapat ke gimnasium, saya akan berjoging selama sejam setiap hari. Saya juga mengambil makanan secara teratur.

Kerap dihampiri lelaki? Apa pick up line atau kata-kata paling teruk pernah anda dapat? 

ML: Ada yang datang selamba tegur, ada yang segan-segan sebab anggap saya artis. Tapi ada juga jenis lelaki yang tidak tahu malu. Ada yang cuma tengok-tengok dalam diam. Banyak cara. Pick up line paling teruk, saya tak ingat.

Seronok atau rimas diperhatikan?

ML: Mula-mula dulu rasa seronok juga. Tetapi selepas beberapa lama, saya mula rimas dan penat.



ENTRI ini kami tujukan khas buat mereka yang sedang berselingkuh atau curang dengan pasangan.

Di saat kekasih anda mahu menjalankan operasi memeriksa telefon bimbit anda, silalah berfikir secara tenang dan jangan panik.

Jika panik, anda mungkin akan mengalami nasib serupa dengan seorang gadis di Brazil, Adriana Andrade, 19, yang bertindak menelan telefon hanya kerana bimbang teman lelakinya membaca SMS yang terdapat di dalamnya.

Akibatnya, dia terpaksa menjalani pembedahan di hospital untuk mengeluarkan gadjet tersebut.

Hai, nasib baik tak mati. Kalau takut, buang sajalah SMS itu awal-awal, tak adalah jadi sampai begitu sekali. Bukan saja kantoi, sakit pun dapat!
Jurugambar ini tidak sengaja zoom ke arah dia dan ternampak apa yang berlaku di sana. Inilah kelebihan kamera yang dikatan 'HD' .. Pixel yang tinggi, zoom tak pecah.. Memang kantoi sangat pekerja yang suka tengok web lucah dalam pejabat.. hehehe.. CCTV boleh lepas, tapi kamera takkan lepas..





Make up jadi senjata utama bagi para pelaku dunia hiburan. Tanpa make up, wajah para selebriti pun boleh jadi tak secantik saat menggunakan make up. Ini dia 5 idola kpop cantik ketika mereka tampil tanpa make up.


1. Nana 'After School'
 

Personel After School dan Orange Caramel Nana selalu tampil layaknya barbie dengan wajah cantik dan kaki jinjang. Lihat wajah Nana saat belum mengenakan make up!

2. Jiyeon 'T-ara'

 
Personel T-ara Jiyeon hampir selalu berdiri di posisi tengah kerana dianggap paling cantik di antara semua kakitangan T-ara. Gambar pertama menunjukkan Jiyeon tanpa make up. Bagaimana menurutmu?

3. Hara 'KARA'

 
Di sebuah undian doktor bedah plastik, kecantikan Goo Hara dinilai terlalu sempurna. Lihat wajah comelnya tanpa mengenakan make up.

4. Ga In 'Brown Eyed Girls'




 
Maknae Brown Eyed Girls Ga In selalu mengenakan eyeliner tebal untuk membingkai matanya yang sepet. Ga In pun tampak lebih muda ketika melepas make up nya untuk tampil di filem.

5. Jessica 'SNSD'


 

Si ice princess Jessica 'SNSD' selalu tampil cantik. Gambar di atas adalah gambar lama dirinya sebelum menggunakan make up.