Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

 

KUALA LUMPUR: Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut.

Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Ismail Yaacob

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su.

Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.

Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.


"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.
Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, , Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014.

Sementara itu, dua buah lagu baharu iaitu Kayangan daripada kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar diperkenalkan sebagai lagu tema filem tersebut.

PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.

Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.

Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.


Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.

Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.


Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.
 

Eisya Toh

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM Iesya Toh memberi tempoh dua hari bermula Khamis kepada individu yang telah menyebarkan fitnah terhadapnya agar tampil memohon maaf secara terbuka.

Iesya atau nama penuhnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 29, berkata, tindakan saman akan diambil jika individu yang juga pengikut Twitter miliknya gagal berbuat demikian.
"Dia fitnah saya di laman sosial Twitter dengan mendakwa saya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang kenamaan dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

"Pada asalnya dia mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan maki hamun saya serta memporak-perandakan kelab peminat saya selepas dia tidak dijemput untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan kelab peminat saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Iesya menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya.

Iesya berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya dan akan mengumpulkan beberapa bukti untuk mengheret individu tersebut ke muka pengadilan sebagai memberi pengajaran kepadanya.

"Dia menggunakan nama Nursyuhada dalam akaun Twitternya dan pada asalnya berpura-pura sebagai peminat namun lama kelamaan dia mula membuat onar dan menghasut peminat saya dengan memburukkan saya.

"Saya ingin dia hentikan tindakan dia yang suka membuat fitnah yang turut dilakukan kepada Hanez Suraya dan artis-artis yang lain," katanya.

Sementara itu, Iesya berkata, dia telah membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut di Balai Polis Kelana Jaya di sini pada petang Rabu.
Jelas Iesya, fitnah tersebut telah menjatuhkan maruah dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

Seorang wanita di Britain harus menjalani pembedahan kecemasan kerana otaknya dipenuhi dengan cacing pita. Cacing pita tersebut dikatakan menjadi penyebab kepada kerosakan secara kekal pada otak.

Suki-Jane Taylor, 42 tahun, telah menderita neurosysticercosis, penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing pita pada sistem saraf. Diketahui bahawa Taylor mendapat jangkitan cacing pita ini melalui daging babi pada tahun 2009.

Akibat serangan cacing pita pada otaknya, Taylor telah mengalami beberapa penyakit seperti epilespi, gangguan penglihatan, dan gangguan keseimbangan.

Kerosakan pada sistem saraf mula terjadi setelah Taylor secara tidak sengaja tertelan telur cacing pita dan larva dari daging babi. Telur dan larva ini kemudian nya dibawa terus ke bahagian otak.

Ketika cacing pita ini mati pada bahagian otak, ia akan menyebabkan pembengkakan pada salur darah dan jaringan pada bahagian tersebut. Taylor segera dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan untuk membuang telur-telur yang bersarang di bahagian dalam otaknya.


"Mereka telah mengeluarkannya dari otak saya. Sarang itu terbentuk tepat di atas tulang belakang, di bahagian belakang otak," jelas Taylor

Ketika ini, Taylor telah kehilangan deria rasa dan bau, serta sering mengalami tekanan serta epilepsi akibat penyakit ini.

Kisah Taylor di atas membuatkan kita perlu berwaspada mengenai pentingnya memilih dan menjaga kebersihan makanan yang kita makan.

Telur cacing pita boleh menyebar melalui makanan, air, atau permukaan tanah yang telah tercemar oleh kotoran babi. Namun, penyakit yang dialami Taylor hanya boleh terjadi ketika anda secara tidak sengaja tertelan telur dan larva cacing pita.

Simptom yang muncul ketika seseorang terkena penyakit saraf akibat serangan cacing pita adalah kejang, sakit kepala, kebingungan, tidak memerhatikan orang di sekitarnya, serta munculnya cairan dalam otak. Gejala ini boleh berlaku beberapa bulan setelah jangkitan berlaku.


http://cdn3.gossipcenter.com/sites/default/files/imagecache/story_header/photos/zac-efron-sp-111213.jpg

Pelakon Zac Efron dilaporkan mengalami kecederaan patah rahang selepas terjatuh di hadapan pintu masuk rumahnya yang terletak di Los Angeles.

Menurut laporan E! News, pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh ke dalam lopak air di hadapan rumahnya yang tidak disedari oleh aktor tersebut.

Zac mengalami kecederaan ringan yang memerlukan beberapa jahitan dan dijadualkan akan sembuh dalam masa yang singkat.

Ekoran kemalangan yang menimpa Zac, aktiviti promosi untuk filem terbarunya, That Awkward Moment telah ditunda sehingga keadaannya sembuh seperti sedia kala.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk seorang pembantu rumah warga negara Indonesia apabila namanya tersenarai menerima wasiat berjumlah RM2.5 juta daripada bekas majikannya.

Bekas majikannya, seorang bekas pengetua sekolah, Khoo Guat Neo meninggal dunia tahun lepas ketika usianya mencecah 92 tahun.

Khoo telah mewasiatkan satu pertiga daripada harta kepada pembantu rumahnya yang telah berkhidmat selama 13 tahun dengannya.

Selebihnya, hartanya telah didermakan kepada hospital, persatuan kebajikan kucing dan pendandan rambut peribadinya.


Tahniah diucapkan buat pelakon Yasmin Hani Richardson yang telah selamat melahirkan anak lelakinya, pagi semalam.

Hani sempat berkongsi gambar memaklumkan kelahiran anaknya itu di laman Instagramnya dan memberi gelaran Baby N kepada permata hatinya itu.

Bayi ini merupakan anak ketiga suami Hani, Shaarin Razali yang sebelum ini telah dikurniakan dua anak remaja hasil perkahwinan terdahulunya manakala yang pertama buat Hani.

Untuk makluman, Hani dan Shaarin telah diijabkabulkan pada 20 Oktober 2011 di Duchess Place, Jalan Ampang.

Semoga anak Hani dan Shaarin membesar menjadi anak yang soleh, beriman dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak.

anakyasminhani2


Kelmarin Murai Batu tertarik dengan sebuah artikel yang keluar dalam murai.com.my mengenai pelakon Fizo Omar yang menyerahkan jongkong emas sebagai hantaran perkahwinan kepada isterinya, Mawar Abdul Karim pada Ahad lalu.

Murai Batu baca jongkong emas yang diberikan itu seberat 1.011kg! Amboi beratnya! Murai Batu tahulah harga emas di pasaran sekarang sudah murah tetapi murah macam mana pun 1gram lebih kurang RM150 ketika Murai Batu ke kedai emas bulan lalu.

Wah, Murai Batu pun sibuklah buat pengiraan sendiri kalau dah 1 gram RM150, maknanya nilai jongkong emas itu lebih kurang RM151 650 lah? Besar betul nilai hantaran Fizo buat Mawar.

Tapi apa nak harian, kalau itu yang Fizo mampu kan? Lagipun dengarnya, jongkong emas itu beri makna tak terhingga dalam kehidupannya kerana ianya hasil titik peluh Fizo bekerja sebagai pelakon sejak beberapa tahun lalu.

Tak mengapalah, apa-apa pun mereka sudah selamat pun diijabkabulkan. Murai Batu harap perkahiwnan mereka dapat berkekalan hingga akhir hayat hendaknya. – Murai.com.my


Nama Raja Ema bukan asing dalam industri hiburan, lebih-lebih dia kini sudah pun membuat kemunculan semula dalam bidang yang menjadi asam garamnya sejak dahulu lagi.

Terbaru, namanya dipalitkan kontroversi gara-gara pemakaiannya semasa menghadiri majlis pelancaran butik online milik pelakon Didie Alias.

Peminat mengkritik pakaiannya yang disifatkan terlalu ketat sehinggga menonjolkan bentuk buah dadanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Raja Ema menerusi Harian Metro menjelaskan, “baju itu ok, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun”.

Pelakon berusia 45 tahun itu juga mengakui kesilapannya dalam kerana gemar memberi pose bercekak pinggang sehinggakan dadanya kelihatan menonjol dalam imej yang diambil oleh jurugambar.

“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” ulasnya lagi.

Mungkin Raja Ema perlu lebih berhati-hati selepas ini apabila menyarungkan pakaian di tubuhnya kalau tidak mahu perkara seperti ini berulang kembali.
Tak gitu?
EMA


Apalah nasib Diana Danielle, sudahlah tidak muat naik gambar anak dan dia dicaci.
Baru-baru ini, Diana telah memuat naik gambar yang dia kategorikan sebagai berat sudah mula bertambah.
Namun pada gambar tersebut nampak agak pelik apabila seperti bonjolan di bawah kanan gambar seakan buah dadanya.
Sekali lagi, Diana dilontar pelbagai tohmahan oleh pengikutnya di Insta kerana memuat naik gambar di atas.
Apa pendapat anda pula? (mediamalaya.com)



Kuala Lumpur – “Muflis atau tak, saya tak ganggu orang, bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun,” kata penyanyi dan pelakon terkenal, Awie berhubung dakwaan terbaru mengatakan dirinya kini diisytiharkan muflis.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dakwaan itu bukan perkara penting untuk diketengahkan kerana ia adalah lumrah dan banyak berlaku kepada sesiapa pun termasuk golongan kerabat dan kenamaan (VIP).

“Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.

“Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Desas-desus terbaru itu diperkatakan baru-baru ini tetapi pelakon yang kini terbabit dalam pementasan Supermokh Sebuah Muzikal sehingga 18 November ini enggan mengulas butiran terperinci perkara berkenaan.

Ditanya mengenai dakwaan dia memindahkan asetnya kepada isteri, Rozana Misbun, 34, susulan status itu, Awie berkata, tindakan itu adalah wajar dan berasas jika benar dia berbuat demikian.

“Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.
“Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja,” katanya. – Harian Metro

Kondom Kamasutra ialah jenama kondom yang dijual di India. Bagi melakukan penjenamaan semula bagi menarik minat penguna lebih muda, Kamasutra bergabung denga MTV dan menghasilkan iklan di bawah. Serius kreatif. 





Laporan asal IBelieveinAdv