Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SUNGAI BULOH - Ketua wartawan Sinar Harian edisi Selangor kehilangan
radio, plat, cukai jalan dan wang tunai RM100 apabila cermin keretanya
dipecahkan penjenayah di tempat parkir Pangsapuri Saujana, Jalan Uranus,
di sini, semalam.
Nurkhairini Jumari berkata, dia mengetahui cermin kereta Proton Perdana V6nya itu dipecah setelah beberapa anggota polis datang ke rumahnya, kira-kira jam 9 pagi, semalam.
"Ketika itu saya sedang bersiap hendak ke pejabat. Polis tahu mengenai kejadian ini selepas diberitahu oleh penduduk di sini yang melihat cermin kereta saya dipecah penjenayah," katanya.
Dia berkata, pada malam sebelum kejadian tersebut, dia meletakkan keretanya itu di kawasan parkir berkenaan selepas pulang dengan suaminya kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
"Saya sudah periksa semua pintu kereta dan menguncinya sebelum masuk ke rumah," katanya.
Menurutnya, penjenayah berkenaan memecah cermin bahagian hadapan sebelah kiri keretanya dan mencuri cukai jalan, radio dan RM100 di dalam tempat meletak syiling dan mencabut nombor plat depan dan belakang kereta.
"Saya risau kalau mereka guna nombor plat dan cukai jalan kereta saya untuk melakukan jenayah memandangkan sejak kebelakangan ini, banyak jenayah seperti itu berlaku.
"Jadi, saya berharap polis mempertingkat rondaan di kawasan perumahan saya supaya kejadian seperti ini tidak berulang," katanya.
Nurkhairini Jumari berkata, dia mengetahui cermin kereta Proton Perdana V6nya itu dipecah setelah beberapa anggota polis datang ke rumahnya, kira-kira jam 9 pagi, semalam.
"Ketika itu saya sedang bersiap hendak ke pejabat. Polis tahu mengenai kejadian ini selepas diberitahu oleh penduduk di sini yang melihat cermin kereta saya dipecah penjenayah," katanya.
Dia berkata, pada malam sebelum kejadian tersebut, dia meletakkan keretanya itu di kawasan parkir berkenaan selepas pulang dengan suaminya kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
"Saya sudah periksa semua pintu kereta dan menguncinya sebelum masuk ke rumah," katanya.
Menurutnya, penjenayah berkenaan memecah cermin bahagian hadapan sebelah kiri keretanya dan mencuri cukai jalan, radio dan RM100 di dalam tempat meletak syiling dan mencabut nombor plat depan dan belakang kereta.
"Saya risau kalau mereka guna nombor plat dan cukai jalan kereta saya untuk melakukan jenayah memandangkan sejak kebelakangan ini, banyak jenayah seperti itu berlaku.
"Jadi, saya berharap polis mempertingkat rondaan di kawasan perumahan saya supaya kejadian seperti ini tidak berulang," katanya.
[Wow] - Jenayah
PETALING JAYA: Penyanyi rap dan komposer, Altimet mengakui kesal dengan tanggapan negatif segelintir pihak yang sering mendakwa genre lagu hip-hop adalah sebuah karya yang menciplak lagu lain.
Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, ia bukan ciplak namun mengambil lagu sedia ada dengan menjadikannya sebuah lagu baru.
"Bagi yang kata ia ciplak sebenarnya mereka tidak tahu genre hip-hop. Ia bukan ciplak tetapi sebaliknya 'sampling' iaitu mengambil lagu yang sedia ada dan memberi nafas baru kepada lagu tersebut.
"Ia memang perkembangan hip-hop sejak daripada dulu lagi, yang mana kita akan memaksimumkan harta intelek sesebuah lagu yang sedia ada," katanya kepada mStar Online.
Altimet berkata demikian ketika diminta mengulas tentang lagu-lagu genre tersebut yang sering dipertikaikan keasliannya.
Terbaharu, lagu Botingkek nyanyian Waris didakwa menciplak sebuah lagu berjudul Racks dan dikeluarkan daripada senarai akhir Anugerah Industri Muzik 2013.
Tambahnya, masyarakat tidak seharusnya memandang ia daripada sudut negatif semata-mata, sebaliknya banyak perkara positif di sebalik lagu-lagu tersebut.
"Saya banyak ‘sampling’ lagu contohnya lagu P.Ramlee berjudul Maafkan Kami dan Syukur nyanyian Sudirman. Saya buat semula dan barukan semula lagu tersebut.
"Tapi orang tidak tahu royalti lagu tersebut saya salurkan semuanya kepada waris mereka," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, apa yang penting ialah menghormati karya orang lain agar tidak melanggar sebarang undang-undang hak cipta sesebuah lagu.
"Setiap lagu ada hak cipta dan ia perlu dihormati, sebelum kita melakukan sesuatu terhadap karya orang lain, kita perlu jelaskan perjanjian antara kedua-dua pihak agar tidak timbul salah faham di kemudian hari," katanya.
[Wow] - Kisah Artis
SEGAMAT – “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah
meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun
dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun
dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.
Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara
16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan
memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di
sini, dilakukan.
Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk
melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah
bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua.
“Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan
baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di
surau atau masjid. – HMetro
[Wow] - Berita Tempatan
BERLIN – Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu
satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada
malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada
sebarang kemalangan jiwa.
Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu
sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya
dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.
“Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu
akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di
atmosfera,” kata agensi itu hari ini.
Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan
bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi
berkenaan. – AP
Global
AKTRES Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah
pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan
solekan.
Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu
selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan
wajahnya setiap kali keluar rumah.
“Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di
wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon
membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.
“Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa,” ujarnya.
Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka.
Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. – Malaysia Digest
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR – Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro
mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana
ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.
Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program
siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat
tinggi.
Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung
oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj
yang sama.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk
membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga
2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997.
Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap
yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia
terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan.
Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke
atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia
kata Tan tidak dapat dielakkan lagi.
Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj
pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala
Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95
sekarang.
Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran
turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas
siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara
Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.
Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain.
Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran
yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding
dengan negara-negara Asia yang lain.
Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran
langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada
para pelanggannya.
[Wow] - Berita Tempatan
SELEPAS beberapa bulan berpisah dengan pelakon Ana Dahlia, anak
teruna Chef Wan iaitu Chef Riz pernah memuat naik gambarnya bersama
seorang gadis melalui laman Instagramnya awal tahun ini.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan bahawa dia sudah menemui pengganti bekas isterinya itu.
Bagaimanapun, cerita itu lama-kelamaan semakin senyap apabila jejaka
ini mengambil pendekatan untuk tidak berterus-terang mengenai
hubungannya dengan gadis yang dipanggil ‘Mak Jemah’ itu.
Namun, hari ini, juga melalui laman Instagramnya, Chef Riz akhirnya
memuat naik gambar dengan gadis yang juga kakak kepada pelakon Emma
Maembong iaitu Shikin Meambong.
Kali dengan disertakan dengan ‘caption’ yang teramat jelas menunjukkan mereka bercinta.
Begitu juga dengan gambar di akaun Instagram Shikin.
cantik dan padan pilihan Chef Riz ini. Apapun, kami doakan hubungan kali ini akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
[Wow] - Gosip Hiburan
Kebanjiran warga Afrika di negara ini tak dapat dinafi menimbulkan bermacam-macam masalah.
Selain kes penipuan, black money dan
pergaduhan; budaya mereka yang berbeza selalu menimbulkan perasaan
kurang senang di hati masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh kejadian yang dikatakan berlaku di McDonald Kuching ini apabila sekumpulan wanita Afrika ke sana.
Seperti lagak ‘atttention seeker’,
wanita-wanita ini buat macam restoran makanan segera itu keluarga mereka
punya apabila duduk di atas kaunter sambil ‘feeling’ cantik.
Apabila ditanya sama ada mahu ‘take away’ (bungkus) atau ‘eat here’ (makan sini), mereka jawab ‘eat here’ jadi itulah sebabnya
mereka terus duduk atas kaunter.’
mereka terus duduk atas kaunter.’
Foto Bah
ini kisah inspirasi. Laura Patricia , seorang gadis dari Singapura mempunyai berat badan 82 kilogram. Oleh sebab beliau sering menjadi bahan ketawa dan diberi gelaran Fat Swan. Kini beliau mempunyai berat badan 52 kilogram.



Laporan asal Singapore Seen
[Wow] - Kisah Hidup
Pelik sungguh bila hal berlaku tanpa kita sedari. jom terjah gambar kat bawah nih.. Menarik dan menghairankan!
Foto Bah
APABILA berhadapan dengan masalah di jalan raya, kami sarankan agar anda bertenang dan elakkan diri dari terlalu panik bagi mengelakkan situasi bertambah teruk.
Rakaman video ini boleh dijadikan contoh akibat yang berlaku jika anda tidak mahu menyelesaikan masalah secara berhemah.
Seorang lelaki yang agak berusia dilihat berang dengan seorang pemandu atas sebab yang tidak kami ketahui.
Pemandu itu kemudiannya dilihat tidak mahu keluar dari kenderaannya dan mahu melarikan diri dari kawasan yang agak sesak itu.
Akibatnya, beberapa kereta lain menjadi mangsa perlanggarannya sebelum dia memandu laju meninggalkan kawasan itu.
Mungkin dia lupa yang polis boleh mengesannya melalui nombor plat jika ada pihak yang membuat laporan di balai.
Global
Seoul: Korea Selatan semalam menyaksikan 65,000 pelajarnya mula menduduki peperiksaan tahunan untuk kemasukan ke kolej, menyebabkan jadual penerbangan terpaksa diubahsuai, manakala lalu lintas dikawal ketat bagi memastikan mereka dapat menghadirinya.
Peperiksaan yang diadakan serentak di 1,257 pusat di seluruh negara, menyaksikan seluruh Korea berubah menjadi menjadi negara sunyi sepi. Kementerian pengangkutan melarang semua pesawat berlepas atau mendarat untuk tempoh 40 minit ketika ujian lisan bahasa diadakan.
Elak latihan tentera
Kementerian Pertahanan juga menjadualkan semula latihan tentera udara dan menembak manakala kenderaan dilarang berada dalam lingkungan 200 meter berhampiran pusat peperiksaan.
Pejabat awam dan perniagaan utama termasuk pasaran saham dibuka kira-kira sejam lebih lewat daripada biasa semalam untuk memastikan jalan raya lengang dan pelajar tiba tepat pada masanya.
“Mereka yang terperangkap boleh mendail nombor kecemasan 112 dan meminta bantuan kereta atau motosikal polis yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk membawa pelajar ke pusat peperiksaan,” kata pegawai.
Di Sekolah Tinggi Perempuan Pungmoon di Seoul, pelajar junior meletakkan kain rentang ucapan selamat berjaya dan berbaris untuk memberi galakan kepada senior mereka yang memasuki dewan peperiksaan.
Ibu bawa tasbih
Bagi ibu pula mereka membawa tasbih berdoa di luar pintu pagar sekolah selain ada yang terus ke kuil untuk mendapatkan restu.
Keselamatan turut menjadi keutamaan apabila beratus-ratus pegawai peperiksaan diletakkan di satu lokasi rahsia selama sebulan dan hanya dibenarkan untuk meninggalkan tempat itu selepas peperiksaan berlangsung.
Mereka diasingkan, dilarang menghubungi keluarga menggunakan telefon dan segala-galanya termasuk sisa makanan mereka turut tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan Persediaan bagi peperiksaan penting itu bermula dari sekolah rendah dan memberikan tekanan hebat kepada pelajar dan turut dipersalahkan dengan pelbagai perkara termasuk penyebab pelajar membunuh diri. AFP
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments