Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
PENDUDUK di sebuah pulau di Selat Inggeris sedang terpinga-pinga
selepas mereka menemui seekor babi hutan yang dipercayai mungkin
berenang sejauh 9km daripada pantai Perancis ke pulau itu.
Seorang remaja Jake Woodnutt merupakan individu pertama menemui babi
hutan itu bulan lepas, di kampung asalnya itu iaitu Pulau Alderney yang
diketahu tiada babi hutan yang berasal dari situ.
Haiwan itu pada mulanya disangkakan seekor babi peliharaan, tetapi
apabila para penduduk memeriksanya dengan lebih dekat ia sebenarnya babi
hutan.
Bagaimana binatang itu boleh berada di pulau itu menjadi tanda tanya,
kerana untuk memelihara haiwan jenis itu pun ia memerlukan lesen khas
dan tiada siapa yang membuat permohonan untuk memeliharanya.
Laluan masuk ke pulau itu juga hanya boleh jika menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan tiada perkhidmatan feri di pulau itu.
“Saya mengeluarkan sedikit makanan yang ada di dalam treler
kami dan haiwan itu datang dan memakannya, pasti ia seekor babi hutan,”
kata Jake yang berusia 19 tahun.
Sementara itu, ibunya pula berasa ada dua ekor babi dari spesis yang
sama kerana suaminya turut berjaya merakamkan satu lagi gambar haiwan
yang sama tetapi berbeza sedikit.
Seorang pakar babi hutan yang berpengkalan di Cheshire berkata, babi
berkenaan mungkin terjatuh ke dalam air ketika cuba melarikan diri
daripada bahaya.
“Jika seekor babi hutan diancam bahaya, ketika kelenjar adrenalin
mereka berfungsi mereka boleh terjun ke dalam air dan cuba untuk
melarikan diri. Mereka pandai berenang,” kata Steve Parsonage.
Global
MICHIGAN – Seorang lelaki Amerika Syarikat menuntut wang tawaran
AS$25 juta (RM80 juta) sebagai pemberi maklumat lokasi rahsia pemimpin
al-Qaeda, Osama bin Laden, di Pakistan.

Warga Michigan, Tom Lee berkata, dia sudah mengupah peguam untuk
tujuan itu kerana memberitahu penyiasat persekutuan mengenai lokasi
Osama di Abbottabad, lapan tahun sebelum pemimpin al-Qaeda itu dibunuh.
Osama dibunuh komando SEAL tentera laut Amerika di sebuah kediaman tiga tingkat di bandar itu pada Mei 2011.
Pegawai Amerika berkata, kediaman tidak wujud sebelum 2005 manakala
pegawai Pakistan percaya Osama mula menginap di situ pada tahun itu.
Surat firma guaman Chicago, Loevy & Loevy, mewakili Lee dari
Grand Rapids, menyatakan peniaga batu permata berusia 63 tahun itu
melaporkan lokasi Osama di Abbottabad pada 2003.
Surat Loevy & Loevy dihantar kepada Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey pada Ogos lalu.
Seorang ejen perisikan Pakistan memberitahu Lee, dia mengiringi Osama dan keluarganya dari Peshawar ke Abbottabad.
AP sudah memohon untuk menemuramah Lee dan peguam yang menandatangani surat itu, Michael Kanovitz, menerusi Loevy & Loevy.
Menurut surat itu, Lee, warga Amerika keturunan Mesir, memberitahu perkara itu kepada ejen kastam dan FBI.
Lee melaporkan, ejen Pakistan itu, sebahagian anggota keluarga yang
berurusan dengannya selama beberapa dekad, memusuhi Osama, kata surat
berkenaan.
Surat itu mendedahkan, Lee berulang kali cuba untuk mendapatkan ganjaran berkenaan tetapi tidak menerima sebarang jawapan.
“Lee beritahu lokasi tepat pengganas paling dikehendaki pada era ini
yang bertanggungjawab atas serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan
serangan lain ke atas warga Amerika,” kata surat itu. – AGENSI
Global
PERCAYAKAH anda ada seluar yang dihasilkan daripada kulit mayat manusia?
Mendengarnya saja sudah cukup menggerunkan, apatah lagi mahu memasang niat memakainya.
Namun, itulah yang pernah berlaku sekitar abad ke-17 di Iceland
apabila ada pawang yang menciptanya dengan alasan ia boleh memberi
kekayaan kepada si pemakainya.
Syaratnya, kulit tersebut hendaklah diambil dari paras pinggang hingga ke bawah, termasuklah bahagian sulitnya.
Replika seluar yang dipanggil ‘Necropants’ ini boleh dilihat di Muzium Icelandic Sorcery & Witchcraft.
Menurut laman web Strandagaldur, sebaik sahaja si pemakainya menyarung seluar itu, ia akan terus melekat pada kulit.
‘Necropants’ ini dikatakan akan terus memberikan kekayaan kepada
generasi seterusnya jika pemakaiannya disambung oleh pewarisnya.
Pelbagai
MEMANG besar cabaran yang harus diharungi pelakon Nora Danish apabila
mula rapat dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri
Mohamad Nazri Abdul Aziz, Nedim.
Apa tidaknya, bukan sahaja isu pembelian banglo berharga RM7.2 juta
yang timbul, malah dia juga dikatakan suka merapati golongan berada
untuk kesenangan diri.
Hai, kasihan Nora. Tak ada ‘kawan’ salah, dah ada ‘kawan’ pun orang pertikaikan pula.
Terbaru, ada pula dakwaan yang mengatakan Nedim seorang samseng dan
mempunyai pengaruh yang cukup besar sekaligus melahirkan kebimbangan
khususnya dari segi keselamatan Nora.
Menerusi laporan myMetro Ahad, pelakon itu menafikan cerita itu dan
menyatakan dia sudah lama berkawan dan kenal akan kebaikan Nedim.
“Mereka tidak tahu Nedim selalu membuat kebajikan dan
menderma kepada mereka yang memerlukan. Cuma dia tidak pernah suka pukul
canang apabila membuat kebajikan.
“Orang tidak tahu pun sifat baik yang ada dalam dirinya.
Dakwaan dibuat itu pula hanya berdasarkan khabar angin sedangkan mereka
tidak pernah mengenali Nedim dengan lebih dekat,” katanya.
Kalau sudah begitu, ada baiknya kita mendoakan saja hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.
Yalah, tentulah Nora lebih mengenali Nedim secara peribadi berbanding
kita yang hanya mendengar cerita melalui laman gosip dan mulut orang.
Betul tak?
[Wow] - Kisah Artis
SUDAH lama juga kita tidak mendengar perkhabaran pelakon comel dari seberang, Acha Septriasa.
Terbaru, dia dikatakan sudah dilamar oleh kekasihnya, Radipto Indra Rukmana atau Dito secara tidak rasmi.
Kekasihnya itu juga merupakan anak kepada sahabat bapanya sejak kecil
lagi sebelum ayah Dito berpindah ke Yogyakarta dan terpisah selama 50
tahun.
Memetik laporan Sinar Harian, Acha berkata dia sendiri sudah bersedia
untuk bergelar isteri dan tidak ragu sekiranya perkahwinan
dilangsungkan pada waktu yang terdekat.
Bagi kami, kalau sudah jumpa calon yang sesuai, tak perlulah tunggu lama-lama untuk mendirikan rumahtangga.
Lagipun, bekas kekasihnya Irwansyah pun sudah gembira dengan
kehidupan baru sebagai suami orang. Mungkin kini sudah tiba saat Acha
pula untuk berbahagia.
[Wow] - Gosip Hiburan
Walaupun bidang yang dipilih Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi, 20,
anak bongsu kepada penyanyi Noraniza Idris agak berbeza dengan
latarbelakang ibunya, kecenderungannya dalam dunia peragaan serta
menghabiskan masa di gim melayakkan Alfeeq Haiqal mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur untuk pencarian Mister Planet Malaysia 2014.
Ketika ditemui, Alfeeq Haiqal yang kini seorang freelance fitness
trainer atau pelatih kecergasaan di sekitar Lembah Klang itu telah
merancang untuk memberi kejutan kepada ibunya itu yang sedia maklum
mengenai minatnya dalam menyertai pertandingan sebegini.
“Sehingga ke hari ini, saya belum memberi tahu dia(Noraniza
Idris) mengenai perkara ini kerana ingin membuat kejutan kepadanya. Dia
akan mengetahuinya pada malam ini jika dia dapat hadir pada acara
memperkenalkan finalis yang dianjurkan oleh penganjur Mister Planet
Malaysia 20134 di Upstairs Club, Cheras.
“Daripada dulu dia mengetahui minat saya dalam bidang
peragaan dan lakonan malah dia memang menyokong minat saya kearah itu
jadi saya rasa dia tidaklah akan sangat terkejut,”cerita Alfeeq Haiqal
mengenai rancangan untuk memberitahu ibunya mengenai kejayaan menjadi
finalis Mister Planet Malaysia 2014.
Julung kali diadakan di negara ini, Mister Planet Malaysia
2014 dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageant dibawah kelolaan
Azman Bosri mencari idola jejaka tempatan untuk bertanding di Mister
Planet 2014 di Filipina tahun hadapan dengan 60 perserta daripada
seluruh dunia.
Alfeeq Haiqal telah mendapat sokongan teman-teman yang dapat melihat
kebolehannya dalam bidang seni antaranya dunia lakonan. Berbekalkan
wajah dan keyakinan diri, dia cuba untuk percaya pada kelebihan yang
dimilikinya itu sebagai senjata serta penguat semangatnya didalam
pertandingan ini.
“Saya pun tak tahu kelebihan saya berbanding peserta lain tetapi saya
harus percaya dengan apa yang saya miliki dan keyakinan yang tinggi
untuk membuatkan kita tampil menyerlah. Keyakinan diri sangat membantu
mengawal setiap gerak langkah kita dan saya cuba untuk tidak kehilangan
sepanjang pertandingan ini.
“Sedikit sebanyak saya buat juga research di Internet mengenai
pertandingan seumpama ini dan juga pertandingan ratu cantik bagi melihat
contoh-contoh soalan yang seringkali diajukan kepada peserta acara
sebegini,”tambahnya yang mengaku masih solo dan tiada sebarang masalah
untuk menerima komitmen bercinta dalam masa terdekat.
Tidak meletakkan sebarang jolokan atau title, menjadi finalis sudah
membuka mata anak kepada penggiat muzik tradisional dan irama Malaysia
ini untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni terutamanya dunia
lakonan.
[Wow] - Kisah Artis
SEBELUM menyertai ekspedisi berbasikal di sebuah
gurun dekat selatan Alice Springs di Australia, seorang pelancong wanita
dari Taiwan telah bergurau mengenai ‘hari kematiannya’ di Facebook.
Dia menulis;
” Sebelum berbasikal secara solo di Australia nanti, saya nak
kongsi gambar saya yang pernah dimuatkan dalam majalah FHM pada tahun
2009. Andai kata saya mati kat gurun itu, anda boleh guna gambar ini di
masa pengekebumian saya “
Seminggu selepas dia memuatkan status tersebut, Lin Ya-ruo telah
dirempuh sebuah bas pelancong sewaktu di kawasan itu ketika baru
memulakan pengembaraan berbasikalnya.
Selain mesej berbaur ‘kematian’ yang ditulisnya itu, Lin juga ada memperkatakan mengenai ekspedisinya.
“ Saya bawa 11,750ml air, banyak bahan makanan, peralatan
perkhemahan, beg tidur untuk pengembaraan ini. Saya perlu berbasikal
sejauh 100 kilometer untuk sampai ke tapak perkemahan.
“ Kalau tidak saya terpaksa mendirikan khemah di tepi jalan. Gelombang telefon pun mungkin tidak ada. Doakan saya berjaya, ”
(gambar Lin sewaktu berbasikal menjelajah Taiwan)
Global
Fiza Elite maki hamun Adam AF2 kerana cemburu buta - Baru sebulan
mendirikan rumahtangga, pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite kini didakwa
bergoyah ekoran sikap cemburu Adam AF2 tatkala melihat isterinya sedang
mesra dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak.
Gosip terbaru ini mula kedengaran pada Ahad lalu selepas sebuah akhbar tempatan menyiarkan satu artikel yang mengulas tentang kemelut di antara mereka berdua. Penulis akhbar berkenaan mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baru.
Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut ialah penyanyi Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, dikatakan cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, sedang mesra berbual dengan bekas kekasih ketika mereka bertemu di sebuah stesen minyak.
Penulis gosip itu menyifatkan pergaduhan pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite sebagai perang dunia ketiga dan ianya dikatakan bermula ketika mereka pulang ke rumah. Lebih menarik, semasa pertelingkahan antara mereka berdua, Adam AF2 sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.
Akibatnya, Adam AF2 dan Fiza Elite bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Sumber itu juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu, dipetik dari Kosmo.
Gosip terbaru ini mula kedengaran pada Ahad lalu selepas sebuah akhbar tempatan menyiarkan satu artikel yang mengulas tentang kemelut di antara mereka berdua. Penulis akhbar berkenaan mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baru.
Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut ialah penyanyi Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, dikatakan cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, sedang mesra berbual dengan bekas kekasih ketika mereka bertemu di sebuah stesen minyak.
Penulis gosip itu menyifatkan pergaduhan pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite sebagai perang dunia ketiga dan ianya dikatakan bermula ketika mereka pulang ke rumah. Lebih menarik, semasa pertelingkahan antara mereka berdua, Adam AF2 sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.
Akibatnya, Adam AF2 dan Fiza Elite bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Sumber itu juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu, dipetik dari Kosmo.
Untuk pengetahuan, pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite baru sahaja berkahwin
pada 26 September lalu di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.
[Wow] - Kisah Artis

Kerana berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya, Lana Nordin yang berpakaian seksi dalam gambar berkenaan dikritik peminat sehingga membuatkan pelakon itu mengamuk.
Dalam gambar yang admin paparkan di bawah, jelas kelihatan hanya Lana Nordin sahaja yang berposing seksi manakala tiga ahli keluarganya yang lain berpakaian sopan dan bertudung. Apapun, peminat perlu selidiki dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang diri Lana.

Ekoran kritikan peminat yang tidak berpuas hati dengan penampilannya, Lana segera berkongsi sekeping lagi gambar dengan caption berbunyi "tu baju yg same masa shoot for Jodoh Itu Milik Kita...tang mane seksinya??? Haha so kecoh n benggong." Jadi dengan penjelasan Lana ini, diharap peminat tidak lagi melemparkan kritikan secara terburu-buru kepadanya.

[Wow] - Kisah Artis
Statistik kajian Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk
Pengguna, Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Pusat Penyelidikan dan
Sumber Pengguna (CRRC) menunjukan bahawa, antara golongan yang banyak
berhutang dan diisytihar bankrap adalah golongan muda yang berusia
berusia antara 18 tahun sehingga 35 tahun.
Hasil kajian didapati bahawa lebih kurang 47 % pekerja muda mempunyai
hutang yang serius iaitu lebih 30% daripada gaji bulanan mereka
digunakan utuk membayar hutang . Dan, kajian juga mendapati, 37 %
pekerja muda mengaku bahawa mereka berbelanja melebihi tahap kemampuan
mereka. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan kita semua. Terfikir
bagaimanakah hal ini begitu mudah terjadi? Di manakah silapnya?
Menabung = Latihan berjimat cermat
Kali ini, saya ingin kongsikan sendiri pengalaman 10 tahun menabung
yang pada asalnya saya terinspirasi daripada amalan tabungan yang
diamalkan oleh abah saya sendiri. Semenjak sekolah rendah, saya akan
melihat abah saya sentiasa menyimpan duit syiling RM 1 beberapa keping
ke dalam tabungnya yang diperbuat daripada kayu setiap hari. Kemudian,
apabila sudah penuh – tabung itu akan dipecahkan. Lalu, antara insan
yang terpilih untuk membantu mengira wang adalah saya.
Tahukah apa perasaan saya ketika itu?
Sangat-sangat teruja, termotivasi dan terbangkit perasaan untuk
memiliki tabung sendiri. Wang yang banyak dihadapan mata membuatkan saya
begitu bersemangat untuk memulakan langkah awal untuk menabung seperti
abah saya. Namun, hasrat itu hanya benar-benar berlaku apabila saya
memasang tekad untuk menabung secara serius ketika tingkatan 5.
Wah! Itulah hasilan pertama yang penuh keterjuaan! Wang pada ketika
itu sekitar RM 280. Sehari seringgit, lama-lama membukit! Baiklah, saya
kongsikan bersama petua-petua yang berkesan untuk menabung :
1. Tanamkan MINAT Untuk Menabung
Ya. Ia syarat yang utama. Minat itu penting kerana menabung merupakan
satu pekerjaan. Ia perlu dilakukan setiap hari tanpa jemu. Tanpa minat
yang mendalam, lama kelamaan yang tinggal hanya tabung yang kosong tanpa
isi.
Macamana? Bolehkah dengan langkah pertama ini?
Anda berminat?
2. Pastikan Target Simpanan Yang Akan Ditabungkan Setiap Hari
Ini penting. Jumlah tabungan harian perlulah jumlah yang sama. Contoh
sehari RM 1. Justeru, kita akan pastikan setiap hari sebanyak RM 1 akan
dimasukan ke dalam tabung kita tanpa sehari pun tertinggal.
Jika tertinggal, maka kita akan cover balik dengan memasukan jumlah hari yang terlepas.
Sebagai permulaan, tidak perlu banyak. Jika mampu RM 0.50 maka,
menabunglah RM 0.50. Kemudian, lihatlah hasilnya setahun kemudian.
Saya yakin, pada tahun pertama anda akan begitu gembira!
3. Jenis Tabungan Yang Kukuh Dan Selamat
Saya syorkan jenis tabung anda adalah jenis yang diperbuat daripada
kayu, besi, aluminium atau ukiran tanah liat. Yang penting asalkan, ia
sukar dibuka. Jadi, wang kita sama ada syiling atau kertas akan kekal di
situ selepas setahun.
Jika terdesak pun, kita tidak akan usik wang tabungan kita kerana ia susah dibuka dan memerlukan usaha untuk memecahkannya.
4. Letak Tabung Ditempat Selamat Tetapi Mudah Lihat
Seterusnya, sewajarnya kita meletakan tabung kita ditempat yang
selamat tetapi ia mudah dilihat oleh kita. Kerana apa? Ia akan menarik
perhatian kita setiap hari di awal pagi untuk menabung.
Contoh, sebelum ke tempat kerja, sekolah atau univerisiti – tabunglah
yang akan kita lihat dan memasukan duit ke dalamnya sebelum berbuat
urusan kerja yang lain. Secara tidak langsung, ia menjadi perkara utama
yang kita lakukan setiap hari.
5. Masukan Menabung Sebagai Keutamaan Dalam Jadual Hidup
Kelihatan petua ini terlalu mudah, tetapi ramai yang gagal menabung
kerana “minda” si penabung tiada dalam agenda hidupnya. Akhirnya,
terlupa dan akan terus terlupa.
Mudah bukan, celik mata – antara perkara terawal kita lakukan ialah
masukan duit ke dalam tabung. Mulakan dengan mindsetting sebegini,
yakinlah bahawa akhirnya menabung akan menjadi sebahagian daripada
kehidupan kita.
6. Kenalpasti Punca Simpanan Tabungan Anda
Ada yang akan tertanya-tanya. Mana cukup duit saya untuk disimpan?
Maka pelbagai alasan yang akan kedengaran. Baiklah, begini sahaja. Kita
sebenarnya boleh semak seharian perbelanjaan secara menyeluruh dan akan
sedari ada barang-barang harian yang dibeli tanpa keperluan.
Jika kita gantikan ia dengan niat untuk menabung, maka wang itu akan
bermanfaat untuk tabungan kita. Bagi contoh seperti membeli surat khabar
2 jenis yang berbeza , maka kita kurangkan kepada satu. Satu akhbar
berharga RM 1.20 sudah boleh disimpan wangnya dalam tabungan kita.
Contoh lain ialah bayaran mencuci kenderaan kita motor atau kereta. Kita
rajinkan diri membasuh kereta dan wangnya tadi boleh disimpan sebagai
tabungan. Mudah bukan?
Bagaimana? Nampak laluannya?
7. Disiplin, Disiplin dan Disiplin
Wah! Penatnya membaca perkataan ini. Relaks dan tenang-tenang sahaja.
Untuk menjayakan misi menabung ini – saya perlu akui bahawa disiplin
adalah prasyarat yang harus ada amalan menabung. Tanpanya, segala impian
akan terkubur!
Bagaimana hendak disiplin?
Jawapannya : Paksa, paksa dan paksa diri. Jika sudah memiliki tabung,
maka paksalah diri untuk melaksanakannya. Jika terlupa, kita cuba cover
balik mana yang tertinggal. Yang terpenting, kita teruskan menabung
tanpa putus asa.
8. Berpegang kepada prinsip – Seringgit demi seringgit, lama-lama membukit!
Akhirnya, ialah yang harus ada kepada si pengamal amalan menabung.
Prinsip sabar, sabar dan sabar. Tiada kejayaan yang mudah dalam apa jua
lapangan dan bidang kerja. Begitu juga dengan menabung.
Sehari Seringgit, Lama-lama membukit akan menjadi kenyataan jika kita
terus cekal dalam kesabaran. Mulakan secara berperingkat-peringkat dan
bertahap. Yakinlah dengan diri sendiri.
Anda boleh!
Penutup : Rahsia Kehidupan
Yang terpenting yang saya perolehi daripada amalan menabung ini ialah rahsia mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Apakah dia?
Itulah – istiqamah, konsisten dan berterusan. Melalui tabungan 10
tahun ini, saya telah menggunakan wang itu untuk pelbagai perkara –
termasuk perbelanjaan perkahwinan saya, membeli buku-buku ilmiah saya,
mengurus keperluan keluarga saya dan target masa hadapan ialah saya akan
gunakan ia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2025 nanti.
Apakah perkara yang paling menggembirakan hasil daripada menabung?
Mengira wang simpanan yang banyak? Bagi saya tidak, yang
menggembirakan ialah apabila kita dapat memanfaatkan dan menggunakan
wang hasil tabungan untuk sesuatu yang berharga untuk diri dan keluarga
kita serta boleh disedekah kepada mereka yang memerlukan.
——
Tabung + Wang + Niat + Matlamat = Berkat!
[Wow] - Informasi

Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410).
Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya
Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan
dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’
Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di
Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan
lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang
ditawarkannya.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
“Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga
saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times.
Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai.
Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.
Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.
Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.
“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.
Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.
Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.
Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.
“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.
Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
Global
Shanghai: Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar
Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging
arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.
Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.
Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.
“Kawasan itu penuh dengan darah dan berbau busuk,” kata seorang anggota polis.
Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.
Sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments