Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR - Seorang jurufoto akhbar Kwong Wah Yit Poh kerugian
kira-kira RM20,000 selepas kamera dan telefon bimbitnya disamun ketika
membuat liputan kejadian kebakaran enam unit rumah di Flat Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Kerinchi di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Chong Yik Loong, 35, berkata beliau sedang mengambil gambar di flat bersebelahan lalu disapa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an sebelum dipelawa untuk mengambil gambar di sudut yang lebih menarik.
"Semasa berada di tingkat 16 bersebelahan flat itu, saya didatangi seorang lelaki dan dia kata nak bawa saya pergi ambil gambar di tempat lain. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengikut lelaki itu.
"Apabila sampai ke tangga di tingkat 13, lelaki itu telah bertukar ganas dan mengarahkan saya menyerahkan beg kamera dan 'smart phone' Samsung dan berlaku pergelutan kerana saya enggan menyerahkan barang saya," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.
Beliau berkata lelaki tersebut bertindak mengeluarkan sebatang kayu lalu menyerang beliau sehingga menyebabkan beliau terjatuh ketika cuba mengelak.
"Saya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan. Sejurus itu, saya melarikan diri ke tingkat 11 untuk meminta pertolongan," katanya, sambil menambah sekembalinya ke tempat kejadian di tingkat 13, suspek sudah melarikan diri.
Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Chong Yik Loong, 35, berkata beliau sedang mengambil gambar di flat bersebelahan lalu disapa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an sebelum dipelawa untuk mengambil gambar di sudut yang lebih menarik.
"Semasa berada di tingkat 16 bersebelahan flat itu, saya didatangi seorang lelaki dan dia kata nak bawa saya pergi ambil gambar di tempat lain. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengikut lelaki itu.
"Apabila sampai ke tangga di tingkat 13, lelaki itu telah bertukar ganas dan mengarahkan saya menyerahkan beg kamera dan 'smart phone' Samsung dan berlaku pergelutan kerana saya enggan menyerahkan barang saya," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.
Beliau berkata lelaki tersebut bertindak mengeluarkan sebatang kayu lalu menyerang beliau sehingga menyebabkan beliau terjatuh ketika cuba mengelak.
"Saya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan. Sejurus itu, saya melarikan diri ke tingkat 11 untuk meminta pertolongan," katanya, sambil menambah sekembalinya ke tempat kejadian di tingkat 13, suspek sudah melarikan diri.
Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama
Sinarharian
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Lagu Botingkek nyanyian Waris yang
ditolak daripada Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) kerana ia karya
ciplak tidak menghalang penyanyi itu terus mengambil karya-karya lain
untuk dijadikan inspirasi dalam lagu yang ditampilkan.
Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 24, berkata, dia menerima
keputusan itu dengan hati terbuka apabila pihak AIM 20 menggugurkan lagu
Botingkek untuk dicalonkan dalam senarai akhir anugerah tersebut bagi kategori hip hop.
"Saya berada dalam industri muzik ini bukan kerana ingin mencapai anugerah tetapi jika ada, ia satu bonus buat kerjaya saya.
"Apabila Botingkek ditarik keluar, saya faham dan perkara
tersebut tidak menghalang saya menyampaikan lagu Melayu yang diambil
daripada lagu-lagu lain," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Sebuah akhbar pada Khamis telah melaporkan, lagu Botingkek yang turut dinyanyikan Juzzthin ciptaan DJ Fuzz telah diciplak sepenuhnya daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future.
Hal tersebut membuatkan lagu tersebut ditolak terus daripada dicalonkan dalam AIM.Bagaimanapun lagu Rembau Most Wanted, ciptaannya sendiri layak ke peringkat akhir anugerah berprestij tersebut.
Tambah Waris, keadaan itu langsung tidak menjatuhkan semangatnya apabila ramai peminat sukakan Botingkek selain mesej lirik tersebut juga dianggap sampai kepada pendengar.
"Saya tahu ramai yang tidak memahami konsep muzik hip-hop yang
menjadikan lagu lain sebagai sampel dalam sesebuah karya yang
dihasilkan.
"Mungkin dengan menghasilkan lebih banyak lagu sebegitu pada masa
depan akan mengubah persepsi masyarakat mengenai erti ciplak dalam
sesebuah muzik hip-hop," tegasnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Waris bakal muncul dengan
sebuah lagu bergandingan dengan Datuk Hattan berkonsepkan muzik reggae.
[Wow] - Hiburan
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Didie Alias masih tidak
dapat mempercayai kejayaan yang diperolehnya sejak kembali aktif dalam
bidang hiburan kira-kira tujuh tahun lalu.
Didie, 40, berkata, dia tidak pernah menyangka semua usahanya
membuahkan hasil walaupun kerjayanya pernah malap suatu ketika dahulu
termasuklah hanya layak memegang peranan sebagai orang gaji dalam drama.
"Sehingga ke hari ini saya tidak pernah menyangka kehidupan saya
berubah kerana saya sangka saya sudah tiada peluang lagi untuk kembali
dalam bidang seni.
"Syukur rezeki saya sentiasa murah kerana sokongan daripada keluarga
dan rakan-rakan membuatkan saya sentiasa bersemangat," katanya kepada mStar Online.
Didie ditemui pada majlis pelancaran butik fesyen dalam talian miliknya iaitu Hitham di The Pool di sini, Khamis.
Antara artis yang hadir ialah Lisdawati, Fauzi Nawawi, ShahIskandar, Raja Ema dan Dazrin.
Dalam perkembangan sama, Didie berkata, anak-anaknya adalah tunjang
utama dalam kejayaannya dan segala perkara yang dilakukan adalah untuk
mereka.
Jelas Didie, tanpa anak-anaknya dia tidak mungkin berada pada tahap sekarang.
"Hidup kami pernah susah dan apa yang saya usahakan adalah
semata-mata untuk mereka dan tanpa mereka semua ini tidak akan terjadi,"
katanya.
Tambah Didie, kejayaannya tidak datang bergolek sebaliknya atas usaha keras tanpa kenal putus asa.
"Sekadar angan-angan tidak membawa anda ke mana-mana tetapi dengan usaha keras Insya-Allah akan mendatangkan hasil.
"Kepercayaan yang diberikan oleh orang lain juga perlu dijaga dengan baik selain jangan menipu orang lain," jelasnya.
Dalam pada itu, Didie berkata, idea untuk muncul dengan perniagaan
butik menerusi dalam talian timbul kira-kira dua minggu lalu selepas
melihat potensi pembelian menerusi Internet amat baik.
Kata Didie, dia turut bergabung dengan dua rakan kongsi iaitu pereka
fesyen Farel Mikhael dan Rinz Basha dalam usaha menjadikan jenama Hitham
sebagai hab fesyen dalam talian terkemuka.
"Dunia fesyen sudah tiada sempadan dan kemajuan teknologi harus
digunakan dengan sebaik-baiknya dan itu yang sedang saya lakukan untuk
Hitham.
"Pakaian yang dijual di laman web kami adalah terhad dan direka
sendiri oleh saya, Farel dan Rinz malah harga pakaian yang kami jual
serendah RM60,'' katanya.
Tambah Didie, Hitham tidak terhad kepada sesuatu gaya sahaja tetapi akan tampil dengan pelbagai rekaan untuk semua.
"Menariknya semua koleksi kami adalah berasaskan warna hitam kerana
ia mudah dipadankan dan sebagai pelengkap gaya," katanya yang turut
melancarkan laman web butik berkenaan iaitu www.hitham4u.com.
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Keluarga kepada Almy Nadia tiada masalah untuk
menerima pelakon Fizz Fairuz yang berhasrat melamar wanita itu minggu
hadapan walaupun sebelum ini Fizz pernah melalui kontroversi putus
tunang dengan isteri orang.
Almy Nadia atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27,
berkata, ibunya Roshida Hashim, 45, juga sudah bersedia menanti
rombongan keluarga Fizz dari Pahang ke kediaman mereka di Balik Pulau,
Pulau Pinang.
“Keluarga akan terima Fizz... mereka tak ada masalah dalam hal itu.
Insya-Allah, majlis merisik ini akan diadakan pada minggu hadapan.
Tarikhnya... biarlah Fizz sendiri yang beritahu. Biar keluar daripada
mulutnya,” kata Almy ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Almy berkata, menurut perancangan awal hanya majlis merisik sahaja
diadakan tanpa majlis pertunangan kerana bimbang pelbagai perkara tidak
elok akan berlaku.
Almy memberitahu agak fobia dengan peristiwa lalu yang dialami oleh
Fizz, 34, apabila dia bertunang dengan seorang wanita di Pahang yang
rupa-rupanya isteri orang.
“Kalau boleh kami tak mahu bertunang walaupun orang Melayu menganggap pertunangan itu sebagai adat yang perlu diikuti.
"Peristiwa yang lepas sebenarnya menjadi pengajaran. Almy takut
sangat benda-benda macam tu,” ujarnya yang kini sibuk di lokasi
penggambaran drama bersiri Gadis Saza.
Kedua-dua pasangan itu dijadualkan akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.
Terdahulu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal
Abidin, 34,pernah menimbulkan kontroversi apabila melangsungkan
pertunangan secara rahsia dengan seorang wanita di Kuantan, Pahang pada
10 Februari lalu.
Bagaimanapun pertunangan itu menjadi kecoh apabila seorang lelaki
muncul dengan mendakwa wanita berusia 26 tahun itu adalah isterinya yang
dinikahi di Thailand. mStar
[Wow] - Gosip Hiburan
Beberapa Artis wanita indonesia
ini pernah mengalami insiden yang cukup memalukan yakni dipegang
payudaranya oleh pria iseng di depan publik.Berikut daftar artis-artis
wanita indonesia yang pernah mengalami insiden memalukan itu :
1.Rahma Azhari
1.Rahma Azhari
Beberapa tahun lalu, foto Rahma Azhari pernah bikin heboh. Sebabnya,
dalam foto tersebut Rahma terlihat dipangku oleh seorang pria. Bahkan
pria tersebut terlihat sengaja memegang payudara Rahma.
2. Nikita Mizarni
Nikita Mirzani pernah berpose nakal dengan Daus Mini. Nikita yang memakai tank top ungu tampak menggiring tangan Daus ke arah dadanya.
2. Nikita Mizarni
Nikita Mirzani pernah berpose nakal dengan Daus Mini. Nikita yang memakai tank top ungu tampak menggiring tangan Daus ke arah dadanya.
Kali ini dalam foto yang lebih vulgar. Dalam foto
tersebut, Niki tampak tak mengenakan sehelai benang pun. Seorang pria
dari belakang tampak memegang dada Nikita dengan bebas.
3. Dewi Persik
Foto Depe sedang berpose beberapa tahun lalu juga sempat menjadi buah bibir. Pasalnya, foto tersebut menampakkan foto payudara pelantun 'Diam-diam' itu dipegang oleh seseorang.
Sementara kejadian tak mengenakkan serupa juga pernah dialaminya saat melakoni wawancara dengan media hiburan. Tiba-tiba pemuda tak dikenal menyentuh payudara janda Saipul Jamil itu. Sontak Depe pun memberi bogeman mentah kepada pemuda tersebut.
4.Julia Perez
3. Dewi Persik
Foto Depe sedang berpose beberapa tahun lalu juga sempat menjadi buah bibir. Pasalnya, foto tersebut menampakkan foto payudara pelantun 'Diam-diam' itu dipegang oleh seseorang.
Sementara kejadian tak mengenakkan serupa juga pernah dialaminya saat melakoni wawancara dengan media hiburan. Tiba-tiba pemuda tak dikenal menyentuh payudara janda Saipul Jamil itu. Sontak Depe pun memberi bogeman mentah kepada pemuda tersebut.
4.Julia Perez
Saat masih menjadi istri Demian Perez, Jupe sempat merayakan hari ulang tahunnya. Jupe yang terlihat memakai bra hitam lantas kaget sang suami membetulkan bra-nya di depan umum.
[Wow] - Sakit Mata
SEORANG remaja berusia 21 tahun menjadi wira dalam kejadian kebakaran
Flat Kg Kerinchi hari ini apabila membawa turun seorang warga emas yang
berkerusi roda menuruni tangga dari tingkat 14.
Rumah pangsa setinggi 17 tingkat berkenaan terbakar di tingkat paling
atas dan turut merebak ke tingkat 16 mengkibatkan beberapa keluarga
hilang tempat tinggal.
Shaifuddin Osman, 21 tahun, yang turut mendiami rumah pangsa itu
bergegas naik ke tingkat 14 selepas mendapat tahu ada seorang warga emas
keseorangan di tingkat itu ekoran anak menantunya terlupa untuk menyelamatkannya kerana panik.
Menurut remaja itu, dia bersama dua lagi rakan membantu mengangkat
wanita itu Saodah Che Mat, 74 tahun (Gambar paling bawah), yang lumpuh
akibat serangan angin ahmar enam tahun lalu.
Beliau yang agak emosi kemudian berkata, pihak bomba yang
bertembung dengannya dalam perjalanan turun di dua tingkat berbeza
enggan membantu beliau sebaliknya hanya memerhatikan sahaja mereka
membawa turun warga emas itu.
“Saya dari tingkat 14, sampai di tingkat 12 bomba hanya lihat
sahaja.. kemudian sampai di tingkat lapan.. bomba pun lihat sahaja..
Apabila tiba di tingkat empat barulah anggota bomba ingin membantu.
“Saya berasa sedih sangat, alang-alang dah sampai ke tingkat
empat, kami terus sahaja membawa makcik turun ke bawah,” katanya
berlinangan air mata.
Sementara itu, anak Saodah, Nor Hayati Ismail, 57 tahun pula
berkata beliau menyedari kebakaran berlaku sebaik selesai menunaikan
Solat Fardhu Asar di rumahnya.
“Saya baru selesai Solat Asar, lepas tu dengar bunyi bising..
Ingatkan ada orang nak terjun flat.. rupa-rupanya ada kebakaran.. Makcik
pun terus turun.. tiba-tiba terlupa mak mertua ada di atas tinggal
seorang,” katanya kepada wartawan.
Kebakaran berlaku kira-kira pukul 5.30 petang tadi, melibatkan enam
unit rumah pangsa di tingkat 17 manakala unit di tingkat 16 turut
terlibat.
Rumah Pengerusi Badan Pengurusan Bersama flat itu Zamri Mohamad
Tenang, 58 tahun turut musnah di tingkat 16 dan semua dokumen penting
hangus terbakar.
“Kebakaran dipercayai berlaku akibat penghuni rumah di tingkat 17
memasak di dalam bilik, mereka menduduki rumah itu ramai, jadi masak
dalam bilik,” kata Zamri kepada mynewshub.my.
Tiada kecederaan atau pun mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.
Turut hadir meninjau keadaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul
Izzah Anwar dan juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja
Nong Chik Raja Zainal Abidin. – mynewshub.my
[Wow] - Berita Tempatan
Hampir setiap rumah biasanya mempunyai set permainan dalam seperti dam dan monopoli.
Permainan sebegini didatangkan dalam kotak dan boleh dibawa ke mana-mana. Bila sudah habis bermain, ia disimpan dalam laci.
Bagaimanapun, seorang lelaki Britain terperanjat besar apabila menemui permainan monopoli ‘gergasi’ di lantai rumahnya.
Permainan itu disedari telah dicat sejak sekian lama hanya setelah
dia menggulung karpet di lantai rumah dan mungkin dilakukan penghuni
rumah terdahulu.
Meskipun memakan ruang, permainan Monopoli tersebut kelihatan lengkap
untuk dimainkan termasuk mempunyai kotak ‘mula’, ‘income tax’ dan
‘masuk penjara’.
Agaknya, penghuni sebelum lelaki tersebut menghasilkan permainan
gergasi ini supaya senang untuk bermain ramai-ramai bila kawan-kawan
datang lepak di rumah kot
Cool

Seorang wanita di San Diego, California disaman pihak polis kerana didapati memakai Google Glass ketika memandu.
Cecilia Abadie yang merupakan salah seorang peserta bagi kempen Google Glass explorer, disaman Selasa lalu.
Dia kemudiannya menghebahkan perkara tersebut di akaun Google Plus.
Kata Cecilia, dia disaman atas kesalahan
“memandu sambil menghidupkan monitor alatan elektronik yang boleh
mengganggu perhatian”.
‘Monitor’ dimaksudkan merujuk kepada
monitor kecil di Google Glass yang dipakai oleh Cecilia. Dalam
undang-udang jalan raya di California, pemandu kenderaan dilarang
menghidupkan monitor peranti elektronik kerana dikhuatiri mengganggu
perhatian pemandu sekaligus menjadi punca kemalangan.
Bagaimanapun, Alat GPS dan peranti untuk
navigasi dikecualikan daripada undang-undang tersebut begitu juga
telefon pintar yang memaparkan peta dengan syarat ia diletakkan secara
bebas tangan di papan pemuka kereta dan bukannya di tangan pemandu.
Google Glass merupakan peranti elektonik berupa cermin mata yang kini diusahakan oleh Google.
Buat masa ini, kempen Explorer Edition
hanya dijual kepada segelintir peserta yang terpilih di Amerika Syarikat
pada harga AS$1,500. Peranti ini kemungkinan besar akan dilancarkan di
pasaran menjelang tahun 2014.
Global
KUALA LUMPUR – Jika benar hanya hanya 10
hingga 15 peratus daripada 111,020 kes jenayah indeks yang direkodkan
dari Januari hingga September lalu dilakukan oleh warga asing, ia
menunjukkan bahawa segelintir rakyat Malaysia bersikap agresif, ganas
dan kejam.
Justeru Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS
(DPP) Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menyifatkan
pendedahan oleh seorang pemimpin negara itu bukan sesuatu yang harus
melegakan rakyat negara ini sebaliknya satu fakta yang menggerunkan.
“Dengan jumlah 111,020 kes jenayah
indeks yang direkodkan sepanjang Januari hingga September 2013 ia adalah
angka yang menggerunkan sesiapa sahaja.
“Ia juga bererti rakyat tempatan lebih
agresif, ganas dan kejam berbanding warga asing. Warga tempatan perlu
lebih berhati-hati, gusar dan gerun dengan ‘saudara’ mereka sendiri
kerana penjenayah sebenar majoritinya adalah warga tempatan,” dakwanya
melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohamad Suhaimi mendakwa, pendedahan itu
jika benar mungkin membawa makna ada sesuatu yang tidak kena dengan
aspek penguatkuasaan undang-undang negara ini.
Ia kerana terdapat segelintir rakyat
sudah tidak gentar dengan sebarang hukuman atau undang-undang yang
ditetapkan dan mereka rela ditembak mati, diburu atau ditangkap kerana
aksi jenayah mereka.
Justeru, katanya, semua pihak perlu
berganding bahu memberikan pandangan, input dan buah fikiran agar
jenayah dijadikan musuh nombor satu negara.
Kata beliau, langkah itu boleh bermula
daripada sistem pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, pencegahan,
kempen kesedaran serta kajian dan perbincangan.
Selain itu, katanya, faktor kesempitan
hidup, penyakit jiwa, kemurungan, kurang pendidikan agama, konflik
keluarga dan pergaulan bebas antara perkara yang perlu diambil kira
dalam usaha menangani jenayah di Malaysia.
“Selain sasaran menjadi negara maju,
negara yang bebas jenayah perlu dijadikan agenda utama. Tidak ada
gunanya negara melangkah era kemodenan penyumbang terbesar kadar
jenayah,” dakwanya lagi. – mynewshub.my
[Wow] - Berita Tempatan
Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.
Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.
Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.
Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet.
Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan
seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang
doktor dengan jururawat…
Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya
kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut.
Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.
Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika
suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.
Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.
Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya
termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam
hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak
muka?
Isu Panas
SEORANG jurutera perisian di wilayah Chennai, India membunuh dirinya selepas bertengkar dengan isteri barunya ekoran beberapa gambar perkahwinan mereka yang dimuatnaik ke laman Facebook.
Menurut sumber Younews.in, Chandan Kumar berusia 29 tahun dari daerah Jharkand dan isterinya Sandhya dari Chennai berkahwin di sebuah gereja di Chennai baru-baru ini walaupun ia ditentang keras oleh keluarga Chandan.
Sandhya beragama Kristian manakala Chandan berasal dari sebuah keluarga penganut Hindu menentang perkahwinan itu kerana perbezaan agama mereka.
Akhirnya Chandan mengambil keputusan membelakangkan keluarganya dan berkahwin di gereja dengan restu daripada keluarga Sandhya.
Selepas perkahwinan itu, Sandhya memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook dan menandakan (tag) nama Chandan sehingga ia diketahui sepupu lelaki itu yang kemudian memberitahu keluarganya.
Keluarga Chandan segera menghubunginya dan meluahkan rasa marah, kecewa dan tidak puas hati ekoran gambar-gambar berkenaan dan mahu ia dipadam segera dari laman sosial itu.
Bagaimanapun isterinya tidak bersetuju untuk membuang semua gambar berkenaan.
Pada Sabtu lepas, mereka berdua bertengkar dan tidur di bilik berbeza. Pada keesokannya, Chandan didapati tidak keluar daripada biliknya. Ketika pintu bilik dibuka, Sandhya mendapati Chandan telah mati dalam keadaan tergantung bersama sekeping nota bunuh diri.
Dalam nota berkenaan, Chandan berkata yang dia masih sayangkan isterinya tetapi kecewa kerana isterinya enggan membuang gambar berkenaan keluar dari Facebook dan dia mengambil keputusan mengakhiri riwayat hidupnya.
Sumber : Younews.in
Global
Biasanya setiap kali membeli barang baru, kita pasti dapat hidu bau tertentu. Tapi bagi yang membeli komputer riba Ultrabook Dell Latitute 6430u baru, bau yang akan terhidu adalah kencing kucing!
Perkara ini bukan satu lawak apatah lagi cubaan untuk menjatuhkan syarikat pengeluarnya, Dell, kerana ia berdasarkan banyak aduan yang difailkan pembeli gajet ini.
Malah aduan dipercayai bermula di forum Dell sendiri, apabila wakil syarikat ini memberikan cadangan supaya pembeli membuka papan kekunci dan mencucinya.
Pengguna lain kemudiannya tampil dengan masalah sama. Kebanyakan mereka tidak menyangka ia benar-benar berbau demikian dari kilang hingga ada yang tersilap menyalahkan kucing milik mereka.
Ada yang merungut, mereka berasa malu membawa komputer riba tersebut ketika bertemu pelanggan kerana baunya. Malah bau tersebut dikatakan tidak hilang meskipun telah dicuci.
Bagaimanapun, pembeli Ultrabook boleh menarik nafas lega kerana bau tersebut bukanlah betul-betul kencing kucing.
Menurut agensi berita BBC, bau tersebut terhasil ketika proses pembuatan komputer riba berkenaan.
Dell pula memberi jaminan, pelanggan yang menghadapi masalah ini boleh memulangkan Ultrabook Dell Latitute 6430u kembali untuk menggantikan bahagian yang berbau.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)



Recent Comments