Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah sedia menerima pelakon Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.
Shila berkata, setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.
"Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.
"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti," katanya.
Shila ditemui pada majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia di Hotel Royale Bintang, Damansara di sini pada Rabu.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga.
"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.
"Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.
"Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, Shila yang kini menetap di China bersyukur dapat bernaung di bawah Warner Music kerana ia lebih memudahkannya dalam menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.
"Sekarang ini saya muncul dengan album baru berjudul Shila Amzah. Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya memerlukan sesebuah pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.
"Selepas pihak Warner menawarkan saya berada di bawah naungan mereka, saya rasa ini adalah peluangnya di mana kontrak diikat mengikut bilangan album yang dikeluarkan," tuturnya.
Turut hadir pada majlis itu, bapa Shila iaitu N.D Lala serta Ketua Pegawai Eksekutif Warner Music, Darren Choy.
[Wow] - Gosip Hiburan
Pertama kali admin melihat gambar ini, serious shit admin tergelak and blank. Setakat niih belum pernah lagi admin nampak pencinta binatang menjadikan KOMODO sebagai haiwan kesayangan yang dijaga dalam rumah. Mereka menganggap dan menjaga KOMODO ini seperti kucing atau anjing.. Ishhhh.. inilah kejadian Apabila anda dah boring dengan kucing dan anjing,






[Wow] - Lawak Bah
Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite sememangnya mendapat perhatian ramai apabila dilangsungkan bulan lalu. Ramai yang memuji kesederhanaan majlis pernikahan mereka. Malah ramai yang menyatakan pasangan ini secocok, umpama pinang dibelah dua dan sejuk mata memandang. Semoga Adam dan Fiza bahagian menjalani kehidupan baru sebagai suami dan isteri. Harap-harap dimurahkan rezeki dan dikurniakan berita gembira mengenai kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat. Awal-awal perkahwinan biasalah kalau ada gaduh-gaduh sikit. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Lagi beberapa keping gambar pasangan bahagia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Hiburan
Ibu penyanyi berbakat besar Yunalis Zarai, Anum Fawzia Che Wahab, 55, berkata anak tunggalnya itu pernah hilang di sebuah pusat membeli belah ketika berusia tiga tahun.
Anum menceritakan pengalaman cemasnya itu kepada Harian Metro, hari ini.
“Yuna hilang di pusat membeli-belah The Mall. Masa itu memang panik, risau dan rasanya seperti separuh nyawa hilang. Ketika kelam-kabut mencari Yuna, tiba-tiba dia berlari keluar dari kawasan ‘glasswares’. Bertambah kecut perut saya masa itu kerana risau dia terlanggar kristal kaca,” katanya.
Selain itu, Anum juga mendedahkan pemilihan nama anaknya itu adalah disebabkan tertarik dengan nama juniornya ketika melanjutkan pengajian di Universiti Malaya iaitu Puteri Yunalis.
“Dia sangat comel dan ayu. Malah, kami sukakannya dan terpikat dengan perwatakannya. Pastinya apabila kami memilih nama itu untuk Yuna, kami mengharapkan ciri-ciri baik dimiliki Puteri Yunalis tidak banyak sedikit ada pada Yuna,” ceritanya lagi.
[Wow] - Kisah Artis
KONSERT solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.
“Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
“Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas,” katanya kepada mStar Online.
Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.
Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.
Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.
“Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.
“Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan,” katanya
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.
Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.
“Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta,” jelasnya. – mStar
[Wow] - Hiburan
KAMI andaikan ini antara kisah cinta sejati yang sememangnya sukar untuk ditemui pada masa kini.
Ian dan Larissa Murphy bertemu buat kali pertama di kolej pada tahun 2005 dan bercadang untuk berkahwin selepas menamatkan pengajian pada bulan Disember 2006.
Malangnya, kira-kira tiga bulan sebelum rancangan tersebut dapat dilaksanakan, Ia terlibat dalam kemalangan kereta berhampiran Pittsburgh, memetik artikel Daily Mail.
Akibatnya, dia mengalami kecederaan otak yang serius sekaligus menyebabkannya hilang upaya.
Jika anda fikir Larissa akan meninggalkannya, anda silap kerana selepas kejadian itu, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga Ian bagi menjaga kekasihnya itu.
“Saya tahu walaupun dia tidak dapat bercakap, dia mencintai saya. Memang orang akan melihat dengan pandangan pelik apabila melihat kami keluar bersama. Tapi kami seronok dan saya bercakap sepanjang masa dengannya,” ujar wanita itu.
Apabila keadaan Ian semakin pulih, Larissa membuat permohonan kepada hakim untuk berkahwin dan ia diluluskan.
Akhirnya, mereka disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan yang diraikan secara meriah bersama keluarga dan rakan.
Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran kerana keadaan suaminya, Larissa berkata:
“Ia sangat mudah, kami mencintai satu sama lain.”
[Wow] - Kisah Hidup
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.
“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.
“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan.
“Dua faktor ini sangat penting. Namun hingga sekarang dua perkara ini belum terlaksana dengan baik. Beberapa dasar seperti dasar monopoli perlu dilaksanakan secara telus.
“Tetapi barangan keperluan seperti gula dan beras masih dimonopoli oleh satu pihak. Ini yang menyebabkan harga barang-barang itu naik kerana tidak ada persaingan,” katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2014, Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan dengan kadar 6 peratus berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.
Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.
Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat – Mstar.com.my
[Wow] - Berita Tempatan
BARU-BARU ini panas seketika dengan kisah ‘kebengangan’ pelakon dan pengarah, Ida Nerina yang dikatakan mengecam media berbahasa Melayu yang disifatkannya tidak sensitif dan kolot dengan keadaan dirinya yang berkerusi roda.
Khabarnya, dia cukup pantang jika ada pihak yang menayangkan dirinya dengan imej berkerusi roda dengan alasan tidak mahu meraih simpati, apatah lagi bercerita mengenai perkara itu.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya mengenai dakwaan tersebut, namun kami yakin dengan pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, betul tak?
Jika benar Ida memang sensitif mengenai hal berkerusi roda itu, memang ternyata keyakinan dirinya masih berada di tahap yang rendah.
Bagi kami, wanita segarang dan setegas Ida tidak patut berasa malu dengan keadaannya.
Lihat sahaja personaliti seperti Ras Adiba Radzi yang begitu yakin untuk tampil di khalayak ramai tanpa perlu ‘merungut’ mengenai kerusi rodanya.
Sekarang minda orang Malaysia sudah makin terbuka ya. Tak kira berkerusi roda atau tidak, semuanya dianggap sama.
Jika Ida terus beranggapan begini, kami anggap pemikirannya itu yang sebenarnya masih kolot.
[Wow] - Kisah Artis
Pelakon yang sering diberi watak sampingan dalam sesebuah penerbitan drama dan filem, Sofi Jikan berkata dia layak menerima bayaran sebanyak enam angka disebabkan pengalamannya dalam bidang belakang tabir.
Memetik kenyataannya dalam portal Ohbulan, Sofi berkata, “saya mesti bersikap demand dan kalau boleh dalam satu projek, saya perlu dibayar dalam enam angka. Sebelum ini hampir semua penerbit di Malaysia, saya pernah bekerjasama.
“Lagipun sebelum ini saya pernah bekerja di belakang tabir. Semua department saya pernah rasa sehingga sampai satu tahap, saya rasa bosan dan ambil keputusan untuk menceburi bidang lakonan pula,” katanya.
Pelakon KL Gangster 2 dan Zombie Kampung Pisang ini juga bercadang untuk bersara dari bidang lakonan pada masa akan datang.
Dia mengambil keputusan sedemikian kerana merasakan sudah tiada masa depan dalam bidang hiburan tanah air.
[Wow] - Kisah Artis
KEBIASAANNYA, Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun di negara Barat akan dimeriahkan dengan aktiviti mengumpul gula-gula dan memakai kostum yang menakutkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, dekorasi rumah akan bertukar menjadi rumah hantu yang menyeramkan.
Sebuah pasaraya di Norway, Europris telah mengambil inisiatif yang lebih ‘ngeri’ dengan meletakkan potongan tubuh dan organ manusia palsu yang dibuat dari plastik dalam peti sejuk beku mereka dan dinamakan ‘Chop Shop’.
Ia bukan sahaja dibalut dengan plastik, malah turut ditampal dengan maklumat nutrisi, sekaligus menambahkan elemen ngeri padanya.
Meskipun pihak pasaraya beranggapan ia hanya sebagai gurauan, ramai pelanggan tidak setuju kerana dianggap melampau dan menakutkan anak-anak kecil yang melihatnya.
Pelanggan tetap Europris, Mona Urfjell menulis di laman Facebooknya:
“Tidak ada kesangsian lagi. Anak-anak akan berasa takut dengan apa yang mereka saksikan. Memalukan kerana kita membawa budaya Amerika yang sangat kejam.”
Europris bagaimanapun mengeluarkan ‘Chop Shop’ dari peti sejuk tersebut selepas menerima pelbagai kritikan dan aduan dari orang ramai.
Global
Kisahnya berlaku di dalam sebuah lif membabitkan dua orang remaja perempuan, seorang bertudung mana kala seorang lagi tidak.
Perlakuan sumbang mereka ini yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 2007 dikecam hebat oleh warga internet setelah video CCTV ini tersebar di Internet.
Apa yang pasti, ianya bukan berlaku di Malaysia.
Daripada pengamatan, mereka dipercayai dari Timur Tengah…marilah kita sama-sama doakan perkara ini dijauhkan dari anak cucu kita ye…eeeeiiii!!!
Video
KUANTAN – Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang
cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya
mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.
Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu
adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos
dan kicap.
Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine
yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan
untuk memasak masakan Cina.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan
berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan
dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam
kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.
“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius
dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.
Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim
dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan
dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang
disajikan.
Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal
kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi
pengunjung bukan Islam.
“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos
yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat
dan prosedur pensijilan halal,” katanya.
Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan
pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara
keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.
“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran
dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat
suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian
makanan.
“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak
terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang
boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah
terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di
hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.
Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan
penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang
jelas tidak halal. – Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)





Recent Comments