Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Muhyiddin: Minta Maaf Kalau Kenyataan Saya Disalah Tafsir Atau Menyinggung Perasaan

YAN – Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

“Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga…saya mohon maaf.

“Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran…awal-awal lagi kita minta maaf.

“Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam di sini.

Muhyiddin mengulas mengenai modal kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya beliau sengaja mempersenda Azizan apabila mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula.

Mengulas lanjut mengenai kekeliruan mengenai ucapannya ketika hadir pada satu majlis di Bukit Besar Sabtu lalu, Muhyiddin berkata beliau tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Azizan.

“Saya sebutkan tentang bajet, jelaskan tentang subsidi dan sebutkan kita nak jaga kesihatan.
“Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda),” katanya.

Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

“Saya tak ada niat jahat, sekadar untuk ambil iktibar dan dijadikan ingatan. Saya harap isu ini tidak dipanjangkan, kalau panjangkan juga mereka akan dilihat tidak memahami soal adab, tertib dan amalan Islam.

“Kita harap mereka tumpu beri penjelasan yang betul tentang apa-apa isu sekalipun kepada pengundi supaya mereka tidak dipesongkan,” katanya. – Mstar.com.my

Chris Brown dan Rihanna

Pelantun lagu, Diamonds, melahirkan rasa gembira kerana penyanyi R&B, Chris Brown, bukan lagi individu penting dalam hidupnya.
Malah, dia juga tidak perlu bertanggungjawab di atas penangkapan penyanyi itu ekoran tindakannya menyerang seorang lelaki pada 27 Oktober lalu.

"Saya rasa sangat lega kerana dia (Brown) bukan lagi bersama saya dan tiada kena-mengena dalam segala tindakannya.

"Namun, saya rasa dia sangat bodoh dan tidak berfikir sebelum membuat sesuatu perkara. Perbuatan itu mungkin boleh menjejaskan kariernya sendiri," kata penyanyi kelahiran Barbados ini.
Walaupun sebelum ini, ada desas-desus yang mengaitkan Rihanna kembali bersama Brown, namun penyanyi ini lebih selesa berdiam diri.
Maya
Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.
Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya,  bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.

"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus  menyayangi dan memahaminya.

Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.

Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.

Biarpun mengakui  sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.

“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.


Bakal ke Sepanyol
Walaupun kini sedang sibuk dengan pengacaraan dan bisnes korporat, namun Maya, mengakui masih boleh membahagikan masa bersama kekasih serta keluarganya.

Malah aktres yang pernah popular menerusi filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini berkata, dia cuba memenuhi hobi lapangnya dengan bercuti bersama keluarga di luar negara. Dan yang terbaru, dia mungkin akan melancong di Sepanyol.

Katanya, walaupun sudah berpunya, namun ia tidak membataskan kemesraan dengan keluarga memandangkan dia sangat menjaga hubungan tersebut dan mementingkan ruang bersama keluarga.

“Sibuk macam mana sekalipun, saya tetap membahagikan masa bersama keluarga. Begitu juga dengan kekasih. Tapi belum pernah lagi saya keluar melancong bersama kekasih,” katanya yang berharap hubungannya dengan jejaka Inggeris itu akan ke arah lebih baik memandangkan dia sudah beberapa kali dikecewakan sebelum ini.


Lepas gian selepas 12 tahun
Mengulas mengenai kerjaya seninya, pelakon ini berkata, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal ‘Supermokh’ arahan Hans Isacc yang diterimanya. Menerusi teater itu, Maya melakonkan watak Tengku Zarina, isteri kepada legenda bola sepak terkenal negara, iaitu, Allahyarham, Datuk Mokhtar Dahari

Maya berkata, ia adalah satu lagi karakter mencabar selepas membintangi teater terakhir sejak 12 tahun lalu.

“Saya harus menjiwai watak Tengku Zarina. Selepas bertemu sendiri dengannya saya mengkaji karakter Tengku Zarina. Dia adalah wanita yang cukup kuat dan juga romantik.

“Memandangkan ini bukan filem atau dokumentari, maka saya kena bekerja lebih keras untuk memastikan saya benar-benar berjaya membawa watak itu.

“Namun berlakon dan menyanyi dalam satu masa, bukanlah asing untuk saya. Dengan membintangi muzikal ini, sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan 'gian' untuk berlakon di pentas teater," katanya yang ditemui selepas melancarkan kempen
Ekstravaganza Petronas bersama selebriti.


Masih bergelar penyanyi
Bercerita mengenai perkembangan single terbarunya, Maya berkata, walaupun ‘single’ itu masih belum popular, namun ia dapat menjangka selepas selesai pembikinan muzik video dan promosi yang dirancang oleh Warner Music ‘single’ berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal diterima peminat.

Menurutnya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Maya berkata, dia kini sibuk belajar mendalami dan menambah ideanya dalam bidang perniagaan.

“Saya ada perancangan untuk terlibat dalam bidang perniagaan, namun saya masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang menjamin saya sebagai pelaburan di masa hadapan.

“Saya masih masih belajar untuk ceburi dunia perniagaan,” kata pelakon yang  pernah memenangi anugerah aktres terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.
Abby

TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.
Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran PAS, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.


Tetap dengan pendirian
Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini.  

Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik.

"Saya lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku.

“Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya.

Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya.

“Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka. Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan.

“Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya. - Sinarharian


MARDIN - TURKI. Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen, 30, memiliki ketinggian 244 sentimeter (sm) akhirnya menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Merve Dibo, 20, di Turki.
Dengan perbezaan ketinggian 61 sm, Sultan yang juga seorang petani tetap meraikan hari bahagianya dengan meriah bersama keluarga dan peminatnya.

Beliau berkata, selama ini keadaan fizikalnya menjadi penghalang untuk mencari teman wanita.

"Walaupun isteri tidak mempunyai saiz sama, tetapi saya gembira kerana akhirnya mempunyai keluarga sendiri," katanya.

Sultan memakai kasut saiz 28, mempunyai kaki dan tangan sepanjang 36.5 sm dan 27.5 sm.

Laporan dipetik dari Daily Mail, dia menghidap penyakit yang jarang berlaku dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tubuh badan terus menghasilkan hormon pertumbuhan.
Doktor, jururawat adakan bantahan di China

BEIJING - CHINA. Kakitangan sebuah hospital di Wenling, timur wilayah Zhejiang membuat bantahan selepas seorang pesakit membunuh seorang doktor dan mencederakan dua yang lain, menurut media tempatan, kelmarin.
 
Puluhan doktor dan jururawat hospital itu memakai kot putih dan topeng pembedahan ketika berhimpun di luar pekarangan hospital tersebut.

 
Mereka turut melaungkan slogan menggesa hak keselamatan kakitangan perubatan dilindungi berikutan sektor kesihatan di negara itu masih tidak mendapat perlindungan sepenuhnya.  

 
Jumaat lalu, seorang pesakit bertindak menikam seorang pakar dan menyerang dua doktor lain kerana tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukan ke atasnya, laporan dipetik dari AFP.

PELAKON Brad Pitt begitu prihatin terhadap alam sekitar dan dilaporkan berhenti menggunakan sabun yang mempunyai kandungan toksin dan racun.

Brad, 49, berkata, sabun yang mengandungi bahan kimia itu boleh mencemarkan alam sekitar selain mempercepatkan proses penuaan.

"Brad telah berhenti menggunakan sabun yang mengandungi toksin kerana ia akan membahayakan bumi," kata sumber seperti dipetik femalefirst.co.uk.

Bagaimanapun, pasangannya, Anggelina Jolie dan anak-anak tidak menyokong tindakannya itu.

"Anggelina tidak menyokong tindakan itu dan anak-anak mereka memanggil Brad sebagai ‘ayah busuk’," kata sumber tersebut.

SEJAK bercerai dengan pemain dram kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 14 Julai 2009, penyanyi Datuk Rossa masih belum memiliki pengganti bekas suaminya itu.

Menurut laporan portal Kapanlagi, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani berkata, walaupun dia ada menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun dia masih belum menemui pasangan yang bersesuaian.

"Saya belum ada calon suami. Doakan saja ya. Hanya 'Yang Di Atas' saja tahu jodoh yang paling tepat buat kita. Yang penting orangnya baik. Indonesia atau Malaysia, mana-mana pun sama sahaja," katanya.

Tambah Rossa, dia berharap lelaki yang akan menjadi suaminya kelak mempunyai postur badan yang lebih tinggi daripadanya.

"Yang penting lelaki itu janganlah pendek lagi daripada saya tetapi perlu seagama dan mesra dengan keluarga masing-masing. Kriteria ini sama sahaja dengan keinginan wanita-wanita lain" selorohnya.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu belum meletakkan tempoh masa tertentu untuk berkahwin semula.


SAO PAULO – Anak durhaka akhirnya tertangkap jua. Tidak sampai dua jam selepas membunuh ibu kandungnya,  Carlos Macchione de Sampaio berjaya ditangkap polis.

Lelaki berusia 39 tahun itu, telah memasukkan mayat ibunya dalam sebuah beg dan menyeret beg berkenaan menuruni tangga, sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Ia bagi membolehkan lori memungut sampah mengutip beg berkenaan.

Malangnya, perbuatan Carlos itu berjaya dirakamkan dalam CCTV dan dia ditangkap selepas seorang lelaki gelandangan menemui mayat ibunya di tepi jalan.

Ketika polis mengetuk pintu rumahnya, Carlos berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku dan menipu dengan menyatakan bahawa dia sedang tidur.

Menurut polis, Carlos berada dalam keadaan normal dan tidak ada tanda-tanda bahawa dia berdepan dengan pengaruh alkohol dan dadah.

Mangsa adalah seorang pesara guru, Claudia Macchione, 74, dan disifatkan sebagai seorang wanita yang bersopan santun.

Sementara Carlos pula bekerja sebagai jurubahasa Inggeris yang menetap bersama ibunya sejak beberapa tahun lalu.

Carlos mengalami masalah psikologi dan terkenal dengan sifat panas baran apabila mabuk.



CHINA – Kerana terlampau tertekan selepas gagal mendapat teman wanita, seorang lelaki berusia 26 tahun, mengambil jalan singkat dengan memotong kemaluannya.

Namun selepas berbuat demikian, Yang Hu, memutuskan untuk menyambungnya semula dan telah menaiki basikal untuk rawatan di hospital.

Malang menimpanya apabila doktor memberitahu bahawa `nyawanya’ itu tidak dapat disambung kerana kemaluannya itu tertinggal di rumah.

Bagaikan pak pandir, Yang Hu kemudiannya menaiki basikal untuk pulang ke rumah bagi mengambil cebisan kemaluannya itu.

Apabila Yang Hu tiba di hospital, doktor pula memberitahu bahawa mereka tidak dapat menyambungnya semula kerana dia kehilangan banyak darah untuk tempoh yang panjang.

Betapa kecewanya Yang apabila mendapati kelakiannya itu tidak dapat disambung semula.
Menurut rakan-rakannya, dia mengalami tekanan selepas gagal menemui teman wanita, meskipun sudah sekian lama bekerja di kilang membuat pakaian di Jiaxing.

Kekecewaannya itu semakin buruk hingga menyebabkan dia memutuskan untuk memotong kemaluannya pada pukul 9 malam, dua hari lalu iaitu selepas pulang dari kerja.

Dalam pada itu rakan-rakannya mengecam doktor di hospital terbabit kerana tidak menyediakan ambulan kepada Yang. Jika tidak sudah tentu kelakian Yang dapat diselamatkan.



JILIN – Pisau tertusuk di kepala. Pasti sesiapa pun yang melihat keadaan Ho Lung  akan terkejut dan menjerit, namun tidak bagi lelaki ini.
 Dia dengan tenang masuk ke unit kecemasan sebuah hospital.Jururawat yang bertugas juga terkejut menyaksikan keadaan Ho Lung dan tanpa perlu mengisi sebarang boring, 
Ho Lung terus dibawa ke doktor untuk rawatan segera. Pisau pemotong buah yang tertusuk di bahagian tengkorak kepalanya. Nasib baik ia tidak mencederakan mana-mana salur darah di kepalanya. Selepas imbasan x-ray dijalankan, dia telah menjalani pembedahan selama tiga jam. 
 

Selepas sedar, Ho Lung meminta supaya dia dibenarkan keluar dari hospital, biarpun kepalanya masih berbalut. Doktor akhirnya membenarkan Ho Lung keluar dari hospital dan dia juga berjanji untuk kembali semula untuk pemeriksaan rutin.
Ditanya bagaimana pisau itu boleh tertusuk di kepalanya, Ho Lung enggan memberikan penjelasan lanjut, sebaliknya memaklumkan ia berlaku akibat satu permainan. ``Saya bermain satu permainan bodoh dengan kawan saya dan sesuatu telah berlaku menyebabkan kepala saya terkena pisau ini. Ia merupakan perbuatan bodoh dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,’’ katanya


28 Oktober 2013
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.

Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.

"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?

"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.

"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.

Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.

"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi.