Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Dubai – Satu rakaman video yang menyaksikan bagaimana seorang lelaki Arab Saudi memukul seorang lelaki Asia, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Keadaan ini menyebabkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi agar menyiasat kes berkenaan.

Lelaki tersebut, yang tidak dinamakan, telah memukul mangsa dengan tali pinggang.
Dia dikatakan berbuat demikian selepas mangsa berbual dengan isterinya.
Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa menerima laporan daripada orang ramai yang marah dengan insiden itu.

Mereka juga mendesak supaya lelaki tersebut dikenakan hukuman yang setimpal.
Tindakan lelaki itu yang memukul mangsa disifatkan sebagai mencabul hak dan maruah mangsa.

London – Seorang pelajar gay, Clayton Pettet, 19, berdepan dengan kecaman selepas dia yang mendakwa masih teruna itu merancang untuk melakukan seks dengan teman lelakinya, di hadapan 100 orang.



Aksi murahan itu akan dilakukan atas nama seni itu, akan diadakan pada 25 Januari depan.

Menurutnya, rancangan berkenaan akan diadakan di dalam sebuah galeri untuk satu projek yang bertajuk ‘Art School Stole My Virginity’.

Selepas adegan seks itu, satu sesi soal jawab akan diadakan bertujuan untuk mencabar idea mengenai seksualiti.

Clayton berkata, dia telah merancang projek tersebut selama tiga tahun dan ia akan hanya dilakukan sekali sahaja.

“Saya mempertahankan teruna saya selama 19 tahun dan saya mahu penonton melihat sama ada apa-apa perubahan berlaku kepada saya atau teman lelaki saya,’’ katanya.
Clayton bagaimanapun masih belum memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai rancangan gila itu.

Namun dia sudah memberitahu tutornya mengenai projek itu.



NEW YORK – Seorang wanita dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia 18 bulan dijumpai mati ditikam dalam satu kejadian amuk di sebuah pangsapuri di Brooklyn di sini kelmarin.

Susulan tragedi berdarah itu, polis telah menahan seorang lelaki untuk disoal siasat awal semalam.
Bayi tersebut dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dipercayai mati akibat ditikam apabila pasukan paramedik tiba menjelang pukul 11 malam kelmarin.

Pihak kecemasan bergegas membawa dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun ke hospital tetapi mereka tidak berjaya diselamatkan, ujar seorang pegawai polis.
Setakat ini, identiti semua mangsa yang maut dalam insiden berdarah tersebut tidak didedahkan.

Suspek yang juga tidak didedahkan namanya dilaporkan ditemui di dalam apartmen berkenaan ketika polis menyerbu masuk ke dalam bangunan tersebut selepas menerima aduan orang ramai.
Beberapa sumber memberitahu, suspek dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan mangsa-mangsa tersebut.
“Ia kelihatan seperti kes keganasan do- mestik,” kata seorang pegawai polis berpangkat tinggi.

Bapa mangsa yang tiada di rumah apabila penghuni pangsapuri berkenaan diserang sekitar pukul 10.45 malam kelmarin, trauma dengan pembunuhan tersebut.

“Dia baru pulang dari tempat kerja dan menjadi histeria selepas dimaklumkan tentang kejadian amuk itu oleh seorang anggota polis,” kata seorang penghuni blok apartmen berkenaan, May Chan.

Menurutnya, dia kerap melihat kumpulan kanak-kanak itu bermain di kejira- nan tersebut.
“Mereka cuma anak-anak kecil. Insi- den ini sungguh memilukan. Mereka tidak berdosa,” katanya. – Agensi

Ini papan tanda ke apa ?? Macam mana pihak berkaitan boleh membenarkan pemaparan informasi pelik ini pada papan tanda berkenaan ?? Bagi anda , adakah kewujudan papan tanda sebegini akan membuatkan seseorang itu tidak lagi membuang sampah dari kenderaan ?? 

Papan tanda ini nampak gayanya bukan bertujuan nak menasihati pemandu tetapi seolah-olah menuduh mereka ?? Gambar ini diambil di Kuantan , Pahang.



jenna_jameson_19

Tidak disangka langsung nilai kekayaan pelakon lucah boleh mencecah sehingga jumlah RM90 juta.

Patutlah pornografi adalah satu industri yang besar di barat terutama di Amerika Syarikat (AS) di mana nama-nama besar industri lucah mempunyai peminat yang hampir sama ramai dengan pelakon biasa.

Dan industri lucah juga membuka peluang kepada para pelakonnya untuk terjun ke Hollywood. Ada perkaitan yang rapat kedua industri itu di AS.

Senari 10 pelakon paling kaya tahun lalu;

1) Jenna Jameson – Nilai Bersih $30 Million (juta Dollar AS)
2) Tera Patrick – Nilai Bersih $15 Million
3) Peter North – Nilai Bersih $10 Million
4) Jesse Jane – Nilai Bersih $8 Million
5) Traci Lords – Nilai Bersih $7 Million
6) Maria Takagi – Nilai Bersih $6 Million
7) Ron Jeremy – Nilai Bersih $5.5 Million
8) Bree Olson – Nilai Bersih $5 Million
9) Katie Morgan – Nilai Bersih $4.5 Million
10) Lexington Steele – Nilai Bersih $4 Million
Dewi Persik memang terkenal dengan tarian 'goyang gergajinya' ketika membuat persembahan pentas.
Tetapi kali ini, beliau bukan membuat persembahan di mana-mana tempat, tetapi berada di dalam biliknya, merakam secara privasi goyang gergajinya di hadapan kamera telefon bimbitnya.

Beberapa klip goyang telah pun beliau muat naik ke akaun Instagramnya khas untuk peminat. Memang seksi habis!


Klik Sini Untuk Video : Dewi Persik Gelek Habis


Jakarta: Polis di bandar raya ini semalam melancarkan siasatan terhadap beberapa orang berhubung rakaman video lucah di sebuah sekolah menengah rendah membabitkan dua pelajar.

Jurucakap polis berkata, setakat ini 17 orang sudah disoal.

“Mereka terdiri daripada 10 pelajar yang melihat kejadian itu dan merakamnya, empat kakitangan sekolah berkenaan- pengetua, timbalan pengetua, kaunselor dan seorang guru serta tiga pengawal keselamatan.


“Kami sudah menyoal mereka,” katanya.


Polis mula terbabit dalam kes berkenaan apabila ibu bapa pelajar perempuan dalam video itu yang dipercayai berusia sekitar 15 tahun membuat laporan mendakwa pelajar berkenaan dipujuk melakukan aksi lucah terhadap seorang lagi pelajar oleh rakan sekolah mereka yang mengancamnya dengan pisau.

Polis masih belum menyoal kedua-dua pelajar itu.
Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.



Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.



Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!



                                  

Monterrey: Seorang pemuda di utara Mexico mengaku membunuh 45 orang dan mungkin terbabit dalam 34 pembunuhan lain.

Juan Pablo Vazquez itangkap awal bulan ini di Monterrey, tempat dia didakwa menjual dadah, kata jurucakap keselamatan wilayah Nuevo Leon, Jorge Domene. 

Vazquez yang mengaku dia sebahagian daripada kumpulan penjenayah terancang tempatan, mengaku membunuh 45 orang dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 79 jenayah kejam, kebanyakannya dilakukan pada 2012,” kata Domene pada sidang akhbar.
Dia ditangkap 8 Oktober lalu bersama-sama Nancy Ortiz, 25. Polis turut merampas 35 beg berisi ganja dan 22 bungkusan kokain daripada kedua-dua mereka.

Seorang pegawai Mexico yang enggan dikenali memberitahu CNN, Vazquez menganggotai kartel dadah Gulf yang melancarkan perang terhadap kumpulan cartel Zetas.

Pemuda berusia 20 tahun itu terbabit dalam jenayah terancang sejak berusia 15 tahun dengan menjadi pemberi maklumat kepada penjual dadah sebelum menjadi pembunuh kumpulannya.

Antara mangsa Vazquez ialah pegawai kerajaan yang menahannya, seorang penari bogel yang diculik dari sebuah kelab.

Mexico dilanda keganasan berkait dengan dadah sejak beberapa tahuin lalu dengan kira-kira 1,000 orang mati setiap bulan.

Kira-kira 80,000 orang mati sejak 2007 dalam keganasan kumpulan dadah sejak 2007.

Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon, wilayah paling teruk terjejas dalam perebutan wilayah dadah, mencatatkan 223 kematian setakat ini tahun ini. - AFP
Foto

Los Angeles: Bekas bintang Manchester United, David Beckham dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya merempuh kereta lain ketika keluar dari rumah di Beverly Hills,

Media melaporkan, pemain bola sepak yang pernah menjadi kapten skuad England itu menaiki Range Rover Sport hitam miliknya bersama seorang yang lain - dipercayai anaknya, Brooklyn, 14, yang duduk di bangku depan.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Saksi berkata, Beckham, 38, baru saja keluar dari kawasan rumahnya sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang lalu di situ.


Menurut saksi, kenderaan itu dipandu seorang wanita.

Seorang daripada saksi berkata, Beckham masuk semula ke laluan rumahnya dan menunggu di situ beberapa ketika sebelum polis tiba.

“Dia kemudian disoal siasat pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan,” katanya.

Selepas siasatan dijalankan, polis meninggalkan rumah Beckham dan menemu bual saksi pula untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.  Kerosakan dapat dilihat dengan jelas pada kereta pacuan empat roda Acura putih milik wanita terbabit.

Di samping itu, kenderaan Beckham juga kelihatan mengalami kerosakan pada bahagian bamparnya. Beckham membeli kereta itu pada 2010 dan dianggarkan bernilai antara AS$60,500 (RM190,489) dan AS$76,200 (RM239,922).

Ia bukanlah kemalangan pertama dialami Beckham bersama Brooklyn. Pada 2011 pasangan itu terselamat selepas kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di laluan paling sibuk di Los Angeles.- Agensi

diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan

Alhamdulillah, hari ini Diana Amir atau nama penuhnya Nordiyana Amir Hashim sah bergelar isteri kepada Habib A Rahman.Majlis berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Tahniah kepada kedua mempelai.Semoga perhubungan Diana Amir dan suaminya kekal ke Jannah.

diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan

diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan
 diana amir, gambar diana amir, pasangan baru suami isteri, majlis perkahwinan diana amir, pelakon, hiburan
penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.
Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing.
 
"Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.

penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

"Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya.
"Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya. Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri.

"Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.

Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.

Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan.

"Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa.

"Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya. Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.
 
Mengenai perkembangan terbaru Hazama, dia sedang mempromosikan album Penglipur Lara dan bakal muncul dalam filem Hantu Nan Sempit tak lama lagi.
murai.com.my