Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
![]() |
| Ibu tunggal yang dicekup dengan lelaki Bangladesh di hotel murah dekat Dungun pagi semalam dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut. |
PAK SABAH - Hasrat seorang ibu tunggal untuk bernikah di Selatan
Thailand dengan lelaki Bangladesh terbantut apabila dia terlebih dahulu
ditahan bersama teman lelakinya itu ketika memadu asmara di sebuah hotel
murah, dekat sini, pagi semalam.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.
Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.
Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.
Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.
Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.
Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.
Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.
Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.
Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.
Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.
Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
[Wow] - Berita Tempatan
Seekor anak anjing di Ontario, Kanada yang hidup dalam keadaan
terlalu daif dengan tubuh dilitupi lumpur dan kecederaan kaki hingga tak
mampu berjalan dengan betul, berakhir dengan kesudahan menggembirakan.
Anak anjing yang diberi nama Shrek, ditemui suami Dr Brenda Gough berhampiran semak selepas ribut berakhir.
Saat ditemui Shrek kelihatan bagaikan gumpalan karpet lama.
Menurut Dr Brenda, selepas mengenalpasti ia seekor anak anjing,
suaminya membawa Shrek ke Klinik Veterinar Park Road sebelum kakitangan
di sana membersih dan mencukur bulunya yang sudah sebati dengan lumpur
tebal.
Selain kecederaan pada kaki, terdapat duri yang ditemui lalu dikeluarkan daripada mata anak anjing tersebut.
Selepas dibersihkan, ternyata Shrek merupakan seekor anak anjing yang comel.
Kini daripada anjing gelandangan, nasib Shrek berubah dan dibela dengan penuh kasih sayang.
Ia bukan sahaja mempunyai banyak peminat selepas kisahnya tersiar di
dada media malah menjalani kehdupan selesa dan sedang belajar untuk
berkawan dengan manusia dan anjing lain.
Global
Sekarang ini seakan menjadi trend untuk gadis-gadis di luar sana
memiliki kamera comel yang berupa seakan-akan biskut yang boleh dimakan.
Kamera yang dinamakan Fuuvi Biscuit Camera ialah kamera digital dengan kualiti gambar dua megapixel.
Antara ciri tambahan yang boleh didapati dalam kamera ini ialah ianya
boleh mengambil video namun audio dalam video itu sama sekali tidak
boleh didengari.
Itu sahaja kelemahan yang terdapat dalam kamera comel ini.
Muatan dalaman kamera pula adalah sehingga 16GB dengan menggunakan kad MikroSD.
Kamera ini didatangi dengan warna coklat, merah jambu dan coklat gelap.
Kamera ini dijual RM158 seunit.
[wow] - Teknologi
GUNUNG SEMANGGOL – PERAK. Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar
dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan
sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.
Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah,
nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan
ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama
kali melihatnya.
Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu
di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada
sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.
“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.
“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya
terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,”
katanya ketika ditemui media, semalam.
Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari
dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya
adalah anak buaya.
“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.
“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk
kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai
tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.
Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang
mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari
spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang
ditemui di perairan Malaysia.
“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir
satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di
beberapa buah negeri,” katanya. - Sinar Harian
Isu Semasa
Kumpulan popular One Direction telah dinobatkan selebriti British paling kaya dalam kategori 30 tahun ke bawah.
One Direction dianggotai oleh Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne,
Louis Tomlinson dan Niall Horan berjaya mengumpul kekayaan sebanyak £59
juta (RM302 juta) sepanjang tahun lalu.
Manakala pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe menduduki tangga kedua dengan nilai kekayaan sebanyak £56 juta (RM286 juta).
Antara yang memasuki carta 10 terkaya ialah dua lagi pelakon siri
filem Harry Potter iaitu Emma Watson dan Rupert Grint dengan
masing-masing menduduki tangga kelima dan ketujuh.
Penyanyi yang mencipta nama dengan memenangi banyak anugerah Grammys tahun lalu, Adele sekadar menduduki tangga keenam.
1 – One Direction – £59.33m
2 – Daniel Radcliffe – £56.19m
3 – Robert Pattinson – £44.16m
4 – Keira Knightley – £37.28m
5 – Emma Watson – £27.93m
6 – Adele – £27.54m
7 – Rupert Grint – £24.09m
8 – Calvin Harris – £22.21m
9 – Cheryl Cole – £15.5m
10 – Leona Lewis – £14.45m
[Wow] - Selebriti
LG bakal melancarkan telefon pintar
dengan sistem operasi Mozilla Firefox. Sistem operasi terbaru ini
disasarkan kepada pasaran membangun.
Namun, pengguna telefon pintar
berpengalaman mungkin akan kecewa dengan peranti ini.Ini kerana LG
Fireweb tidak menawarkan ciri-ciri yang luas dan inovatif,sebaliknya
lebih menjurus ke arah fungsi asas sahaja.
Telefon pintar ini didatangkan dengan
skrin sentuh berpaparan HGVA TFT 480×320 piksel,pemprosesan Qualcomm
1GHz dan RAM 2GB,selain kamera lima megapiksel serta flash LED.
Telefon pintar berasaskan sistem operasi
Firefox ini menjalinkan kerjasama dengan syarikat komunikasi
Sepanyol,Telefónica.Buat masa ini,peranti ini hanya boleh didapati di
Sepanyol,Columbia,Venezuela,Greece,Montenegro dan Serbia.
Khabarnya, perisian Firefox ini telah
menarik minat syarikat-syarikat telefon pintar gergasi yang lain untuk
mengaplikasikan sistem operasi ini pada peranti keluaran mereka di masa
akan datang.
[wow] - Teknologi
KUALA LUMPUR – Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai
di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa
kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; “Aku hanya menjalankan
tugas…” sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai
runcit di stesen berkenaan.
Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut.
Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo,
suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang
dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu
pergi dari Stesen LRT Gombak – tempat pertama dia mengamuk.
Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu
kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja.
“Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat
dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia
bagaikan seorang adik,” katanya selepas berjaya menjalani pembedahan
untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu.
Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk.
Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata,
suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal
rokok di kedainya.
Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek
tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu.
“Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus
keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada
saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke
sebelah kiri pinggang saya,” kata wanita itu kepada para pemberita
ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang.
“Tapi nasib baik mereka selamat…,” tambahnya lagi.
Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek
kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti
pula lalu menikam wanita itu. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan
stabil dan selamat.
Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia
telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang
lelaki yang kelihatan seperti “tidak betul” berjalan menuju ke vannya
selepas menikam mangsa-mangsanya itu.
“Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah
teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van
putih itu,” katanya.
Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan
berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih
berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan
apa-apa.
Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar
dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain
daripada melayang.
(Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan
dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa – seorang lelaki
tua dan seorang lagi pelajar kolej – yang membawa kepada kematian
mereka).
Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.
“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah
seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum
ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah
dengannya di Selayang.
Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan
serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut
selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial
Facebook.
“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam
mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi. –
mSTAR.com
[Wow] - Jenayah
SEMALAM, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.
Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan
dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.
Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.
Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa
dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa
berbincang dengannya.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya,
Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan
sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.
Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?
Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang
mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?
Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha.
Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan
binasa.
Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:
Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini
tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.
[Wow] - Gosip Hiburan
Sepanyol – Dalam era zaman moden di mana
orang ramai menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan untuk
kelihatan muda, ada juga manusia yang sanggup melakukan perkara jijik
dan meloyakan, semata-mata kerana mahu mengelak diri dimamah usia.
Ia termasuk meminum air kencing sendiri
kerana percaya najis tersebut mampu menjadikan seseorang itu awet muda
dan penawar yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Individu tersebut adalah warga emas,
Mark Ambrose yang berusia 91 tahun. Dia yang bersekedudukan dengan teman
wanitanya, Joyce yang berusia 85 tahun itu, akan meminumsegelas air
kencing setiap hari.
Ambrose bagaimanapun tidak dapat menyakinkan Joyce untuk melakukan perkara sama.
“Kami berdua mempunyai masalah kesihatan
yang teruk. Tulang belakang saya mengalami kerosakan yang teruk
manakala Joyce pula berdepan dengan masalah sakit lutut, mata dan
penyakit lain yang dialami oleh orang tua,’’ kata Ambrose.
Selepas mendapat penyakit itu, Ambrose telah membuat kajian di internet dan dia kemudiannya menemui terapi air kencing.
Setelah usaha untuk menyembuhkan
penyakit tulang belakangnya dengan doktor menemui kegagalan, dia beralih
kepada air kencing, sejak tiga tahun lalu.
Pada mulanya, kata Ambrose, dia hanya merasa sedikit air kencingnya selama beberapa hari sebelum mempunyai keberanian untuk minum dalam sukatan yang lebih besar.
Bagi menghilangkan rasa air kencing dalam mulutnya, dia akan makan buah anggur atau berkumur dengan air.
Selain meminum air kencing itu, dia juga
menyapunya ke muka, tangan dan kaki, kelopak mata serta telinga kerana
percaya najis itu mampu mengatasi masalah kesihatan dengan efektif.
Global
Shenyang – Kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Hanya kerana wang, seorang lelaki sanggup memotong
tangan anak kekasihnya yang berusia 10 tahun, dan kemudian merebus
tangan yang dipotong itu dalam air yang mendidih bagi mengelakkannya
disambung semula.
Tragedi itu menyebabkan Xiao Jun kehilangan tangan kanannya.
Ini kerana doktor juga tidak dapat
menyambung semula tangan itu selepas mendapati tangan yang dipotong itu
telah mengembang selepas direbus.
Kejadian berlaku setelah Xiao Jun dipukul dengan kayu oleh Cheng Sun yang juga teman lelaki ibunya.
Lelaki itu secara tiba-tiba kemudiannya mengambil pisau pemotong daging lalu memotong tangan budak tersebut.
Dia dikatakan berbuat demikian selepas bertengkar dengan ibu mangsa, mengenai wang melalui perbualan dalam telefon.
Wanita itu yang sarat mengandung, tidak
berada di rumah ketika kejadian dan dilaporkan mengunjungi
saudara-maranya untuk meminjam wang.
Pasangan tersebut dikatakan dalam perancangan untuk membeli pangsapuri dan ketika ini mereka masih menyewa di sebuah apartmen.
Keadaan budak itu kini dilaporkan stabil selepas pembedahan dijalankan ke atasnya.
Sementara Cheng pula, telah ditangkap oleh polis.
Dalam pada itu, Xiao Jun berkata, dia
tidak menyangka Cheng bertindak sedemikian rupa kerana sebelum ini
lelaki tersebut umpama seorang ayah kepadanya.
“Kini semuanya sudah musnah. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan dia seolah-olah dirasuk’’ katanya.
Pelbagai
Jika sebelum ini kekasih Nora Danish, Nadeem Nazri dilihat sentiasa
‘cool’ melayan kutukan peminat dan individu yang kurang senang akan
hubungannya dengan artis comel tersebut, dia kini dilihat kian kurang
sabar.
Mungkin, dia semakin tertekan apabila setiap gerak gerinya dan Nora
diperkatakan dan menjadi bahan bualan masyarakat termasuk yang terbaru,
percutian mereka ke Eropah.
Sebelumnya, Nadeem turut menjadi bahan berita berkaitan isu pembelian
rumah bernilai jutaan ringgit dan menjadi pegawai khas kepada bapanya,
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Kelmarin, dalam satu status Instagram miliknya Nadeem dilihat
seolah-olah membalas kritikan orang sekeliling apabila memuat naik
status berbunyi:
While the men are hating the fact that I got this beauty on
my side, we are laughing it off.. We r happy, we got money and we got
beautiful kids.. What do u guys have? Lol.. I love my fans but I pity
you haters, please work hard and make some good living so u can enjoy it
like us. #justsaying #factual
Mungkin Nadeem sekadar meluahkan apa yang dia dan Nora sedang lalui
kini, namun pada masa sama ia sebenarnya membayangkan keadaan mereka
yang terganggu dengan segala publisiti diterima.
Status ini juga agak pedas bagi sesetengah orang yang memandang
Nadeem lebih pada individu yang bertuah kerana dilahirkan sebagai anak
orang kaya dan berpengaruh untuk menyuruh orang lain bekerja keras bagi
mendapatkan apa yang dimilikinya pada hari ini.
Rasanya jika mahu segala perhatian terhenti, Nora perlu tinggalkan
bidang seni dan paling baik, jika mereka mendirikan rumahtangga secepat
mungkin.
Jika tidak, anda perlu belajar bersabar kerana inilah asam garam dunia glamor.
[Wow] - Kisah Artis
BEIJING – Seorang gadis berusia 17
tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan
dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran
semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua semalam.
Jianmei yang berasal dari sebuah kampung
nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital
Fuzhou dalam wilayah tersebut.
Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.
Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang
menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka
baharunya diambil dari dadanya.
Sepasukan doktor menggunakan satu urat
darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk
menghasilkan tisu kulit.
Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.
Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.
Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.
Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.
Doktor-doktor percaya bahawa luka pada
wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa
minggu lagi. – Agensi
[Wow] - Kisah Hidup
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
Recent Comments