Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Jakarta – Perkahwinan diraja iaitu anak
kepada Sultan Hamengkubuwono X, iaitu Gusti Ratu Kanjeng Hayu, 29, akan
diadakan dengan meriah dan dianjurkan selama tiga hari tiga malam.
Gusti Ratu Kanjeng Hayu yang juga anak
keempat Sultan Hamengkubuwono X itu dinikahkan dengan pasangannya,
Kanjeng Pangeran Haryo Notonegoro, selepas 10 tahun menjalinkan
hubungan.
Mereka bertemu pada satu majlis pertemuan semula di sekolah dan kemudiannya menyambung hubungan tersebut ke menara gading.
Haryo Notonegoro kini berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Pasangan berkenaan akan diarak dengan 12
kereta kuda diraja dan majlis angkat nikah akan disiarkan secara
langsung ke seluruh dunia melalui internet.
Kira-kira 750 tetamu termasuk diplomat telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.
Sultan Hamengkubuwono X dilahirkan pada
1948, juga merupakan governor yang dilantik oleh kerajaan, selepas
memenangi kerusi berkenaan pada 1998.
Global
Samsung mungkin tidak mengaplikasikan
teknologi imbasan cap jari pada telefon pintar keluarannya seperti
Apple,namun mereka mempunyai idea yang lebih baik: pengimbas iris!
Pakar biometrik meramalkan teknologi pembacaan optik itu akan menjadi trend hangat dalam kalangan pengeluar telefon pintar.
Apple mempelopori sekuriti cap jari
TouchID pada model iPhone 5S dan 5C mereka, diikuti HTC yang melengkapi
model One Max terbarunya dengan teknologi yang sama.
Menurut sumber daripada AndroidSaS,
Samsung kini sedang dalam fasa menguji teknlogi ‘eye scanner’ itu. Tiada
penjelasan lanjut diberikan tentang sebab syarikat telekomunikasi Korea
Selatan itu memilih untuk tidak mengikut jejak langkah Apple dan
HTC,namun spekulasi mencanangkan mungkin ianya ada kena mengena dengan
teknologi Smart Scroll yang diperkenalkan dalam model Galaxy S4.
Kesemua pembuat telefon pintar telah
diberi notis oleh New York State Attorney untuk mencipta peranti yang
bersekuriti tinggi bagi mengelakkan kecurian.
Samsung dijangka untuk melancarkan Galaxy S5 pada awal tahun hadapan.
[wow] - Teknologi
Jarang-jarang sekali aktor popular Johnny Depp mewarnakan rambutnya.
Namun, baru-baru ini Depp tampil dengan imej terbarunya itu ketika menghadiri Anugerah Festival Filem BFI di London, England.
Kebanyakan peminatnya tidak begitu menyukai imej terbaru aktor
tersebut kerana dia kelihatan berusia dengan rambut berwarna blonde.
Dalam perkembangan terbaru, aktor berusia 50 tahun ini sedang sibuk
dengan penggambaran dua filem terbarunya, Mortdecai dan Into the Woods.
[Wow] - Selebriti
Nokia mahu dikenali sebagai peneraju
utama bagi peranti kamera telefon pintar di pasaran dengan mengumumkan
telefon pintar terbarunya Lumia 1020 yang mempunyai resolusi impresif 41
megapiksel.
Rekabentuk model ini lebih tipis
berbanding pesaingnya Samsung Galaxy S4 Zoom; dan syarikat pemgeluar
telefon bimbit Finland itu meletakkan sasarannya kepada jurugambar
amatur.
Namun, kemungkinan telefon pintar ini
untuk tewas di pasaran amat tinggi kerana dimuatkan dengan perisian
Microsoft Windows 8. Umum tahu,Windows 8 menawarkan aplikasi yang kurang
memuaskan.
Dari segi rekabentuk pula, kecuali
tambahan lensa hitam pada bahagian belakang model;Lumia 1020 ini tampak
lebih kurang sama dengan model sebelumnya iaitu Lumia 920.
Nokia Lumia 1020 didatangkan dengan
paparan ClearBlack AMOLED berukuran 4.5 inci (768×1280 piksel), Corning
Gorilla Glass 3 dan kepadatan piksel sebanyak 334 piksel setiap inci:
menjadikan paparannya lebih terang dan jelas berbanding paparan AMOLED
yang lain.
Hasilnya, teknologi ClearBlack ini menjanjikan paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Satu lagi ciri-ciri model ini adalah
keupayaan untuk merakan video berdefinisi tinggi (full-HD) sebanyak 30
‘frame’ setiap saat. Kualiti rakaman akan pasti mengujakan hasil
daripada teknologi Rich Recording Nokia yang boleh mengekalkan audio
yang jelas meskipun syot dibuat dalam keadaan yang bising.
Lumia 1020 ini dikuasakan oleh pemprosesan 1.5GHz dual-core Snapdragon S4 dengan RAM berkapasiti 2GB.
[wow] - Teknologi
Pelajar berusia 17 tahun, Sean Buxton mungkin merupakan peminat Chelsea yang paling bertuah dalam muka bumi ini.
Ini kerana dia berpeluang duduk sebaris dengan pengurus The Blues,
Jose Mourinho ketika menyaksikan perlawanan Chelsea menentang Cardiff
City, Ahad lalu.
Ini kerana Mourinho dilarang duduk di ‘bench’ pemain dan dikehendaki duduk bersama-sama penonton yang lain di Stamford Bridge.
Malah, Buxton sempat mengambil gambar secara curi-curi untuk mengabadikan momen terindahnya sebagai peminat setia The Blues.
Dalam perlawanan itu, Chelsea berjaya membenam Cardiff City 4-1 dan kini menduduki tangga kedua liga di bawah kelab Arsenal.
Global
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah
sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula
semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang
menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.
Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah
agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah
bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke
Malaysia.
Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata,
anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.
Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla,
seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk
mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya
pulang ke Malaysia.
Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008. – HARIAN METRO
Global
Tahniah diucapkan buat pelakon kecil molek, Liyana Jasmay yang kini telah disahkan hamil dua bulan.
Menerusi Harian Metro, Liyana dijangka bersalin anak sulungnya pada Mei tahun depan.
Anak jati Kuala Lumpur itu telah melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu.
Meskipun kini sudah berbadan dua, Liyana masih aktif berlakon cuma dia lebih berhati-hati semasa melakonkan babak lasak.
[Wow] - Kisah Artis
PASUKAN khas elit Taiwan memperkenalkan ‘alat’ baru untuk dipakai anggota tentera mereka – topeng muka kalis peluru!
Topeng muka tersebut dikatakan mampu menjadi perisai walaupun ditembak dari jarak dekat.
Difahamkan ia berjaya dalam ujikaji yang dibuat saintis negara itu bila satu tembakan dilepaskan dari senjata a.44 magnum.
Namun difahamkan Amerika Syarikat juga pernah menghasilkan topeng
sebegini untuk beberapa tim khas mereka yang dihantar bertugas di Iraq
dan Afghanistan sekitar tahun 80-an dulu.
Cool
Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu.
Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian agak seksi dengan bahagian bahunya terdedah.
Penampilan Niki sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan busana tertutup, maklumlah di masjid.
Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.
"Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan.
![]() |
| Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan |
"Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.
Hiburan
SEJAK kehidupan Lindsay Lohan, 27, semakin terurus tanpa ketagihan alkohol, aktres itu dilihat memulakan ‘babak’ baharu dalam hidupnya menjalinkan hubungan cinta dengan model Liam Dean yang baru berusia 19 tahun.
Menurut laporan radaronline, pasangan itu dilihat sedang bermesra di sebuah restoran di New York dan di fahamkan mereka sudahpun bercinta sejak beberapa minggu lalu.
“Mereka bukan sekadar makan malam, tetapi juga telah ke sebuah parti tertutup. Walaupun masih baharu, Lindsay benar-benar gembira dengan perhubungan itu,” kata sumber.
Ini bukan pertama kali Lindsay keluar dengan jejaka berusia 19 tahun kerana sebelum ini pelakon tersebut juga pernah bersama lelaki muda.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Lindsay menafikan berita tersebut dan bertegas tiada hubungan istimewa yang berlaku antara Lindsay dan Liam
[Wow] - Selebriti
LONDON – Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, lapor media semalam.
Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.
Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal sepasang ‘suami isteri’ lain, Janis dan Maxwell Burr.
Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000 (RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.
Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.
“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi
Global
Berkongsi gambar berkualiti DSLR anda ke laman sosial seperti Pinterest dan Instagram kini menjadi lebih mudah.
Nikon telah mengumumkan pertambahan ‘ahli keluarga’ baru model DSLRnya iaitu model D5300.
Kamera ini merupakan keluaran pertama Nikon yang dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar WIFI, yang memudahkan jurugambar untuk menghantar gambar ke telefon pintar atau tablet,menyenangkan kerja memuatnaik gambar mereka secara terus ke laman sosial atau e-mel.
Selain itu,kemudahan WIFI D5300 ini juga berupaya untuk penangkapan syot secara kawalan jauh. Kamera ini juga dilengkapi dengan teknologi GPS yang membolehkan pengguna untuk menanda lokasi syot mereka diambil.
Ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah rakaman video beresolusi tinggi (full-HD) berkapasiti 1920 x 1080 60p serta sembilan kesan khas (special effects) untuk digunapakai pada imej dan video.
Model D5300 ini adalah versi terbaru DSLR keluaran syarikat Jepun ini selepas D5200. Seperti D5200, D5300 ini juga berupaya untuk menangkap 5 frame setiap saat.
Model ini dijangka untuk menembus pasaran antarabangsa pada hujung bulan ini, dengan harga USD 1400 untuk kit lengkap beserta lensa.
[wow] - Teknologi
Subscribe to:
Posts (Atom)






Recent Comments