Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Di Belanda 3 buah tangki sistem rawatan air akan diubah suai menjadi sebuah pusat komuniti . Ketiga-tiga tangki ini terletak di daerah Zeeburg, Amsterdam. Projek yang diberi nama SiLoo (nice name to remind us what the building was used before!) ini akan menempatkan sebuah pusat riadah memanjat dinding, bangunan pejabat, perpustakaan dan restoran. Bahagian luar dan dalam salah satu menara boleh dipanjat para pelawat.






Laporan asal DesignBoom


18 Okt - Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi

"YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)"

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat.
 
Kang Han Na, menjadi salah satu sorotan media melangkah di red carpet Busan Internasional Film Festival (BIFF) yang ke-18.

Kang Han Na tampil seksi dengan gaun yang menampakkan bahagian punggungnya dek kerana fesyen bajunya yang jarang dan luas terbuka di bahagian belakang.

Beberapa media turut membuat spekulasi mengenai pemakaian gaun dan jkuga pemakaian seluar dalam beliau.

"Setelah pamer payudara sekarang mereka tayang punggung pula?" komen seorang peminat.

"Apakah dia tidak pakai seluar dalam? Iya lah tu!" kritik yang lainnya.





HAMPIR setiap hari SS dengar artis berhijrah sama ada wanita mahu pun lelaki. Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
Bercakap soal hijrah ini, SS harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen. Ini kerana SS tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang sebagaimana fesyen moden yang lain.

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini.

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini.

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita, takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak membezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya. Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup!

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya, memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang tak kena.

Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis sekarang yang kononnya sudah berhijrah. Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga.

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau Muslimah sejati. Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali.

Menurut rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah ‘berbogel’ depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, nanti SS teruskan siasatan.

 

Beliau mungkin sudah berusia 43 tahun dengan 10 tahun pengalaman dalam dunia hiburan, tetapi Jennifer Lopez masih lagi mampu memberi saingan kepada artis-artis baru dengan gayanya yang tersendiri.
Pelakon dan penyanyi ini muncul di tayangan promosi filem terbarunya, Parker dengan mengenakan pakaian rekaan Kaufman Franco yang begitu seksi.

Gaun putih labuh yang dipakainnya mempunyai bahagian-bahagian yang jarang mengikut bentuk tubuh pelakon jelita itu. Bahagian tersebut bermula dari belakang, tepi pinggang hinggalah ke kakinya.

Dari ruang kecil yang jarang ini, jelas kelihatan Jennifer 'terlupa' untuk memakai seluar dalam untuk majlis malam ini. Memang tidak kelihatan langsung!

Walaupun gaun rekaan Kaufman Franco ini mempunya potongan hingga ke leher, tetapi ianya jarangan, memberi pandangan backless yang seksi ke atas tubuh Jennifer.

Memakai pakaian yang terdedah bukanlah perkara baru buat Jennifer, bintang ini pernah mengenakan pakaian rekaan Versace yang amat seksi pada Grammy Awards pada tahun 2000 yang lalu.


Washington – Kehidupan seks Edward Smith sepanjang 48 tahun lalu sungguh aneh. Berdasarkan pengiraannya, dia mempunyai lebih 1,000 teman seks tetapi hanya satu saja daripada jumlah itu ialah manusia.

Smith, 63, termasuk dalam golongan ‘mechaphile,’ terma yang digunakan untuk seseorang yang tertarik dan melakukan seks dengan pesawat, kereta api dan automobil.
Dan dia juga pernah melakukannya dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam siri televisyen ‘Airwolf.’

“Bagi kebanyakan orang, mereka melihat payudara dan punggung untuk menilai kecantikan wanita. Saya pula melihat pada depan dan belakang kereta yang cantik,” katanya, menurut laporan akhbar Mirror.

Bagaimanapun, Smith tidak lagi terdorong untuk mengadakan seks dengan sebarang kereta. Katanya, dia kini komited dengan Vanilla, kereta Volkswagen Beetle yang dibelinya 30 tahun lalu.

“Apabila menyentuh Vanilla, ada tarikan dan saya dapat merasakan tindak balasnya. Saya akan merana jika ada apa-apa berlaku kepadanya,” katanya.

‘Mechaphilia’ merujuk kepada keinginan seks yang unik dan menurut Smith, dia tidak bersendirian. Dia menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500 orang di dunia ini yang tertarik untuk mengadakan seks dengan kereta.



SEBELUM ini, ramalan kaum Maya mengenai kemusnahan dunia dan bumi pada 20 Disember 2012 ternyata salah dan silap sama sekali.

Malah, pihak penerbitan Hollywood turut membikin filem 2012 yang mengisahkan kepercayaan kaum tersebut berhubung isu terbabit.

Baru-baru ini, pakar astronomi dari Ukraine pula tampil dengan ramalan mengatakan tanggal 26 Ogos 2032 merupakan tarikh baru kiamat akan melanda.
Ini kerana mereka dikatakan telah menemui asteroid yang boleh memusnahkan bumi dengan kuasa 2,500 bom nuklear pada tarikh tersebut.
Nexus 5

Dengan hanya berbaki 10 hari dari pelancaran Nexus 5 dan KitKat (menurut khabar angin), peminat kini boleh melihat rekaan peranti.

Imej yang dibocorkan dipercayai datang dari syarikat yang dikenali sebagai Telus, salah satu daripada syarikat telekomunikasi di Kanada. Jika dilihat pada skrin paparan peranti ini, sistem operasi Android 4.4 kelihatan lebih terang selain bar notifikasi transparent dan perubahan pada rupa bentuk ikon bagi kamera serta aplikasi.

Antara spesifikasi yang mungkin ditampilkan pada Nexus 5 termasuk skrin 5 inci HD Penuh, prosessor 2.2GHz Snapdragon 800, memori RAM 2GB serta pilihan memori 16GB/32GB. Peranti yang direka berasaskan peranti G2 daripada LG ini mempunyai kamera 8MP.
Spesifikasi penuh dijangka akan diumumkan pada 28 Oktober ini.
Justin Bieber Didukung Sekali Lagi Di Kelab Hiburan

NAMPAKNYA, selepas dikritik gara-gara didukung oleh pengawal peribadinya di Tembok Besar China kerana kepenatan, Justin Bieber sekali mencipta kontroversi yang sama.

Baru-baru ini dia sekali lagi didukung sewaktu menghadiri parti hari lahir mentornya iaitu penyanyi Usher yang ke-35.

Gambar bintang pop berusia 19 tahun itu dirakam sedang duduk di atas bahu para pengawal keselamatannya di kelab hiburan Bootsy Bellows di West Hollywood, California.

Seperti biasa juga, Bieber tidak memakai baju. Dia juga nampaknya tidak perlu bersusah-payah mengharungi orang ramai yang memenuhi kelab itu.

Hai, kalau macam ini gayanya, jatuh habis kejantanan penyanyi ini. Semua benda hendak senang saja!
justin
Sekolah Benarkan Pelajar Hisap Rokok Disiasat

Sebuah sekolah di Roundhay, Leeds, UK kini sedang disiasat apabila tersebar cerita sekolah ini membenarkan pelajar seawal usia 11 tahun merokok di padang permainan pada waktu rehat.

Malah, guru dikatakan turut membekalkan rokok kepada pelajar-pelajar terbabit.
Difahamkan, cara ini diperkenalkan oleh pengetua sekolah sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng.

Bagaimanapun, sekolah berkenaan menghentikan serta merta amalan ini apabila ia dikutuk oleh banyak pihak selepas ia tersebar.

Elmete Central School mempunyai kira-kira 75 pelajar, kebanyakannya mempunyai masalah pelajaran dan disiplin.

Pertubuhan kebajikan anti-merokok menyelar tindakan ini dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat tidak beretika tidak kira walau apa pun alasannya.
zayn

Sebelum bercinta dengan anggota kumpulan One Direction, Harry Styles, penyanyi country terkenal, Taylor Swift dikhabarkan terlebih dahulu menyimpan perasaan terhadap Zayn Malik.

Sebaik mengetahui perkara tersebut, Zayn yang juga ahli kumpulan One Direction, terus menolak cinta Swift dan sejak itu penyanyi wanita itu mula beralih cinta kepada Styles.

Namun hubungan cinta di antara Swift dan Styles nyata tidak bertahan lama apabila Styles dilaporkan memutuskan hubungan mereka sewaktu mereka bercuti di Kepulauan Caribbean, tahun lalu.

Swift dan Styles kini dilaporkan sedang cuba untuk berbaik semula sebagai seorang rakan dan cuba melupakan persengketaan mereka sepanjang bergelar kekasih.
Samsung, Galaxy Gear

SEMENTARA peminat dunia Android sedang menantikan pengumuman daripada Google berkenaan dengan sistem operasi terbaru Android 4.4 Kit Kat, Samsung telah melancarkan kemaskini untuk Android 4.3 bagi Galaxy S4.

Program kemaskini ini, sama seperti kemaskini lain, memperbaiki sebarang masalah pada telefon pintar tersebut, meningkatkan prestasi dan yang paling penting, memberi fungsi sokongan untuk produk jam pintar baru dari Samsung, Galaxy Gear.

Menurut laporan daripada Sammobile, kemaskini ini telah dilancarkan di Jerman dan akan tiba ke negara-negara lain pada penghujung tahun ini.