Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sofia Vergara memang terkenal dengan keseksian tubuhnya. Bahkan kadang-kadang kelihatan seperti dibuat-buat keadaanya untuk menunjukkan keseksian dirinya itu.

Sebagai contoh, kejadian semalam yang menyaksikan Vergara terjatuh hingga terselak payudaranya.

Beberapa saksi ditempat kejadian berkata suasana agak kelam kabut ketika teman lelakinya Nick sedang berselisih ditepi meja hingga Sofia hilang kawalan berdirinya lantas terjatuh. Akibat memakai pakaian yang terlalu terdedah, payudara wanita berusia 40 tahun itu turut 'terlompat' keluar.



Hadirin pada ketika itu beranggapan Sofia sengaja berbuat demikian kerana mahu menunjuk-nunjuk keseksian tubuhnya. Namun akhirnya Sofia menafikan dan beliau berasa malu dek kerana kejadia tersebut.
Apabila kita menaip menggunakan komputer pasti kita tidak perlu risau akan kesilapan ejaan kerana komputer akan memaklumkan kepada kita kesilapan berkenaan. Tapi bagaimana pula jika kita menulis menggunakan tangan? Lernstift dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Pen pintar ini direka khas untuk memaklumkan apabila berlaku kesilapan ejaan dalam penulisan anda. Pen ini akan bergetar apabila kesilapan ejaan dikesan. 









Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Sukan Paralimpik Dunia
SEPANYOL – Bekas pengurus pasukan bola keranjang Sepanyol, Fernando Martin Vicente diapati bersalah atas tuduhan menipu, 13 tahun lalu dalam kes yang menggemparkan industri sukan dunia.
Vicente yang juga bekas ketua Persekutuan Sukan Golongan Kurang Upaya Sepanyol didakwa menipu dengan mengambil atlet normal untuk menyamar sebagai kurang upaya bagi memenangi pingat emas dalam sukan Paralimpik di Sydney.
Susulan itu mahkamah mendenda Vicente sebanyak 5,400 euro dan mengarahkan dia memulangkan semula wang subsidi kerajaan untuk golongan kurang upaya sebanyak 142,355 euro.
Skandal berkenaan terbongkar pada bulan November 2000 apabila salah seorang daripada anggota pasukan yang memenangi pingat emas di Sydney, Carlos Ribagorda, mendedahkan bahawa dia dan ahli pasukan yang lain diminta beraksi untuk sukan paralimpik bagi kategori padang, pingpong dan renang.
Padahal mereka adalah normal dan tidak mengalami masalah mental.
“Daripada 200 atlet Sepanyol yang menyertai sukan itu di Sydney, sekurang-kurangnya 15 daripada mereka tidak mengalami masalah mental dan tidak melaluui pemeriksaan perubatan serta psikologi,’’ katanya ketika menulis dalam majalah Capital, beberapa hari selepas sukan berkenaan berakhir.
Ribargorda berkata, dia telah bermain untuk pasukan bola keranjang paralimpik Sepanyol selama dua tahun meskipun tidak mengalami kecacatan mental.
Jelasnya, satu-satunya ujian yang dilaluinya ialah latihan pada sesi pertama iaitu melalui enam kali tekan tubi dan mengambil darah untuk pemeriksaan tekanan darah.
Hanya dua anggota pasukan yang memenuhi syarat iaitu IQ di bawah 70, namun anggota yang lain diberikan sijil perubatan palsu.
“Ada waktunya ketika kami berjaya mengatasi China, jurulatih meminta kami supaya memperlahan permainan, bimbang penipuan itu akan terbongkar,’’ katanya.
spain2
spain
Penganjur Persembahan Seks Ditangkap
BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.
Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.
Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.
`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,’’ kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.
Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.
Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.
Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan ‘Look who was talkin dirty to me!’.
Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.
Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.
“Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.
“Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata’.
Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,’’ kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.
Lelaki Brazil Pengasas Instagram Fesyen Kanak-Kanak
SEORANG lelaki dari Brazil Wilson Dorigon, telah memperkenalkan akaun Instagram, Fashion Kids yang mengentengahkan fesyen kanak-kanak yang bijak bergaya dari seluruh dunia.
Akaun tersebut mula ditubuhkan pada Februari 2012, bertujuan untuk memberi ilham buat ibu bapa di luar sana bagaimana untuk menggayakan pakaian anak mereka seperti kanak-kanak yang diterterakan menerusi laman tersebut.
Sehingga kini, jumlah pengikut Fashion Kids telah meningkat sehingga 1.3 juta penggemarnya yang tersendiri.
“Sehingga kini 95 peratus imej kanak-kanak yang ada menerusi laman tersebut dihantar oleh ibu bapa yang bangga dengan fesyen yang digayakan anak mereka, di mana ianya dilihat oleh hampir 1.3 juta pengikut kami,” kata Wilson menerusi laman webnya.
Selain itu, matlamat utama mereka adalah untuk mewujudkan platform bagi membincangkan fesyen kanak-kanak dalam cara yang ‘sihat’ dan baik.
“Kami di sini berkongsi tentang fesyen kanak-kanak, jadi pastikan segala komen yang diberikan adalah yang positif, dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti pihak lain seperti menggunakan kata-kata kesat atau komen yang berunsur perkauman,” katanya lagi.
Malah, kebanyakan kanak-kanak stylo yang berkongsi gambar mereka di laman itu kini bergelar Instagram superstar.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak lelaki yang berasal dari Mexico, Alonso Mateo, 5, kini mempunyai hampir 60,000 pengikut di laman Instagram yang tertarik dengan imej serta gayanya yang tersendiri.
Mateo sentiasa tampil kemas dan bergaya malah imejnya boleh diibaratkan seperti ‘David Beckham Junior’!
Tidak mustahil ‘fashion sense’ yang dimiliki oleh Mateo melayakkan dirinya digelar sebagai ikon fesyen bagi kanak-kanak seantero dunia.
MATEO1
MATEO2
KIDS1

Dibawah ialah beberapa gambar cool pembinaan Tower Bridge di London. Dibina pada tahun 1892, Tower Bridge ialah jambatan pertama yang mempunyai sistem drawbridge yang membenarkan sebahagian jalan jambatan dinaikkan baik membenarkan kapal melaluinya. Ia juga kerapa disalah panggil senagai London Bridge. 

Nope. Tower and London Bridge bukan jambatan yang sama. Many people don't know this. Apa yang menarik dari gambar ini ialah rupanya menara batu jambatan ini mempunyai struktur besi dibawahnya. I never knew that! 





Laporan asal DM

Dibawah ialah gambar beberapa banduan akhir is penjara Wuhan 12 jam sebelum dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah. Pelik juga cara China melayan banduan bilik akhir wanita mereka. Sebagai contoh pegawai penjara menolong banduan mewarnakan kulit kuku, membeli baju yang bakal dipakai sebelum ditembak serta menyuapkan makanan. Di Malaysia bagaimana pula?






Laporan asal IFeng


Tahukah anda ketika perang dunia kedua dahulu banyak kereta yang menggunakan kayu digunakan di Eropah. Dikatakan terdapat 9 juta kereta berkuasa kayu di Eropah pada ketika itu. Kayu digunakan sebagai sumber bahan api kerana catuan petrol untuk kegunaan ketenteraan. Jadi bagaimanakan kereta berkuasa kayu berfungsi. Ok I have to admit I dont really understand the chemistry but It goes something like this

Kayu diletakkan didalam balang kedap udara yang kemudian dipanaskan dengan stim sehingga1300 darjah selsius. Dalam ruangan kekurangan oksigen ini kayu akan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana yang juga dikenali sebagai SYNGAS. Hidrogen yang terhasil kemudian digunakan sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kereta. Ketika zaman perang dunia kedua stesyen minyak mula menjula kayu dan bukannya bahan api konvensional. Try imagining Petronas jual kayu api! LOL

Jadi mengapakah GASOGENE (nama panggilan gas kayu) tak digunakan lagi zaman sekarang?

Pertama sekali hidrogen yang terhasil sedikit dan kereta yang menggunakan Gasogene tidak boleh memecut laju. Kedua lihat sahaja saiz balang proses gasifikasi yang perlu diletakkan pada belakang kereta. Besar gila. Ianya berat dan menghalang pengilihatan pemandu. Ketiganya jika mahu gunakan kereta berkuasa kayu anda kena panaskan balang gasifikasi secara perlahan-lahan selama sejam sebelum kereta boleh dihidupkan. Jadi kalau mahu gunakan kereta dengan segera memang tak dapek den nak menolongnya. Akhir sekali setiap kali "minyak diiisi" anda perlu membersihkan sistem penapis udaranya. Banyak pulak kerja! Nak check water level radiator pun pemalas.

Sungguhpun begitu kereta berkuasa kayu ini boleh dikatakan echo-friendly kerana menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui. Hasil pembakaran Hidrogen juga jauh lebih bersih dari bahan api fosil yang sedia ada. Di Eropah sudah apa pergerakan yang menggunakan semula teknologi lama ini.

Just so you know sebuah kereta Gasogene boleh bergerak sejauh 100 Km dengan "membakar" 30 kilogram kayu. Adakah anda mahu menggunakan kereta sebegini?








Laporan asal LowTech


Pendaki pergunungan Alps kini boleh berehat didalam kabin istimewa yang dibina oleh Italian Alpine Club. Kabin berbentuk silinder ini siap dibina Oktober lalu dan kelihatan terjojol dari permukaan bukit. Jadi sekiranya anda melihat melalui tingkap dihujung kabin anda mungkin akan gayat. Kabin ini mampu menempatkan 12 orang dan mempunyai dapur, sistem pemanasan dan komputer yang mampu memberikan maklumat terkini tentang cuaca kepada pendaki. Panel solar dipasang pada atap kabin ini dan ianya mampu menghasilkan sebanyak 2.5 Kwh




Laporan asal Dezeen
BRATISLAVA, Slovakia - Seorang wanita di Slovakia mencipta rekod dunia dengan mengumpul 62,500 helai kain lampin, sekali gus diktiraf Guinness World Records, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Antonia Kozakova menyimpan kesemua 62,757 rekaan lampin tersebut yang bernilai £300,000 (RM1.5 juta) di ruang pejabatnya di sini.
Kozakova, 39, mengambil masa 16 tahun untuk mengumpulkan koleksi tersebut. Dia memperoleh lampin itu dari serata negara di dunia.
Wanita itu mula mencipta rekod dunia Guinness World Records pada tahun 2007 dengan koleksi 21,000 helai lampin. Sejak itu, Kozakova telah memecahkan rekod sendiri sebanyak tiga kali.
"Koleksi yang saya miliki adalah unik. Setiap koleksi hanya ada satu di dunia ini," kata Kazakova. - Agensi




PARIS - Seorang pengusaha coklat di Perancis, Sylvain Musquar memperkenalkan perisa coklat baharu melibatkan pelbagai jenis serangga di sini baru-baru ini.
Perisa baharu itu diperkenal sebagai usaha untuk mempromosi serangga sebagai makanan ringan popular.
Musquar mendapat ilham untuk memperkenalkan ulat mealworm dan cengkerik yang dihiasi di atas coklat selepas dia bekerja di Jepun dan Korea Selatan.
Pembuat coklat di timur Perancis itu percaya cara tersebut merupakan kaedah terbaik untuk menggalakkan orang Perancis memakan serangga.
"Anda tidak perlu lama merenung coklat serangga ini kerana anda tidak akan sanggup memakannya nanti," kata Musquar.
"Kerangupan serangga dan kacang di dalam coklat ini mampu menggoda pelanggan untuk terus memakannya," tambah pengusaha itu. - Agensi
BELUM reda isu pengakuan berkahwin, isteri pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal sekali lagi dilanda 'badai'. Kali ini, pelakon cantik berusia 21 tahun itu dikatakan masih tunangan orang sewaktu bernikah dengan Aeril pada 25 Februari 2012.
Dakwaan tersebut dikeluarkan sendiri oleh individu yang dikenali hanya sebagai Rashid yang mendakwa dirinya sebagai tunangan Wawa itu tersiar dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.
Kosmo! berjaya menghubungi pelakon yang kini muncul dengan filem Longkai tersebut yang menegaskan ini merupakan kali pertama dia menjawab panggilan telefon pihak media selepas kali terakhir muncul bersama Aeril pada sidang akhbar, Jumaat 11 Oktober lalu.
Wawa tidak menafi atau mengiyakan status dirinya yang dikatakan masih 'tunang orang ' seperti yang didakwa Rashid, namun dia mempunyai sesuatu untuk dijelaskan kepada umum berhubung isu tersebut.
Kosmo!: Benarkah Wawa adalah tunangan seorang guru sekolah bernama Rashid semasa anda bernikah dengan Aeril seperti yang didakwa seorang lelaki pada Ahad lalu?
WAWA: Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkaitan dengan isu ini kerana saya sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan keadaan kami. Ini kerana perbincangan tersebut (hubungan) berlaku antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa pihak lelaki itu.
Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?
Adakah benar dakwaan Rashid bahawa anda pernah menumpang di rumah adik perempuannya semasa anda kali pertama jejakkan kaki di Kuala Lumpur?
Ya, saya mengaku pernah menumpang di rumah adik lelaki tersebut seperti yang didakwa. Saya memang datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010, sebelum saya menjadi artis. Bagaimanapun, sama seperti mana saya tidak berhubung dengan lelaki tersebut, begitu juga dengan adiknya. Kali terakhir saya berhubung dengan lelaki tersebut adalah kira-kira hampir empat tahun lalu dan kini memang telah terputus hubungan.
Beralih kepada soalan berkaitan perkahwinan Wawa dengan Aeril, apakah komen anda tentang kenyataan akhbar Penasihat Agama Johor, Datuk Noh Gadut yang mengatakan bahawa pasangan berkahwin hanya perlu hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan pernikahan mereka (dengan membawa saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah) tanpa perlu bernikah kali kedua?
Saya minta maaf, saya tidak arif untuk memberi komen tentang isu ini. Jadi saya kira lebih baik merujuk terus kepada peguam saya, Zulhasmi Zakaria.
Bagaimanakah dengan kehidupan Wawa selepas pendedahan status perkahwinan kalian?
Sejujurnya, saya masih dalam trauma dengan wartawan selepas dihentam dengan teruk sekali pada majlis sidang akhbar pada Jumaat lepas. Bagaimanapun, saya rasa lega dan bahagia kini dengan kehidupan bersama Aeril dan anak kami, Ahmad Fakhruddin Attar.
Adakah Wawa masih dengan keputusan untuk memberi fokus terhadap anak dan akan kembali aktif dalam dunia seni pada satu tempoh yang ditetapkan?
Sebenarnya, saya ada mendapat tawaran berlakon daripada produksi luar (bukan MIG) dan drama daripada stesen televisyen TV3 dan TV9. Namun, seperti yang saya putuskan, saya akan tetap memberi fokus buat anak saya dulu dan merancang menjaganya sendiri sehingga dia berusia empat atau lima bulan sebelum kembali aktif.
Dari mana anda mendapat kekuatan berhadapan dengan kemelut ini?
Secara jujurnya, saya mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini daripada anak kami. Cuma, Aeril, buat masa ini, dia masih berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga tidak keluar rumah kecuali untuk penggambaran. - Kosmo