Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Ratusan orang hadir untuk larian ini dimana mereka tidak dibenarkan untuk memakai seluar dalam keadaan suhu dibawah -0 celsius.










Pelbagai

Muzium EMP di Seattle ialah antara muzium yang paling aneh dari segi rekabentuk dan artifak yang disimpan didalamnya di dunia. EMP Muzium memulakan hidup sebagai Experience Music Project and Science Fiction Museum and Hall of Fame. Ia dibuka pada tahun 2000 oleh salah seorang pengasas Microsoft Paul Allen. Bentuk muzium yang berbentuk aneh ini pula direkan oleh arkitek terkenal Frank Gehry.
Di dalam muzium seluas 13 000 meter persgi ini anda boleh melihat artifak Rock and Roll dari Hendrix hinggalah Nirvana. Mahu lihat gitar Jimmy Hendrixdan baju yang pernah dipakai Cobain? Silalah kesini. Terdapat juga muzium fiksyen sains yang memaparkan model Death Star Star Wars, kostum Superman dan kepala T100 Terminator.






Laporan asal EMP Museum
Cool
Kebiasaannya gelaran selebriti wanita paling seksi akan jatuh kepada pelakon yang memang dikenali sebagai simbol seks kepada peminat-peminat mereka.
Namun kali ini gelaran selebriti wanita paling seksi oleh majalah Empire telah menobatkan aktres British, Emma Watson dengan gelaran tersebut.
Emma, 23, yang memegang gelaran Hermoine Granger dalam siri filem Harry Potter telah berjaya menewaskan senarai pelakon wanita seksi lain antaranya Scarlett Johansson, Angelina Jolie, Mila Kunis dan Emma Stone.
Majalah Empire menyatakan sebab mereka memilih Emma ialah kerana pelakon tersebut menggabungkan kebijaksaan selari dengan kecantikkan yang dimilikinya, dari kecil sehingga kini dia berjaya menjadi aktres yang mampu melakonkan pelbagai watak.
Emma merupakan seorang pelajar cemerlang apabila sentiasa menunjukkan peningkatan dalam bidang akademik walaupun aktif dengan bidang seni lakon yang diceburinya sejak dari kecil lagi.
Dua tahun lalu, dia berjaya menjejakkan kaki melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Oxford untuk tahun akademik 2011 sehingga 2012.
[Wow] - Selebriti
Terbaru, seorang guru wanita di sana telah mendapat satu cara yang dilihatnya sebagai berkesan untuk menaikkan semangat dan motivasi pelajarnya supaya memperolehi keputusan peperiksaan yang baik.
Cikgu itu telah berjanji sekiranya anak muridnya berjaya mendapat markah tertinggi dalam ujian, dia akan hadir ke kelas mengajar dengan berpakaian seksi.
Walaupun terdapat segelintir pihak yang marah dengan tindakan guru muda itu namun tidak kurang yang memujinya dalam langkah untuk memotivasi pelajarnya supaya mendapat keputusan cemerlang untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.
Pelbagai
Rekaan poster selalunya menjadi di antara faktor yang dapat menarik minat penonton menonton sesebuah filem itu di pawagam.
Terbaru, filem Ular terbitan KRU Studios dikatakan telah meniru rekaan poster filem terkenal Hollywood Anancondas yang juga membawa tema ular sebagai jalan cerita utamanya..
Filem Ular yang bakal ditayangkan bermula 5 Disember depan dibintangi pasangan suami isteri, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim serta Izzue Islam.
Mungkin pereka poster mengambil serba sedikit inspirasi daripada poster Anancondas namun kalau tengok sekali imbas memang sebijik habis!
Ular mengisahkan seorang wartawan jenayah Myra (Lisa Surihani) yang digantung kerja yang kemudiannya telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau.
Myra yang ditemai jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabial percutian hebat yang dimenangi oleh 10 pemegang cabutan bertuahbertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak diduga oleh mereka.
[Wow] - Hiburan
Kalau anak murid tidak menyiapkan kerja rumah, selalunya hukuman ketuk ketampi, pukul telapak tangan ataupun berdiri di atas kerusi merupakan hukuman kegemaran guru untuk pelajar nakal dan degil sebegitu.
Namun berlainan pula dengan keadaan di sebuah sekolah di India apabila gurunya bertindak menghukum pelajar tersebut dengan hukuman yang dilihat sangat ekstrem untuk mengajar kanak-kanak tersebut.
Cikgu itu akan mengumpulkan kesemua pelajar yang tidak memyiapkan tugasan di sebuah kawasan lapang sebelum menyuruh mereka berbaris sambil berbaring dengan tangan dihelakan ke depan.
Posisi itu adalah untuk menyenangkan cikgu itu menunggang motosikalnya sambil melalui bawah tangan pelajarnya.
Hmm, hukuman sebegini mungkin boleh mengajar anak muridnya untuk tidak mengulangi kesalahan mereka buat kali kedua, tetapi perkara sebegini sangat melampau untuk diaplikasikan sebagai hukuman untuk kanak-kanak yang masih kecil.
Pelbagai
PETALING JAYA – Pelakon Diana Rafar
menepis tuduhan rumah tangga yang dibinanya bersama aktor Zamarul
Hsiham, 42, menghadapi krisis sehingga menyebabkan mereka jarang dilihat
keluar bersama.
Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd.
Rafar, 31, berkata, hubungan mereka tidak menghadapi sebarang masalah
sebaliknya Zamarul terlalu sibuk di lokasi penggambaran mengakibatkan
pelbagai andaian timbul.
“Hubungan kami memang ‘renggang’ kerana kesibukan Zamarul di mana jadualnya penuh dengan penggambaran drama.
“Saya pun tak tahu bila masanya tidak sibuk tetapi macam mana pun kami masih lagi bersama,” katanya yang dihubungi mStar Online.
Diana mengakui ada kalanya dia berasa
hati terhadap Zamarul yang jarang mempunyai masa untuk bersama dan
mereka pernah membincangkan perkara tersebut.
Bagaimanapun kata Diana, dia harus memahami kesibukan suaminya itu merupakan satu pengorbanan terhadap keluarga.
“Biasalah bila pergi ke majlis tanpa
suami, orang mulalah bertanya dan memberi pelbagai andaian. Malah wajah
Zamarul tiada dalam Instagram saya pun orang tertanya-tanya kenapa?
“Tapi nak buat macam mana, nak ambil gambar bersama pun tak sempat,” tuturnya.
Hasil perkahwinan Diana dan Zamarul pada
16 Mei 2009, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Kashfi
Haikal yang kini berusia tiga tahun.
Zamarul pula mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Izzat Haikal, 14.
Dalam pada itu Diana berkata dia
berhasrat untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan selepas
spa yang dimilikinya di Shah Alam sejak tujuh tahun lalu ditutup kerana
kekurangan pelanggan.
“Sekarang ini saya sibuk dengan
mempromosikan produk kecantikan saya Maixara selain menjadi duta kepada
produk Sumber Ayu,” jelasnya. – mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
Selepas menggunakan khidmat Khairul
Fahmi Che Mat, Zain Saidin dan Cha Cha Maembong sebagai duta produk
Simplysiti sebelum ini, kini giliran pelakon kacukan Melayu-Inggeris,
Siti Saleha dilantik bagi mewakili produk keluaran Datuk Siti Nurhaliza
itu.
Pelakon manis itu dilantik sebagai muka baru untuk produk kecantikan SimplySiti White & Detox.
Sebelum ini wajah Saleha sinonim dengan iklan komersial bagi produk wangian, Enchanteur Paris.
Dengan wajah Pan-Asiannya itu tidak ragu lagi mampu mendatangkan sumber rezeki buat adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu.
[Wow] - Kisah Artis
KOTA BHARU – Seorang calon Penilaian
Menengah Rendah (PMR) di sini semalam, terpaksa menduduki peperiksaan
terbabit wad sebuah hospital di bandar ini, selepas melahirkan anak
akibat terlanjur dengan teman lelaki.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,
15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan
mengandung setelah perutnya terus membesar.
Remaja terbabit yang bersalin secara
normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat
untuk menjalani peperiksaan.
Menceritakan detik hitam itu, dia
terpedaya dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan
bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.
“Akibat termakan pujuk kerana
kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya
menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.
“Ibu dan ayah begitu marah
dengan perbuatan saya ini memandangkan saya masih bersekolah dan mereka
dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin
membesar,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Nor berkata, dia kini menyesal dengan
perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik
dari percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.
“Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini
dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang
diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan
pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan
lalu,” katanya. - Sinar Harian Online
[Wow] - Berita Tempatan
CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia
mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.
Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’
seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang
comel.
Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.
Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh
isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.
Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai
hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA
dilakukan.
Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah
bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku
bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka
berkahwin.
“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami
mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak
perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.
[Wow] - Berita Dunia
SELINSING – Penduduk Kuala Gula di sini gempar apabila seorang warga
emas yang disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan didakwa
kembali membuka mata dan menggerakkan badan selepas lima jam diletakkan
di dalam keranda.
Adik mangsa, Tan Chai Soon, 55, berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi
di Kampung Cina Kuala Gula kelmarin, kakaknya, Tan Chai Gaik, 69,
disahkan meninggal dunia akibat sakit tua oleh pembantu perubatan yang
datang ke rumah untuk merawatnya.
Menurutnya, setelah dimaklumkan pemergian mendiang, seluruh ahli
keluarga menyediakan persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian
mendiang.
“Setelah mendiang diletakkan dalam keranda di rumahnya lebih kurang
jam 1.30 tengahari, kesemua ahli keluarga menjalankan upacara
sembahyang.
“Sedang nama mendiang disebut-sebut anak perempuan keduanya,
tiba-tiba mendiang membuka mata dan menggerakkan sedikit anggota badan
,”katanya ketika ditemui semalam.
Chai Soon berkata, kesemua ahli keluarga yang terkejut dengan
kejadian itu segera menghubungi semula pembantu perubatan yang merawat
mendiang sebelum ini dan memintanya memeriksa warga emas itu.
Dakwanya, pembantu perubatan itu sangat terkejut setelah mendapati
tekanan darah mendiang memberikan bacaan stabil meskipun tidak lagi
bernafas dan tiada denyutan nadi.
“Pembantu perubatan segera mengarahkan ambulans daripada Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang sebenarnya
meninggal dunia sejak disahkan pada kali pertama dan kejadian ‘hidup’
kembali itu mungkin disebabkan tindak balas luar biasa tubuh mendiang,”
katanya. – Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
HUNAN – CHINA.Seekor tikus gergasi seberat lebih lima kilogram ditangkap petani Cina di Shaoyang, Hunan, China.
Tikus seberat 10 kali ganda daripada tikus biasa itu pertama kali
dikesan selepas memakan ikan seberat tiga kilogram dari sebuah kolam di
kampung Shaoyang yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk
kampung.
Menurut media tempatan, selepas dibunuh petani menghadapi kesukaran untuk menyiangnya kerana kulit dan tulang yang tebal.
“Dua bilah pisau patah semasa mereka cuba memasaknya,” menurut laporan itu.
Tikus merupakan makanan tradisional di Guangdong, selatan China dan
dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam. – Daily Mail
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)


Recent Comments