Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelawak Zizan Razak menganggap kontroversi laguBawaku Pergi yang dikatakan menggalakkan remaja lari dari rumah tidak pernah mematahkannya semangat untuk mempertaruhkan lagu terbaharunya berjudul Infiniti Cinta.
Zizan, 29, berkata, Infiniti Cinta merupakan bukti kepada kesungguhannya dalam memperjuangkan muzik sebagai seorang penyanyi.
"Saya tidak pernah patah semangat dengan kontroversi lagu Bawaku Pergi sebaliknya ia membuatkan saya ingin terus berkarya.
"Infiniti Cinta merupakan kesinambungan kepada lagu Bawaku Pergi dan pada saya setiap kontroversi ada baik dan buruknya," katanya pada sidang media pelancaran video klip lagu berkenaan di Menara HSC, Jalan Ampang di sini, Rabu.
Lagu ini merupakan lagu duet keduanya bersama penyanyi Kaka Azraff selepas Bawaku Pergi.
Tambah Zizan, lagu yang baru dilancarkan Julai lalu ini telah mendapat maklum balas positif dan diterima pendengar.
"Alhamdulillah lagu ini tidak mengambil tempoh yang lama untuk disedari kewujudannya. Saya dimaklumkan ia sudah berada di tangga atas carta radio-radio tempatan.
"Setakat ini juga tiada lagi komen negatif atau bau-bau kontroversi terhadap lagu ini," katanya.
Sementara itu, video klip Infiniti Cinta yang baharu sahaja dilancarkan pada Rabu, merupakan arahan Ghaz Abu Bakar.
Muzik video ini menceritakan tentang seorang chef yang jatuh cinta dengan seorang pelanggan restorannya.
Menurut Ghaz, muzik video ini memaparkan Kuala Lumpur yang seakan-akan kota New York, Amerika Syarikat.
"Saya mahu muzik video ini lain daripada yang lain dan ingin ia dilihat seperti berada di luar negara.
"Cabarannya ialah terpaksa mengelakkan benda-benda yang sudah biasa dilihat seperti bangunan atau pun kereta seperti Myvi atau Proton," katanya. Mstar
[Wow] - Kisah Artis
KEDUA-dua lelaki dalam gambar lama ini mempunyai kaitannya dengan pelakon comel Nora Danish.
Seorang merupakan bapa kepada anaknya manakala seorang lagi merupakan kawan lelaki yang paling rapat dengan dirinya kini.
Gambar yang dipercayai diambil 10 tahun lalu ini menunjukkan hubungan akrab yang dibina di antara bekas suami Nora, Rizal Ashram dan teman tapi mesra aktres itu kini iaitu Nedim Nazri.
Nampak macam seiras pula mereka ni kan.
Sebelum ini, sering kali peminat dilihat membuat perbandingan di antara kedua-dua anak VIP ini apabila Nora memuat naik gambar Nedim di laman Instagramnya.
Namun, hidup perlu diteruskan, Jejai pun dah bahagia dengan isteri dan anaknya.
Pastinya peminat Nora pun mengharapkan pengakhiran yang terindah dan bahagia buat Nora dan Nedim di masa hadapan.
[Wow] - Kisah Artis
Nama Miley Cyrus memang menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini sejak dia mula memperlihatkan imej yang semakin seksi dan berani dari hari ke sehari.
Terbaru, penyanyi lagu We Can’t Stop itu tampil berbogel menerusi muka hadapan majalah Rolling Stone bagi keluaran bulan Oktober.
Berposing di tepi kolam sambil menjelirkan lidah dan hanya dihiasi dengan aksesori berwarna keemasan, perkara itu seakan menjadi perkara biasa buat gadis berusia 21 tahun ini.
Sebelum ini, Miley juga muncul tanpa seurat benang dalam muzik video single terbarunya yang berjudul Wreking Ball sehinggakan videonya itu menjadi viral apabila ditonton lebih 152,173, 074 sehingga kini.
Miley baru sahaja putus tunang dengan pelakon kelahiran Australia, Liam Hemsworth, minggu lalu dan Liam kini sudah pun dilihat bertemu penggantinya iaitu seorang penyanyi dan pelakon Eiza Gonzalez.
[Wow] - Selebriti
Kami apabila menonton video ini jadi risau dan bimbang akan nasib bayi kecil yang dipercayai berusia mungkin kurang sebulan diperlakukan seorang wanita seperti roti canai.
Wanita itu dipercayai ibunya dirakam memusingkan anaknya beberapa kali, melambungnya dan melakukan pelbagai aksi yang tidak terfikir dek akal dilakukan kepada seorng bayi seperti itu.
Bagaimanapun, kejadian ini tidak berlaku di dalam negara sebaliknya ia dipercayai berlaku di negara-negara Balkan kerana percakapannya lebih mirip kepada bahasa Russia.
Daripada gaya perbuatan wanita itu, kemungkinan ia adalah satu ritual di sana untuk memperlakukan bayi sebegitu rupa mungkin untuk melembutkan ototnya.
Ia kerana selepas agak lama bayi itu diperlakukan begitu si ibu kembali mencium anaknya itu yang mungkin baru lepas dimandikan.
Apapun sebabnya, kami sebagai orang Malaysia di benua Asia agak terkejut bila bayi sekecil itu diperlakukan sebegitu rupa.
[Wow] - Kisah Hidup

siapa pernah tengok Looper, Rise of the Planet of The Apes, Planet of the Apes, Salt, Click, Blade 3, Benjamin Button danRing? Kalau anda ingin tahu solekan kesan khas yang cool dari filem-filem diatas dihasilkan oleh Kazuhiro Tsuji yang berasal dari Kyoto Jepun. Beliau kemudian mengembangkan sayap ke Amerika Syarikat dan melakukan solekan untuk filem Men In Black. Solekan beliau terkenal kerana ianya hiper realistik dan oleh sebab itu beliau memenangi pelbagai anugerah industri kesan khas. Beliau kini mempunyai syarikat kesan khas beliau sendiri.







Laporan asal Kazuhiro Tsuji
[Wow] - Biar Betul
Dewasa ini lebih banyak individu bermain permainan komputer menggunakan tablet dan telefon pintar. Ini adalah kerana ianya lebih mudah dikendali dan mudah alih. Mengaku sajalah yang anda pernah bermain Candy Crush ataupun Minion Rush ketika baring di atas katil. Mengaku jugalah yang at least sekali peranti yang dipegang jatuh ataupun hampir jatuh ke atas muka anda. Goron Tablet Cushion yang dipertontonkan di Tokyo Gaming Show beberapa hari yang lalu cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh digunakan ketika duduk, terlentang atau baring pada sisi badan. Peranti anda diletakkan pada pemegang khas semetara kepala anda akan terletak selesa di atas kusyen. Harah sebuah Goron Tablet Cushion ialah Yen 19800 (RM 644) sebuah.




Laporan asal CNet
[wow] - Teknologi
kes pula dengan pelakon dan pengarah Farid Kamil ni? Dia dikatakan memukul Nora Danish bagi menjiwai wataknya sebagai suami kaki pukul dalam filem terbaru mereka berjudul Bencinta. Jom ikuti penjelasan penuh Farid Kamil berkenaan filem tersebut.
"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita."
Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin."
"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora."
Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing."
[Wow] - Kisah Artis
Di Singapura, seorang penulis blog telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan asalkan mahu terus berusaha.
Kife Wee, 20, berjaya mengubah fizikal dan personalitinya daripada seorang remaja gemuk kepada model dalam masa empat bulan sahaja.
Segalanya bermula sejak setahun lalu apabila beliau diejek oleh seorang lelaki yang menolaknya dan mengatakan bahawa dia seorang yang sangat gemuk.
“Dia berkata jika saya menolaknya, dia pasti akan melayang,” ujar Kife melalui laman blognya.
Peristiwa itu menjadi pembakar semangat kepada remaja itu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat sekaligus mendapatkan berat badan yang ideal.
Dalam masa setahun, Kife berjaya mengurangkan beratnya sehingga 15 kilogram selepas program diet yang ketat.
Bagaimanapun, dia mula ‘tergelincir’ daripada matlamatnya dan mula mengamalkan tabiat lamanya iaitu makan tanpa had kerana merasakan dia sudah kurus.
Sikap ini menyebabkan berat badannya naik mendadak sebanyak 10 kilogram dan keseluruhannya mencecah 82 kilogram.
Bimbang peristiwa lama berulang kembali, Kife kembali berdisplin dan memulakan amalan pemakanan sihat selain menjalani latihan fizikal di gimnasium.
Dalam masa empat bulan sahaja, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram dan kini seorang model bebas selain memenangi Pertandingan Wajah Terbaik Ulzzang.
Remaja ini turut berharap kisahnya di blog tersebut dapat dijadikan motivasi kepada semua yang ingin mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
Pelbagai
Seorang lelaki Bulgaria berusia 59 tahun mencuba untuk mencipta rekod baru berenang merentasi dengan diikat kaki dan tangan di dalam sebuah beg.
Jane Petkov yang turut dikenali sebagai Lelaki Amfibia di negaranya Bulgaria berkata untuk berjaya melakukannya ia memerlukan tahap fokus yang tinggi dan tekni khas bernafas untuk menjayakannya.
Percubaan itu dilakukan Petkove pada 10 September lepas di Tasik Orhid di Macedonia.
Petkov terjun ke dalam tasik dari dalam sebuah bot di tengah-tengah tasik dan berenang ke tepi tasik.
Tangan dan kakinya diikat sebelum beliau dibungkus di dalam sebuah beg menyerupai beg mayat yang tebal. Beliau diikat sekali lagi dengan lilitan di sekeliling beg itu bagi memastikan beliau tidak boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh.
Cubaan itu dianggap berbahaya dan berisiko apabila doktor yang memeriksa Petkov mendapati beliau dalam keadaan yang sedikit lemah kerana usianya.
Dalam renangannya, Petkov berenang seperti gaya seekor ikan lumba-lumba.
Beliau mengambil masa 2 jam 47 minit untuk berenang sejauh 2 kilometer dan sampai di tepi tasik.
“Saya berasa begitu sejuk ada satu kilometer pertama tetapi semuanya kembali normal selepas itu, jika suhu air lebih panas, saya boleh berenang sejauh 10 kilometer lagi,” katanya.
Setiap aspek percubaan itu dirakamkan dari atas sebuah bot dan rakaman itu akan dihantar ke pejabat Guiness Records di London.
Global
Sudah lama kita tidak mendengar cerita mengenai penyanyi bersuara hebat, Jessie J ini.
Khabarnya, pelantun ‘Price Tag’ dan ‘Domino’ itu bakal berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun hadapan bagi meluaskan lagi pengaruh muziknya di sana.
Jika itu keputusannya, bermakna beliau akan meninggalkan negara tercintanya, United Kingdom demi cita-citanya itu.
“AS merupakan pasaran yang cukup besar untuk ditembusi. Banyak yang berbeza di sana.
“Saya tidak suka melakukan perkara separuh jalan. Saya tidak akan masuk ke pasaran mereka selagi saya tidak berada di sana, jadi saya akan tinggal di sana tahun hadapan,” katanya sewaktu persembahan iTunes baru-baru ini.
Menurut Jessie lagi, beliau akan memulakan kariernya di sana dengan mengikuti persembahan jelajah Amerika bersama penyanyi Robin Thicke.
Beliau juga merancang untuk tinggal di New York kerana ia kehidupan di sana tidak jauh berbeza dari London.
Semoga usaha Jessie ini akan membawa beliau pergi lebih jauh lagi di persada muzik dunia dan apa yang pasti, pasaran Amerika bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditembusi tanpa usaha yang gigih.
[Wow] - Selebriti
Nama Tom Neuwirth, 24, mungkin kurang dikenali di Eropah, namun jika disebut Conchita Wurst, pasti ramai itu sudah sedia maklum akan ‘keanehan’ individu ini.
Berjaya mencetuskan kontroversi dengan mewakili Austria dalam Pertandingan Nyanyian Eurovision 2014 di Denmark, penyanyi itu mempunyai dua identiti yang berlainan pada dirinya.
Dilahirkan sebagai seorang lelaki, namun Tom mempunyai kecenderungan untuk bergaya seperti seorang wanita dalam setiap persembahannya.
Di setiap persembahan pentas, dia akan memakai pakaian wanita dan solekan tebal serta berjambang.
Berjambang? Ya, itulah identiti unik yang dikekalkan oleh jejaka ini biarpun segala-galanya sudah hampir menyerupai wanita.
Menurutnya Conchita, dia merasakan bahawa terdapat dua jiwa yang sedang berada di hatinya iaitu seorang lelaki Austria dan seorang penghibur wanita Colombia.
Biarpun dikenali sebagai wanita di atas pentas, sebaik sahaja tamat persembahan dia akan kembali semula menjadi Tom.
Tambahnya lagi, kehidupannya sangat menyeronokkan kerana dapat hidup dalam dunia fantasi yang diingini bila-bila masa.
[Wow] - Selebriti
Di sini, aku akan berkongsi beberapa tempat menarik di Sabah yang boleh dilawati jika anda sedang merancang untuk bercuti di Sabah. Mungkin anda sering mendengar tentang kepelbagaian tempat menarik di Sabah, ianya memang benar dan anda dijamin akan menikmati kepuasan melancong jika memilih Sabah sebagai destinasi percutian. Tempat menarik di Sabah 2012 yang saya ingin kongsi di sini ialah sambungan daripada entri yang lepas iaitu Tempat menarik di Sabah part 1.
Rumah Terbalik, Tuaran
Rumah Terbalik atau The Upside Down House ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell. Ianya merupakan salah satu tarikan baru pusat pelancongan di Sabah. Tempat menarik di Sabah 2012 terbaru ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 2012.
Sabah Tea Garden, Ranau
Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau-Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau, Sabah. Perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.
Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari). Teh yang ditanam di sini menggunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi, teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.
Sepilok, Sandakan
Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.
Rumah Terbalik, Tuaran

Rumah Terbalik atau The Upside Down House ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell. Ianya merupakan salah satu tarikan baru pusat pelancongan di Sabah. Tempat menarik di Sabah 2012 terbaru ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 2012.
Sabah Tea Garden, Ranau


Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau-Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau, Sabah. Perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.
Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari). Teh yang ditanam di sini menggunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi, teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.
Sepilok, Sandakan


Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.
Pelancongan
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments