Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Payudara Terdedah Ketika Leka Menari

 

Peminat bola sepak di singapore terkejut apabila tarian semasa pembukaan perlawan diantara kumpulan First XI dan Liga S-All-Stars dimana salah seorang penari pakaiannya telah tertanggal sehingga tersembol payudara penari tersebut.
Hanya mengenakan tiub untuk menutup tubuhnya ketika menari di lihat terkial-kial cuba menutup payudaranya yang terdedah ketika tarian tersebut berlangsung.





Akibat dari kesukaran untuk menarik tiubnya yang terlondeh itu, beliau berlari dihadapan 7000 penonton di dalam stadium itu untuk masuk ke bilik persalinan.
Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu. Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.
 
Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram. Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati. Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka. – Reuters

Tradisi Pelik Gantung Lembu Di Pokok

2013 07 12 060905 300x206 Upacara Gantung Lembu Mohon Kekayaan
Tradisi Pelik Gantung Lembu Di Pokok

Jepun Tukar Kertas Kepada TOUCHSCREEN

Semua syarikat Jepun Fujitsu telah mencipta satu teknologi dimana ianya dapat mengesan tempat yang disentuh kemudian menukarkan apa sahaja kepada touchscreen atau bahasa melayunya skrin sentuh

Anda boleh lihat video dibawah bagaimana sekeping kertas biasa yang telah disetkan dengan database bertukar menjadi touchscreen apabila di sentuh dengan jari.

Wallpaper Default Windows XP

Mungkin banyak daripada anda yang merasa kekeliruan dan merungut "apa yang menarik dari gambar  ini?" Tapi sebenarnya, gambar yang dikatakan kurang menarik ini adalah salah satu gambar yang paling luar biasa di dunia. Kenapa?? 
Kerana gambar ini adalah gambar sebenar wallpaper default Microsoft Windows XP yang merupakan karya dari Chuck O'Rear, jurugambar National Geographic di sebuah kebun anggur di daerah Napa Valley, California. 
Chuck sama sekali tidak pernah menyangka kalau foto hasil jepretannya dipilih oleh Microsoft sebagai Kertas default Windows XP dan membuat dirinya menerima royalti foto tertinggi di dunia. Namun mereka berdua sepakat untuk tidak menyebutkan berapa besar jumlah royaltinya.



Wallpaper Default Windows XP
Wallpaper Default Windows XP



Sumber:Here


Hugh Hefner, bos majalah dewasa Playboy mengesahkan di laman Twitter: "Bollywood starlet Sherlyn Chopra will be the first Indian to appear nude in Playboy, in the November issue.

Sherlyn Chopra menjadi wanita pertama india muncul di muka depan majalah 'PLAYBOY' . Beliau kini sibuk membuat persediaan untuk sesi pergambaran majalah itu. 

Beliau berasa bangga menjadi India pertama untuk melakukannya !












Seorang lelaki India berusia 23 tahun putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak ketika diserang dua lelaki tidak dikenalinya.

Mangsa dikatakan telah pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Lembah Permai, Lembah Jaya di Ampang awal pagi semalam.

Menurut berita di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ), sebaik tiba, mangsa terus masuk ke bilik tidur pertama manakala isteri serta seorang anaknya tidur di bilik berasingan.

Pada kira-kira pukul 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi bising sebelum kemudiannya mendapati suaminya telah berlumuran darah di dalam rumah sambil menjerit kesakitan.

Mangsa dikenali sebagai Pragash dan berniaga di sebuah restoran di Plaza City One berdekatan Masjid India di ibu negara.

Maklumat lanjut mengenai motif serangan setakat ini masih belum diketahui.

Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta grill rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu.

Sehingga kini tiada saksi yang tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual akibat trauma.

Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

DALAM plak senarai nama penghormatan kepada para juruterbang pesawat Typhoon Tentera Udara Diraja Britain (RAF), di Tugu Peringatan Tentera Bersekutu di Noyers Bocage, Perancis, terukir nama seorang warga Malaysia.

Pegawai Waran HCB, Talalla atau Henry Conard Benjamin ‘Sonny’ Talalla dari Skuadron No.182 adalah antara 151 nama yang tertera di plak tugu itu sebagai memperingati jasa juruterbang yang terkorban dalam ‘Battle of Normandy’ semasa Perang Dunia II (WWII).

Pesawat Typhoon Henry ditembak jatuh oleh artileri anti pesawat tentera Nazi pada 1944 semasa operasi serangan ke selatan Caen di Perancis semasa ‘Operation Cobra’ untuk menembusi garisan pertahanan musuh.

Adiknya, Cyril Lionel Francis ‘Jimmy’ Talalla’ juga adalah seorang juruterbang di bawah RAF semasa WWII dalam Skuadron No.118 dan kemudian Skuadron 122, yang menerbangkan pesawat tempur Hurricane sebelum pesawat tempur Mustang buatan Amerika. Bagaimanapun beliau terselamat dalam perang berkenaan.

Daripada keluarga tersohor

Adik beradik ini berasal daripada keluarga kaum Singhalese yang tersohor dengan enam anak lelaki dan telah banyak menyaksikan pencapaian mengagumkan semasa zaman penjajah, tetapi agak aneh mereka jarang disebut dalam rentetan sejarah Malaysia.

Ayah mereka, Hewage Benjamin Talalla yang berasal dari Sri Lanka adalah juruterbang ternama yang melakukan pencapaian penting setelah terbang secara solo dari Alor Setar ke Corydon di England pada 1932, satu penerbangan bersejarah yang memakan masa 28 hari.

Di Lembah Klang, terdapat dua buah jalan yang membawa nama keluarga itu iaitu satu di ibu negara dan satu lagi di Klang sementara di Perancis pula terdapat ‘Henry Talalla Route’, jalan yang menghubungkan dua perkampungan berhampiran tempat pesawat Henry terhempas.

Seorang daripada dua adik beradik Henry dan Jimmy yang masih hidup lagi ialah Richard Talalla, 83, seorang peguam kanan yang masyhur di pejabat amalan guaman yang tersohor, dan beliau juga seorang bekas hakim mahkamah tinggi.

Bagaimanapun, siaran dokumentari baru-baru ini bertajuk ‘Lost Over France: Malaysia’s Unsung Hero’ di saluran History dan History HD di Astro bersempena dengan sambutan Hari Malaysia sedikit sebanyak menampilkan kisah dua beradik wira ini dan keluarga Talalla.
Keluarga perintis penerbangan
Seperti ayah mereka, Henry dan Jimmy mendekatkan diri dengan dunia penerbangan dari awal lagi sehinggakan mereka menerima lesen penerbangan sebelum tamat tempoh pengajian di Victoria Institution di sini.
Henry dan Cyril kemudian menyertai Kelab Penerbangan Kuala Lumpur dan mengembara merentasi langit Malaya menggunakan pesawat dwi sayap ‘Tiger Moth’.
Apabila Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada September 1939, mereka berdua baru sahaja menyertai syarikat ayah mereka.

Apabila ayah mereka mendapat tahu adanya permintaan untuk juruterbang sukarela dalam perang itu, beliau menyatakan hasrat agar kedua-dua anaknya itu menyertai RAF. Mereka akur dengan niat murni bapa mereka tanpa mengetahui bahawa perang itu kelak akan menentukan takdir masing-masing.

Sementara kedua-dua mereka berjuang di Eropah, Jepun pula menyerang Malaya pada 1941 dan keluarga Talalla turut berhadapan dengan kekejaman oleh Jepun yang menganggap mereka bersimpati dengan British. Mereka dipenjarakan oleh pihak Jepun.

Penerbangan malang

Pada 25 Julai, 1944, Henry adalah seorang daripada juruterbang satu skuadron empat pesawat Typhoon yang menyerang barisan kereta perisai musuh di Fonetaty Le Marmion untuk memaksa barisan pertahanan Jerman berundur di selatan Caen.

Pesawat Typhoon itu dianggap sebagai pesawat tempur canggih ketika itu, yang membawa roket dan meriam untuk memusnah kereta perisai musuh di darat.

Semasa serangan itu, Henry berada dalam pesawat ketiga pasukan berkenaan.

Beliau melakukan junaman 60-darjah dan melepaskan roket kepada pihak Nazi yang kemudian bertindakbalas melepaskan tembakan anti pesawat menyebabkan pesawat dipandu Henry hilang daripada kumpulannya.

Apabila mendengar berita kehilangan pesawat Henry, Cyril memutuskan untuk mencari abangnya itu dan melakukan penerbangan bersendirian merentasi Utara Perancis menggunakan pesawat Mustang melalui laluan yang dilalui Henry merentasi medan perang tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Pesawat Henry terhempas kira-kira 11 batu dari tempat ia terkena tembakan dan beliau dipercayai dikuburkan oleh pejuang Perancis dengan kuburnya ditemui 21 hari kemudian oleh seorang petani Perancis, Louie Bree.

Richard berkata; “Kita harus memahami apa yang ada dalam fikiran Jimmy pada masa itu. Tanpa sebarang khabar daripada keluarga di tanahair, pada Jimmy, Henry adalah satu-satunya anggota keluarga terakhir bagi beliau”.

Keluarga Talalla juga tidak mengetahui nasib yang menimpa Henry sehingga peperangan berakhir pada 1945. Hewage hiba mendengar berita itu dan segera ke Britain dan kemudian ke Perancis untuk mencari kubur Henry, yang ditemuinya di ladang Bree.

Henry kebanggan Malaysia   

Sementara itu, Jimmy menyertai pelbagai operasi serangan semasa perang itu dan pada Jun 1943 beliau dikurniakan pingat ‘Distinguished Flying Cross’.

Beliau kembali ke tanahair selepas perang dan memainkan pelbagai peranan dalam pembangunan sektor penerbangan ketenteraan dan awam Malaya sebelum kembali ke Britain pada 1960-an. Jimmy meninggal dunia pada awal 1970-an.

Setiap tahun semasa hari peringatan, perkampungan kecil Airan memberi penghormatan kepada wira Malaysia ini melalui satu majlis ringkas di mana seorang daripada anggota keluarga Talalla akan hadir.

Dengan usianya yang semakin meningkat, tahun ini Richard melakukan perjalanan terakhir untuk memberi penghormatan kepada Henry dan selepas 69 tahun buat pertama kali bendera Malaysia dikibarkan di Tugu Peringatan Noyers Bocage yang terletak berdekatan dengan perkampungan Caen, diiringi dengan lagu Negaraku.

Tatkala keberanian dan jasa adik beradik Talalla masih tidak diketahui ramai warga Malaysia sehinggalah baru-baru ini, legasi mereka akan kekal selama-lamanya seperti yang tertera pada tugu peringatan di Noyers Bocage ‘their name liveth for evermore’ (nama mereka akan kekal selama-lamanya).  – Bernama

Bergembirahlah apabila anda lelaki berambut panjang. Mahkota kepala tersebut ternyata boleh digunakan untuk mencukupi keperluan hidup. Contohnya, pelajar yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) ini dengan mudah sekali pancing  ikan dengan rambutnya, seekor ikan berjaya dia dapatkan.

Lihat saja rakaman video, sekawanan lelaki mendokumentasikan kejadian unik apabila salah satu daripada mereka berjaya memancing ikan di tasik di Virginia, AS, dengan rambutnya. Dalam video itu seorang lelaki bernama Jake Seeland, menaruh umpan berupa cacing di rambutnya. Kemudian memasukan rambut itu ke dalam kolam ikan. Setelah menunggu beberapa saat, seekor ikan berjaya ditangkap.







Rita Rudaini


Selepas kemelut mengenai rumah tangga selesai beberapa minggu lalu, pelakon jelita Rita Rudaini telah mengambil kesempatan membawa kedua orang heronya bercuti di sebuah pulau di Sabah, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti air seperti selam skuba dan snorkeling dilakukan Rita bersama anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2 tahun.

Rita dipercayai bercuti di Pulau Kipalai, Sipadan bermula dari Selasa lalu.

Mungkin percutian ini adalah salah satu terapi yang bagus untuk Rita melupakan segala permasalahan yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Diharapkan pelakon kelahiran Perlis ini tidak lagi memandang masa silamnya serta terus cekal dalam membesarkan cahaya matanya sehingga berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Apa-apa pun jom layan dulu gambar pemandangan cantik yang sempat dikongsikan Rita sepanjang percutian singkatnya itu.

Rita Rudaini 1
Rita Rudaini 2
Rita Rudaini 3
Rita Rudaini 4
Richard Parrinello

SHIRLEY, New York (AS) – Seorang pegawai kawalan haiwan menyimpan beratus-ratus ekor ular termasuk dua ular sawa Burma sepanjang 1.8 meter di rumahnya yang dijadikan premis perniagaan haiwan secara haram, kata pihak berkuasa kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, terdapat 850 ekor ular bernilai AS$500,000 (RM1.6 juta) di dalam garaj di kediaman Richard Parrinello di sini termasuk dua ular sawa Burma berkenaan.

Ular sawa Burma diharam dipelihara oleh orang perseorangan di negeri New York.
“Terdapat sebab mengapa ular sawa Burma diharamkan,” kata Ketua Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Daerah Suffolk, Roy Gross.

Menurutnya, reptilia itu pernah membunuh manusia seperti yang berlaku kepada dua kanak-kanak lelaki di New Brusswick, Kanada pada bulan lalu.

“Mereka dibunuh ular sawa batu Afrika semasa sedang tidur pada bulan lalu,” katanya.
“Ular sawa Burma lebih merbahaya kerana ia boleh membesar sehingga sepanjang 9 meter,” tambah Gross.

Jurucakap bandar Brookhaven, Jack Krieger berkata, Parrinello bekerja secara tidak tetap sebagai pegawai kawalan haiwan di bandar berkenaan sejak 1988.

Pihak berkuasa menemui ular-ular itu semasa melakukan siasatan sama ada Parrinello bekerja ketika bercuti panjang atas sebab kurang upaya fizikal.

Pihak berkuasa mendapati Parrinello mempunyai hidupan liar bernilai AS$500,000 termasuk ular, kura-kura dan telur kura-kura di garajnya selepas seminggu intipan dilakukan.

Parrinello menghadapi beberapa tuduhan memiliki ular secara haram dan menjalankan perniagaan di rumah tanpa permit.

Semua haiwan tersebut turut dirampas. – AP
Kereta

Sao Paolo – Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.

Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.

Esok (hari ini), dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.

Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.

Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”

Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.

Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.

Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”
Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.

“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.

Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang. – AFP
Gay

Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.


Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.


Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.


Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.


Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.

Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.


Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.


Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.


Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.


Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.


Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.