Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Di China, tidak pelik jika anjing dijadikan sebagai makanan kerana permintaannya cukup tinggi. Mungkin rasa dagingnya sangat sedap? 

Anjing yang masih hidup dipukul sehingga mati kemudian direndam di dalam air panas untuk memudahkan proses membuang bulu. Setelah bulu habis dibuang, sekali lagi ianya direndam untuk dibersihkan. Sesudah itu, anjing dipotong untuk mengeluarkan segala kandungan yang ada di dalam badan. Selesai semuanya, anjing tersebut akan dijemur dan dikeringkan.



Memang pelik jika kita mendengar Buaya Panggang. Tapi lain pula di China kerana Buaya Panggang ini merupakan salah satu makanan popular di negara mereka. Admin pernah makan buaya. Memang Sedapppppp.. 



PARIS - Sebuah kafe kucing pertama telah mula beroperasi di Perancis di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kafe itu dipenuhi dengan sembilan ekor kucing yang bersedia menunggu untuk menghiburkan para pelanggan dengan kerenah masing-masing.
Kafe seumpama ini yang popular di Tokyo, memiliki berbelas-belas ekor kucing. Ia membenarkan para pelanggan yang tidak berpeluang untuk memiliki kucing di rumah menikmati secawan air panas dengan seekor kucing berdengkur sambil menggeselkan badan di lulut.
Margaux Gandelon merupakan wanita yang bertanggungjawab di sebalik pembukaan kafe itu di daerah Marais.
Menurutnya, kucing-kucing tersebut telah dipilih dengan teliti berdasarkan kemahiran sosial mereka.
Tegasnya lagi, kebersihan dan kebajikan kucing-kucing itu sentiasa menjadi keutamaannya.
"Kucing saya bebas bergerak sepanjang hari dan malam," katanya.
Seorang pelanggan, Cindy Engel yang berasal dari Strasbourg telah melawat kafe itu lebih awal daripada hari pelancarannya untuk melakukan pratonton.
Dia yang berusia 31 tahun dan sangat mengalu-alukan konsep kafe tersebut berkata, ia menggalakkan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain berbanding peralatan elektronik. - AFP



Nabila Huda
SEJAK kebelakangan ini, aktres popular, Nabila Huda, muncul dengan pelbagai kisah sensasi.
Selain kisah cinta, kemalangan, serta hubungan dingin dengan bekas suami serta bapanya sendiri, pelakon Julia dan Teduhan Kasih ini kembali memanaskan atmosfera seni apabila gambar mesranya bersama seorang jejaka tersebar.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nas T dan dia juga dikaitkan dengan beberapa pelakon lain seperti Johan Ashari dan Syazwan Zulkifli, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini, dilihat mudah mencari penggantinya.

Jika dihitung, hubungannya dengan Nas T baru saja berakhir tiga bulan lalu. Tetapi sudah muncul gambar mesranya bersama jejaka yang didakwa berasal dari Singapura. Ini  pastinya mengejutkan ramai peminat.

Nabila yang dihubungi Zass, mengaku dirinya sudah penat untuk melayani setiap kontroversi yang datang.

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Cukuplah saya dah penat. Lagipun sekarang saya nak tumpu pada penggambaran," ujar Nabila yang kini sedang menjalani penggambaran Dia Suamiku.

Sementara itu, Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ini turut memberi respons menerusi Twiterr mengenai laporan sebuah blog bahawa kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripadanya lantaran perubahannya itu.

“Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauh itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

“Jadi, tolong berhenti bercakap benda salah itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

“Saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis,” kata Nabila dalam laman Twitter miliknya. mStar
Hanyut dibelai kekasih gelap

BATU PAHAT – “Isteri saya yang mulakan dulu...dia ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri,” kata seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang ditahan bersama kekasih gelapnya.

Lelaki berkenaan yang sudah mempunyai seorang anak itu didapati berkurung bersama dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di sini, semasa Operasi Khalwat dilakukan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, semalam.
Timbalan Penguat kuasa, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pada awalnya lelaki itu mendakwa tinggal berseorangan di bilik hotel itu.

Katanya, bagaimanapun hasil pemeriksaan menyeluruh, pihaknya menemui seorang wanita yang berusia 20an yang berada dalam keadaan ketakutan menyorok dalam tandas.

“Hasil soal siasat serta pemeriksaan yang kami lakukan, pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan mengaku telah melakukan perbuatan salah.

“Mereka juga mengaku baru mengenali antara satu sama lain...dan perkenalan mereka tidak sampai sebulan selain dalam proses untuk menjalin hubungan yang lebih serius.

“Semasa serbuan ini dilakukan lelaki berkenaan turut mengadu dia mempunyai masalah dengan isterinya dan kini dalam proses perceraian ,” katanya kepada Sinar Harian

Saiful berkata, walau apa juga alasan yang diberikan, pasangan berkenaan telah melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dalam bilik tertutup dan boleh mendatangkan fitnah.

Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,

“Pasangan ini akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.

“Operasi yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk membendung kegiatan sumbang yang semakin menular di kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel-hotel bajet dan juga kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya. Sinar Harian
Jennifer Aniston
PELAKON Jennifer Aniston berkata, dia tidak boleh memakai gincu berwarna merah terang, biarpun mengakui pelakon seperti Gwen Stefani nampak lebih menyerlah dengan menggunakan warna tersebut.
"Wajah Gwen Stefani memang sangat sesuai dan menarik apabila menggunakan lipstik merah terang itu tapi tidak kepada sesuai," katanya seperti dipetik Showbizspy.com.
Sementara itu, Aniston yang baru sahaja bertunang dengan kekasihnya Justin Theroux dikatakan sedang mengandung.
Khabar angin itu tercetus apabila gambar-gambar terbaharu itu tersebar yang memperlihatkan perutnya yang agak besar daripada biasa.
Bagaimanapun, hal itu dinafikan oleh Aniston dan dia menganggap ia adalah perutnya yang membuncit. mStar
PETALING JAYA: Pengarah filem Vikingdom : The Blood Eclipse iaitu Yusry Abdul Halim kesal apabila karya arahannya itu disamakan dengan video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad.
Yusry, 39, berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian sangat berbahaya dan boleh menyebabkan ramai pihak salah faham dengan kenyataan itu.
"Jika seseorang yang membaca ulasan tersebut dan tidak memahami situasi sebenar ia boleh mendatangkan masalah lain dan menyebabkan saya dituduh sebagai orang yang menghina agama sendiri dan agama Kristian.
"Tindakan lelaki tersebut menyamakan filem Vikingdom dengan video Innocence of Muslimsadalah satu perbuatan yang sangat-sangat melampau ," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Menerusi laporan sebuah portal berita pada Rabu, seorang pakar mitos, Karl EH Seigfried menyifatkan kandungan filem tersebut menghina dan menyongsang cerita asal mitos Scandinavia zaman pra-kristian.
Watak Thor yang ditampilkan dalam filem berkenaan diolah tidak seperti mitos asalnya.
Malah individu yang mendakwa dirinya sebagai pengajar Universiti Loyola di Chicago itu turut mempersoalkan niat Yusry membikin filem berkenaan yang didakwa memaparkan dewa Viking sebagai penakluk dan bukannya Thor.
Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia.
Mempertahankan tindakannya, Yusry berkata, filem berkenaan dibuat berdasarkan fantasi dan dia tidak melihat sebarang kesalahan apabila sebuah kisah mitos diolah untuk menjadi lebih menarik.
Malah kata Yusry, ramai pembikin filem di Barat yang menukar versi asal cerita dongeng dan mitos dan ia tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
"Ingin saya tegaskan di sini, filem ini hanyalah fantasi dan bukannya diolah daripada sejarah sebenar. Malah mereka (barat) sendiri tidak tahu sama ada mitos tentang Viking dan Thor ini benar-benar wujud atau pun tidak.
"Belum ada pihak yang mengecam mana-mana penerbit atau pengarah yang menukar versi asal sesuatu cerita mitos di barat dan saya tidak faham kenapa saya dihentam. Adakah kerana saya beragama Islam isu itu dibangkitkan?" soalnya.
Antara babak dalam filem berkenaan.
Tambah Yusry, menerusi filem itu juga dia langsung tidak menyentuh atau menghina agama itu atau mengubah sejarah sebenar.
Dalam pada itu, Yusry menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh individu tersebut menerusi surat terbuka di laman Facebook KRU adalah tidak wajar dilakukan.
"Tiada siapa dapat mengesahkan siapa lelaki itu dan adakah benar dia seorang pakar mitos dan apa tujuannya membangkitkan isu berkenaan. Kami di pihak KRU Studios tidak akan melayan karenahnya," ujar Yusry.
Sementara itu, Yusry berkata, dia melihat kontroversi yang dicetuskan itu dapat memberikan kebaikan kepada filem tersebut yang bakal ditayangkan di 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat bermula 4 Oktober depan.
Dalam perkembangan lain, pihak KRU Studios gembira dengan penerimaan penonton tempatan terhadap filem berkenaan yang mula ditayangkan di negara ini sejak 12 September lalu. mStar
Baru 13 Tahun Dah Nak Jadi Pramugari

CHINA – Baru berusia 13 tahun namun sudah pandai menipu. Dengan memakai baju seragam pramugari Syarikat Penerbangan China, Luo Siqi berkeliaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou sambil membawa dokumen mengenai syarikat itu.

Meskipun berkali-kali ditangkap oleh polis, dan dihantar ke pusat kebajikan kanak-kanak, namun Luo Siqi tetap kembali semula ke situ.

“Saya amat sukakan langit. Biar saya ke lapangan terbang,’’ katanya ketika berulang kali merayu kepada polis.

Remaja itu ditinggalkan oleh keluarganya sebaik sahaja dia dilahirkan dan sejak itu sering keluar masuk ke rumah kebajikan.

Dia hanya menamatkan pengajian di sekolah rendah sahaja dan pernah dimasukkan ke rumah jagaan orang-orang tua sebelum dipindahkan ke rumah keluarga angkat di Luoding.
Namun pada bulan Julai lalu, Luol mengemas baju dan melarikan diri dari situ.

Dia dilaporkan menempah baju pramugari itu melalui dalam talian dan memesan empat jenis seragam untuk musim berbeza.
asihan Anak Diikat Ketika Ibu Bapa Keluar Bekerja | Pelbagai perkara pelik yang berlaku di sana. Antaranya soal penjagaan anak. Terdapat beberapa tempat yang boleh dikira mungkin sebagai kawasan pendalaman memperlihatkanbagaimana ibu bapa menjaga anak kecil mereka ketika keluar bekerja.

Gambar di bawah ini menceritakan segalanya apabila ada anak yang diikat dan perbuatan itu dilihat sebagai satu yang kejam. Boleh lihat gambar di bawah ini. 







Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja. Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.

Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka. Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.
1_photo
SELEPAS ini penduduk di Sweden tidak mempunyai sebarang masalah jika ditangkap melakukan onani di tempat awam.
Ini kerana Mahkamah Daerah Sodertorn telah membenarkan aktiviti onani di tempat awam dan menganggap ianya bukan satu kesalahan jenayah.
Keputusan itu adalah bertitik tolak daripada kejadian seorang lelaki berusia 65 tahun yang bertindak melucutkan seluarnya dan mula beronani di pantai berdekatan bandar Stockholm pada 6 Jun lalu.
Pihak mahkamah berpendapat bahawa warga emas itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.
Walau bagaimanapun, sudah pastinya tindakan onani di tempat awam adalah suatu perbuatan yang tidak senonoh untuk dicontohi selain mungkin akan mendapat bantahan daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.
Menurut pendakwa raya kes tersebut, Olof Vrethammar, “saya berasakan keputusan mahkamah adalah munasabah.  Dengan itu, kita boleh beranggapan bahawa perbuatan melakukan onani di pantai adalah bukan suatu kesalahan”.
Hans Mengaku Telefon Neelofa Setiap Hari
PENGARAH dan pelakon Hans Isaac mengakui setiap hari akan menelefon teman artis yang dikatakan paling rapat dengannya iaitu Neelofa Mohd Noor.
Walaupun tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh kedua-dua selebriti ini berhubung hubungan mesra itu namun daripada cara dan lagak mereka, tentunya kita boleh membuat kesimpulan tersendiri.
“Kami masih berkawan baik.  Saya hubungi dia hari-hari.  Kami tak cerita pasal kerja atau filem.  Tapi kami selalu berbual tentang kehidupan,” katanya yang dipetik menerusi Malaysian Digest.
Hans dan Neelofa dikatakan mula rapat semasa membintangi filem arahan Hans sendiri berjudul Lemak Kampung Santan yang hanya berjaya mengaut kutipan sebanyak RM120,000.
Dalam perkembangan lain, Hans kini dalam perancangan untuk menerbitkan filem Carmina yang menceritakan tentang kisah benar mendiang ibunya yang menderita penyakit barah sebelum meninggal dunia Ogos tahun lalu.
Wanita Dihempap Batu 200 Kilogram Demi Rakan
DI SINGAPURA, seorang pendaki wanita sanggup bergadai nyawa dengan membiarkan sebuah batu besar seberat 200 kilogram menghempap kepalanya bagi menyelamatkan rakannya.
Akibatnya, Alvina Lee, 23, terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Universiti Kebangsaan selepas mengalami keretakan pada tengkorak dan pergelangan tangan kanan selain kerosakan saraf muka dan telinga.
Kejadian berlaku sewaktu wanita tersebut dan rakannya sedang mendaki permukaan tebing yang dikenali sebagai ‘Super Crack’ yang menjadi lokasi popular pendaki di Bukit Timah.
Memetik laporan Stomp Straits Times, rakannya yang berada pada ketinggian 20 meter secara tidak sengaja terpijak sebuah batu besar sekaligus menjatuhkannya ke arah Alvina yang berada di bawahnya.
“Saya hanya mempunyai dua pilihan – sama ada melepaskan tali yang mengikat rakan saya itu dan melihatnya jatuh atau membiarkan batu itu menghempap saya. Saya memilih yang kedua,” ujar Alvina.
Dia yang pengsan selepas hentaman itu segera dibantu oleh pendaki lain dan dibawa turun ke permukaan tanah sebelum dikejarkan ke hospital.
Alvina dibenarkan keluar selepas 13 hari dirawat dan keluarganya menyifatkan kejadian itu sebagai suatu keajaiban.