Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LONDON – Kereta yang diubah suai menjadi ‘kapal selam’ dalam filem penyiasatan terkenal, James Bond – “The Spy Who Loved Me” berjaya dilelong pada harga 550,000 pound (AS$865,000).
Kereta keluaran Lotus Esprit yang direka khas untuk sesi pengambaran di dasar laut pada 1977 yang menampilkan Roger Moore sebagai James Bond 007 dilelong semalam di syarikat pelelong, RM Auctions. Harga jualan itu bagaimanapun lebih rendah daripada harga sasaran syarikat pelolong berkenaan yang menjangkakan antara 650,000 hingga 950,000 pound.
Ia kemungkinan kereta itu tidak boleh dipandu di jalan raya selepas dikatakan ia mampu digunakan sepenuhnya sebagai kapal selam.
Dalam filem berkenaan, Moore dan teman wanita Bond, Barbara Bach terselamat daripada serangan helikopter dengan memandu kereta Esprit berkenaan yang mampu tenggelam dan menjadi kapal selam di laut. – AP
[Wow] - Berita Dunia
Cotabato: Pemimpin kumpulan lebih besar dalam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tidak menyokong tindakan puak pimpinan Nur Misuari yang menyerang Zamboanga dan mengambil beratus-ratus orang sebagai tebusan.
Mereka memberi jaminan kepada kerajaan Filipina bahawa MNLF terus mengiktiraf pelan damai 1996 dan tidak terbabit dalam serangan oleh pengikut Misuari. “Kumpulan kami tidak ada kaitan dengan tindakan mereka. Kami tidak melihatnya baik untuk proses damai Mindanao,” kata Jurucakap Forum Pemimpin Kanan MNLF, Abdul Sahrin, kepada wartawan.
Forum itu dianggotai pemimpin tinggi MNLF termasuk bekas Gabenor Sulu, Yusoph Jikiri dan puluhan lagi yang bersidang minggu lalu di Zamboanga serta Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman.
Forum itu diharapkan memegang peranan untuk melaksanakan program membanteras kemiskinan penduduk Moro dalam ARMM.
Sahrin berkata, mereka juga tidak menyokong peristiharan kemerdekaan oleh Misuari baru-baru ini selepas menuduh kerajaan gagal patuh kepada beberapa fasal tertentu dalam perjanjian damai.
Bekas Timbalan Datuk Bandar Cotabato, Muslimin Sema yang mengetuai kumpulan terbesar dalam MNLF menerusi 20 puak di semua kawasan Mindanao termasuk Palawan, berkata mereka terus setia kepada gencatan senjata 17 tahun dengan Manila.
Tidak akan berpaling
“Kami tidak akan berpaling daripada perjanjian damai selagi ada mekanisme yang boleh diterima MNLF dan kerajaan untuk dilaksanakan dan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” kata Sema kepada akhbar tempatan.
Malah, katanya, beliau sudah memberi arahan kepada semua ahli supaya tidak mengambil apa-apa tindakan sejajar dengan komitmen mereka kepada Jawatankuasa Keamanan Selatan Filipina yang dibentuk oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
MNLF, tegasnya, menyokong resolusi secara aman jika berlaku sebarang salah faham dengan Manila mengenai pelaksanaan fasa akhir perjanjian damai.
AGENSI
[Wow] - Berita Dunia
Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.
Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.
Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.
Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.
Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.
Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.
“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.
Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.
“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.
“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.
Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.
Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.
Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.
“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.
Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.
“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya. Sinarharian
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak menjelaskan dia mempunyai cara penyampaian yang tersendiri dalam mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).
Zizan, 28, berkata, cara itu adalah penampilan yang dimahukan oleh pihak penerbitan Astro bagi memberi nafas dan konsep baharu program realiti tersebut.
"Masih terlalu awal jika ada yang menilai kelemahan saya mengacarakan AF 2013 pada minggu pertama ini. Berilah peluang melihat perkembangan saya pada minggu-minggu seterusnya.
"Cara penyampaian saya untuk program ini berbeza dengan pengacara terdahulu membuatkan penonton mungkin berasa sedikit janggal," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej pelancongan Safirgotravel bersama Zizan Razak, Johan As'ari, Jaafar Onn, Izzue Islam dan Imam Muda Ashraf, di sini, Isnin.
Pada majlis tersebut, Zizan dan Johan diumumkan sebagai artis yang akan menyertai pakej pelancongan ke Abu Dhabi dan Dubai pada 18 hingga 23 November depan bersama syarikat pelancongan Safirgotravel.
Kemunculan Zizan sebagai pengacara AF 2013 pada konsert Prelude Sabtu lalu dikatakan agak hambar untuk sebuah rancangan hiburan yang menjadi fenomena itu.
Tambah Zizan, dia lebih menerapkan elemen lawak jenaka dan bersahaja ketika mengendalikan pentas AF 2013.
Bagaimanapun, katanya, penyampaian tersebut berbeza dengan program-program yang pernah dikendalikan sebelum ini.
"Saya ingin program ini lebih santai dan pelajar tidak terlalu rasa tertekan atau takut.
"Walaupun ada lawak jenaka tetapi ia berbeza dengan lawak jenaka yang saya sampaikan ketika mengacarakan program lawak seperti rancangan Raja Lawak, " katanya.
Tambah Zizan, dia yakin penonton dapat menerima cara penyampaiannya untuk program musim baharu itu. mStar
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Kontroversi pelakon Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang langsung tidak membuatkan aktor itu berasa malu berhadapan dengan masyarakat sekeliling.
Adi, 32, berkata, dia akur, sebagai selebriti dia tidak perlu berasa takut berhadapan dengan sesiapa pun kerana tahu kebenaran sebenar.
"Sebagai manusia kita ada rasa segan dalam apa-apa situasi tetapi saya harus akur bahawa saya seorang artis, perlu lalui apa-apa situasi sekalipun.
"Begitu juga dengan perkara ini (isu skandal), saya perlu menempuh dugaan ini dan berhadapan dengan khalayak secara profesional," katanya.
Adi ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di TGV One Utama, di sini, pada malam Isnin.
Isterinya, Aida Yusof, 37, turut hadir pada majlis tersebut.
Pasa 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.
Sementara itu, Adi berkata, sejak kontroversi itu tercetus, isterinya pula terkena tempias apabila ada pihak di laman Twitter mengejek Aida kononnya dia masih tidak 'buka mata' dengan peristiwa itu.
"Setakat ini isteri sentiasa berada di sisi saya ketika susah dan senang. Orang kata rumah tangga kami goyah? Biarlah apa yang orang nak fikir," ujarnya.
Tambah Adi dia juga enggan menjelaskan perkara sebenar berhubung kontroversi itu kerana siasatan masih dijalankan.
"Jangan risau, bila semua sudah selesai, saya akan keluarkan kenyataan media," jelasnya.
[Wow] - Kisah Artis
Kumpulan pop dari "girls Generation Seohyun dan Sooyoung akan muncul di majalah Cosmopolitan pada september 2013
[Wow] - Kpop
Apa sudah jadi.. Dah Takde wanita ke kat Malaysia nih? Inilah dia "GAY VERSI MELAYU" yang sangat bangga dan tidak tahu malu sehingga muatnaik gambar Kat Facebook dengan aksi manja Sambil berpelukan..
.jpg)

Isu Panas
Sebanyak lebih daripada 100 kenderaan terlibat dalam sebuah kemalangan besar yang berlaku di Sheppey Bridge, United Kingdom, Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan besar itu.
Namun terdapat banyak kenderaan yang mengalami kerosakan teruk di sepanjang laluan berjambatan itu.
Menurut siasatan, insiden yang berlaku pada 7.15 pagi itu adalah disebabkan oleh kabus yang sangat tebal.
Menurut Ketua Polis Kent, Andy Reeves, “daripada pemerhatian saya, kemalangan ini adalah suatu yang ajaib. Mereka sangat bernasib baik (ekoran tiada sebarang kehilangan nyawa)”.
[Wow] - Berita Dunia
Kota Kinabalu – Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.
Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.
Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.
“Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu,” katanya.
Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.
MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu. – mStar Online
[Wow] - Berita Tempatan
Maya Karin antara selebriti yang kita semua tahu rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan satu destinasi yang kerap di’kunjungi seperti rumah kedua adalah kota metropolitan London.
Ini adalah kerana adiknya, Irina bekerja sebagai seorang peguam di London dan jika ada masa kelapangan pasti Maya Karin akan terbang ke sana untuk menjenguk.
Khabar terbaru menerusi laporan Harian Metro beberapa hari lalu mengatakan Maya Karin sudah pun membeli sebuah kediaman di tengah London dengan nilai melebihi RM2 juta.
Baru baru ini juga Maya Karin ada pulang ke London dan kongsikan sekeping gambar menerusi akaun Instagram beliau & menulis “…just arrived at my other home. London for a week again”.
Laporan akhbar itu juga menyebut yang kediaman ini di’beli oleh Maya Karin bersama adiknya yang masih bujang. Baguslah untuk mereka berdua, dalam usia muda rajin mengumpul harta untuk masa hadapan.
Khabarnya sehingga ke hari ini, Maya Karin sendiri sudah mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur & Terengganu hasil penat lelah beliau dalam dunia hiburan dan menjadi jurucakap pelbagai produk. – Rotikaya
[Wow] - Kisah Artis
Kerana obses dengan fizikal dan tubuh badan pelakon seksi Pamela Anderson, seorang wanita bernama Carolyn sanggup berhabisan sebanyak RM87,000 semata-mata ingin kelihatan seperti idolanya itu.
Wang yang dibelanjakan itu dihabiskan dengan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, suntikan di bibir serta suntikan menggelapkan kulit.
Model yang berasal dari Merseyside, United Kingdom ini menyatakan dia ketagih untuk menjadi seperti Anderson yang sememangnya menjadi idolanya semenjak kecil.
“Saya membesar dengan Baywatch dan merasakan dia sangat cantik. Jadi saya berasa teruja untuk kelihatan sepertinya,” ujarnya.
[Wow] - Kisah Hidup
Subscribe to:
Posts (Atom)










Recent Comments