Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Ratna Sari atau nama asal beliau Naoko Nemotodilahirkan di Tokyo pada tahun 1940. Beliau pertama kali berjumpa dengan Sukarno ketika berusia 19 tahun dan Sukarno berumur 57 tahun. Beliau dikatakan bekerja sebagai seorang Geisha pada ketika itu. Mereka berkahwin pada tahun 1962 dan kekal menjadi isteri Sukarno sehinggalah kematian Sukarno pada tahun 1970. Selepas menikahi Ratna Sari, Sukarno berkahwin sebanyak 5 kali lagi! Selepas Sukarno digulingkan Ratna Sari berhijrah ke Eropah sebelum akhirnya kembali ke Jepun.




Sekitar Sambutan Ambang Tahun Baru Di Singapura Yang Menyedihkan. Ini cara orang sekarang sambut tahun baru. Ini gambar dari Singapura. 

Kapal
Seorang hartawan Australia kini sedang membina kembali kapal pelayaran lagenda Titanic dikenali dengan Titanic II.
Clive Palmer kelmarin berkata ramai pihak memberi maklumbalas positif serta teruja dengan pembinaan kapal itu kerana ia dibina atas dasar kasih sayang dan semangat serta bukan atas dasar perniagaan.
Beliau yang turut bertanding pada Pilihan Raya Umum Australia bulan depan dengan parti politik beliau sendiri berkata kapal itu nanti akan menyerupai kapal asal Titanic dan ia bukan dibina untuk mengaut keuntungan.
"Titanic versi baru itu dibina sebagai tempat untuk rekreasi dan kami membinanya untuk dunia dan ia bukan bertujuan mengaut keuntungan," kata bilionair berusia 59 tahun itu.
Kapal Palmer atau Titanic II akan dilengkapo dengan kemudahan moden tetapi akan cuba dibina seperti kapal asal yang karam dalam pelayaran pertamanya pada tahun 1912 selepas ia melanggar aisberg.
Menurut beliau, kerja pembinaan akan bermula Mac tahun depan di China.
"Ribuan orang sudah mendaftar untuk menyertai pelayaran sulung kapal Titanic II itu yang dijangka pada 2016," katanya.
Kapal Titanic asal dibina di Belfast, Ireland Utara karam ketika dalam pelayaran dari Southampton di England ke New York, Amerika Syarikat dan tragedi itu meragut 1,500 nyawa penumpang dan anak kapal.
Justin Bieber
LOS ANGELES - Justin Bieber hari ini ditahan kerana tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah dan memandu tanpa lesen.
Penyanyi remaja berusia 19 tahun itu diarah keluar dari kereta Ferrari putih jam 4.30 pagi berdekatan rumahnya di Calabasas, Los Angeles, demikian menurut jurucakap LA County Sheriff, Steve Whitmore.
“Saya tidak tahu berapa kali diditahan kerana memandu, namun dia mempunyai kesalahan lampau," katanya merujuk kepada tabiat Bieber yang sering melanggar undang-undang.
Pada Jun lalu, polis Los Angeles menyiasat satu kemalangan membabitkan kereta yang dipandu Bieber melanggar jurugambar tetapi tiada tuduhan dibuat.
Pada Mei pula, keluar bintang pop Michael Jackson mendakwa Bieber memandu secara merbahaya di kawasan kediaman eksklusif Calabasas.
Bieber, yang dilahirkan di Kanada membeli rumah di Calabasas pada Jun lalu, demikian menurut laman web majalah selebriti, TMZ. - AFP
Somalia
JIKAkita lihat sebelum ini banyak jenayah rogol dilaporkan berlaku di India.
Namun kali ini media antarabangsa, Al Jazeera mendedahkan golongan wanita di kem pelarian di Somalia turut menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.
Rata-rata mangsa rogol bertindak untuk tidak mendedahkan kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana takut akan stigma masyarakat serta akibat yang bakal dihadapi mereka.
Sebuah organisasi kebajikan tempatan menggesa golongan mangsa jenayah rogol untuk tampil mengemukakan laporan sekaligus menerima nasihat perundangan dan perubatan.

Salah seorang mangsa yang buta mendakwa pihak tentera telah bertindak kasar terhadap dirinya serta menjadikannya sebagai umpan pemuas nafsu.

"Dia menekan dahi saya menggunakan senapang dan menyuruh saya diam.

"Selepas dia merogol saya, dia tendang saya ke dalam sungai," jelas mangsa.
Tambah menyedihkan apabila golongan wanita di sana turut diperkosa dan dirogol dihadapan anak-anak mereka.
"Dia cuba merogol saya di hadapan anak-anak saya.
"Saya cuba untuk menyelamatkan diri dengan menarik senapangnya tetapi dia mengasari saya.
"Kemudian dia menembak kedua belah tangan saya sebelum merogol saya,"
Siapakah yang melakukan perkara tersebut? Ramai penduduk kem pelarian itu menuduh pihak bersenjata Somalia adalah dalang disebalik serangan seks tersebut.
Seorang wanita mendakwa serangan kejam tersebut dilakukan oleh tentera Kesatuan Afrika.
Mangsa memberitahu media antarabangsa bahawa dia diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada kerajaan serta wakil media.
Dia sebelum ini menjadi mangsa rogol bergilir-gilir apabila pihak tentera menutup matanya dan membawanya ke sebuah kawasan terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir.
Bagaimanapun, jurucakap tentera, Ali Adan Houmed menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia satu tuduhan yang bodoh.
geng-04
POLIS Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.
"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di Ipoh kelmarin.
Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.
Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.
"Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian," katanya. - BERNAMA
ermarokok1
 
Apabila gambar artis di muat naik, plbagai persepsi peminat akan diluahkan melalui ruangan komen. 
 
Erma Fatima juga tidak terlepas dikritik oleh peminat gara-gara memuat naik gambarnya yang sedang menyalakan rokok. 
 
Erma telah memuat naik gambar itu beserta caption yang berbunyi “Feeling2 stylo” telah menyebabkan ruangan komen gambar tersebut dihentam oleh beberapa peminat.
 
Pada kami, itu adalah hak Erma sendiri untuk merokok tetapi kesilapan-nya ialah memaparkan di laman Insta miliknya yang diikuti oleh ramai peminat. 
 
Orang berpengaruh merupakan idol dan mentor buat peminat-nya, jika mereka mengajar dan menunjukkan cara yang salah, secara tidak langsung akan terdapat peminat yang akan mengikuti jejaknya dan akan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati. 
 
Begitu juga jika orang yang kita obses itu membawa kereta mewah. Ada yang bangga dan puji bak menjilat kaki, ada yang menasihat supaya hanya bersederhana. OPS!- Mediamalaya

imej

EXETER - Seorang tukang pos ketangkap basah buang air kecil berulang kali di depan pintu sebuah rumah di Exeter, Inggeris. Kejadian itu membuat tukang pos tersebut diberhentikan.

Tukang pos yang tidak diketahui identitinya ini telah beberapa kali buang air kecil di luar rumah milik Lukas Osborne dan Keyleigh Rawlings.

Pada awalnya Lukas berfikir seorang pemabuk yang sering buang air kecil di depan pintu rumahnya. Tapi, ia mulai curiga kerana kejadian itu sering terjadi dan akhirnya Lukas memutuskan untuk bersembunyi dan menangkap basah pelakunya.

"Selama berbulan-bulan saya harus berjalan melalui air kencing yang ada di depan rumah saya. Saya fikir pada awalnya mungkin seorang pemabuk, tapi akhirnya saya menangkap basah pelakunya. Ini tidak boleh dipercayai. Dia seorang tukang pos," kata Lukas. Demikian dikutip dari Mirror , Rabu (26/6/2013).

Juru bicara dari Royal Mail, Val Bodden mengatakan bahawa tukang pos yang melakukan pelanggaran itu akan mendapatkan disiplin dalaman.

"Royal Mail selalu melakukan perkhidmatan dengan standard tinggi untuk para pelanggan kami. Pegawai kami yang melakukan hal tidak pantas itu akan menghadapi tindakan disiplin dalaman," ujar Bodden.


Seorang anggota polis trafik Thailand berbadan besar mengawal lalu lintas. - Foto AFP

Bangkok: Sekumpulan anggota polis trafik Thailand kini menyertai latihan senaman mengikut rentak lagu pop Thailand, sebahagian program untuk mengurangkan bilangan polis yang mempunyai masalah lebihan berat badan di Bangkok.
Diet yang tidak seimbang dan menghabiskan masa yang panjang melakukan tugas tidak aktif di jalanan menyebabkan kebanyakan anggota polis trafik di ibu negaraitu terdedah kepada kenaikan berat badan. 


Perbaiki imej polis 


Keadaan kesihatan mereka dan imej umum yang menyaksikan ramai polis berperut buncit menjadi kebimbangan kepada ketua polis yang meletakkan mereka dalam kelas pembuangan berat badan percuma dengan menyenaraikan hampir 60 sukarelawan untuk program Fit and Firm selama dua bulan itu.

Selepas dua minggu menyertai kursus terbabit, Sarjan Mejar Kanan, Nitas Saidaards, berkata beliau kini mempunyai berat badan 138 kilogram tetapi berjaya mengurangkan sebanyak enam kilogram dan mengurangkan saiz pinggang tiga inci.

Agak sukar ketika mengendalikan lalu lintas di persimpangan jalan antara kereta kerana kadang kala boleh terlanggar cermin sisi, kata anggota yang berusia 48 tahun itu.

Sesi selama dua kali seminggu itu termasuk kelas yoga dan aerobik, amat berguna kepada Nitas selain diet baru seperti buah-buahan dan sup sekaligus mengetepikan makanan bergoreng kegemaran beliau serta nasi. 


Makan lewat malam



Nitas (bawah) bersama rakannya melakukan senaman di sebuah hospital di Bangkok. - Foto AFP

Saya mengalami kenaikan berat badan kerana makan terlalu banyak pada lewat malam. Kami (polis trafik) mempunyai jadual kerja tidak menentu, katanya.
Nitas berkata, beliau pernah menyertai program yang sama sebelum ini, tetapi tidak pernah berjaya mengurangkan berat badannya.

Biro polis Metropolitan Bangkok mahu anggota polis mereka mempunyai ukuran pinggang yang melebihi 36 inci menyertai kursus terbabit dengan menggalakkan mereka mengurangkan berat sehingga 10 kilogram dengan menawarkan hadiah hampir AS$160 (RM512).

Pegawai kanan polis melihat anggota kami terlalu montel, gemuk, jadi mereka memutuskan perlu untuk mengurangkan berat badan, katanya.


Bintang baru Poonam Pandey bengang dengan kritikan umum yang mengatakan bahawa imej provokatifnya merupakan satu daripada punca berlakunya kes pemerkosaan baru-baru ini.

Seperti yang dilpaorkan di Bollywood Life, bintang "Nasha" tersebut memberitahu bahawa dia kerap kali diganggu dan dipersalahkan atas jenayah pemerkosaan beramai-ramai seorang wartawan bergambar di Mumbai minggu lalu.

Poonam dipersalahkan atas kejadian rogol di India kerana gemar berimej seksi
"Mereka mengatakan bahawa gambar-gambar saya adalah punca jenayah ke atas wanita. Begitukah? It juga alasan yang mereka gunakan dalam kes Nirbhaya di Delhi. Saya ingin bertanya kepada mereka yang merasakan saya punca jenayah-jenayah ini, adakah jenayah terhadap wanita tidak wujud sebelum kehadiran saya?,” tanya Poonam.

Aktres tersebut juga meluahkan pendapatnya bahawa tuduhan ke atasnya hanyalah satu cara untuk menyalahkan orang lain apabila masyarakat gagal berfungsi dengan baik.

Babak 'intim' dalam filem "Nasha"
"Kenapa salahkan saya untuk semua kejahatan sosial? Saya cuma seorang wanita yang ingin mencari ruang untuk diri saya. Saya cuma bercakap. Saya tak pernah buat apa-apa. Ada pelakon lain yang lebih dihormati dan mereka juga melakukan aksi-aksi yang mengghairahkan dalam babak tarian filem mereka. Mereka memiliki lebih ramai pengikut dari saya," tambahnya lagi.

Poonam berpendapat bahawa kewujudan gambar-gambar provokatif bukan penyebab isu-isu seperti ini tetapi ia berlaku kerana kurangnya medium untuk kaum lelaki.

Ujar Poonam lagi, premis-premis seperti bar arak dan tarian perlu diperkenalkan semula untuk mengurangkan kejadian yang tidak elok terhadap wanita.

Restoran India Pasang bendera Malaysia Secara Terbalik? Adakah Pemilik Restoran ini Sengaja Memasang bendera ini secara terbalik atau memang tidak tahu nak pasang bendera Malaysia? 

Semangat Patriotik sudah ada namun tak reti pasang bendera Malaysia. Gambar ini telah diambil oleh seorang pengguna 'Facebook'. Beliau Turut berasa hairan dengan keadaan bendera dipasang. 

Restoran ini terletak di Hilltop, Kota Kinabalu. Sesiapa yang tinggal berhampiran restoran ini, tegurlah pemilik restoran itu untuk mengelakkan salah faham berlaku. Mungkin yang pasang bendera itu Orang Asing Kot...

Sumber: FOTO
2
WARSAW – Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.
Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.
``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.
Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.
Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.
Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.
Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.
Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.
Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.
Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.
Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS.