Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Setiap hari Ahad, Abang Nara memang tak pernah ketinggalan membeli Berita Minggu. Banyak kisah-kisah menarik dan sensasi diselitkan di dalam ruangan BiPop. Antara ruangan yang paling hangat sudah tentu tulisan daripada Kak Pora. Memang panas meletup!!!
Semalam, Kak Pora mendakwa bahawa pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tua sebelum ini. Perkahwinan tersebut sayangnya tidak dapat bertahan lama. Menariknya, perkahwinan tersebut berlangsung ketika Zarina sudah bergelar artis dan sedang hangat dilanda kontroversi.
Fuh ~~ Memang panas sungguh gosip kali ini kan? Diharap Zarina Anjoulie dapat tampil dan membuat pengesahan mengenai khabar angin ini. Kalau betul, nak juga tahu siapakan lelaki yang pernah bergelar suami untuk dirinya. Mesti bukan calang-calang orangnya. Tak gitu? - Beautiful Nara
[Wow] - Kisah Artis
Macam-macam hal pelik yang berlaku. Terbaru tentang pembelian gigi busuk mendiang John Lennon pada harga 20,000 pound (RM103,061) dalam satu acara lelongan di Stockport, Kanada dua tahun lalu memberi pulangan lumayan kepada seorang doktor gigi.
Doktor gigi, Michael Zuk, 51, dari Alberta berkata, ternyata pembelian gigi milik penyanyi kumpulan The Beatles itu berhasil apabila beliau berjaya melakukan pengklonan gigi yang boleh mencecah ribuan pound.
“Industri pengklonan gigi kini menjadi trend. Peminat sudah mula menggilai pemasangan klon gigi artis kesayangan dan gigi busuk John Lennon itu bakal membawa pulangan lumayan kepada kami,” katanya.
Menurut doktor tersebut lagi, selain gigi artis, gigi haiwan juga kini menjadi pilihan untuk diklon pada gigi manusia. – Dailymail UK
[Wow] - Macam macam
PERCAYA atau tidak yang jelitawan di atas akan menyambut hari jadinya yang ke 58 pada bulan Oktober ini? Tapi.... Itulah hakikatnya.
Liu Xiaoqing yang dulunya seorang pelakon terkenal di negara kelahirannya, China, kini merupakan seorang ahli perniagaan kaya raya di negara komunis itu.
Terbaru, Liu dinamakan wanita kedua tercantik dalam dunia oleh sebuah stesen televisyen Jepun.
Namun Liu ada sejarah hitamnya yang tersendiri.
Pada tahun 2002, Liu ditahan kerana disyaki cuba untuk mengelakkan cukai dan didenda berjuta-juta ringgit atas kesalahan tersebut.
Dalam kehidupan peribadinya, Liu telah empat kali berkahwin dan suami terbarunya merupakan seorang ahli perniagaan berjaya yang dikenali sebagai William.
Ada khabar angin mendakwa Liu telah membelanjakan kekayaannya dengan melakukan pelbagai pembedahan komestik, namun dia seringkali menafikannya.
Disebabkan wajahnya yang tak makan dek usia itu, dia pernah menerima tawaran untuk melakonkan watak seorang gadis berumur 19 tahun dalam sebuah filem pada tahun 2009!
[Wow] - Kisah Hidup
KALAU sudah menginjak industri hiburan, habis segala perbuatan atau pun sejarah tak dikorek peminat.
Terbaru kisah pelakon jelita yang sedang meningkat naik, Emma Maembong yang sudah ’angin satu badan’ bila tidurnya diganggu, sampai menangis-nangis dia..kesian…
Video Keek yang menunjukkan dia marah sebab diperlakukan begitu nampaknya makin tersebar.
Biasalah pelakon, jadual kerja dah tentu tak menentu.
Jangan kata pelakon, kita sendiri pun pasti tidak selesa jika tidur kita diganggu.
Nak tengok macam mana Emma mengamuk?
Layan klip dibawah!
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda.
Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.
"Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai.
"Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," katanya kepadamStar Online.
Nelydia ditemui pada majlis pra-tonton dan pelancaran drama bersiri Strawberi & Karipapdi GSC The Gardens, di sini pada Isnin.
Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, dia dan Qi, 35, pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu.
Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.
"Kalau boleh kami mahu kisah percintaan kami tidak terlalu didedahkan pada umum. Cukuplah sekadar masyarakat tahu tentang perhubungan kami. Lebih elok jika kisah kerja kami sahaja yang dipaparkan," tuturnya.
Sementara itu, dalam Strawberi & Karipap, Nelydia bergandingan dengan Zizan Nin, Sein, Nur Fathia, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.
Strawberi & Karipap bakal bersiaran bermula 1 September ini setiap Ahad pada pukul 11 pagi menerusi saluran Astro Ceria.
[Wow] - Gosip Hiburan
KOMPOSER terkenal iaitu David Foster mengumumkan album terbaharu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna bakal dilancarkan pada 29 Oktober depan.
David yang telah bekerjasama dengan ramai penyanyi terkenal seperti Whitney Houston, Toni Braxton, Celine Dion, Babyface dan Michael Buble membuat pengumuman itu menerusi laman Twitternya pada Sabtu lalu.
Album yang diberi nama Nocturnal itu bakal memuatkan 11 buah lagu yang turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain bekerjasama dengan ramai penerbit terkenal di Amerika Syarikat.
Membawa konsep pop organik, R&B Soul dan akustik, penyanyi itu juga turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer terkenal, Robin Hannibal.
Yuna yang mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada tahun 2012 telah mendapat pelbagai pengiktirafan di negara tersebut apabila majalah Rolling Stone menggelarnya 'bintang yang bakal menyinar' selain The New York Times menyifatkan karyanya sangat segar dan memberi pembaharuan kepada landskap muzik di negara berkenan.
Menerusi satu kenyataan dalam laman web Verve Records, Yuna bakal mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat selepas album tersebut dilancarkan dan tarikh persembahan itu akan diumumkan dalam masa terdekat. mStar
[Wow] - Hiburan
PETALING JAYA: Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2ditayangkan pada 3 Oktober depan.
Syamsul, 29, bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah wanita yang ingin disunting menjadi isterinya itu walaupun desas-desus mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Puteri Sarah.
"Saya sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan.
"Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi," katanya kepada mStar Online.
Filem terbaharu arahannya yang menelan belanja RM4.5 juta itu bakal ditayangkan kepada umum pada 3 Oktober depan selepas mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Dalam perkembangan sama, Syamsul berkata, ibu bapanya iaitu pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih belum bertemu dengan calon isterinya itu.
Pun begitu kata Syamsul, keluarganya tidak menghalang dengan siapa dia ingin bercinta malah sentiasa bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya.
"Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, punca sebenar dia gagal menyiapkan filemKL Gangster 2 dengan cepat kerana banyak komitmen lain yang mengganggu sepanjang proses tersebut.
Jelas Syamsul, dia tidak mahu terburu-buru menayangkan filem tersebut kerana ingin memberikan yang terbaik kepada penonton dan sedar harapan mereka terhadap karya terbaharunya itu tinggi.
"Selain cuba menyiapkan filem itu, saya turut terlibat dalam beberapa projek lain dan berlakon dalam beberapa buah filem dan kerana itu juga ia lambat disiapkan.
"Bagaimanapun Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berharap peminat akan menyukai filem ini," ujarnya. mStar
[Wow] - Gosip Hiburan
Wonder Girls, Kim Yibun Sebelum VS Selepas Menjadi Artis
Dua hari lepas, gambar seorang penyanyi kumpulan K-Pop sensasi Wonder Girls sebelum menjadi artis tersebar dan menjadi sensasi di Internet. Kenapa? Kerana sebelum ini dia kelihatan seperti 'tomboy' sehingga dia menjadi artis. Baru kewanitaannya menyerlah.
Sebelum menjadi Artis :
Kini, seorang artis :
Dua hari lepas, gambar seorang penyanyi kumpulan K-Pop sensasi Wonder Girls sebelum menjadi artis tersebar dan menjadi sensasi di Internet. Kenapa? Kerana sebelum ini dia kelihatan seperti 'tomboy' sehingga dia menjadi artis. Baru kewanitaannya menyerlah.
Sebelum menjadi Artis :
Kini, seorang artis :

[Wow] - Kpop
Kuil Kebenaran atau lebih dikenali sebagai Temple of Truth ialah sebuah kuil di Pattaya, Thailand. Kuil ini dibina menggunakan kayu dan diukir berdasarkan mitologi Buddha dan Hindu. Kuil setinggi 103 meter ini dibina dari idea seorang ahli perniagaan Thailand iaitu Lek Viriyafanta pada tahun 1981. Kuil ini masih lagi di dalam pembinaan kerana strukturnya yang begitu kompleks memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia dijangka akan siap pada tahun 2025.
Pelancongan
5 Zon Berahi Utama Wanita - Jika anda menghadapi kesukaran di dalam bilik tidur dan pasangan anda mengerang untuk semua sebab-sebab yang salah, tips ini akan dapat memandu anda ke arah yang betul.
Jika anda ingin mendapatkan erangan pasangan anda yang bukan berpura-pura, maka anda perlu melakukan sedikit kerja. Pertama, seorang lelaki boleh mencapai orgasme dalam masa 2 hingga 3 minit apabila dirangsang oleh pasangannya. Manakala seorang perempuan boleh mengambil masa sehingga 15 minit untuk mencapai klimaks.
Jika anda tahu fakta ini, bahawa anda tidak boleh terus bertahan lama melalui persetubuhan yang terus (anda akan tahu, jika anda melakukan itu, anda hanya melakukan hubungan seks, tetapi tidak berkasih sayang). Jadi, untuk mengatasinya, anda perlu merangsang badannya dengan foreplay terlebih dulu.
Sekarang, sebelum anda panik dan merasa pelik, semua ini boleh dilakukan dengan lidah dan tangan anda. Di jamin anda akan menjadi pencinta yang lebih baik di dalam bilik tidur dan anda benar-benar akan memberi pasangan anda orgasme selepas orgasme.
Terdapat 5 Zon Berahi Utama wanita:
Leher
Selain daripada dilihat seksi dan menarik, leher wanita mungkin merupakan salah satu kawasan yang paling sensitif di anggota badannya. Cium dengan lembut di kawasan ini dari bahunya ke bawah telinganya (pada masa yang sama urut dengan lidah anda sehingga ke tulang belakangnya). Terus lalukannya dan dia akan bernafas besar dalam tempoh masa yang singkat.
Cuping Telinga
Menghisap cuping telinga bukan untuk semua orang. Sesetengah wanita merasa seronok jika dilakukan tetapi yang lain tidak. Sementara anda berada di situ, anda boleh berbisik sesuatu benda yang manis di telinganya. Ini adalah satu cara yang berlainan asalkan dia suka, jika anda bosan dengan ciuman di bibir. Mengurut cuping telinga dengan jari anda dari semasa ke semasa boleh menjadi sangat menenangkan.
Puting
Setanding dengan lehernya kerana sensitif, puting wanita menjadi keras apabila dirangsang dengan lidah anda. Jangan lupa untuk melakukan di kedua-dua buah dadanya. Jika dia belum meraih kepala anda pada ke pangkuannya peringkat ini, maka anda melakukan dengan teknik yang salah.
Pusat
Pusat adalah satu lagi tempat yang perlu anda rangsang sebelum melakukan persetubuhan penuh. Mencium kawasan ini dengan bibir dan lidah anda, akan menyebabkan getaran yang akan bergetar melalui kawasan pembiakan dan mula merangsang ke tempat G-spotnya.
G-Spot
G-spot adalah anatomi wanita yang agak sukar untuk mencarinya. Adalah lebih baik bertanya kepada dia, jika dia telah menjumpai tempat G-Spotnya dan biarkan dia menunjukkan anda ke arah yang betul.Sebagai panduan umum, G-spot wanita terletak di atas bumbung faraj (iaitu bahagian yang paling dekat dengan perut beliau).
Ia mempunyai saiz dan bentuk duit syiling 5 sen dan boleh dijumpai kira-kira 4 inci.Tindakan berhati-hati perlu dilakukan ketika meransang kawasan ini dengan lidah atau jari anda kerana wanita boleh hilang kawalan. Jangan terkejut jika dia menekan muka anda untuk mendapat kepuasan yang maksimum.
Melakukan gabungan semua perkara diatas akan membuatkan pasangan anda merayu untuk mendapatkan lagi dan ini akan menjadikan anda seorang kekasih yang terbaik untuknya. Penguji kajian adalah kunci untuk mengetahui apa yang disukai pasangan anda kerana semua orang adalah berbeza.
Seperti yang anda boleh lihat, orgasme wanita melibatkan rangsangan seluruh badannya dan tidak semudah hanya melalui penembusan semata-mata. Ambil masa anda untuk menunjukkan rasa ambil berat anda dan perhatian kepada keperluannya, yang akan meletakkan anda di atas mana-mana pencinta lain, dan ini akan membuatkan dia sukar melarikan diri dari katil. – Kuat Batin
[Wow] - Informasi
Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.
Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.
Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.
Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.
Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.
Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.
Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.
Thomas J. Bata, Anak kepada pengasas Bata yang mengembangkan jenama Bata ke seluruh dunia Sejarah. Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.
Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.
Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.
Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.
Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.
Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.
Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.
Ungkapan bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.
Kilang kasut Bata di Czech
Malah beliau turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.
Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.
Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.
Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.
Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.
Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan Bandar Harapan antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.
Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.
Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.
Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.
Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.
Thomas J. Bata di kedai Bata Suria KLCC
Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.
Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.
Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.
Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.
Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.
Misteri Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments