Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Buaya
Miami – Pihak berkuasa daerah Volusia di Florida mendakwa seorang lelaki Sean Lewis, 45, dengan tuduhan mencuri anak buaya selepas ibunya menghubungi talian kecemasan 911 Isnin lalu untuk melaporkan perbuatannya.
Lewis bagaimanapun memberitahu polis, dia menerima anak buaya berkenaan daripada seorang kawan yang sepatutnya mengambil semula haiwan itu, tetapi tidak melakukan demikian, lapor NBC Miami. Selepas seketika Lewis memutuskan untuk menyimpan anak buaya itu dalam tab mandi di kediaman yang dikongsi bersama ibunya.
Namun, wanita terbabit tidak suka dengan tindakan anaknya itu apabila dia menjadikan tab mandi berkenaan akuarium lengkap dengan potongan kayu sebagai ganti tanah kering dan mentol lampu seolah-olah cahaya matahari.
Wanita berkenaan kemudian menghubungi polis yang tiba untuk menangkap haiwan terbabit.
Walaupun tab mandi berkenaan mempunyai ruang mencukupi untuk membolehkan anak buaya itu bergerak, tetapi petugas zoo Florida, Bonnie Breibeil berkata, ia tidak memerlukan tempoh lama sebelum haiwan itu akan bertukar menjadi ganas. – Agensi
F1
London – Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.
Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.
Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.
Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta. Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.
Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.
Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.
Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. – Agensi
Kanye West
Los Angeles – Seorang jurugambar yang mendakwa diserang Kanye West di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin menyaman penyanyi rap terbabit.
Daniel Ramos mendakwa dia diserang dan hak asasinya dicabuli dalam kes saman yang difailkannya itu. Ramos ialah anggota pasukan paparazzi yang ditugaskan di lapangan terbang itu pada 19 Julai lalu untuk mengambil gambar selebriti.
Ramos mendakwa penyanyi rap itu tiba-tiba menumbuknya dan merampas kameranya hingga jatuh ke lantai. Minggu lalu, pejabat pendakwa raya enggan mendakwa West dengan alasan Ramos tidak cedera. – AP
Macam-macam hal betul. STRESS. Salah satu gambar yang hangat didebatkan dalam Instagram Neelofa adalah gambar beliau sedang disolek oleh seorang makeup artis lelaki untuk satu sesi photoshoot.

Sesi bergambar berkenaan dipercayai adalah untuk pakaian pengantin berdasar hastag yang ditulis oleh beliau. Sudut gambar tersebut diambil pula menampakkan pelipat lengan Neelofa dan bukanlah ketiak beliau.

Dari situ, maka gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminatnya, ada yang ketawa, ada yang mengutuk dan ada juga yang cuba memberi kesedaran.




Satu hari di sebuah pasar malam di Selangor. Seorang lelaki terlihat seorang perempuan Melayu bertudung sedang memakai baju sendat bersama seluar jeans sendat. Lalu terjadilah situasi ini.

Lelaki: Tutuplah aurat...(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: (dengar tetapi buat-buat tidak dengar)

Lelaki: Pakai sendat-sendat itu berdosa..(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: Mulut tu jaga ya..! Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya tak ada buat apa-apa pun..

Perempuan Sendat: Sebelum nak nasihat orang, check diri sendiri dulu. Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya hanya cakap "Tutuplah aurat...". Itu saje..

Perempuan Sendat: Kalau nak tegur orang, biarlah berhikmah sikit..

Lelaki: Hikmah..??
Sumber
Perempuan Sendat: Lain kali nak nasihat orang. Nasihat depan depan..!!

Lelaki: Kak..kak sedar tak yang pakai baju sendat, jeans sendat tu HARAM..!

Perempuan Sendat: PANGGGG...(tangan kanan dihayun ke muka lelaki itu)

Lelaki: Apasal tampar saya ?? Tadi akak kata suruh tegur depan-depan..??


Sumber
Gadis ini merakam dan muat naik video ini ke dalam Youtube untuk menunjukkan betapa pandai dia shuffle dengan Trick tersendiri. Anda saksikan. Jangan tergelak pula.. 



Samseng
Nampaknya kempen pemanduan berhemah serta kempen keselamatan jalan raya yang memenuhi ruangan akhbar dan kaca televisyen tidak mendatangkan faedah sekiranya masih ada golongan pemandu yang bersikap seperti dalam video yang kami kongsikan ini.
Mana tidaknya, sebuah video menunjukkan seorang pemandu kereta yang sikap angkuh dan tidak berhemah di jalan raya mula tersebar di laman-laman sosial.
Sepatutnya setiap kenderaan yang ingin menukar laluan, hendaklah memberi isyarat terlebih dahulu.
Setelah selamat, barulah menukar laluan.
Lain pula kaedah yang ditunjukkan oleh pemandu dalam video ini.
Rakaman dibuat menerusi kamera ‘dashboard’ menunjukkan sebuah kereta yang menukar laluan secara tergesa-gesa tanpa memberi isyarat.
Pemandu tersebut bertindak berani dengan menghentikan kenderaan di tengah-tengah laluan yang sesak serta bertindak seperti samseng.
Pemandu itu keluar daripada keretanya dan mengetuk bonet hadapan kenderaan si perakam dan memberi amaran.
Malah, bertindak berani, dia juga menunjukkan kayu pemukul besbol yang terdapat dalam keretanya.
Jelas, ia seolah-olah amaran keras supaya jangan bertindak ‘kasar’ terhadapnya.
Setelah masuk ke dalam kereta, dia kemudian memandu kenderaannya secara merbahaya dengan memandu secara laju dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
Adakah perlunya sikap sebegitu dalam kalangan pemandu di Malaysia?
Mungkin pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu ini.
Kepada mereka di luar sana, awas dengan kenderaan ini yang bernombor pendaftaran, JLV 5384 jenis Proton model Persona.
Juga kepada mereka yang pernah mengalami nasib yang sama atau saksi kepada kejadian-kejadian sebegini, dapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat, masa dan tempat kejadian, dan segera laporkan perkara tersebut di mana-mana balai polis berhampiran.
Jangan biarkan pemandu spesis samseng jalanan atau dipanggil ‘roadbully’ ini terus menguasai jalan-jalan di Malaysia.
VIDEO: Jenazah Ibu Dan Bayinya yang Dibunuh Tentera Syria Laknatullah!
KEKEJAMAN tentera Syria nampaknya tidak mengenal penghujung.
Wanita dan kanak-kanak dijadikan sasaran paling mudah untuk melemahkan lawan mereka.
Klip dibawah memperlihatkan bagaimana seorang ibu muda telah dibunuh bersama dengan bayi yang baru dilahirkannya. Tiada perkataan yang boleh digambarkan betapa BINATANGNYA mereka yang melakukan jenayah ini.
Rasanya binatang pun tidak sanggup untuk berbuat demikian!
Pecah Rumah
Sebuah video bagaimana seorang lelaki cuba memecah masuk rumah dengan mengumpil tingkap bilik kini beredar di internet.
Rakaman dipercayai dilakukan jiran mangsa yang menyedari cubaan suspek lalu menghubungi polis sebelum merakam kejadian ini.
Kejadian dikatakan berlaku di Bandar Putera 2, Klang, Selangor.
Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah keselamatan seperti memasang jeriji tingkap untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa pecah rumah.
Juga, laporkan pada jiran jika anda mahu meninggalkan rumah dalam tempoh tertentu agar mereka menyedari jika ada pengunjung tak dijemput cuba-cuba memasuki rumah anda seperti kes di atas. -REM RAMZI

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign
Bas
GENTING HIGHLANDS – Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
“Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.
“Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan,” katanya.
Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas.
“Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam,” katanya.
Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma.
Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. – BERNAMA
Pinjaman Kereta
Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan ada mengeluarkan garis panduan baru mengenai tempoh pinjaman sewa beli kereta akan dikurangkan maksimum tujuh tahun, dan bayaran muka dinaikkan 20 peratus bagi pembelian kereta baru berkuatkuasa bulan depan.
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata setakat ini, garis panduan terbaru diperkenalkan BNM adalah berhubung pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman yang dikuatkuasakan bulan lalu.
Katanya, beliau berpendapat garis panduan baru yang sudah dikuatkuasakan hampir dua bulan itu sudah memadai dalam membantu mengurangkan hutang isi rumah berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kami sedia mempergiat lagi kempen bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan berhemah” Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara
“Ketika ini, langkah diperkenalkan BNM itu sudah mula menampakkan hasil apabila hutang isi rumah negara berada pada paras sederhana dan pada peringkat ini kami hanya akan terus melakukan pemantauan rapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi ekonomi negara pada suku kedua 2013 di sini, semalam.
Sebar khabar angin
Kelmarin, terdapat khabar angin yang disebarkan mengenai pengurangan tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum tujuh tahun dan bayaran muka 20 peratus untuk pembelian semua kereta baru berkuat kuasa September 2013.
Zeti Akhtar berkata, pihaknya bercadang untuk mempergiatkan lagi kempen bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan berhemah.
“Kami bercadang mengadakan jelajah di seluruh negara dan akan pergi sekolah dan universiti supaya kewangan isi rumah diuruskan dengan baik,” katanya.

Perkenal syarat tambahan
BNM bulan lalu memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.
Langkah itu membabitkan pinjaman semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd.
Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan peribadi, maksimum 35 tahun pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman serta mengharamkan tawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan lebih awal. – BERITA HARIAN
Nahas Bas Genting
BENTONG – Berikut adalah senarai nama mereka yang terkorban dan cedera yang dikenal pasti pihak berkuasa terlibat dalam nahas bas terbabas dan terjunam di Genting Highlands semalam.
MATI
1. Nama: Chan Fook Choy
K/P: 511105-08-5421
Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara, 47100 Puchong, Selangor
 2. Nama: Chan Lai Huat
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
 3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy
KP: 420806-10-5596
Jantina: Perempuan
Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur
 4. Nama: Sukhviv Singh
Jantina: Lelaki
Warganegara: India
 5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh
 6. Sek Sooi Chan
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
 7. Nama: Lee Fok Wah
KP: 510409-10-5319
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
 8. Nama: Law Tiaw Meng
KP: 771015-14-5339
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
 9. Nama: Law See Kee
KP: 940715-08-5838
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
 10. Nama: Auther Mash
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: India
 11. Nama: Yap Hing
KP: 520313-10-5807
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada
 12. Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
KP: 520828-04-5305
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada.
 13. Nama: Ng Ah Heng
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada
14. Nama: Choo Peng Kwan
KP: 470131-08-5363
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada
 15. Nama: Bhuiyan Rifique Ali
No Pasport: QC 692665
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh
Ahli keluarga mangsa serta wakil pejabat-pejabat kedutaan berkaitan dilaporkan kini berada di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi membuat pengecaman mayat serta menuntut jenazah.
Proses bedah siasat dijangka berakhir petang ini.