Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

jingjing gembira akhirnya kakinya dipotong
ANYANG – Jika individu lain menangis dan meraung jika mendengar kaki mereka akan dipotong, namun keadaan sebaliknya bagi seorang gadis berusia 22 tahun, Sun Jingjing.
Baginya berita tersebut merupakan sesuatu yang amat menggembirakannya.
Ia bermakna penderitaannya akibat congenital angiolipoma, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan kaki kanannya membengkak akan berakhir.
Penyakit itu juga merupakan sejenis tumor yang menyebabkan kakinya membengkak sehingga sebesar saiz bahagian atas badannya sendiri.
Ia juga menyebabkan Jingjing mengalami kesakitan yang amat sangat dan kerana ia terlalu besar, dia terpaksa mengheret kakinya itu jika dia ingin berjalan.
“Keadaan bertambah buruk pada musim panas apabila cuaca panas menyebabkan kaki saya melepuh.”
“Pada musim sejuk pula, saya mendapat frostbite dan ia menjadi sangat gatal,” katanya.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila bapanya meninggal dunia akibat masalah buah pinggang kira-kira 12 tahun lepas, manakala ibunya pula menghidap kanser.
“Ibulah penguat semangat saya. Meskipun dia mengalami kesakitan yang amat sangat, namun dia tidak menunjukkannya sebaliknya terus merawat saya selain mahu saya terus menjadi kuat,’’ katanya.
Jingjing tidak pernah menerima rawatan doktor menyebabkan bengkak di kakinya semakin besar, dengan ukur lilit 85 sentimeter.
Kini, selepas kakinya dipotong, dia berharap dapat berkahwin dan memiliki keluarga sendiri.
gadis
Almy Nadia Mahu Cuba Nasib Jadi Pelawak
PELAKON Almy Nadia mengakui tidak menjadi masalah kepadanya untuk dikenali sebagai pelawak wanita berikutan penyertaannya dalam rancangan Super Spontan terbitan Astro.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia kini banyak menerima tawaran watak komedi dan program berbentuk sitkom.
“Saya tidak kisah kalau selepas ini orang mula gelar saya sebagai pelawak kerana di Malaysia ini kita kurang pelawak perempuan. Yang ada sekarang kita boleh kira dengan jari sahaja.
“Jika rezeki sudah ke arah itu saya terima sahaja, lagi pula sekarang sudah terlalu ramai pelakon-pelakon baru yang keluar,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Almy berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya benar-benar mampu menghiburkan penonton dengan aksi komedi.
“Saya sendiri tidak tahu yang saya ini kelakar ataupun tidak kerana saya rasa sifat saya hanyalah biasa sahaja. Tapi selepas program, Edisi Khas banyak maklum balas yang positif saya terima.
“Apa yang peting saya hanya jadi diri sendiri dan mencuba nasib. Kalau kita beraksi berlebih-lebihan pula, ia akan nampak menjengkelkan,” katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, ibunya, Roshida Hashim, 45, banyak memberi sokongan dan menjadi pengkritik terhadap lakonannya selama ini.
“Ibu adalah pengkritik utama saya. Biasanya selepas penonton rancangan komedi saya, dia akan telefon dan beri pandangan.
“Sebab itu bila penggambaran saya asik teringat pesanan dia. Dia juga selalu minta saya baca buku dan belajar tentang bahan-bahan jenaka daripada buku dan Internet,” katanya.
Sementara itu, Almy yang turut menyertai program musim kedua Super Spontan mengakui agak gentar untuk berhadapan dengan pelawak-pelawak terkenal tanah air.
“Saya fikir banyak kali untuk sertai program ini. Kalau rancangan sitkom saya tidak kisah tetapi dalam rancangan ini saya perlu beraksi spontan.
“Berhadapan pula dengan semua pelawak yang handal dan terkenal, tapi saya sudah nekad untuk redah sahaja,” ujarnya.
Antara selebriti lain yang akan menyertai ialah Norkhiriah, Along (Raja Lawak), Johan (Raja Lawak), Yus (Jambu), Nabil Ahmad, Munir, Jep (Sepah), Shuib (Sepah), Tauke (Jambu), Rahim dan Suhaimi.
Program Super Spontan musim kedua akan bersiaran bermula 30 Ogos ini, pukul 10 malam di saluran 132, Astro Warna. – mStar

Mungkin ramai orang yang tidak mengetahui bangunan yang berdiri segak, berwarna putih konkrit atas bukit menghala ke Bandaraya Kota Kinabalu adalah sebuah bangunan Gereja Tua seperti yang tertera didepan menara bangunan tertulis 3 huruf iaitu SDA atau 'Seventh Day Adventist' Church. Untuk pengetahuan anda, Lambang tiga huruf itu "SDA" disingkatkan menjadi "Syurga Dan Akhirat".

Apa yang menarik disini ialah betapa murninya jiwa dan naluri orang kita sehingga Gereja yang pada asalnya di jadikan sebuah Masjid tempat orang Muslim beribadah.

Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Sabah yang punya didikan dengan penuh kasih sayang sejak turun temurun lagi. 
Orang sabah semua bersaudara lagi pun dari dulu hingga sekarang sabah ada ikatan kekeluargaan yg sgt kuat dan inilah yang menjadikan penduduk Saah tidak benci membenci antara satu bangsa dan agama yang lain ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa juga.

Proud To Be Sabahan....
Gambar: Facebook
APALAH nasib Justin Bieber apabila dia difitnah kononnya berpesta dadah bersama rakan-rakannya dan menyimpan barang terlarang itu di dalam begnya.
Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi muda bersama pengawal keselamatannya itu telah ditahan oleh sekumpulan polis di bandar Fort Lauderdale, Florida apabila mereka dicurigai membawa dadah.
“Mereka ditahan selepas pihak polis mendapat maklumat Justin baharu saja berpesta dadah dengan rakan-rakannya dan dia menyimpannya di dalam beg.
“Semua beg yang berada dalam kereta milik Justin digeledah dan selepas hampir sejam, tiada dadah yang ditemui,” kata sumber.
Kes dadah bukanlah perkara baharu yang menimpa Justin.
Julai lalu, pihak polis menemui dadah jenis ganja di dalam bas yang digunakan untuk konsert jelajah beliau ketika mereka menuju ke Kanada dari Amerika Syarikat. – mStar
628x471
Beirut – Lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia semalam, kata pembangkang yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa campur tangan antarabangsa.
“Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan,” kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang beribu pejabat di Britain dan mengumpulkan maklumat daripada aktivis dan pasukan perubatan.
Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan” Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia
SOHR berkata, serangan amat sengit dan disasarkan ke pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma di timur Damsyik.
Ia memetik aktivis sebagai berkata tentera rejim membedil roket dengan peledak berisi gas beracun dalam serangan itu.
Sebuah kumpulan pemerhati dari Britain sebelum itu berkata sekurang-kurangnya 100 maut dalam serangan tentera ke atas kubu kuat pejuang pembebasan di pinggir ibu kota Syria semalam, dalam apa yang didakwa sebagai serangan gas beracun.
Satu kumpulan lain, Jawatan-kuasa Penyelarasan Tempatan, berkata beratus-ratus maut atau cedera dalam serangan itu. Perbezaan angka daripada kumpulan aktivis adalah perkara biasa di Syria, terutama dengan kerajaan mengehadkan laporan luar dan domestik.
Dakwaan dibuat ketika pasukan senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 20 anggota, diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, berada di Damsyik sejak Ahad lalu untuk menyiasat tiga kawasan yang didakwa serangan senjata kimia dilancarkan.
Kawasan yang disiasat adalah kampung Khan al-Assal di barat Aleppo dan dua lagi lokasi yang dirahsiakan atas alasan keselamatan.
Berikutan laporan semalam, SOHR menggesa pasukan PBB di Syria dan semua pertubuhan antarabangsa melawat kawasan yang teruk terjejas dan memastikan bekalan perubatan dan bantuan tiba kepada penduduk secepat mungkin.
Ia juga menggesa siasatan terhadap serangan itu.
Sementara itu, pihak berkuasa Syria menafikan dakwaan tentera menggunakan senjata kimia.
“Laporan penggunaan senjata kimia palsu. Ia cubaan menghalang pasukan PBB menjalankan misi mereka,” lapor agensi berita SANA.
Akhbar Al-Watan melaporkan kerajaan Syria berjanji untuk bekerjasama dan memudahkan kerja pasukan penyiasat PBB yang melancarkan misi di negara itu kelmarin.
Britain sementara itu berkata ia akan merujuk dakwaan penggunaan senjata kimia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dakwaan itu belum dapat disahkan. – AFP/AP
Metallica Makin Tua, Makin Ligat!
SELAMA tiga dekad gah berdiri sebagai band trash metal di persada muzik dunia, Metallica terus membuktikan faktor usia bukan masalah untuk mereka beraksi di pentas konsert.
Biarpun keempat-empat anggotanya sudah mencecah usia 50-an, namun faktor itu tidak sikit pun menghalang band yang dikenali dengan jolokan ‘Raja Metal’ ini membuktikan bahawa mereka masih punya stamina – masih ligat!
Buktinya, bertempat Stadium Merdeka Kuala Lumpur, band legenda Amerika Syarikat ini malam tadi melakar sejarah buat pertama kalinya membuat persembahan di hadapan hampir 30,000 peminat tanah air.
Selama 1 jam 45 minit beraksi tanpa henti, Metallica bikin peminat ‘menggiler’ dengan seleksi 18 lagu terbaik mereka dari album pertama hingga terkini.
Dianggotai oleh James Hetfields 50, (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich, 49, (dram), Kirk Hammett 50, (gitaris) dan Rob Trujillo 48, (bassis), band ikon yang ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1981 ini membuka tirai Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dengan Master Of Puppets dan Fuel.
“Anda semua dah bersedia untuk terus berseronok lebih lama lagi? Hanya setelah 31 tahun baru kami dapat ke sini. Saya minta maaf pada anda semua. Tapi kami masih belum terlambat, bukan? Kami sangat teruja dapat beraksi dan berbesar hati dapat melihat wajah-wajah anda semua”, ungkap James dan kemudian bergema stadium dengan sorakan peminat.
Kemudian sekali lagi dia bertanyakan kepada peminat, “Anda mahu lagi? Anda mahu apa? Tak mengapa, saya tahu anda mahu apa. Dah 31 tahun anda semua menunggu, ini untuk anda semua…”, sambungnya James lagi.
Lalu arena terus digegarkan dengan lagu lain seperti Fade, Havester of Sorrow, Ride The Lighthing, Cyanide, Sanitarium, Sad But True, One, Orion, Blackened, Nothing Else Matter, Enter Sandman, Creeping Death, Baterry dan Seek & Destroy.
Hampir separuh daripada penonton yang menyaksikan konsert itu merupakan peminat Metallica yang berusia 30 tahun ke atas.
Momen paling mengujakan apabila sepanjang konsert dapat dilihat hampir keseluruhan daripada peminat kelihatan tidak segan silu mengangguk-anggukkan kepala ketika menghayati irama lagu-lagu berentak berat yang dipersembahkan.
Tak kurang ramai yang turut ikut menyanyi sama, bertepuk tangan dan bersorak.
Konsert yang berakhir sekitar jam 10.30 malam itu turut dihadiri beberapa selelebriti tempatan seperti Faizal Ismail (FBI), pelakon Dira Abu Zahar bersama suaminya, penyanyi Ruhil Amani, Mus (May) dan Bunkface.
Untuk rekod, kali terakhir Metallica singgah di Asia Tenggara ialah pada 1991 sempena promosi album Metallica di mana ketika itu mereka sempat mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia.
Konsert Metallica Live in  Malaysia 2013 dianjurkan oleh Galaxy Group.
Selepas Kuala Lumpur, band yang pernah menerima penghormatan tertinggi dalam industri muzik Amerika Syarikat apabila dimasyhurkan dalam senarai The Rock and Roll Hall of Fame ini akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos (Sabtu) ini. –Malaysia Digest
2
3
4
5
Pakar kulit bersetuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab untuk kesihatan tubuh badan dan kulit. Oleh sebab itu, membuat sendiri ramuan semulajadi untuk rawatan wajah pastinya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah buat yang memiliki masalah kulit berminyak. Buah-buahan, madu, lemon dan empingan oat (oatmeal) adalah antara makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah.

 Ia tidak akan merengsakan kulit, dapat membantu masalah jerawat dan cela di wajah, dapat mengurangkan saiz liang roma malah dapat menggelupas kulit. Pastinya secara semulajadi. Malah, rawatan wajah semulajadi 'air tangan' anda ini dapat membantu anda berjimat daripada berbelanja sejumlah wang ke atas produk kecantikan. Kaum wanita kebiasaannya membelanjakan wang dalam RM50 atau lebih banyak daripada itu untuk masker wajah berkualiti tinggi. 

Walaubagaimanapun, topeng buatan sendiri membolehkan anda berbelanja kurang daripada RM10 dan tersangatlah efektif. Untuk mengetahui bagaimana membuat sendiri ramuan semulajadi ataupun bahan organik khusus untuk kulit wajah, apakata cuba cara yang disediakan di bawah ini, selamat mencuba! 

MASKER STRAWBERI YOGURT 


Bahan-bahan: 
Enam biji strawberi segar (dilecekkan)
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa)

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 

MASKER TELUR DAN AVOKADO 


Bahan-bahan:
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!)
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk. 

MASKER EMPINGAN OAT 


Bahan-bahan:
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 

MASKER EPAL MADU 


Bahan-bahan:
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 

MASKER SODA PENAIK 

Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air sejuk.
Fuhhhhh.... Tak senonoh lah pasangan nih. Best Sangat Ke dia rasa Buat Macam Tu Di Dalam Tren? Macam-macam perangailah. Dia tu bukan tiang, tak perlulah nak pegang, peluk sampai macam tuh.. Ingat pegang macam tu korang nampak sweet .

Kalau dilihat dari pandangan belakang, seolah-olah seperti perempuan tuh sedang "Blow Job"..  Betul nih.. Korang Tak Percaya? Cuba tengok gambar kat bawah nih..



Baru - baru ini, ahli arkeologi telah menemui sebuah tanah perkuburan yang dikatakan merupakan tapak perkuburan pontianak a.k.a vampire di Poland. Pasukan arkeologi itu mendapati kubur tersebut mengandungi empat rangka dengan kepala masing - masing diletakkan diantara kaki mereka. Ini bukti berdasarkan amalan biasa di zaman pertengahan kerana ia telah dianggap sebagai satu - satunya cara untuk mematikan mahkluk yang bernama vampire ini.





Rambut lurus dan indah merupakan impian setiap wanita.Bukan sedikit wanita berambut kriting ke salon untuk buat rebonding. Namun itu tidak bagi wanita ini. Namanya Aevin Dugas. Ia bangga boleh memecahkan rekod afro-nya.

Rambut kribo wanita 37 tahun ini jika diluruskan mencapai 1,02 meter. Selama 14 tahun Dugas tidak pernah memotong rambutnya. Dan, rekod mempertahankan afro-nya ini berjaya memenangi Guinness Book of Records.

Tentu tidak mudah mempunyai rambut kribo yang panjangnya 1,02 meter. Rambut super besarnya membawa kesan sendiri buat wanita ini. Ia harus bersusah payah ketika tiba waktunya untuk mencuci rambut. Bayangkan, Dugas memerlukan dua hari hanya untuk mencuci. Ada sejumlah ritual yang harus dilakukannya.

Dugas tidak terus menyiram rambutnya secara langsung. Ia terlebih dahulu mengikat rambutnya menjadi beberapa bahagian, kemudian baru membasuhnya satu per satu.

Tidak hanya ketika membasuh, rambut Dugas juga menyukarkannya mencari pasangan. Sebab rambut Dugas membuat lelaki takut, terutama ketika pertama kali bertemu. Meski pun sukar mendapatkan pasangan, Dugas mengaku bahagia. Kerana ketika dirinya berjalan di luar rumah, banyak orang yang mengagumi rambutnya. Sikap Dugas ini boleh memberi inspirasi wanita berambut kriting untuk mempertahankan mahkotanya apa adanya. Sumber



Terasa lapar ketika lewat malam boleh merungsingkan fikiran jika anda cuba atau dalam proses menurunkan berat badan. 

Sememangnya makan di lewat malam bukanlah satu pilihan yang bijak, malah tidak digalakkan sama sekali.

Namun terdapat beberapa pilihan makanan snek atau makanan ringan bagi mengalas perut anda yang lapar itu bagi mengelak anda tidak dapat tidur lena. 

BERI BIRU BEKU 


Nak makan gula-gula tetapi bimbang jika ia memberi kesan terhadap berat badan anda? Apa kata anda cuba bekukan buah beri biru dalam peti sejuk? Rasa seperti gula-gula, anda pasti tidak akan mempunyai rasa bersalah kerana ia bukan sahaja mepunyai kandungan tinggi dalam antioksida dan fiber, malah mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan anda. 

BERTIH JAGUNG 


Bertih jagung memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan ia tidak disalut dengan mentega atau karamel. Namun itu tidak bermakna bertih jagung anda itu tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk cayenne atau kulit kayu manis. 

BIJIRIN 


Bijirin (oatmeal) bukan sahaja makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia juga cara terbaik untuk mengakhiri malam anda. Snek bijirin ini bukan saja kaya dengan fiber menyihatkan, malah ia adalah sumber baik kepada melatonin dan triptofan yang membantu anda tidur lena. Letakkan buah strawberi untuk membuatkan bijirin anda bertambah enak! 

BISKUT TAWAR BIJIAN 


Jika anda inginkan snek yang mengandungi kandungan karbohidrat dan fiber menyihatkan untuk menghilangkan rasa lapar sebelum tidur, biskut tawar bijian (multi-grain crackers) adalah pilihan yang sesuai. Ianya lebih enak jika anda sapu sedikit mentega kacang bagi mendapatkan sedikit protein dan lemak sihat. 

COKLAT GELAP 


Siapa yang mampu menolak coklat? Pasti sukar tetapi bukan semua coklat tidak elok untuk kesihatan diri anda dan semestinya, ketika anda sedang berdiet. Jika anda mengidam untuk makan makanan manis di lewat malam, coklat gelap adalah pilihan yang paling sesuai kerana kandungan gula yang kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah coklat gelap juga mempunyai kandungan tinggi antioksida. 

KACANG PISTACHIO 


Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap! 

PRETZEL 


Apabila keinginan untuk memakan makanan berkarbohidrat, pretzel adalah pilihan yang tepat kerana ia mampu mengenyangkan anda. Pilih pretzel jenis bijian untuk kebaikan kesihatan dan anda boleh menikmatinya tanpa bimbang tentang pengambilan kalori. 

PISANG 


Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena. 


Sumber Daripada
Bas Genting
Beberapa keping gambar menunjukkan Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali dalam usaha menyelamatkan penumpang tragedi bas henti-henti Genting yang sedang menghala ke Kuala Lumpur. Bas berkenaan menyediakan perkhidmatan ulang-alik dari Hentian Pekeliling di ibu negara ke Genting Highlands setiap hari.
Bas berkenaan dipercayai membawa 49 penumpang terbabas dan terhumban sedalam 60 meter ke dalam gaung sehingga menyebabkan 10 orang maut setakat ini dan 15 lagi cedera.
Gambar dimuatnaik ke laman FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Selangor. – Mynewshub.my
BombaSelangor02
BombaSelangor03
BombaSelangor04
B1
BasTerbalik07
BasTerbalik08
BasTerbalik09
BasTerbalik10

BasTerbalik11