Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Aktres yang sedang meningkat naik namanya, Uqasha Senrose mengakui dia pernah diraba pengurus peribadinya (PA) sendiri ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan terkutuk individu tersebut, teraju utama filem Paku Pontianak ini lantas membuat keputusan memecat pengurus peribadinya itu serta merta.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, dia sama sekali tidak menyangka bekas pengurusnya yang juga seorang pengkid itu tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada individu berkenaan.
“Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta. Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar.
“Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia. Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya. Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain”, kata Uqasha ketika ditemui pada sesi preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi.
Enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut, Uqasha tidak membuat lapoan polis berhubung hal itu.
Uqasha turut memberitahu sehingga kini dia masih belum mencari pengurus peribadinya yang baru kerana buat masa ini dia selesa menyerahkan segala urusan yang melibatkan aktiviti seninya kepada pihak pengurusan yang dinaungi iaitu MIG.
Beri Pekin Tempoh Setahun
Dalam pada itu diminta mengulas mengenai laporan media dia kononnya telah menerima rombongan merisik oleh pihak keluarga kekasihnya pelakon Pekin Ibrahim, gadis kacukan Kelantan-Siam ini tanpa berselindung mengesahkan hal tersebut.
“Ya, dia (Pekin) datang hantar rombongan merisik pada bulan Julai lalu. Hanya merisik dan kami tak bertunang. Tapi untuk ke arah perkahwinan tu rasanya bukan tahun ni sebab buat masa sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Dalam masa setahun ni kami beri tempoh pada diri masing-masing untuk cari duit dan mengenali lebih lagi hati budi antara satu sama lain”, tuturnya.
Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu. Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar di internet beberapa bulan lepas.
Biarpun baru lebih kurang tujuh bulan mengenali Pekin namun kata Uqasha keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu.
“Dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah. Dia rapat dengan keluarga saya”, katanya.
Perkembangan lain, selain muncul menerusi filem Paku Pontianak yang akan ditayangkan pada 22 Ogos ini, Uqasha juga baru selesai mejalani penggambaran drama bersiri Ratu Suhada dan akan ditayangkan di saluran RTM, tidak lama lagi. –Malaysian Digest
[Wow] - Kisah Artis
Sejak kisah percintaannya bersama pelakon Uqasha Senrose tersebar beberapa bulan lalu dan menjadi bualan hangat ramai, pelakon Pekin Ibrahim sering diasak dengan pertanyaan bila dia mahu menyunting buah hatinya itu sebagai isteri yang sah.
Tetap sama seperti jawapanya diberikan sebelum ini, kata Pekin kalau boleh dia mahu segera berkahwin dengan Uqasha. Namun impiannya itu akan direalisasikan perlahan-lahan kerana banyak perkara lain yang harus difikirkan sebelum mereka bergelar suami isteri.
“Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Tapi pendek kata beginilah, saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami.
“Saya rancang tak mahu buat majlis tunang kerana cukuplah dengan majlis merisik pada Julai lalu. Ikutkan, saya nak tunang pagi dan melangsungkan perkahwinan pada sebelah petang. Senang”, katanya ringkas.
Pekin ditemui pada sesi malam preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi. Filem tersebut menyaksikan gandingan pertama kali Pekin bersama Uqasha.
Dalam pada itu Pekin berkata dia sebenarnya tidak pernah memikirkan soal kahwin. Namun sejak pertama kali mengenali Uqasha hatinya terus terdetik untuk terus menajlinkan hubungan yang lebih serius dengan bekas pramugari Air Asia itu.
“Sebelum ni saya tak pernah fikir soal bercinta apatahlagi kahwin. Tapi bila pertama kali saya jumpa dia, terus saya tanya pada dia sama ada dia mahu berkahwin dengan saya atau tidak. Tercengang juga dia pada ketika itu. Tapi akhirnya dia berikan jawapan, ya dan sejak tu kami semakin rapat”, ujar Pekin lagi. - Malaysian Digest
[Wow] - Gosip Hiburan
BOLEH dikatakan pelik undang-undang yang ditetapkan oleh pihak universiti di Thailand. Malah, gambar menunjukkan pelajar universiti yang diharuskan memakai topi pelik lengkap dengan kepak untuk halang sebarang peniruan sepanjang tempoh peperiksaan berleluasa di internet. Gambar ini dijadikan bahan jenaka di Facebook setelah dimuat naik.
Disebabkan gambar tersebut sudah tersebar secara meluas di laman Facebook, Nattadon Rungruangkitkrai, pensyarah di Universiti Kasetsart menjelaskan kenapa mereka berbuat demikian. Topi tersebut diperbuat daripada kertas untuk menghalang mereka daripada menipu ketika peperiksaan berlangsung peperiksaan mereka.
“Topi anti-penipuan dianggap perlu kerana kelas itu terlalu kecil untuk jumlah individu yang mengambil peperiksaan, dan mereka telah dipaksa untuk duduk sangat dekat dengan antara satu sama lain.
“Ia adalah perkara biasa bahawa orang cuba untuk menipu dalam peperiksaan, jadi topi membantu mengelakkan gangguan ketika melakukan ujian,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, para pelajar lebih senang memakai topi tersebut dan tiada sebarang pengaduan malah pelajar sendiri yang mencadangkan idea sedemikian, pihak universiti langsung tidak memaksa mereka berbuat demikian.
[Wow] - Macam macam
Semalam gempar di laman-laman sosial apabila tersebarnya sebuah video penerangan yang disampaikan oleh salah seorang pendakwah bebas di Malaysia, Ustaz Wan Ji Wan Husein.
Dalam video tiga minit itu, menunjukkan kenyataan Ustaz Wan Ji yang berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara republik tanpa sultan
“Ana punya cita-cita, sekarang ini 2013, 2030 ‘map’ ana, Sultan tak ada, Sultan dah habis. Malaysia ini dah jadi negara republik,” jelas Ustaz Wan Ji.
Malah, dia juga seolah-olah menyamakan sultan di Malaysia ini seperti syaitan
Bukan itu sahaja, Ustaz Wan Ji turut menyifatkan sultan di Malaysia ini seperti babi kerana mempunyai mudarat yang banyak.
“Sultan ni monarki ni ada baik sikit Tapi Mudaratnya banyak. Hukumnya macam babi juga.
“Perhabis duit rakyat, mengarah sesuka hati, dasar yang agak terbantut kerana faktor-faktor sultan, tak lantik exco, menyusahkan orang, lepas tu goyang kaki, pembaziran.
Baik pun sikit je pun. Tapi tak berapa baik pun. Takat nak jaga Melayu,” jelasnya.
Bagaimanapun, memetik laporan Malaysiakini, pendakwah bebas itu mempertahankan dirinya berhubung video tersebut.
Wan Ji dilaporkan berkata apa yang dibincangkan dalam video tersebut merupakan kiasan sewaktu perbincangan berkaitan ‘fiqh tawaqqu’-satu cabang pengajian Islam- yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.
Beliau mendakwa memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.
Pada Selasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan menggesa tindakan diambil terhadap pendakwah bebas itu.
Sumber: Astro Awani & Malaysiakini
[Wow] - Video
Walaupun Jep Sepahtu berjaya merangkul Anugerah Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Malam Anugerah Lawak Warna 2013 (ALW 2013), Jep tetap berasakan Johan dan Zizan Razak jauh lebih bagus daripada dia.
“Alhamdulillah, malam ini rezeki berpihak kepada saya. Mengenai perasaan saya dapat menewaskan Johan dan Zizan, saya tetap rasakan mereka adalah yang terbaik. Saya rasakan masih jauh lagi perjalanan saya untuk sampai ke tahap mereka. Mereka sudah jauh lebih bagus. Saya yang sedang berada di tahap sekarang pun sudah bersyukur dengan kurniaan rezeki yang saya dapat dan saya akan terus mencuba untuk memberikan yang terbaik,” katanya memetik laporan di portal Gua.
Menerusi anugerah itu, Jep berjaya menewaskan nama-nama besar seperti Johan, Zizan, Dato AC Mizal dan Yus Jambu.
Selain mengatakan anugerah yang diterimanya itu akan menjadi pemangkin untuk dirinya terus berusaha memberikan yang terbaik buat penyokongnya, Jep turut merakamkan rasa penghargaan terhadap rakan sekumpulannya, Shuib yang merupakan gandingan terbaiknya sepanjang bergelar artis komedi.
“Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Shuib. Dia merupakan gandingan yang paling sempurna untuk saya. Saya berharap selepas ini, dia bakal mendapat anugerah ini pula,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Jep dan Shuib bakal kembali menjadi peserta Maharaja Lawak Mega 2013 yang bakal menemui penonton penghujung tahun ini.
[Wow] - Kisah Artis
Pelakon filem ‘Bikers Kental’, Zul Ariffin telah memuat naik sekeping gambar dirinya yang cedera di bahagian muka dalam laman Instagram miliknya pada minggu lalu. GUA telah menghubungi pelakon kacak itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu.
“Sebenarnya, insiden itu berlaku pada sambutan hari raya keempat. Kejadian itu berlaku di dalam bilik saya di kampung halaman, Taiping, Perak. Saya bangun dari tidur, ketika itu waktu Subuh. Sejurus selepas saya bangun, saya terus pitam. Malangnya, muka saya terkena almari di dalam bilik saya,” jelas Zul memulakan bicara.
“Saya terus dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan.
Syukur, tiada apa-apa yang serius berlaku kepada saya, cuma parut di bahagian muka sahaja. Saya memang mempunyai sakit darah tinggi semenjak berusia 23 tahun. Namun ketika menjalani pemeriksaan lanjut, pihak hospital menjelaskan yang saya pitam bukan berpunca daripada penyakit darah tinggi. Tapi, saya percaya kejadian itu sedikit sebanyak disebabkan oleh penyakit itu. Maklumlah, musim raya, jadi saya dihidangkan dengan banyak makanan yang memberi kesan kepada sakit ini,” tutur hero drama ‘Kabin di Tepi Tasik’ ini.
Zul juga menjelaskan parut yang terdapat di wajahnya semakin sembuh.
“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan dengan pakar kulit dan dia menjelaskan parut di muka saya akan sembuh dalam masa dua hingga ke empat minggu lagi. Saya juga meneruskan aktiviti seni seperti biasa. Apabila saya menjalani penggambaran, jurusolek akan menutup parut di muka saya dengan kesan solekan,” ulas Zul lagi.
Bercakap menngenai sambutan Syawal baru-baru ini, Zul menjelaskan dia menyambut ketibaan Aidilfitri secara sederhana sahaja. Dalam perkembangan terbaru, Zul bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3 yang berjudul ‘Janji Adam’. – Gua
[Wow] - Kisah Artis
IPOH – Seorang suri rumah berusia 30 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa kerana mendera dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anak perempuannya berusia lima tahun.
Choong Mee Chin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Choong didakwa mendera kanak-kanak itu di ruang tamu rumahnya di Menglembu pada 12 Ogos kira-kira pukul 9 pagi dengan memukul kepala dan badannya menggunakan tongkat.
Majistret Suhaima Mohd Noor menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemerhatian selama sebulan.
Suhaima juga mengarahkan Choong menjauhkan diri daripada mangsa atau jaminan itu ditamatkan.
Isu Semasa
Jawapan agak klise namun kalau itu adalah kebenaran, apa salahnya kan?
Susulan artikel beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang wanita, Halim Othman menafikan yang wanita bernama Dania itu adalah kekasihnya.
Menurut Halim, Dania hanyalah peminatnya.
Nampak gayanya lambat lagilah nak merasa makan nasi minyak di kenduri majlis perkahwinan Halim Othman.
Yang menariknya, menurut Halim, gambar-gambar itu diambil tahun lalu ketika dia, wanita itu dan beberapa orang rakan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Abang Nara tertarik dengan kata-kata Halim di bawah:-
Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya.
Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti.
Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara “super impose”. Ketika bergambar dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa.
Pada pandangan mata kasar Abang Nara, tak nampaklah pula di mana “super impose”nya. Namun agak kelakar juga apabila Halim menyatakan wanita itu suka berkepit. Hehehe. Nak tergelak Abang Nara dibuatnya. Tak apalah Halim. Kalau ada jodoh, suatu hari nanti pasti bertemu wanita yang sesuai dengan anda. Tak gitu? – Beautifulnara.com
[Wow] - Gosip Hiburan
Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia hari ini apabila penjenayah dianggap sebagai wira manakala pihak berkuasa dianggap sebagai musuh.
Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang.
Inilah yang berlaku apabila politik persepsi yang cuba diterapkan oleh pembangkang kepada rakyat.
Kenapa pembangkang suka membela penjenayah tetapi menyalahkan polis dalam segala tindakan yang polis lakukan untuk mencegah dan mengekang jenayah.
Mungkin akibat daripada tindakan segelintir pemimpin politik inilah yang menyebabkan jumlah jenayah kian meningkat akhir-akhir ini.
Atau adakah suasana sebeginilah yang diinginkan berlaku oleh pembangkang kepada negara agar mereka boleh sentiasa menudung jari kepada pihak kerajaan dan polis agar rakyat melihat kerajaan dan polis hari ini tidak lagi mampu untuk mengawal negara. – terengganutoday.com
[Wow] - Berita Tempatan
Sejak beberapa hari ini, Op Cantas adalah antara topik yang paling banyak diperbualkan sama ada di kedai-kedai kopi atau di media sosial terutama selepas 5 pembunuh upahan ditumpaskan polis di Pulau Pinang dua hari lepas.
Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah itu Op Cantas Khas yang dimulakan sejak 17 Ogos lalu.
Antara matlamat Op berkenaan adalah untuk mengesan kembali bekas banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam aktiviti jenayah.
Mana-mana individu yang dikesan dalam Op Cantas akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah untuk tempoh 24 jam.
Jika tambahan masa diperlukan untuk siasatan lanjut, suspek akan direman selepas mendapat perintah mahkamah.
Tumpuan Op berkenaan banyak kepada individu yang terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.
Selain mengesan kembali bekas tahanan OD, ia juga memberikan penumpuan kepada aktiviti sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman.
Menurut kenyataan pihak PDRM, pelancaran Op Cantas adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa pencegahan jenayah adalah peranan dan fungsi Pasukan Polis sebagaimana termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967.
Pencegahan Jenayah dilaksanakan melalui 2 cara, iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas berlakunya jenayah.
Walaupun terdapat penurunan kadar jenayah ini tidak bermakna masyarakat di negara ini boleh berasa selesa dan selamat, sebaliknya kita semua perlu terus bekerjasama mengembelingkan usaha bagi membendung jenayah.
Tindakan pencegahan jenayah sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama oleh masyarakat dan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Polis.
Justeru itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memulakan operasi bagi mencegah jenayah dengan menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan Op Cantas Khas, di bawah tanggungjawab ACP Kamarulzaman Mamat, Penolong Pengarah Tahanan/Sekatan D7B, Jabatan Siasatan Jenayah dan dibantu oleh Supt. Amir Rasid Derani, Superintendan Pencegahan D7A, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Buat permulaan, tumpuan diberikan kepada Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan juga Negeri Sembilan dan ia akan berterusan di semua kontinjen-kontinjen.
Usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah yang dibantu dengan kekuatan pegawai dan anggota dari daerah-daerah yang terlibat ini adalah sebahagian daripada pencegahan jenayah.
Walaupun ia seolah-olah menyusahkan pengguna jalanraya di sekitar ibu kota dan Selangor, matlamatnya adalah baik, iaitu dapat membanteras penjenayah melalui pemeriksaan terhadap kenderaan dan individu di sekatan jalanraya.
[Wow] - Berita Tempatan
Bagi model GALAXY Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara, manakala bagi model 10.1 inci pula akan mula dipasarkan bermula pertengahan September ini.
GALAXY Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit.
Syarikat elektronik Korea Selatan itu berkata, siri GALAXY tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka.
Katanya, sama ada melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi.
“Ia sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Reka bentuk nipis
GALAXY Tab 3 7.0 inci didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang.
Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa.
Sementara itu, bagi GALAXY Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di emel, mesej teks dan ChatON.
[wow] - Teknologi
Kerana inginkan majlis perkahwinannya lebih bermakna dan meninggalkan kenangan terindah buat tetamu serta bakal isteri, bekas juara Mentor musim kedua, Black Hanifah meminta komposer Ajai menciptakan sebuah lagu khas sempena hari bersejarahnya.
Lagu berjudul Si Merah Si Putih itu bakal dirakamkan Black bersama rapper, RJ, minggu depan.
“Ia bukan lagu cinta, tetapi lebih kepada lagu kahwin. Liriknya juga ditulis oleh Ajai dan mengikut cadangan, ia akan dijadikan single terbaru saya,” cerita pemilik nama penuh Hanifah Md Hanafiah pada majlis mengumumkan majlis perkahwinannya di ibu kota, semalam.
Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan 8 Unit, Datin Jacynta Au Yong; dan ibu dan bapa Black Hanifah, Md Hanafiah Che Din dan Muslamah Othman.
Untuk majlis perkahwinannya nanti, 8 Unit bakal bertindak sebagai perunding perkahwinan untuk dua acara berasingan iaitu pernikahan pada 13 September dan resepsi (14 September). Kedua-dua majlis bakal diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Pada 15 September pula Black akan mengadakan majlis terbuka besar-besaran buat peminatnya.
“Majlis itu akan diadakan di Padang PPRT Kerinchi bermula tengah hari. Saya mengadakannya di situ kerana mahu meraikan bekas jiran tetangga kami. Sebelum ini setiap kali berjumpa mereka, saya akan ditanya soalan mengenai majlis perkahwinan ini.
“Untuk majlis itu nanti, saya akan import tukang masak dari kampung saya di Baling, Kedah,” ujarnya.
Rahsia kos tajaan
Apabila penyanyi Aku Rindu Sayang Kamu ini mengumumkan majlis perkahwinannya bakal mendapat penajaan beberapa pihak tertentu, pasti ada yang akan bersuara mempertikaikan dari sudut kewangan.
Biasalah, mulut orang bukannya seperti mulut tempayan yang boleh ditutup. Ada saja yang tidak kena pada mata mereka. Justeru, tidak hairanlah jika Black Hanifah sedikit berahsia apabila ditanya soal kos dikeluarkan serta nilai tajaan diterimanya.
“Biarlah perkara ini saya seorang saja yang tahu. Tak mahu nanti, bila saya sebut nama sesuatu penaja, ada pihak lain yang terasa. Lagipun tidak semua perkahwinan saya ditaja. Saya juga mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
“Apa yang boleh saya kongsikan, untuk majlis ini saya memang teruk bekerja. Sangat teruk,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.
Bagaimanapun, sebelum ini Black Hanifah pernah mengadu ditipu sekitar RM30 ribu oleh perunding perkahwinan terdahulu apabila wang pendahuluan yang diberikan tidak langsung menampakkan hasil.
Mengenai wang hantaran diberikan kepada bakal isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, 28, dia berkata, perkara itu akan hanya didedahkan pada majlis pernikahan nanti.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu.
Panggil saya Black Hanifah
Ditanya mengapa gadis yang lebih mesra disapa Cira Khairi itu yang menjadi pilihan, Black memberitahu, kesanggupan menerima dirinya seadanya membuatkan dia terpaut sekali gus melamar wanita itu selepas dua bulan berkenalan.
“Kami diperkenalkan oleh teman wanita rakan saya. Ketika itu dia langsung tidak tahu saya seorang artis. Sikapnya yang sederhana dan boleh menerima saya sebagai seorang penyanyi membuatkan saya yakin, dialah wanita saya cari selama ini,” katanya yang sudah bersedia memikul tugas sebagai suami.
Pada majlis itu, penyanyi ini turut mengumumkan penjenamaan semula namanya dan kini, dia mahu dikenali sebagai Black Hanifah.
“Nama Black Hanifah ialah gabungan nama saya dalam industri seni dan juga kawan-kawan lama. Dengan nama itu nanti saya harap akan mendapat lebih keberkatan,” jelasnya.
[Wow] - Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments