Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Kulit terbakar sering kali terjadi apabila kita terdedah kepada sinaran matahari. Mahupun sedang berkelah di pantai bersama keluarga, kita perlu memastikan kulit kita terhindar terus kepada sinaran UV. Di sini blogbahni ada Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya. Harap dapat dipraktikkan oleh semua pembaca. Menghindar lebih baik daripda merawat tau.. =)
Langkah-langkah perlindungan dari cahaya matahari:
- Menggunakan pakaian berlengan panjang dan menutup bahagian-bahagian lain yang selalunya terdedah kepada cahaya matahari.
- Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik. Pakaian pula hendaklah longgar.
- Pakaian yang berwarna gelap memberikan perlindungan yang lebih berbanding pakaian yang berwarna cerah.
- Makan VITAMIN.
- Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah cataracts.
- Sentiasa mencari tempat-tempat redup. Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa pantulan cahaya matahari dari pasir, bangunan dsb masih boleh mencapai kulit anda, oleh itu penggunaan sunblock masih juga disyorkan walaupun anda berada di tempat yang redup atau semasa langit berawan tebal.
- Gunakan lipscreen dengan SPF sakurang-kurangnya 15 untuk melindungi bibir anda.
- Pakai topi.
- Sapu losyen sunblock anda mengikut waktu yang ditetapkan atau disyorkan oleh pembuatnya, contohnya setiap sejam, dsb.
Dibawah ini pula, petua tradisional untuk merawat kulit terbakar oleh sinaran matahari.
Petua 1: Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
Petua 2: Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering baharulah dibilas dengan air.
Petua 3: Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.
Petua 4: Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 – 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.
[Wow] - Informasi
SEORANG bekas pengikut al-Arqam atau Global Ikhwan, Muhammed Fidauddin Mohd Zaki, 22, merayu agar isterinya yang menjarakkan diri sedangkan mereka baru tiga bulan berkahwin agar segera pulang ke pangkuannya.
Fidauddin yang ditemui di sidang media khas anjuran Srikandi Malaysia bagi mendedahkan cubaan menghidupkan ajaran al-Arqam oleh Hatijah Am atau Ummu Jah semalam, antara lelaki yang menjadi mangsa undang-undang Ummu Jah yang menghendaki isteri berpisah dengan suami yang tidak lagi menyertai perjuangan mereka.
Menurut Fidauddin, perkahwinannya dengan isteri berlangsung di Mesir dan diatur oleh jemaah. Namun setelah menyedari terdapat banyak perkara yang terpesong di sisi Islam, dia mengajak isterinya agar sama-sama insaf namun tidak dipersetujui si isteri.
Isterinya bertindak meninggalkan kediaman keluarga Fidauddin di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas mereka pulang ke Malaysia baru-baru ini dengan alasan, mahu bertemu ibu di Kuala Lumpur. Sejak itu, Fidauddin tidak lagi mampu menjejaki di mana lokasi sebenar isterinya berada.
“Saya masih sayangkan dia dan menaruh harapan agar dia kembali taat sebagai isteri,” ujar Fidauddin.
[Wow] - Berita Tempatan
SHARIFAH Sakinah diketahui suka berlawak di Keek dengan cara yang kadang-kadang agak pelik dan tidak sesuai untuk diadaptasi semua orang.
Antara Keek kontroversi yang dimuatnaik olehnya adalah Keek ‘hari ni saya pakai spender dan bra merah’ serta ‘bbq bird bird’ tiga bulan lalu.
Hari ini, Sakinah sekali lagi memuatnaik satu Keek dengan lawak yang sinonim dengan stail dirinya tapi melibatkan tiga rakan artis lain iaitu Zizan Razan, Michael Ang dan Ajak Shiro.
Dengan tidak semena-mena, Sakinah bertanya kepada Zizan, Michael Ang dan Ajak di satu majlis apakah warna seluar dalam yang dipakai mereka. Dapat dilihat, Zizan nampak kurang selesa dengan pertanyaan tersebut namun sikapnya yang spontan menyelamatkan keadaan.
Menurut Zizan, dia memakai ‘spender’ silver dan bra-vo sementara Michael Ang menyatakan dia tidak memakai seluar dalam manakala Ajak Shiro, memakai string.
Mungkin selepas ini, artis lain perlu berhati-hati apabila berada berdekatan Sakinah kerana tidak mustahil dia tiba-tiba meminta anda menyertai telatahnya dalam Keek dengan bertanyakan soalan yang tak disangka-sangka.
[Wow] - Gosip Hiburan
Wowwwww... Korang tahu tak Cerut tuh berbeza dengan rokok??. Bagi kebanyakan orang, cerut adalah lambang kemegahan dan kemakmuran. Bahkan banyak orang yang beranggapan bahawa orang yang biasa menghisap cerut adalah orang yang mempunyai tahap ekonomi tinggi. Kayalahhh katakan....Nyatanya memang begitu adanya.
Harga cerut memang boleh dikatakan tidak murah. Harga per packnya boleh mencapai angka$ 1,150.00 . Jadi jangan hairan jika Cerut serupa dengan orang kaya.
1) Gurkha Black Dragon, Price: $ 1,150.00

2) Gurkha His Majesty Reserve, Price: $ 750.00

3) Cohiba Behike, Price: $ 470.00

4) Arturo Fuente Opus X "A", Price: $ 79.00

5) Fuente Don Arturo AnniverXario, Price: $ 78.00

6) Arturo Fuente Opus X BBMF, Price: $ 55.00

7) Louixs, Price: $ 50.00

8) Stradivarius Cigar, Price: $ 34.70

9) Cohiba Esplendido, Price: $ 34.00

10) Padron Serie 1926 80 Years, Price: $ 30.00
Pelbagai
KITA seringkali tengok dalam akhbar dan televisyen kekejaman yang dilakukan oleh para penjenayah terhadap mangsa mereka.
Ada yang sampai mangsanya dibunuh hingga mati.
Sebab itu masyarakat cukup benci pada mereka yang melakukan jenayah ini, jadi tak hairanlah apabila tertangkap, ramai yang gagal mengawal diri mereka untuk bertindak balas.
Tetapi pada masa yang sama, kita juga diajar agar tidak melampaui undang-undang.
Prinsip keadilan ialah – seseorang itu belum dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah.
Dalam kes video di atas pula bagaimana…suspek yang pada mulanya seakan-akan hendak ‘menyerah’ tiba-tiba masih lagi sempat nak menghayun topi keledar ke arah pengawal keselamatan yang menangkapnya.
Akhirnya dia terus dibelasah hingga berdarah-darah.
[Wow] - Video
David Teo baru baru ini dikecam oleh ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan yang menyindir filem Lemak kampung Santan arahan Hans Isaac apabila filem itu dikatakan tidak mendapat sambutan penonton berbanding filem Adnan Sempit 3 yang ditayangkan pada masa yang sama.
Hal ini lantas nampak berlarutan apabila Hans Isaac pula membalas kenyataan tersebut apabila mendakwa David Teo dilihat tidak bersikap profesional.
Terbaru melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak David Teo menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat memperkecilkan mana-mana filem tempatan terutamanya Lemak kampung Santan.
Ujarnya “Pagi ini, saya dikejutkan dengan laporan di akhbar yang menyatakan Saudara Hans Isaac tidak berpuas hati dengan saya kerana menurutnya saya telah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa Adnan Sempit 3 telah mengenepikan filem Lemak Kampung Santan”
“Masakan saya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang merendahkan filem Lemak Kampung Santan. Tambahan pula Hans Isaac sendiri orang lama dalam industri dan juga merupakan kawan baik saya.”
Jelas David Teo, dia hanya mengetahui kutipan Adnan Sempit 3 yang kini sudah mencecah RM2.6 juta setelah seminggu dipawagam hanya melalui pegawainya di MIG kerana bercuti bersama keluarga di Taiwan sejak 10 Ogos lalu.
“Apabila kembali ke Malaysia nanti saya sendiri akan menghubungi Hans Isaac untuk memastikan hubungan baik yang terjalin selama ini akan terus berkekalan. Semoga filem Lemak Kampung Santan, Adnan Sempit 3 dan semua filem Malaysia terus mendapat sokongan padu peminat filem tempatan.” tambah David Teo (Buahmulut.com)
[Wow] - Gosip Hiburan
Kami mendapat maklumat daripada salah seorang followers Oh! Media mengenai satu kemalangan yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus dan isteri.
UAI yang bersama isteri barunya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kuliyah tertutup (kerana tidak ada di dalam jadual).
Kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Pengadang Baru, Terengganu yang melibatkan kereta Volkswagen Gti Golf milik penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar idrus dan juga sebuah Proton Saga.
Kami diberitahu Ustaz Azhar Idrus hanya luka-luka dan pemandu Proton Saga hanya cedera ringan.
Untuk anda semua, berhati-hatilah di jalanraya, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Apapun petang ini Ustaz Azhar Idrus tetap akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliyah seperti biasa. (Ohartis.com)
[Wow] - Kisah Artis
Los Angeles: Mencari saiz coli yang betul sering menjadi masalah di kalangan wanita, termasuk mereka yang sering membelinya.
Dengan terlalu banyak pilihan di pasaran dengan coli pelbagai bentuk, gaya dan saiz, tidak mengejutkan apabila hasil kajian baru-baru ini mendapati 85 peratus wanita memakai coli yang silap saiz.
Bagaimanapun, aplikasi baru, rekaan saintis NASA mendakwa dapat menyelesaikan masalah itu dengan mengira saiz coli seorang wanita hanya dengan mengguna iPhone.
ThirdLove yang sudah menarik pelaburan berjumlah RM17 juta daripada pelabur, berfungsi dengan merakam dua gambar pengguna mengguna coli.
Aplikasi itu kemudian menyiarkan data tiga dimensi daripada gambar dua dimensi yang dirakam anda dan mengira ukuran coli yang tepat.
Dengan menggunakan suara latar wanita, aplikasi itu kemudian mencadangkan coli dan seluar dalam yang perlu anda beli yang mereka dakwa akan muat seperti anda memakai sarung tangan.
Aplikasi itu diasaskan oleh Dave Spector dan saintis kanan NASA Ara Nefian. - Agensi
[wow] - Teknologi
Beijing: Seorang anggota polis menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan menggari dirinya dan mangsa sebelum membuang kuncinya.
Wanita terbabit memanjat ke atas papan iklan di tepi dinding konkrit dekat bandar raya ini semalam.
Bagaimanapun, tindakannya itu segera menarik perhatian orang ramai sebelum polis dihubungi. Selepas gagal memujuknya seorang anggota polis bertindak menggari sebelah tangan wanita itu dengan tangannya bagi mengelak wanita itu terjun.
Dia berbuat demikian ketika wanita itu mencangkung di atas papan iklan berkenaan.
Anggota polis terbabit kemudian mencampakkan kunci gari ke bawah bagi menyedarkan wanita itu bahawa dia serius untuk menyelamatkannya.
“Wanita itu tahu jika dia mati, maka dia turut membawa bersama seseorang dan sebab itulah dia berubah fikiran,” kata seorang anggota polis.
Polis kemudian menggunakan tali panjang untuk menarik naik wanita itu.
“Ia tindakan yang berani. Kami tidak tahu apa akan terjadi jika dia nekad ingin terjun juga,” kata jurucakap polis selepas kejadian.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa wanita itu mahu membunuh diri. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Shah Alam: Hajat dua lelaki warga Colombia yang dipercayai adik-beradik untuk melakukan jenayah pecah rumah di kawasan Putra Permai, Putra Height, Subang Jaya, tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan, Rabu lalu.
Suspek yang berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam selepas kelibat mereka yang menaiki kereta Honda Accord di kawasan berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan.
Menyedari kehadiran mereka dikesan polis, suspek yang panik terus memandu laju menghala jalan utama dan dikejar kereta peronda polis beberapa kilometer sehingga ke Seksyen 28, Shah Alam.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, selepas dikejar kira-kira 45 minit, suspek kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum melarikan diri.
Menurutnya, tindakan pantas anggota polis yang bertugas akhirnya berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran selepas berlaku pergelutan antara mereka.
“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta berkenaan menemui beberapa peralatan pecah rumah termasuk topeng ski dan sarung tangan.
“Semakan juga mendapati, kereta yang digunakan itu disewa daripada individu tertentu, tetapi suspek menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Katanya, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen, kedua-dua suspek masuk ke negara ini Julai lalu menggunakan pas lawatan sosial.
Beliau berkata, polis mengalami kesukaran untuk menjalankan siasatan kerana suspek tidak boleh berbahasa Inggeris menyebabkan polis terpaksa memanggil jurubahasa bagi membantu siasatan.
“Polis akan menyiasat sama ada suspek terbabit dengan kegiatan pecah rumah yang dilakukan warga Columbia seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen,” katanya.
Hmetro
Hmetro
[Wow] - Jenayah
Gombak: Seorang lelaki Orang Asli yang sibuk mencari pokok pisang untuk pelanggannya terkejut selepas menemui tengkorak manusia dan pakaian reput dalam sebuah beg pakaian di hutan Batu 16, Jalan Gombak Lama, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 34 tahun pergi ke kawasan hutan berkenaan yang jarang dilalui orang ramai untuk mencari pokok dan buah pisang.
Sumber polis berkata, lelaki itu yang tinggal di perkampungan Orang Asli berdekatan pada mulanya terkejut menemui sebuah beg berwarna hitam di bawah sebuah pokok jenis Boyah yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.
Menurutnya, lelaki berkenaan mendekati beg itu dan membukanya sebelum terkejut melihat tengkorak dan rangka manusia berada dalam beg berkenaan.
“Rangka berkenaan dipercayai sudah lama ditinggalkan dalam beg itu dan turut ditemui pakaian lelaki yang sudah reput.
[Wow] - Berita Tempatan
Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.
Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu. Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.
“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. Hmetro
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)







Recent Comments