Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Che Ta
PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya (bukan dalam gambar) yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu.
Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
“Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik.
“Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya , Ayu Raudhah. Apa ayang peliknya dia berani meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWandanZainSaidin yang mencetuskan spekulasi,” katanya.
Bagaimanapun, Rozita berkata, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana kerana memang tiada sebarang majlis pertuangan diadakan.
“Saya rasa umum tahu bahawa kami memang tidak merancang untuk bertunang sebaliknya mahu bernikah sahaja.
“Mungkin juga kerana kami sekeluarga berpakaian sedondon pada hari itu yang membuatkan peminat terpedaya dengan gambar itu,” katanya.
Sementara itu, Rozita turut mengulas cemuhan peminat terhadap tindakan Zain yang dikatakan terdesak mencari wang untuk majlis pernikahan mereka dengan membuka tawaran kepada pembeli kuih terbanyak pada majlis persandingan mereka.
“Saya tidak tekankan apa-apa syarat sekalipun untuk dia berkahwin dengan saya. Biasalah apa yang kita buat pasti ada yang tidak berpuas hati.
“Zain bukan sangat terdesak sehingga sanggup berbuat demikian. Lagipun majlis kami nanti bakal ditaja, jadi tidak perlu fikir soal bajet,” katanya. - mStar Online

Kajang – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kuil di Taman Sri Reko, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya itu, lelaki berusia 59 tahun terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu disedari sanak saudara lain yang bertindak menghubungi polis.
“Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.
“Secara tiba-tiba, bapa saudara mangsa masuk ke dapur dan mengheret tangan mangsa dan membawanya ke sebuah kuil yang terletak di depan rumah mereka,” katanya. – myMetro Online
Ainan Tasneem
Penyanyi remaja Ainan Tasneem memberitahu dia belum berkesempatan beraya di rumah kekasihnya kerana agak sibuk dengan aktiviti seni dan kesuntukan masa.
“Pada tahun ini, saya menyambut Hari Raya dengan keluarga dengan begitu meriah sekali. Saya rasakan pengalaman yang agak berbeza sekali dengan tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini, sedikit kelainan kepada saya apabila saya menyambut 1 Syawal dengan membuat persembahan di kediaman Perdana Menteri. Syawal kali ini juga kami sekeluarga gunakan untuk bercuti bersama-sama di Johor Bharu dan Singapura,”
“Saya masih belum sempat untuk berkunjung ke rumah dia (kekasih) lagi pada tahun ini kerana agak sibuk dan kesuntukan masa. Syawal yang lalu, saya sempat singgah ke rumahnya untuk berhari raya. Tapi pada tahun ini, saya akan berkunjung juga ke rumahnya untuk beraya namun belum ada tarikh yang sesuai,” jelas pelantun lagu Aku Suka Dia ini.
Mengenai perkembangan terbaru kerjaya seninya, selepas muncul dengan ‘single’ ‘Kamu Saja’ sekitar bulan Jun yang lalu, Ainan mendedahkan yang dia sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan pelantun lagu Be Mine, Tasha Manshahar.
sumber : gua.com
Ragut
SIJANGKANG – Empat suspek samun berjaya dicekup polis peronda tidak sampai setengah jam selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang daripada suspek turun dari kenderaan Kia Carens bertanyakan khabar ibu mangsa dan perihal rumah sewa sebelum meragut seutas rantai emas dipakai wanita terbabit.
Terkejut dengan tindakan itu, mangsa lingkungan 40-an menjerit meminta tolong dan pada masa sama, suspek cuba menghidupkan enjin kenderaan untuk melarikan diri, namun gagal.
Suspek bersama dua rakan subahatnya bertindak meninggalkan kereta berkenaan di hadapan rumah mangsa setelah enjin kenderaan itu gagal dihidupkan.
Mangsa kemudiannya menghubungi polis meminta bantuan kerana bimbang keselamatan terancam sekiranya suspek kembali semula.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, tidak sampai 10 minit sepasukan polis peronda tiba di tempat kejadian dan mendapati empat lelaki menaiki Perodua Viva putih berlegar dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, polis kemudian bertindak mengekori kenderaan terbabit sebelum memintasnya 10 minit kemudian di Jalan Ubi, Kampung Sijangkang.
“Hasil pemeriksaan dijalankan polis menemui sebilah parang, pisang, pemotong besi, dua playar, dua set sepana, lima telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan seutas rantai emas putus.
“Semua suspek ditahan dan siasatan awal polis mendapati empat lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pecah rumah dan curi selain mendapati positif syabu,” katanya.
Beliau berkata, dengan penemuan Perodua Viva dan Kia Carens yang dilaporkan hilang di Bandar Baru Salak Tinggi dan Klang itu, polis percaya ia ada kaitan dengan beberapa kes samun sebelum ini.
“Semua suspek lingkungan 26 hingga 30 tahun itu direman bagi membantu siasatan,” katanya. – Sinar Harian Online
Ameng
PETALING JAYA – Penyanyi Ameng (Spring) mengakui merindui suasana menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sahabat handai di luar setelah hampir dua tahun menjalani hukuman penjara.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 45 berkata, suasana beraya di sebalik tirai besi berbeza dan hanya diselubungi dengan perasaan sedih kerana beraya bersendirian.
“Segalanya berbeza, di luar sana saya pernah hidup sebebas-bebasnya, namun di sebalik tirai besi ini perjalanan hidup seratus peratus berubah, namun saya memperoleh banyak pengajaran dan hidayah,”
“Alhamdulillahlah pada hari perayaan kami diberi ruang untuk menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan selain dihidangkan dengan makanan yang agak istimewa berbanding hari-hari lain.
“Anak dan isteri juga ada datang melawat, sokongan moral sebegini menguatkan lagi iltizam saya untuk terus berubah dan menghadapi pelbagai cabaran di sini”, katanya ketika menerima kunjungan daripada Persatuan Karyawan Malaysia di Penjara Kluang pada Isnin lalu.
Turut hadir Pengarah Penjara Kluang, Timbalan Komisioner Penjara (TKPj) Mat Rashid Jahlil dan Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah.
Dalam pada itu, Ameng turut mengingatkan golongan artis agar tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
“Kedua-duanya adalah entiti berbeza, ramai beranggapan dengan dadah kita akan mendapat tenaga yang lebih ketika berkarya walhal majoriti golongan seni yang berjaya dan hebat adalah kerana personaliti yang tiada kena mengena dengan najis dadah.
“Lihat saja (Datuk) Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah, mereka tetap hebat dan mantap tanpa dadah,” katanya.
Ameng ditahan di Penjara Kluang, Johor bagi menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 bulan, serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. - mStar Online
Erma Fatima
PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 45, berkata, dia telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian.
“Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut.
“Diakui ianya agak mahal, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang mungkin akan mengeluarkan belanja yang lebih mahal,” katanya.
Tambah Erma, proses pembersihan kolon itu dilakukan selama seminggu dan memandangkan harganya agak mahal, dia akan cuba melakukan proses tersebut setahun sekali.
“Pembersihan kolon bukan setakat membuang toksin semata-mata tetapi juga dapat menurunkan berat badan kita,” ujarnya.
Pembersihan kolon atau dikenal dengan “Colon Hydrotherapy” adalah terapi alternatif untuk membersihkan sisa-sisa toksin atau racun daripada saluran pencernaan.
Hal ini adalah kerana toksin yang berasal daripada saluran pencernaan dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan.
Pembersihan tersebut boleh dilakukan berdasarkan indikasi tertentu, seperti proses ‘kolonoskopi’ yang akan dilakukan oleh doktor atau tenaga perawat terlatih.
Selain itu, beritahu Erma, dia juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh setahun sekali.
Dalam pada itu, Erma menyifatkan usianya yang semakin lanjut membuatkan dia menjadi lebih peka dalam penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi apabila dia seorang perokok sejak tahun 1988.
“Risaulah jika kita terkena penyakit secara tiba-tiba. Jadi pemeriksaan yang kerap amat perlu.
“Sudahlah saya ini kuat hisap rokok. Jadi pemeriksaan jantung terutamanya perlu dijaga. Alhamdulillah, setakat ini jantung saya elok.
“Tidak kiralah apa-apa situasi sekalipun, kita perlu jaga kesihatan kita sebaik mungkin. Mencegah lebih baik daripada merawat,” tuturnya. - mStar Online
Neelofa
PETALING JAYA – Pelakon Neelofa akan meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya apabila membuat keputusan untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat pada tahun depan.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia akan menjalani kursus tersebut selama dua bulan yang bertujuan menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.
“Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA.
“Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Neelofa, dia tidak keseorangan ketika berada di sana kerana rakannya turut mengambil kursus berkenaan.
Sementara itu, Neelofa yang kini sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkongsi pengalamannya bahawa bukan mudah untuk menjadi pelajar dan pada masa sama sibuk di lokasi penggambaran.
Malah pelakon filem Lemak Kampung Santan ini tidak terkecuali melalui saat sukar sehingga pernah berputus asa dalam kedua-dua bidang disebabkan gagal menangani tugas berkenaan.
“Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali).
“Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja.
“Bagaimanapun Alhamdulillah, saya berjaya atasinya dengan membahagi masa antara kerja dan pelajaran sebaik mungkin,” tuturnya. – mStar Online
China
Beijing – Foto mengerikan pada detik-detik terakhir seorang lelaki yang dihukum mati di depan khalayak ramai di China tersebar dan mendapat kritikan pelbagai pihak.
Lelaki tidak dikenali itu dilihat memakai pelekat dibawa keluar dari belakang van polis dengan disaksikan sekumpulan besar orang ramai, termasuk kanak-kanak dari atas bukit.
Lelaki itu kemudian dibawa ke tengah kawasan lapang di tengah belukar dan pistol diacukan di belakang kepalanya sebelum dia ditembak mati anggota polis.
Menurut laporan Shangaiist.com, video itu dimuat naik di Sina dan ditonton lebih 2.3 juta kali sejak Isnin lalu. Video itu dirakam oleh seorang daripada kumpulan orang ramai yang berdiri melihat hukuman bunuh itu dari atas bukit.
Ia bermula dengan paparan sekumpulan kenderaan polis tiba di sepanjang laluan berlumpur di bawah bukit. Sebilangan besar anggota polis kemudian muncul dari kenderaan itu.
Lelaki itu kemudian dibawa keluar dari van dan diiringi ke kawasan belukar yang sudah ditebas.
Anggota polis kemudian memusingkan muka lelaki itu kepada orang awam seolah-olah untuk menunjukkan wajahnya.
Lelaki terbabit diarahkan melutut sebelum ditembak di belakang kepalanya.
Klip video itu tidak memaparkan sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit atau apakah tuduhan jenayah yang dihadapinya.
Dipercayai video itu dirakam pada November tahun lalu.
Walaupun China tidak pernah mendedahkan berapa ramai rakyatnya yang dihukum mati setiap tahum, Amnesty Internatinal mendakwa angka mungkin mencecah ribuan.
Malah, hukuman terhadap pesalah dalam kes berprofil tinggi juga sering dijalankan secara rahsia tanpa dimaklumkan kepada keluarga pesalah terlebih dulu. – Agensi
Carmelo Flores Laura
FRASQUIA, Bolivia – Seorang lelaki berbangsa Aymara di sini mencatat rekod terbaharu sebagai orang paling tua di dunia pernah direkodkan dalam rekod pendaftaran Bolivia.
Lelaki itu, Carmelo Flores Laura didakwa berusia 123 tahun pada bulan lalu oleh rekod pendaftaran umum negara tersebut.
Laura tinggal di sebuah pondok beratapkan jerami dan berlantaikan tanah pada kedudukan 4,000 meter di sebuah kawasan desa di pergunungan terpencil dekat Tasik Titicaca.
Warga emas itu bertutur dalam bahasa Aymara dan tidak mempunyai gigi, namun, dia masih mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat, tidak memakai cermin mata serta mempunyai masalah pendengaran.
“Penglihatan saya sedikit kabur, Saya boleh melihat dengan baik sebelum ini tetapi saya nampak kamu datang,” katanya kepada sekumpulan wartawan yang melawatnya.
Guinness World Records memberitahu, individu paling tua yang masih hidup direkodkan ialah Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun.
Umur manusia paling tua direkodkan adalah 122 tahun dan 164 hari milik Jeanne Calment dari Perancis. Dia meninggal dunia pada tahun 1997.
“Saya sepatutnya berusia 100 tahun atau lebih,” kata Carmelo.
Pengarah pendaftaran sivil Bolivia, Eugenio Condori menunjukkan sijil pendaftaran yang mencatatkan tarikh lahir Carmelo adalah pada 16 Julai 1890. – AP
Siput
California – Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Paul Franklin terkejut selepas mendapati bengkak di lututnya sebenarnya mengandungi siput laut.
Menurut ibunya, Rachel, siput itu keluar daripada lutut anaknya itu selepas dia memicit bengkak di bahagian berkenaan.
Pada mulanya, Rachel berkata, dia menyangka bengkak dan luka di berlaku selepas anaknya terjatuh di atas batu ketika mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai.
“Selepas membersihkan luka itu dengan antibiotik dan lutut itu dibalut, saya sangkakan ia akan pulih seperti sediakala,’’ katanya.
Namun beberapa minggu kemudian, Paul sekali lagi jatuh ketika bermain ski menyebabkan lututnya itu membengkak dan berasa sakit apabila disentuh.
Doktor memberitahu Rachael bahawa ia merupakan jangkitan kuman dan telah mengambil tisu di bahagian lututnya untuk ujian selain memberikan antibiotik yang lebih kuat.
Hanya selepas ubat itu gagal memberikan kesan, Rachel mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dan dia kemudiannya memutuskan untuk memicit bengkak berkenaan bagi mengeluarkan cecair di dalamnya.
“Saya tahu doktor tidak akan berbuat demikian, sebab itu saya perlu melakukannya sendiri,’’ katanya.
Apa yang mengejutkannya ialah selepas lutut Paul dipicit, satu objek kecil telah keluar dari luka itu dan selepas diamati rupanya ia adalah siput kecil.
Rupa-rupanya ketika mereka berkelah di tepi pantai itu, Paul telah terjatuh di atas sarang telur siput berkenaan yang kemudiannya masuk ke dalam luka tersebut.
Menurut Rachel, siput itu kini dipelihara oleh Paul dan dinamakan sebagai Turbo.
Ryan Havens Tannenholz, 28
Boise (Idaho) – Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.
Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.
Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.
Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.
Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.
Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja.
“Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi
Tempah Maut Kalau Nak Serang Sabah
JOHOR BAHARU – Cubaan pengganas Sulu untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah hanya akan mengundang maut dan berakhir dengan kegagalan, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Muslimin Sema.
Beliau berkata cubaan kumpulan yang serba kekurangan daripada segi persenjataan itu untuk mengulangi pencerobohan terhadap Sabah hanya merupakan ‘misi membunuh diri’ kerana mereka akan berdepan dengan pasukan tentera Malaysia yang tersusun rapi dan lengkap bersenjata.
“Sebarang rancangan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah akan menerima padah, sama seperti yang telah dialami pasukan Harakiri Jepun,”katanya dalam wawancara dengan Bernama melalui telefon dari Manila.
Muslimin, yang dipilih badan pembuat keputusan tertinggi pergerakan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, untuk menyandang jawatan tersebut pada 2008, berkata kumpulan bersenjata Sulu tidak akan dapat mengalahkan tentera Malaysia yang serba lengkap.
“Saya menasihati mereka supaya berfikir banyak kali (tentang sebarang cubaan untuk melancarkan serangan kedua). Janganlah melakukan keganasan di tempat yang aman. Ada forum lain untuk menyuarakan isu mereka,” katanya.
Muslimin berkata demikian apabila diminta mengulas khabar angin yang tersebar di Sabah kononnya pengganas Sulu, iaitu pengikut Jamalul Kiram 111 yang tinggal di Manila, merancang untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah.
Menurut khabar angin itu, kumpulan berkenaan merancang melakukan serangan kedua ketika sambutan Aidilfitri atau pada petang menjelang Hari Merdeka untuk menebus kegagalan misi mereka di Lahad Datu dan Semporna pada Februari lepas.
Ketua Menteri Datuk Musa Aman baru-baru ini berkata walaupun perkara itu hanya merupakan khabar angin dan perang saraf pihak tertentu, namun kerajaan tetap memandang berat mengenainya dan telah mengambil langkah untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah.
Berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan benteng pertahanannya di pantai timur Sabah.
Dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna, lebih 70 pengganas Sulu terbunuh, manakala 10 anggota tentera dan polis Malaysia terkorban.
Dalam operasi susulan, berpuluh pengganas Sulu, termasuk pemerintah tertingginya Datuk Amir Bahar Hushin Kiram ditahan pihak berkuasa Malaysia.
Bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan memperkukuh barisan pertahanan daripada sebarang ancaman dan pencerobohan di sempadan Sabah, kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 1 April lepas.
Muslimin berkata untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang khabar angin itu, beliau bertanya mengenainya kepada bekas gabenor Wilayah Sulu, yang juga bekas ketua turus pejuang MILF Yusof Jikiri.
“Yusof memberitahu saya, tiada apa yang berlaku di Sulu atau Tawi-Tawi berhubung sebarang cubaan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah. Penduduk Sulu menjalani kehidupan secara aman dan berusaha untuk mewujudkan susana seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata sebagai satu daripada kumpulan bersenjata paling besar di selatan Filipina, MNLF ingin memupuk keamanan dan kestabilan di Sulu dan di seluruh wilayah Mindanao.
Katanya kumpulan bersenjata yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu (RSF) dan memihak kepada Jamalul Kiram 111, sebenarnya hanya sebuah kumpulan kecil dan tidak mendapat sokongan besar daripada penduduk Sulu. – BERNAMA