Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-



1. Jual beli tanah



Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.



2. Tawaran pakej haji dan umrah



Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.



3. Bomoh buang sial



Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.



4. Jual beli kereta



Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.



5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi



Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.



6. Menang hadiah utama loteri



Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.


Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.


7. Beli barang runcit dengan cek palsu



Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.



8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam



Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.


Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.


9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)



Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.



10. Gores dan menang



Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.



11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah



Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.


Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.


12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong


Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Sumber: Pen Patah
Wowwww!! Kalau korang nak tahu, Pembersihan ini mesti dilakukan setiap tahun bagi memastikan tiada penakungan di dalam empangan besar ini. Selain itu, sekiranya ianya dibiarkan kotor, banjir kilat mungkin akan berlaku. 

Dalam proses pembersihan sebanyak 30,000,000 tan tanah air pasir akan dilepaskan dari empangan itu setiap tahunan ke dalam Yellow River bagi memastikan air boleh terus mengalir. Dan dalam 13 tahun sebanyak 390,000,000 ton tanah atau pasir telah dibebaskan. Kini proses pembersihan ini telah menjadi satu daya tarikkan pelancong. Sumber


TUMPAT – Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.
“Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.
Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.
Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.
Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.
“Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa,” katanya.
Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian. Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
MASALAH kekurangan ruang biasa berlaku di ibu negara Jepun, Tokyo. Di sana, hendak mencari lokasi untuk meletakkan basikal pun begitu sukar.


Di Jepun, para cerdik pandai di sana mencipta satu cara untuk meletakkan basikal dikenali sebagai Eco-Cycle yang keseluruhannya automatik dan terletak 11 meter di bawah tanah.
Sistem itu boleh menyimpan kira-kira 200 buah basikal pada satu-satu masa.
Walaupun Jepun terkenal sebagai negara pengeluar kereta berjenama dan juga sistem pengangkutan di sana dikenali sebagai yang paling maju di atas muka bumi ini, basikal masih menjadi popular untuk penduduk Jepun bergerak ke sana sini.
Bagaimanapun, untuk orang Jepun meletakkan basikal mereka memang susah. Ia terpaksa diletakkan ditepi jalan sehingga membahayakan pengguna lain terutamanya pejalan kaki.
Sebuah syarikat Jepun Giken Seisakusho yang pakar dalam sistem mengatasi banjir mencipta Eco-Cycle. Ia terdiri dari ruang simpanan basikal setinggi lima tingkat untuk memudahkan pemilik basikal meletakkan basikal dengan selaman.
Proses mudahnya untuk meletakkan basikal dengan Eco-Cycle hanya selama 8 saat.
Eco-Cycle berbentuk silinder yang besar dengan kelebaran tujuh meter. Bagaimanapun pemilik basikal perlu membayar yuran bulanan untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Pemegang akaun akan diberikan sekeping kad, untuk menggunakannya mereka hanya perlu meletakkan basikal di depan pintu Eco-Cycle dan kemudian basikal itu seperti disedut ke dalam tanah dan disimpan dengan selamat.
Ia telah diperkenalkan di Jepun pada 2010 di Taman Konan Hoshi No Ken, sejak itu basikal yang diletakkan secara salah di tepi jalan hampir tiada lagi. Syarikat Seisakusho kini sedang membina Eco-Cycle di seluruh Jepun. – Mynewshub.my
Izzue Islam Jaga Batas Kerana Isteri
PELAKON dan penyanyi Izzue Islam lebih menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain.
Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, walaupun isterinya, Nurinafilah Waharudin, 31, (Awin) memahami tugasnya sebagai selebriti namun dia tetap perlu menjaga perasaan wanita itu.
“Awin tidak ada masalah jika saya digandingkan dengan mana-mana pelakon wanita tetapi sebagai suami saya tidak mahu keterlaluan atau melampaui batas kerana tidak mahu orang luar salah faham dan menjaga hati isteri,” katanya kepada mStar Online.
Izzue dan Awin, 31, selamat bergelar suami isteri pada 2 Jun lalu dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.
Dalam pada itu, dia tidak pernah risau popularitinya akan merudum apabila berkahwin pada usia muda kerana yakin dengan rezeki yang ada.
Malah katanya, sejak berkahwin, rezekinya dalam bidang lakonan semakin banyak dan mengakui kini sibuk melunaskan semua tanggungjawab yang diamanahkan.
“Saya tidak pernah risau dengan soal itu kerana rezeki itu daripada Allah. Alhamdulillah sejak berkahwin rezeki saya masih ada dan itu adalah berkat berkahwin,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Izzue bakal muncul dengan dua filem iaitu Hantu Tok Mudim dan Aku Bukan Ustaz serta drama terbitan Suhan Movies, Sahabat. – mStar

Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan. 


Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan

1.Menara berkembar Petronas (KLCC)

Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.


2.Putrajaya

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.


3.Menara Kuala Lumpur

Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.


4.KLIA

Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.


5.Menara Condong Teluk Intan

Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.


6.Jambatan Pulau Pinang

Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.


7.Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.
Sumber
Dahulu ini adalah rancangan yang harus ditonton setiap minggu. Sejak bergaduh dengan bapa beliau, Paul Junior meninggalkan OCC dan membuka bengkel Paul Junior Design. Tahun lalu Discorvery melakukan pertandingan tiga penjuru diantara Paul Junior, Senior dan Jesse James. Motosikal yang mendapat ilham dari pesawat P 51D Mustang rekaan Paul Jr dinobatkan sebagai juara American Chopper Showdown. Motoskal ini memang nampak unik. Nice propeller rims bro!



Laporan asal Paul Junior Design

Pen patah

Seramai 160 warga Syiah di Indonesia diusir dan tanah mereka dirampas secara paksa Jun lalu. Mereka kemudia dipindahkan ke Madura tanpa kerelaan mereka. Ini semunya dilakukan oleh penduduk Islam berpahaman Sunni yang sedang giat mengusir warga Syiah yang mereka anggap sesat. Oleh sebab ketidak adilan dan tindakan ganas penganut Sunni di Indonesia tidak dikekang pihak berkuasa, beberapa demo meminta hal mereka dipulangkan dilakukan di Indonesia. Mereka meminta Presiden SBY untuk menepati janji beliau untuk membenarkan komuniti Syiah hidup dengan aman dan kebebasan beragama mereka dihormati seperti yang tertera dalam perlembagaan Indonesia.

Penganut Islam Syiah sudah wujud sejak ratusan tahun dan komuniti yang ada sekarang adalah cucu cicik imigran Arab yang datang ke Indonesia pada kurun ke 18. Entah kenapa sejak 2010 gerakan menghalau warga Syiah di Indonesia semakin menjadi-jadi. Pada masa yang sama penganut Ahmadi pula dibunuh sesuka hati juga oleh penganut Sunni. Indonesia kini sudah menjadi negara koboi.



Laporan asal Yahoo
Wowww!!! Memang unik la van macam nih.. Kreativiti ini terhasil Di Portugal bagi mempormosikan sastera nukilan penulis tempatan, kedai buku mobil Tell A Story diletakkan di sekitar tempat tarikan pelancongan. Sebuah van Renault Estagette diubahsuai menjadi kedai buku mobil ini.

           

Laporan asal Design Taxi
Shoichi Yokoi (横 井 庄 一 Shoichi Yokoi?, March 31, 1915 - September 22, 1997) adalah seorang sarjan Jepun dalam Tentera Imperial Jepun (IJA) semasa Perang Dunia Kedua. Beliau adalah antara yang terakhir tiga holdouts Jepun selepas berakhirnya permusuhan pada tahun 1945, yang ditemui di kawasan hutan di Guam pada bulan Januari 1972, hampir 28 tahun selepas tentera AS telah kembali menguasai pulau itu pada tahun 1944.

Pada mulanya, Yokoi berkhidmat dengan Bahagian Infantri ke-29 di Manchukuo . Pada tahun 1943, beliau telah ditukarkan ke Rejimen ke-38 di Kepulauan Mariana . Beliau tiba di Guam pada Februari 1943. Apabila tentera Amerika yang berjaya menguasai pulau di 1944 Battle of Guam , Yokoi bersembunyi dengan sepuluh tentera Jepun yang lain. Tujuh daripada sepuluh asal akhirnya berpindah dan hanya tiga kekal di rantau ini.Mereka berpisah, tetapi mereka melawat antara satu sama lain sehingga kira-kira tahun 1964, apabila kedua-dua yang lain mati dalam banjir. Lapan tahun yang lalu dia hidup bersendirian.

Yokoi terselamat dengan memburu, terutamanya pada waktu malam. Dia menggunakan tumbuhan asli untuk membuat pakaian, katil, dan melaksanakan penyimpanan, yang berhati-hati dia bersembunyi di dalam gua itu.

Bagai mana dia dijumpai?
Pada 24 januari 1942 dia dijumpai oleh Yesus Dueñas dan Manuel De Gracia, dua orang tempatan yang sedang memeriksa perangkap udang mereka sepanjang sungai kecil di TALOFOFO. Mereka awalnya menganggap bahawa Yokoi adalah warga desa dari TALOFOFO,tetapi Yokoi menyangka hidupnya berada dalam bahaya dan menyerang mereka. Mereka berjaya menundukkan dia dan membawa dia keluar dari hutan dengan lebam kecil.



Selama dua puluh lapan tahun, beliau telah disembunyikan dalam hutan gua bawah tanah , takut untuk keluar dari bersembunyi walaupun selepas mencari risalah mengisytiharkan Perang Dunia II telah berakhir,dan mempercayai mereka menjadi propaganda Bersekutu palsu. 



Nama: Shoichi Yokoi 横 井 庄
Lahir: March 31, 1915 di Saori, Aichi Prefecture, Japan
Meninggal: September 22, 1997 (aged 82)
Kesatuan: Tentera Jepun
Tahun Pengabdian :1941-1972
Pangkat: Sarjan
Peperangan: PD II, Perang GUAM I, PERANG GUAM II

SEPASANG lelaki dan perempuan yang dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan hanya kepala tergantung manakala bahagian badan dari bahu hingga kaki di atas lantai di sebuah rumah usang di Kilometer 10 Jalan Bukit Lintang, Tiang Dua, di sini, semalam.
Difahamkan, kedua-dua mayat dipercayai warga asing ditemui pekerja estet berusia 30-an selepas terhidu bau busuk ketika melakukan kerja mengait kelapa sawit berhampiran rumah itu, jam 9.30 pagi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai membunuh diri.
“Kedua-duanya dipercayai menggunakan kerusi plastik untuk memanjat sebelum menggantung diri dengan tali nilon.
“Siasatan awal mendapati kedua-duanya mati antara tiga minggu hingga sebulan lalu, menyebabkan kepala mangsa masih terikat di tali, manakala badan terputus dan terjatuh di atas lantai akibat reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui lengkap berpakaian.
Katanya, siasatan awal juga mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi dan pihaknya percaya pasangan berkenaan membunuh diri.
“Mayat perempuan berambut panjang ditemui lengkap berpakaian jaket berwarna ungu, berbaju merah, berseluar dan berkasut hitam selain memakai seluar dalam coklat muda, manakala lelaki berbaju T berkolar, berseluar panjang dan berkasut hitam.
“Kedua-duanya dipercayai warga asing kerana selain tiada dokumen pengenalan diri, semakan mendapati tiada laporan orang hilang di laporkan di kawasan ini.
“Dipercayai mangsa membunuh diri dengan menggantung tali pada kayu yang diletakkan di atas kerangka rumah,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, pemilik rumah itu Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat selepas dihubungi polis, jam 12.30 tengah hari.
“Rumah ini ditinggalkan sejak 2002 selepas saya berpindah ke Ayer Molek kerana kerap dipecah masuk penjenayah berikutan lokasinya terpencil dan jauh daripada jiran.
“Kali terakhir saya ke sini lima tahun lalu dan sejak itu rumah ini terbiar sehingga semua barangan di dalamnya, termasuk bumbung dan pagar, dicuri,” katanya. – HARIAN METRO