Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Woowwww... Siapa tidak Wawa Zainal yang semakin popular sejak akhir-akhir ini meskipun baru dua tahun menapak dalam industri hiburan. Dia sering mendapat perhatian pengarah dan penerbit untuk membintangi karya mereka. Bernaung di bawah produksi MIG Productions Sdn Bhd (MIG), gadis kelahiran Lahad Datu, Sabah ini, mengakui kariernya kini semakin berkembang baik.
“Alhamdulillah, saya gembira sangat kerana walaupun masih baru dalam bidang ini, pengarah dan penerbit telah memberi kepercayaan kepada saya untuk bekerja dengan mereka. Bagi saya, rezeki yang datang tidak harus disia-siakan dan sebab itulah saya menerima apa sahaja tawaran."
Perjalanan kariernya yang semakin menyinar turut menjadi bualan segelintir individu sehingga dia dilabel anak emas MIG. 








Carolina Picchio, gadis yan berasal dari Itali mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis, selepas video yang memaparkan dirinya sedang mabuk beredar luas di Facebook.

Video yang memaparkan perilakunya yang sedang mabuk tersebut tersebar luas di laman sosial terbesar "Facebook". Remaja berusia 14 tahun tersebut berusaha melaporkannya ke Facebook, agar menghapuskan video itu. Namun gagal.

Kesan dari itu, dirinya mendapatkan komen yang merendahkannya dengan kalimat-kalimat kesat. Tidak cuma satu atau dua kali dia di buli, namun terlalu kerap menerima kritikan.

Talita, kakak mangsa, sebelumnya telah memberitahu masalah ini kepada Facebook. Bersama teman-teman Carolina, Talita melaporkan mesej dan komen mengganggu ini kepada laman web ini.

Kerana tidak mendapatkan kata balas dari Facebook, tanpa berfikir panjang Picchio telah mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Demikian yang dikutip detikINET dari Business Insider, (4/8/2013).

Melihat kes ini, pihak mahkamah Itali merancang untuk menuntut Facebook atas kelalaian yang menyebabkan nyawa orang lain melayang.

Sebelum membunuh diri, Carolina membuat update status terkini. "Maaf, aku sudah tak kuat lagi."


Straw minuman yang direka oleh Vestergaard Frandsen untuk air yang selamat dan bersih.
LifeStraw dengan penapis air bersepadu yang tidak menggunakan bahan kimia, tidak memerlukan bateri, dan tidak mempunyai bahagian yang bergerak.Ianya di cipta supaya ketika berada di kawasan yang airnya tidak bersih dan LifeStraw ini mampu menapis kotoran dalam air telebih dahulu sebelum di minum.

Ia berkesan mengeluarkan 99.9% daripada parasit bawaan air dan bakteria.Hanya letakkan LifeStraw kedalam air dan sedut untuk minum melalui corong itu.













Akibat mengalami tekanan hidup yang amat tinggi, seorang lelaki telah membakar duit kertas miliknya yang bernilai RM183000 sehingga menjadi abu.

Seorang lelaki di Tainan di selatan Taiwan telah membakar sekurang-kurangnya NT $ 1.8 juta (RM183, 582) dalam bentuk wang tunai kerana berada dalam mood yang tidak baik. Lelaki gila itu disyaki mungkin mengalami penyakit mental.

Lelaki berusia 56 tahun, Lin, membakar longgokan wang kertas itu Ahad lalu selepas mabuk kerana banyak minum minuman keras. Jiran-jirannya yang terbau asap lalu memanggil bomba. Selepas kebakaran itu dipadamkan, hasil siasatan mendapati bahawa sekurang-kurangnya NT1.8 juta ada di tempat kejadian.


Ketika ditanya mengapa dia membakar wang itu, Lin menjawab, “Saya berasa amat gembira membakarnya. Adakah anda mempunyai masalah dengan itu?” Lin kemudiannya telah dibawa ke balai polis, di mana dia mengherdik dan cuba untuk bergaduh dengan orang lain.
Selepas dia kelihatan agak tenang, polis bertanya kepadanya berapa banyak duit yang telah dibakar. “Saya tidak tahu! Ini bukan hal awak,” dia menegking.

Lin, si lelaki gila, minggu lalu mengeluarkan NT $ 2 juta (RM203, 967) dari sebuah bank dan pergi ke kedai elektrik, di mana dia meletakkan NT $ 100,000 (RM10, 198) dan berkata bahawa dia ingin membeli sebuah televisyen, tetapi kemudiannya meninggalkan kedai sebelum seorang kerani bertindakbalas.

Kerani itu kemudiannya memanggil polis untuk memulangkan wang kepada lelaki gila itu. Pegawai polis kemudiannya mencari Lin di rumahnya dan mendapati wang tunai berterabur di seluruh lantai. Polis meminta Lin untuk menyimpan wangnya dengan selamat dan kemudian polis beredar.

Lin kemudian keluar untuk membeli cincin emas dan kemudian minum bir sendirian di rumah. Sekitar 7:00 petang pada hari Ahad, lelaki gila itu telah membawa wangnya ke luar rumah dan membakarnya. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kebanyakan wang kertas itu telah menjadi hangus menjadi abu di tempat kejadian..
Nexus 7 lebih nipis

Google Inc memperkenalkan generasi terbaru tablet Nexus 7 yang lebih nipis, yang menjadi sandaran syarikat peneraju internet itu untuk mengembangkan kewujudannya dalam perkakasan dan memastikan perkhidmatan dalam taliannya kekal menjadi pilihan pengguna dalam segmen peranti mudah alih. 


Nexus 7 terbaru itu dilengkapi pemproses Qualcomm Inc Snapdragon serta resolusi paparan lebih tinggi dan berada di pasaran pada 30 Julai lalu dengan harga jualan AS$229 (RM956) bagi versi asas dengan storan 16 gigabytes (GB). Tablet asal yang dilancarkan setahun lalu dijual pada harga permulaan AS$199 (RM636) bagi versi storan 8GB. Dikatakan syarikat Internet itu akan membuat keuntungan daripada produk baru itu. 



Generasi pertama Nexus 7 yang menandakan kemasukan awal ke dalam peranti elektronik mudah alih, adalah produk yang memberi pulangan modal kepada syarikat itu menurut kata penganalisis. 

Nexus 7 yang baru direka supaya ia menguntungkan semua pihak. Google juga menghidupkan semula usaha awal untuk meneroka aspek penstriman video dalam talian dengan pengenalan Chromecast, sejenis alat bersaiz dua inci berharga AS$35 (RM112) yang akan dimasukkan ke belakang televisyen dan membolehkan pengguna menikmati video YouTube dan Netflix menerusi telefon pintar mereka. 

Rangkaian Nexus keluarannya, termasuklah telefon pintar dan tablet yang diperbuat oleh Samsung Electronics dan HTC, juga bertindak sebagai rujukan bagi pengeluar di seluruh dunia yang menggunakan sistem perisian mudah alih Android.
Syawal terakhir sebagai gadis

Acap diajukan persoalan yang sama, malah pernah satu ketika penyanyi bersuara lunak, Misha Omar membiarkan saja segelintir pihak memutar spekulasi apabila menunda tarikh pernikahan namun kini semuanya semakin pasti.


Sinar matanya yang bercahaya menterjemahkan segenap ruang bahagia yang menyelinap dalam dirinya, apatah lagi tarikh dijanjikan untuk dirinya diikat sebagai isteri semakin mendekati. Bakal melangsungkan pernikahan pada Februari tahun depan, tunangan kepada juruterbang, Firos Ezzwan Rossly itu, Syawal ini mengundang debaran luar biasa kepada dirinya. 



Ini kerana kata Misha, kesempatan pada bulan mulia ini diambil keluarga kedua-dua belah pihak untuk menetapkan tarikh sebenar pernikahan mereka selepas lama berteka-teki.

“Sebelum ini kami hanya mencapai kesepakatan untuk diijabkabulkan pada Februari depan. Ada beberapa tarikh yang menjadi pilihan, namun kami masih menanti kata putus kedua-dua pihak kerana pernikahan itu sendiri adalah penyatuan dua keluarga.

“Andai ditanya secara peribadi, saya tidak mengimpikan sebuah perkahwinan yang sarat kemewahan. Cukup hanya bersederhana kerana apa yang utama adalah ijab dan kabul, rukun wajib untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga.

“Namun saya akur, saya tidak boleh hanya mementingkan diri. Lokasi dan tarikh persandingan belum dilakukan perbincangan kerana kami ingin menyelesaikan dulu sesuatu yang lebih besar iaitu tarikh pernikahan. 

“Saya juga masih belum mendaftar kursus perkahwinan. Insya-Allah selesai Syawal, saya akan mula melakukan persediaan sedikit demi sedikit kerana tidak mahu terkejar-kejar pada saat akhir,” katanya.

Cuba berkongsi kebahagiaan bergelar isteri bersama mereka yang menyokong perjalanan kariernya selama 11 tahun, Misha berkata, beberapa hal seperti persalinan pada hari bersejarahnya itu sudah ditetapkan.

Penyanyi Angin Syurga itu berkata, dia menyerahkan amanah kepada pereka kegemarannya, Syaiful Baharim dan Michael Ong untuk menyempurnakan penampilannya pada hari bahagianya nanti.

“Bukan menafikan pereka lain, cuma ketika menata kerjaya nyanyian dua nama itu banyak membantu memberikan pelbagai nasihat hingga akhirnya saya menemui apa yang bersesuaian dengan diri.

“Banyak sejarah yang kami lalui bersama, malah saya masih ingat ketika kali pertama menyertai Anugerah Juara Lagu, Michael orang yang banyak mendorong dan mempercayai bakat saya.

“Jasa besar mereka berdua membuat saya tidak lupa untuk mengabadikan sentuhan emas mereka pada hari bersejarah saya nanti,” katanya.

Bh
Foto

Kaherah: Isteri kepada Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi, Naglaa Mahmoud meminta penyokong suaminya meneruskan bantahan, walaupun diberi amaran pasukan keselamatan akan ‘membersihkan’ lokasi tunjuk perasaan mereka.


Naglaa yang muncul pada hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri sejak rampasan kuasa tentera 3 Julai lalu juga berikrar bahawa suaminya akan kembali memegang jawatan ‘dengan izin Allah.’ Naglaa yang bertudung labuh bercakap kepada orang ramai yang berhimpun di Dataran Masjid Rabaah al-Adawiya di bandar Nasr di pinggir Kaherah, turut membaca beberapa petikan ayat suci al-Quran sebelum menegaskan bahawa Mesir adalah negara Islam. 



“Kita adalah pemenang,” kata Naglaa sambil menambah, penunjuk perasaan akan dapat menyelesaikan masalah mereka.

Media Mesir pada mulanya beranggapan bahawa Naglaa ditahan bersama suaminya di lokasi yang dirahsiakan bersama salah seorang anak mereka.

Sambut gembira ketibaan Naglaa

Penunjuk perasaan di Bandar Nasr menyambut gembira ketibaan beliau ke pentas sementara untuk menyampaikan ucapan. 
Naglaa bagaimanapun, tidak menyatakan di mana beliau berada sejak rampasan kuasa berlaku.

Morsi ditahan bersama beberapa pembantu kanannya, dengan sebahagian mereka sudah dipindahkan ke sebuah penjara di selatan Kaherah sejak beberapa hari lalu.

Mereka berdepan dakwaan termasuk mencetuskan keganasan sehingga menyebabkan pertempuran jalanan dan kematian. Anak Morsi juga menyertai tunjuk perasaan di Bandar Nasr dan mendesak agar bapa mereka dibebaskan.

Masjid Rabaah al-Adawiya adalah salah satu daripada dua lokasi tunjuk perasaan dan bantahan kumpulan Ikhwanul Muslimin dan penyokong mereka.

Penunjuk perasaan mendesak pelantikan semula Morsi, pelaksanaan perlembagaan dirangka di bawah kepemimpinan beliau dan pelantikan semula anggota majlis perundangan yang dibubarkan.

Pengkritik percaya Ikhwanul Muslimin enggan mengadakan sebarang rundingan dengan kerajaan sementara dan ini diramal mencetuskan pertumpahan darah dengan pasukan keselamatan. - AP

Super GT 2013 telah berlangsung pada hari minggu lalu iaitu dari 14 hingga 16 Jun di Litar Antarabangsa Sepang dan Malaysia sekali lagi diberi peluang untuk menganjurkan pusingan ketiga 2013 Autobacs Super GT Series. 

Apa kata kita saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera Tupai sepanjang tiga hari tersebut.