Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

boonhuat
Syukurlah, masih ada lagi berita yang mampu membuatkan mereka yang cintakan keharmonian di Malysia kembali tersenyum.
Keajaiban semangat ‘Satu Malaysia’ ini berlaku ketika upacara pengebumian pemain hoki negara, Chua Boon Huat yang meninggal dunia setelah terlibat kemalangan baru-baru ini.
Dapat dilihat dalam gambar yang dikongsikan seorang pengguna FB ini, keranda Boon Huat diusung dan diiringi oleh ramai orang tanpa mengira agama dan bangsa.
Pasti, ramai yang terkesan dengan kehilangannya yang banyak berjasa pada negara selaku pemain hoki kebangsaan paling berkhidmat untuk Malaysia selama ini.
Semoga lebih banyak bukti semangat muhibah seperti ini akan terpamer pada masa akan datang.
chuaboonhuatfuneral
Pauline Chai
PETALING JAYA – Bekas ratu cantik, Pauline Chai mendakwa suaminya yang juga seorang jutawan, Tan Sri Khoo Kay Peng memperlakukan hidupnya seperti banduan di sebuah estet berkeluasan 404 hektar (ha) di Britain.
Bercakap di khalayak ramai buat pertama kalinya selepas memfailkan petisyen penceraian berprofil tingggi ke atas Khoo pada Februari, Chai, 66, mendakwa dia tidak boleh meninggalkan rumah tanpa kebenaran Khoo.
Beliau berkata, pekerjanya turut memaklumkan kepada Chai dalam satu e-mel bahawa dia hanya boleh membelanjakan £50 (RM248.38) seminggu untuk membeli makanan.
“Buah-buahan dan sayur-sayuran dibenarkan untuk makan tetapi saya tidak boleh makan sesetengah makanan yang diingini. Anak perempuan saya berkata kepada saya bahawa saya diperlakuan seperti seorang hamba,” katanya dalam satu laporan oleh sebuah tabloid British, Daily Mail.
Chai, yang juga Miss Malaysia/International 1969, meluahkan rasa gembira selepas memfailkan penceraian dengan berkata dia berasa terlalu ‘dikongkong dan sunyi’ sepanjang perkahwinannya suatu ketika dulu.
“Sepanjang perkahwinan kami, dia terlalu mengongkong saya tetapi sekarang segalanya sudah berubah. Saya lebih bebas,” katanya.
Beliau berkata tidak pernah bercakap dengan suaminya selama setahun dan mereka tinggal berasingan di rumah agam bernilai 30 juta pound (RM149 juta) di sebuah estet di Rosway Park, dekat Berkhamsted, Hertfordshire.
Akhbar tabloid itu turut melaporkan Khoo dan Chai mempunyai pengawal keselamatan Gurkha sendiri untuk melindungi kawasan mereka di estet itu di mana Khoo tinggal dalam rumah agam dengan lima bilik tidur manakala Chai di ruang utama yang menempatkan 15 bilik tidur.
Buat masa ini, Khoo, 74, yang turut tersenarai antara 50 individu terkaya Malaysia yang disenaraikan Forbes dan Chai, terlibat dalam penyelesaian kes penceraian terbesar dalam sejarah Britain.
Chai mungkin menerima pampasan sehingga 500 juta pound (RM2.375 bilion) oleh Mahkamah Tinggi London, separuh daripada harta kekayaan Khoo ketika para peguam berusaha keras untuk membahagikan sama rata harta asas mereka.
Chai menyatakan ‘tingkah laku yang tidak munasabah’ sebagai alasan untuk penceraian itu.
Khoo memiliki 40 peratus pemilikan ke atas jenama antarabangsa, Laura Ashley.
Beliau juga merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kumpulan Syarikat Malayan United Industries serta Pengarah Corus Hotel Limited di Britain.
Mereka berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima orang anak.
Akhbar itu turut melaporkan Khoo mahu kes itu dibicarakan di Malaysia di mana Chai akan menerima pampasan yang lebih sedikit berbanding yang bakal diterima di Britain.
Bagaimanapun, Chai menentang keputusan itu kerana dia tidak menjadi rakyat Malaysia selama 30 tahun dan berkata dia amat menyukai England dan segalanya di negara itu.
“Saya tinggal di sini untuk tempoh lama. Saya mahu pengadilan di England kerana ia adil. Itu permintaan saya,” katanya.
Chai akan diwakili peguam penceraian terkenal Britain, Ayesha Vardag manakala Khoo diwakili Fiona Shackleton.
Baru-baru ini Shackleton mewakili chef Britain, Nigella Lawson untuk kes penceraiannya dengan jutawan pengiklanan, Charles Saatchi.
Turut menggunakan khidmat Shackleton adalah Putera Charles dan mendiang isterinya, Puteri Diana.
Perbicaraan awal kes ini akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. -mStar Online
Suspek Utama Kes Hussin Najadi Diburu
Kuala Lumpur – Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.
NAMA : KONG SWEE KWAN 
MYKAD : 690103-10-6459 
ALAMAT TERAKHIR : 132 JLN PELANDOK 4, TMN SUNTEX 
BT. 9 CHERAS, SELANGOR

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. (FB Polis KL)
hannahsmith
Seorang remaja berusia 14 tahun membunuh diri selepas tidak tahan dibuli oleh penjenayah siber.
Hannah Smith dari Leicestershire, UK ditemui mati menggantung diri di bilik tidur selepas dimalukan oleh penjenayah siber yang tidak dikenali dari laman Ask.fm. Dia digelar hodoh dan didorong agar membunuh diri.
Sehari sebelum memutuskan untuk menamatkan riwayat sendiri Hannah mengepos status di Facebook berbunyi, ‘You think you want to die but in reality you just want to be saved.’
hannah-2
Dia juga melahirkan kekecewaan terhadap salah satu komen diterima menyatakan dia hodoh dengan menyatakan, dia sedar dia hodoh dan pernah cuba membunuh diri sebelum ini.
Hannah turut menggesa orang yang mengusiknya di laman siber supaya menghinanya secara berdepan.
Laman web Ask.fm yang menyediakan khidmat soal-jawab popular dalam kalangan remaja namun tahun lepas sahaja, sudah empat kali dikaitkan sebagai punca kes bunuh diri.
Bapa Hannah yang dikenali sebagai Dave, 44, menganggap laman web itu mesti ditutup kerana bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Hannah memandangkan penjenayah siber yang mengganggu anaknya datang dari sana. 
Kanye West
LOS ANGELES – Rapper, Kanye West sememangnya sanggup melakukan apa saja demi kekasihnya, Kim Kardashian.
Terbaru bintang rap ini berhasrat untuk membeli rumah agam milik Elvis Presley di Graceland.
West bercadang untuk membeli kediaman milik ‘Raja Rock and Roll’ yang dilaporkan bernilai sekitar 84 juta pound.
Dia mahu membawa Kardashian dan anak mereka, North West untuk menetap bersama di rumah tersebut.
Satu sumber mengatakan West berharap reputasinya akan meningkat semula dengan memiliki Graceland dan meletakkannya dalam sejarah dunia hiburan.
Malah dia juga merupakan peminat setia Presley.
Penyanyi berusia 36 tahun ini melancarkan album terbarunya Yeezus Jun lepas. – Astro Awani
Abot
PETALING JAYA – Penyanyi genre alternatif, Abot atau nama sebenar Norimah Muhammad memberitahu sedang menyambung pelajarannya dalam bidang penyiaran dan perfileman di sebuah universiti swasta.
Abot, 38, berkata, dia mengambil langkah tersebut berikutan peluang untuk aktif dalam dunia nyanyian dengan mengekalkan konsep alternatif agak sukar diterima masyarakat.
“Saya minat dalam seni tidak kiralah dalam bidang nyanyian, penulisan lagu, skrip, pementasan dan pengarahan. Oleh itu saya ambil keputusan untuk mencuba bidang perfileman dan penyiaran yang mana saya banyak belajar tentang seni di belakang tabir.
“Saya tidak berhenti menyanyi kerana nyanyian sesuatu yang sangat saya cintai namun aliran yang saya bawa dan suara saya sukar untuk diterima lagi. Bagaimanapun saya dalam proses untuk mengumpul material mencari lagu baru yang sesuai,” katanya kepadamStar Online.
Sementara itu, Abot berkata dia kini sedang dalam pembikinan sebuah drama dalam talian bagi projek akhir kursus tersebut.
“Alhamdulillah saya semakin mencintai bidang pengarahan ini, buat masa sekarang sedang buat projek akhir dalam pembikinan sebuah drama ‘online’ berjudul Budak Jahat.
“Pada mulanya agak sukar juga kerana bersaing dengan pelajar yang kebanyakannya lebih muda namun keinginan untuk belajar membuatkan saya terus bersemangat,” katanya.
Jelasnya, keinginan untuk belajar sudah lama dipendam namun dia tidak berkesempatan kerana menguruskan hal rumah tangga.
“Saya memang dah lama ingin belajar kerja-kerja belakang tabir namun banyak sangat hal yang menghalang, sekarang baru ada peluang itu.
“Insya-Allah kalau boleh saya nak serius dalam bidang ini,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang Hari Raya, Abot berkata sambutan kali ini dilakukannya secara sederhana seperti raya-raya sebelum ini.
“Hari Raya seperti sebelum-sebelum ini juga, sebagai ibu bapa apa yang penting adalah kelengkapan untuk anak-anak diutamakan.
“Mereka paling gembira merasai Hari Raya, selain itu kami juga akan berkumpul bersama-sama keluarga dan bermaaf-maafan, ” katanya. – mStar Online
Di Libya terdapat sebuah bandar yang unik disebabkan dua perkara. Pertama, senibina kawasan penempatan yang kompleks dan seperti sarang lebah. Yang kedua, bentuk tersebut mempunyai tujuan khas, untuk memisahkan kaum lelaki dan wanita.
Sebagai penerapan kepada hukum Islam agar menjauhi zina dalam kehidupan seharian, mungkin bandar Ghadames menjadi contoh yang unik. Kota ini disebut juga “pearl of the desert” atau “mutiara gurun”. Terletak di Daerah Nalut, Tripolitania, sebelah barat daya Libya.

Populasi di Ghadames adalah sekitar 10,000 orang. Rumah-rumah di tempat ini memiliki senibina khas vertikal – lantai dasar digunakan untuk menyimpan barang-barang, manakala lantai lain untuk keluarga, dan pada atas teras terbuka disediakan untuk para wanita.


Apa tujuan teras terbuka sambung-menyambung di bahagian atas bangunan? Di tempat inilah para wanita bergerak bebas, berkomunikasi dengan teman dan tetangga. Bahagian atas ini tertutup dari bahagian bawah. Maksudnya, kaum lelaki yang berada di bahagian bawah tidak dapat melihat kaum wanita. Trotoar atap memungkinkan wanita untuk bergerak bebas, tersembunyi dari pandangan lelaki. 


Ghademes adalah sebuah kota tua. Tercatat dalam sejarah, sudah wujud sejak zaman Rom dan pada ketika itu kota ini dikenali sebagai Cydamus, sebuah kota pertahanan dan benteng daripada serangan musuh pada abad ke-1 SM.
Seorang petani muda mendakwa dia memakan kala jengking hidup setiap hari sejak 15 tahun lalu kerana ketagih. 

Ismail Jasim Mohammed, 34, berkata, pada awalnya dia bosan kerana sentiasa menjadi sasaran sengat haiwan berbisa itu. 

Justeru, kata petani di Samarra itu, dia mahu membalas dendam dengan membaham kala jengking yang ditemuinya. 

Menurut media, sejak 15 tahun lalu Ismail hidup bersama kala jengking dan ular berbisa. Katanya, selepas 15 tahun memakan kala jengking, kini amalan itu melekat pada dirinya. 
“Saya ketagih dan mesti memakan kala jengking setiap hari." 
“Jika saya tak dapat memakan kala jengking sehingga tiga hari, saya tidak boleh hidup tenang,” katanya. Ismail berkata, dia pernah disengat kala jengking pada bahagian mulut. 
“Tetapi saya kini lali dengan sengatan itu,” katanya.

Obake Yashiki adalah rumah hantu yang konon terbesar di dunia dan terletak di taman permainan Fuji Q Highland Park di kaki Gunung Fuji.

Rumah hantu ini mengambil tema rumah sakit berhantu dan dibina di sebuah bangunan tua dua tingkatDi sini pengunjung bebas untuk melewati rumah sakit dari arah manapun, keranamemang tidak ada laluan khusus yang disediakan oleh si pemilik taman tema ini. Pekara inidisengajakan untuk memberikan sensasi seram yang 'real' bagi para pengunjung, terutama ketika mereka tersesat hehe.

Jadi bayangkan saja , rumah hantu biasa yang mempunyai laluan pun sudah boleh membuat kita meremang bulu roma, apalagi yang tidak mempunyai laluan.

Khabarnya lagi, tata rias hantu yang digunakan oleh para aktornya sudah disesuaikan dengantata rias standard filem seram Jepun.Dan anda perlu menghabiskan masa 1 jam untukmenyelesaikan pengembaraan di rumah hantu ini.

Kononnya rumah hantu ini terinspirasi dari kisah rumah sakit yang ada di kaki Gunung FujiDi situ terdapat rumah sakit yang sudah lama ditinggalkan. Gara-garanya banyak arwah pesakityang membalas dendam terhadap doktor-doktor di rumah sakit tersebut kerana telah melayanmereka dengan buruk.
berita, jenayah, kejam, kes bunuh, tikam, kuala lumpur
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dibunuh selepas ditikam lebih 10 kali di tepi kaki lima pasar borong Kuala Lumpur kelmarin. Menurut sumber, kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan pekerja di pasar borong berusia 20-an tersebut mati di tempat kejadian dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. 

Katanya, mangsa dipercayai diserang sekumpulan lelaki yang mengejarnya. “Pemeriksaan awal menemui lebih 10 kesan tikaman di seluruh badannya iaitu lima di dada, dua di kepala, tiga di belakang badan dan beberapa kesan lain di tangan kiri serta kanan,” katanya ketika ditemui. Sumber : kosmo - 




Seramai beratus peserta termasuk lelaki dan wanita mencuba untuk menyedut sebanyak mungkin tembakau menggunakan hidung dalam kejohanan ke-18 World Snuff Championships yang berlangsung di Peutenhausen, Germany. Matlamat setiap peserta ialah menyedut sebanyak 5 gram tembakau dalam jangka masa seminit. Markah diberikan berdasarkan jumlah tembakau yang disedut dan kebersihan kawasan lubang hidung.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias

SERDANG – Kejam apabila tiga lelaki bukan sahaja bertindak melarikan sebuah lori yang dipandu seorang wanita tetapi turut merempuh mangsa menggunakan kenderaan itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di belakang sebuah stesen minyak di Jalan SR6/3, Serdang Raya dekat sini, lori membawa muatan ayam dipandu mangsa dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Selepas insiden itu berlaku salah seorang lelaki dari kereta Myvi dikatakan memaksa dan menarik mangsa keluar dari bahagian tempat duduk pemandu. Sinar Online