Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Dalam satu penyelidikan yang dilakukan di Madrid, Sepanyol, sekumpulan saintis mendakwa jangka hayat seseorang manusia boleh diukur secara biologi. Dengan hanya melakukan ujian darah, seseorang boleh mengetahui bilakah dia akan meninggal dunia.

Kromosom Telomere.

Kaedah ujian darah itu dilakukan dengan cara mengukur komposisi jenis kromosom di dalam tubuh seseorang. Komposisi kromosom ini disebut sebagai telomere dan tahap ukurannya boleh dibuat dengan mudah iaitu melalui ujian darah.

Telomere diyakini oleh para penyelidik sebagai satu daripada penunjuk penuaan sel tubuh yang paling signifikan dan tepat. Dengan kata lain, ketika penuaan sel mencapai tahap tertentu, ia boleh ditafsirkan sebahai tahap terakhir seseorang itu mampu melakukan aktiviti.

Tahap ukuran usia ini tentunya tidak termasuk faktor luaran lain seperti kemalangan atau penyakit yang secara tiba-tiba menyerang.

Dengan menjalani ujian Telomere, umur biologi boleh menjadi salah satu petunjuk bilakah usia seseorang itu akan berakhir. Atau dengan kata lain, seseorang akan dapat mengetahui bilakah mereka akan menghembuskan nafas yang terakhir.

Menurut salah seorang penyelidik dari Pusat Penyelidikan Kanser Nasional Sepanyol, Dr. Maria Blasco, sama ada tua atau muda usia biologi seseorang boleh diukur berdasarkan panjang telemore mereka.

Dr. Maria Blasco.

Semakin panjang ukuran Telomere, maka semakin tinggilah usia atau jangka hayat seseorang.

Menurut Dr. Maria Blasco lagi, usia biologi adalah berbeza dengan usia nyata yang dimiliki oleh seseorang manusia.

Sebagai contoh, lelaki yang berusia 65 tahun berkemungkinan mempunyai usia biologi yang lebih muda daripada lelaki yang berusia 45 tahun dan lelaki yang berusia 45 tahun berkemungkinan pula mempunyai usia yang lebih pendek daripada itu.

Secara teorinya, Telomere berfungsi untuk melindungi DNA di dalam tubuh seseorang daripada sebarang gangguan dan kerosakan.

Bahagian inilah yang mengandungi segala maklumat yang diperlukan untuk proses mitosis ataupun pembahagian sel.

Seperti yang diketahui, sel-sel didalam tubuh kita akan mati dan sel-sel inilah yang perlu diganti. Dengan adanya Telomere, maklumat dapat diberikan agar sel-sel baru boleh terbentuk.

Seiring dengan peningkatan usia, fungsi telemore menjadi semakin berat. Maka, tahap kepanjangannya akan mengalami penyusutan dan telemore menjadi semakin memendek. Sampai ke satu tahap tertentu, Telomere akan habis dengan sendirinya.

Ketika usia seseorang semakin mencapai usia separuh abad, tahap penyusutan ini mencapai satu titik di mana telemore tidak mampu lagi berfungsi untuk melindungi DNA.

Keadaan itu akan menjadi semakin buruk apabila sel-sel tubuh mula memisah. Kesannya adalah kulit akan menjadi longgar dan berkedut, daya tahan tubuh menjadi tidak berkesan dan penyakit-penyakit seperti diabetes dan jantung akan merebak dengan lebih agresif.

Penyelidikan berkaitan usia telemore bermula pada tahun 1984, apabila dua orang penyelidik dari England, Carol W. Greider dan Elizabeth Blackburn telah menemui sejenis enzim yang dipanggil telomerase. Enzim ini dikatakan boleh memanjangkan Telomere.

Dalam kesimpulan yang dilakukan, mereka mendapati apabila Telomere sentiasa kekal panjang, maka hayat seseorang akan menjadi lebih lama. Kedua-dua penyelidik itu juga mendakwa, penggunaan telomerase yang berpanjangan akan membuatkan seseorang tidak akan menjadi tua. Namun, fakta ini sukar dibuktikan kerana usia manusia sentiasa meningkat.

Berdasarkan rumusan itu, Dr. Maria Blasco telah mendapat tanda yang lebih baik dengan menyatakan jangka hayat seseorang boleh diukur berdasarkan tahap kepanjangan telomere di dalam tubuh.

Justeru, beliau bersama pasukan penyelidiknya telah mencipta sejenis peralatan yang mampu untuk mengukur telomere hanya melalui ujian darah.

Peralatan yang diberi nama Telomeres itu berharga sekitar RM2,000 dan akan dipasarkan ke seluruh England pada penghujung tahun 2013.

Pasukan penyelidik percaya ujian Telomere akan menjadi popular dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Bagaimanapun, sesetengah saintis mempersoalkan nilai kepentingan peralatan ini kerana ia akan menimbulkan situasi yang boleh membimbangkan masyarakat.

Malah, mereka juga berpendapat, penjualan teknologi ini perlu dikawal dan tidak boleh dijual secara sewenang-wenangnya.

Selain itu, mereka turut bimbang dengan kemungkinan wujudnya organisasi tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menjual ramuan anti-penuaan dan bahan kimia palsu untuk memanjangkan usia.

Dalam masa yang sama, keputusan ujian usia ini juga boleh menjadi tarikan kepada syarikat insuran untuk mengubah polisi insuran hayat secara sesuka hati.
Kehilangan Ibu Sangat Perit Untuk Diterima
Lebih kurang sebulan selepas kelahiran puteri sulung buat pasangan Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah, Dzakira Talita Zahra, ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Nooraini Mohamad, pula pergi menyambut seruan Illahi setelah beberapa tahun menderita menghidap penyakit 3 Serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Portal Murai.com.my ada menyiarkan berita mengenai pemergian ibu Siti Sarah yang juga isteri kepada pelakon veteran, Raisuddin Hamzah itu dan Siti Sarah menyatakan kerelaannya kerana tidak sanggup lagi melihat ibunya terlantar sakit.
Namun begitu, baru-baru ini ketika ditemui di sebuah majlis anjuran KRU Music, perasaan sebak menyelubungi hati pelantun lagu Kesetiaan ini apabila membayangkan dia dan ahli keluarga akan menyambut Aidilfitri yang pertama tanpa ibu tercinta.
“Saya memang tak boleh nak cakap pasal ibu saya sebab sebagai seorang anak, saya tidak sanggup nak melihat keadaan dia begitu. Bila saya menjadi ibu, baru saya dapat menyelami apa yang ibu saya rasakan.
“Sepanjang masa saya bersama dengannya. Sampaikan telefon pun saya tak tahu letak di mana kerana saya jadi beremosi. Malas nak bercakap dan jawab telefon, semuanya rasa macam tak kena.
“Saya memang reda ibu tinggalkan kami, tapi ia merupakan kehilangan dan hakikat yang perit untuk diterima,”ujar Siti Sarah dalam nada tersekat-sekat mengenangkan arwah ibunya yang pergi pada 26 Jun lalu.
Selain daripada sibuk menguruskan dua orang anaknya, Uwais Al-Qarni dan Dzakira Talita Zahra, penyanyi ini akan melancarkan single terbarunya tidak lama lagi. Sambutan Aidilfitrinya tahun ini juga tidaklah semeriah selalu dan dia belum memutuskan untuk beraya di kampung ayahnya di Kuala Selangor atau di Kulai, Johor bersama keluarga Shuib.
Black Dakwa Ditipu Perunding Perkahwinan
Benar kata orang alam pertunangan banyak cabarannya.
Hubungan Hanifah Md. Hanafiah atau lebih dikenali dengan panggilan, Black dan tunangnya teruji di saat-saat akhir apabila pasangan ini ditipu oleh perunding perkahwinan yang telah diupah oleh mereka.
“Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil,” kata Black ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Artis 8 Unit & Monkey Bone di Hotel Maya, Kuala Lumpur, baru -baru ini.
Pertemuan terakhir antara Black dan perunding perkahwinan itu adalah pada 3 Julai lalu dan dia berjanji untuk memulangkan baki RM30,000 yang dibayar oleh Black. Penyanyi tersebut mula hilang kepercayaan kerana perunding perkahwinan terbabit mengambil pendekatan untuk berdiam diri setelah dia membayar wang pendahuluan sebanyak RM15,000.
Jelas Black, dia memilih perunding perkahwinan terbabit atas dasar ingin membantu rakan yang ingin berbisnes, namun terkilan kerana diperlakukan sebegitu. Ini kerana sejumlah wang yang dibayar oleh Black tersebut merupakan hasil titik peluhnya mencari rezeki sebagai anak seni.
“Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini,” katanya.
Enggan membesarkan isu ini, Black menyeru agar pihak yang terlibat tampil membuat penjelasan serta membayar balik baki RM15,000 yang telah diambil. Ekoran insiden tersebut, Black telah menyerahkan kepada pihak pengurusannya untuk merancang majlis perkahwinannya itu.
“Di atas permintaan pihak pengurusan, sebuah sidang media bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan tarikh, lokasi serta pelbagai informasi mengenai perkahwinan saya itu nanti. Saya berbesar hati kerana mereka memilih untuk membantu menguruskan perkahwinan saya,” ujar Black lagi.
Bagaimanapun, Black menafikan perkahwinannya mendapat penajaan sepenuhnya. Sebaliknya perbelanjaan dikongsi bersama pihak pengurusannya, Monkey Bone. Masih dalam perancangan, perkahwinan Black itu nanti bakal disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen popular.
KEADAAN angin kencang yang melanda perairan Johor Timur, Pahang serta Kudat dan Sandakan di Sabah serta Sulu dijangka berterusan hingga lewat petang ini.
Menerusi laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, melaporkan keadaan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam itu menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Sementara itu, keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak setinggi hingga 4.5 meter yang melanda perairan Phuket, Thailand diramal berterusan sehingga Jumaat ini.
Jabatan itu turut meramalkan keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak setinggi hingga 3.5 meter melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Dalam kemas kini terbaru, jabatan itu turut meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat yang berlaku di Johor dan Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Keadaan itu melibatkan kawasan Kota Tinggi di Johor dan Sandakan, Tawau serta Kudat di Sabah.
Angin kencang berkemungkinan akan terjadi. – BERNAMA
Mikhail Isaaq's Crush
NAMPAKNYA laman sosial kini dijadikan trend oleh anak-anak gadis kita meluahkan perasaan cinta pada lelaki yang mereka suka.
Jika sebelum ini ada yang berikrar sehidup semati walau baru seminggu ber-couple, seorang adik ni pula turut menggunakan medium youtube untuk meluahkan perasaan tertariknya kepada seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Mikhail Isaac.
Memang comel adik yang luahkan perasaan hati dia tu, rasanya itulah juga sebabnya mengapa video yang dia muat naik ni tak fasal-fasal dapat view yang tinggi.
Sebab kalau nak diikutkan, suara adik yang menggunakan kata ganti nama Julia ni tak berapa jelas sebab dia pun macam bukak tak bukak je mulut tu. Yang dengar jelas cuma part ‘tuuudia’ dan ‘bye’ saja.


Walaupun ada yang mengata aksinya keras, kontrol ayu, tiru KPop.. yang penting Julia memang cute! Tak percaya cuba saksikan sendiri video kat bawah ni.

Untitled-1
KELALAIAN membawa padah. Kelalaian boleh menjadikan anda mangsa jenayah. Video ini memaparkan kejadian curi dikatakan berlaku di Hotel KK di Kota Kinabalu, Sabah. Ia berlaku ketika penjaga kaunter hotel sedang nyenyak tidur pada waktu malam.
Tidak dinafikan kemungkinan para pekerja hotel berkenaan sudah terlalu mengantuk sehingga terlalu nyenyak tertidur sampai tidak menyedari seorang lelaki masuk dan mencuri barangan berharga.
Video selama 4.08 minit menunjukkan dua orang pekerja yang sedang nyenyak di kaunter sebuah hotel dengan nyenyak tanpa menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Video asal dimuatnaik oleh Auntie Sabah tahun lalu dan sehingga kini sudah pun ditonton sebanyak 172,070 kali. Video itu juga dimuat turun dan dimasukkan semula dalam laman YouTube demi menyebarkan kempen kesedaran jenayah kepada orang ramai.
Video itu merupakan rakaman kamera litar tertutup kejadian curi di hotel berkenaan.
Betapa nyenyaknya mereka tidur sehinggakan lelaki itu boleh mundar-mandir dihadapan mereka kira-kira dua minit. Lelaki itu dipercayai sedang memikirkan apa lagi barangan yang hendak dicurinya.
Bagaimanapun, selepas ditonton berkali-kali klip video ini, tidak di jelas barangan apa yang dicuri oleh penyamun bertopi itu.
Pekerja wanita di sebelah kiri terjaga selepas lelaki itu cuba mengambil barang yang dekat dengan dirinya.
Penyamun itu terus berlari keluar dari hotel itu dan pada ketika itulah baru hendak memeriksa CCTV akan kelibat lelaki yang mencuri barangan berharga tadi.
Kelemahan CCTV ialah, kita dapat tahu siapa mencuri, dan bila ia berlaku serta bagaimana ia berlaku. Tetapi ia tidak dapat memperbaiki kecuaian kita selagi kita tidak mengubahnya. 

Sambutan Hari Tandas Sedunia Setiap 19 Nov
TIADA satu kemudahan yang memastikan anda terus segar dan bertenaga sepanjang hari kecuali tandas. Jadi tidak hairanlah, peradaban manusia perlu memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk meraikan kepentingan kemudahan itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dan baru-baru ini mengisytiharkan 19 Nov sebagai Hari Tandas Sedunia ekoran satu cadangan dari Singapura.
Wakil Singapura ke PBB turut mengakui tidak peduli andai Hari Tandas Sedunia itu bakal membawa jenaka dalam kalangan media atau orang ramai.
“Saya pasti, ia akan menjadi bahan jenaka di media dan orang ramai apabila dilaporkan PBB telah menisytiharkan Hari Tandas Sedunia,” kata wakil Singapura Mark Neo sebelum PBB mengundi sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.
Cadangan itu dilihat penting kerana sehingga hari ini 2.5 bilion manusia seluruh dunia tidak memiliki perkhidmatan tandas yang sempurna dan bersih.
Seramai 1.1 bilion orang pula menjadikan kawasan terbuka sebagai tandas mereka. Justeru, penyediaan tandas sempurna bakal menyelamatkan nyawa 200,000 orang kanak-kanak setiap tahun.
Singapura serius dalam cadangan ini kerana usaha dilakukan oleh Jack Sim warga Singapura yang dikenali sebagai “Mr. Toilet” untuk memperbaiki kebersihan tandas di seluruh dunia.
Timbalan Setiausaha Agung PBB Jan Eliasson memuji usaha Singapura dengan mengatakan “Penyediaan tandas yang sempurna ialah satu soal maruah yang asas,” katanya.
Persatuan Tandas Sedunia telah pun meraikan Hari Tandas Sedunia pada 19 Nov sejak 2001. – Mynewshub.my
Tandas01
Sumber rujukan : Daily Chilli
Pemuda Malaysia Pertama Jihad Di Bumi Syria?mujahidin malaysia syria
KHABARNYA, inilah gambar yang mengesahkan seorang pemuda Malaysia kini sedang berjihad di bumi Syria tidak hanya dengan menawarkan bantuan kemanusiaan, tetapi juga mengangkat senjata.
Faisal Hamdi, anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.
Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.
Keputusannya ini disokong oleh keluarga malah isterinya, dilihat turut memberikan kata-kata semangat.
Bagaimanapun dalam gambar yang memaparkan dirinya memegang senapang, Faisal meletakkan disclaimer bahawa keputusan untuk bertempur dengan tentera rejim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan team kemanusiaan yang diwakilinya.
Sebagai persediaan sebelum berjihad di Syria, Faisal dikatakan sudah mempersiapkan diri termasuk dengan menyertai latihan keras rejimen askar wataniah di samping mendalami ilmu agama.
Jika dilihat pada laman Facebook Faisal, dia sentiasa memberikan update terkini keadaan di Syria termasuk kawasan tempatnya berada yang sering digempur rejim Basyar. – MYNEWSHUB
faisal hamdi
faisalfb1faisalfb2
SEGERA: Badariah Dibunuh Dengan Kejam, Dirogol Di Batu Caves
HAJAT seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur petang semalam.
Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.
“Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa.
“Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja,” katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam.
“Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.
“Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat,” katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.
Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.
“Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain.
“Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.
“Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Bernama
Gambar Zizan Razak di cium oleh peminat setia telah tersebar. Apakah gosip ini betul dan benar-benar berlaku?

Setelah menemui gambar asli yang belum di kaburkan gambar peminat yang mencium zizan itu sebenarnya belum dipastikan tetapi kalau diamati dan difikir logik, tidak mungkin zizan akan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan tarafnya sebagai anak seni melainkan makcik yang mencium zizan itu adalah maknya.

Sumber : tunaiemas.blogspot.com

Exco Dedahkan Pelacur Kanak-Kanak Di Melaka Berharga Serendah RM20
MELAKA –  Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.
Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.
Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka.
Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti ‘pelanggan’ tidak diketahui.
“Dan, anak-anak gadis ini enggan memberitahu nama mereka,” kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.
Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.
“Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan,” katanya.
Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.
Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah.
“Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya,” kata Latipah.
Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun.
Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.
Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana ‘hasilnya’ tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam.
“Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial,” kata satu sumber.
“Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka,” katanya.
“Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang.” – Mstar.com.my
Caj Data Telefon Bimbit Cecah Ribuan Ringgit
PETALING JAYA – Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu ‘kejutan’ bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat ‘data roaming’.
Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.
Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar.
Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.
Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.
Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.
Seorang “mangsa” yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima ‘bil kejutan’ selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.
“Saya hanya menggunakan ‘data roaming’ selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu,” katanya kepada The Star.
Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj ‘data roaming’ menjadi rungutan utama.
Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: “suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011.”
CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.
Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.
Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.
Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis ‘data roaming’ selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.
“Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana. Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut,” katanya.
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) juga telah menerima banyak aduan yang sama.
“Sejak bulan Januari, kami telah menerima kira-kira 300 aduan mengenai syarikat-syarikat telekomunikasi. Dua isu utama adalah pengguna tidak bersetuju dengan jumlah yang dikenakan dan dikenakan caj bagi servis yang mereka tidak langgan,” kata Timbalan Pengarah NCCC, K. Ravin.
Ahmad Shabery mengingatkan syarikat-syarikat telekomunikasi supaya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan bil.
“Ia tidak masuk akal apabila bil telefon dikenakan kos sebanyak itu. Syarikat-syarikat perlu lebih bertanggungjawab dalam meletakkan caj,” katanya. – LISA GOH/mStar