Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 10 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

Dalam waktu-waktu tertentu, ombak sungai ini seperti tsunami sehingga ke daratan dan (nyaris) menghanyutkan kereta, walaupun ketika itu tidak ada ribut taufan. Unik dan mendebarkan sekaligus indah adalah daya tarikan tempat ini.


Kemalangan
KUCHING – Dua terbunuh dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Km 57 Jalan Sri Aman-Sarikei dekat Pais, Skrang, di sini awal hari ini.
Menurut sumber polis dalam kejadian 6.40 pagi itu, lelaki dan wanita yang terbunuh terbabit menaiki kereta jenis Proton Iswara bersama dua lagi.
Kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva, kata sumber dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu.
Bernama difahamkan semua mangsa belum dikenal pasti termasuk pemandu Perodua Viva yang dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ini adalah kemalangan maut kedua di jalan itu dalam tempoh tiga hari. Khamis lepas empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terbunuh selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori balak.
Kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi pegawai Jakim cedera parah. – BERNAMA
Apakah filem seram terbaik yang pernah ditonton oleh anda?



Penulis boleh katakan filem The Conjuring arahan pengarah kelahiran Malaysia, James Wan ini sebagai salah satu naskhah seram yang paling terbaik sekali pernah ditonton selain filem The Exorcist.
James pandai menyelitkan unsur-unsur mengejut dan suspens yang tidak dijangkakan menerusi filem yang diadun berdasarkan kisah benar yang berlaku kepada sebuah keluarga pada tahun 1970-an.
Malah boleh dikatakan ini merupakan filem seram terbaik arahan James berbanding filem-filem seramnya yang terdahulu seperti Insidious dan Dead Silence.
The Conjuring dibintangi oleh Patrick Wilson, Vera Farmiga, Mackenzie Foy, Joey King, Lilli Taylor, dan Ron Livingston.
Buat penggemar filem James Wan, jangan lupa saksikan The Conjuring di pawagam berdekatan dengan anda!
Sinopsis: Penyelidik paranormal terkenal, Ed dan Lorraine Warren (Patrick Wilson, Vera Farmiga) diminta membantu sebuah keluarga, Perron yang mempunyai lima anak perempuan yang telah digangu oleh roh jahat di sebuah rumah pertanian terpencil.
Dipaksa untuk menghadapi roh jahat yang sangat kuat, Warren menyedari bahwa mereka terperangkap dalam kes paranormal yang paling mengerikan dalam hidup mereka.
Adakah usaha pasangan Warren berjaya membantu keluarga Perron dalam menghapuskan entiti yang mengganggu kebahagiaan keluarga tersebut?

inilah rekaan oleh Scott Weaver yang menggunakan pencungkil gigi sebagai bahan utama. Beliau yang berasal dari San Francisco mula membina struktur pencungkil gigi pada usia 17 tahun dan berjaya menyiapkannya 34 tahun kemudian!

Dengan ketinggian 9 kaki dan 7 kaki lebar. Weaver berkata dia lakukannya untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh kreativiti menerusi usaha berterusan dan kerja keras.

Lea & Cory
Teman wanita mendiang Cory Monteith, Lea Michele terus mendapat sokongan peminat apabila gambar Lea dan Cory yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter mendapat ‘retweet’ ribuan peminatnya.
Gambar yang dimuat naik pada 30 Julai menerusi Twitter, Lea Michele, itu turut disampaikan dengan kapsyen yang menghibakan.
“Terima kasih kepada semua kerana menolong saya menempuh waktu begini dengan segala kasih sayang dan sokongan.
“Cory akan sentiasa di hati saya,” jelas Lea.
Hingga artikel ini ditulis, gambar tersebut telah mendapat ‘retweet’ sebanyak 344,457 dan sebanyak 326,657 jumlah ‘favorite’.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat yang melihat gambar tersebut terus memberi sokongan kepada Lea.
Sebelum ini dilaporkan kehidupan Lea semakin serius apabila dia mengalami masalah kebimbangan yang sangat kritikal hingga kadang kala dia tidak mampu untuk bernafas semenjak kematian Cory.
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat seperti tidak mampu untuk mengawal emosinya.
13 Julai lalu, pelakon utama dalam rancangan siri terkemuka Glee, Cory Monteith telah dijumpai mati di dalam sebuah hotel di Vancouver.
Hasil bedah siasat, Cory maut akibat akibat pengambilan heroin dan alkohol secara berlebihan.
lea monteith

lea monteith1
Nasi Bungkus
BESUT – Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.
Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.
“Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas,” katanya.
Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.
Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).
Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.
“Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa,” katanya.
Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa. – Sinar harian Online
Chris Hemsworth
Tiada angin ataupun ribut, selain daripada video hina Islam yang tidak berkesudahan itu, Murai Batu dapat satu info meletop nak kongsi dengan semua peminat aktor Hollywood yang seorang ini. Bulan lepas ada juga dengar cerita mengatakan hero ini nak datang Malaysia, tapi tak ada yang update dengan MUrai Batu, tak dapatlah scoop!
Tup tup kata teman sepejabat Murai Batu bahawa rakannya kini sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menyambut kedatangan aktor sasa tinggi lampai, Chris Hermsworth, yang merupakan hero bagi filem Thor yang diterbitkan Marvel Studios itu yang tiba pada petang tadi.
Walaupun dengan lagak biasa seperti pelancong lain, kelibat suami Elsa Pataky itu katanya tetap dikawal oleh polis – polis bantuan KLIA dan dijaga ketat. Untunglah jadi kakak dan abang polis tu dapat berjalan sama, silap-silap ada gambar terkeluar satu dunia tengok uols! Makan hati Murai Batu.
Walaupun baju dia ala-ala biasa sahaja dengan seluar pendek tapi kalau dah namanya pelakon Hollywood biarpun dia berasal dari Australia, tetap nampak hot sangat. Sabar ajelah Ramadan nan mulia ini. Tiada hembusan jahat kedengaran, memang kuat iblis dan syaitan kena ikat, Murai Batu terasa tergoda sikit-sikit sahaja.
Cerita banyak pon tak guna merepek sahaja kan? Chris kini berada di Malaysia untuk membintangi filem yang berjudul Cyber. Hero ini akan ditemani bintang pujaan Asia iaitu Wang Lee Hom yang dikhabarkan bakal tiba beberapa jam selepas Chris. Dua – dua pun memang hot datang kat Malaysia yang sentiasa panas. Bukan panas cuaca sahaja semua benda pon panaslah! Oooops!
Ok yang penting lima minggu dia akan berada di sini. Tetapi janganlah pembaca semua berharap akan ada sidang akhbar atau sebarang publisiti pada pemerhatian Murai Batu. Tak tahulah kalau ada suratkhabar nak scoop ooopps ooopps!
Filem arahan Micheal Mann ini telah menjalani penggambaran di Jakarta, Los Angeles, Hong Kong dan Port Klang dan Chris dan Lee Hom akan dibantu dengan para pelakon hebat seperti Viola Davis dan Tang Wei.
Kalau sesiapa rasa nak mencuba nasib bertemu dia silakan berbuat demikian. Jangan lupa tag @gengmurai untuk kongsi gambar okay? Murai Batu lebih teruja nak beraya kot sebab tu lah rasa kurang berminat.
Lagipun sequel Thor iaitu Thor: The Dark World akan ditayangkan 31 Oktober depan, tengok wayang sahajalah kalau tak jumpa depan mata. Pandai pilih tarikh datang ke Malaysia ye Chris? Tapi tak mengapa, kalau jodoh Murai Batu berjumpa dia, jangan makan hati uols nanti! – Murai
Wanita
Palestin – Seorang wanita Palestin telah melahirkan anak dengan persenyawaan menggunakan air mani yang diseludup daripada suaminya yang kini menjalani hukuman penjara selama 25 tahun.
Lida, 34, melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Majd pada Rabu lalu.
Menurut agensi berita Ma’an, bayi berkenaan dilahirkan di Klinik Razan selepas Lida menjalani rawatan IVF, menggunakan mani Abdul Kareem al-Rimawi diseludup dari penjara.
Abdul Kareem sudah berada di penjara selama 12 tahun.
Ia merupakan kelahiran kedua melalui proses IVF yang dijalankan di klinik terbabit.
Tahun lalu, seorang wanita, Dalal Rabayaa juga melahirkan anak lelaki di klinik yang sama selepas air mani suaminya diseludup di penjara.
Bagaimanapun kaedah penyeludupan itu tidak didedahkan bagi tujuan keselamatan.
Menurut sumber perubatan, setakat ini terdapat 16 wanita yang mendakwa mengandung dengan air mani yang diseludup daripada suami mereka yang ditahan di penjara Israel.

China – Hanya kerana ingin memenangi hati suaminya, seorang wanita yang sedang sarat mengandung sanggup menipu seorang jururawat dengan berpura-pura sakit agar suaminya itu dapat melakukan hubungan seks dengan gadis itu.
Mangsa, Hu Yixuan, 17, telah dirogol dan dibunuh oleh pasangan kejam itu.
Kejadian berlaku selepas Hu menolong wanita itu yang dikenali sebagai Tan ketika dia berpura-pura sakit di tepi jalan di bandar Jiamusi.
Hu yang ikhlas menolong wanita itu telah membawanya pulang ke rumah Tan.
Di rumah itu, Hu telah diberi makan yoghurt mengandungi pil tidur oleh suami Tan sebelum dia cuba merogol Hu.
Namun Hu telah terjaga dan cuba melawan sebelum pasangan itu melemaskannya tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Mayat remaja itu kemudian ditanam di kawasan pedalaman.
Perbuatan mereka itu akhirnya dikesan selepas CCTV merakamkan wanita itu dan suaminya membawa beg mengandungi mayat Hu ke dalam kereta.
Dalam masa sama, Hu sebelum itu telah menulis mesej dalam WeChat bahawa dia sedang menghantar seorang wanita mengandung ke rumahnya.
Sementara itu, jiran-jiran pasangan berkenaan memberitahu, Tan telah berpisah dengan suaminya selepas Tan menangkap suaminya meniduri seorang wanita.
Dia kemudiannya cuba kembali ke pangkuan suaminya dan telah menjanjikan bahawa dia akan mencari seorang anak dara bagi membolehkan suaminya melakukan seks dengan gadis tersebut.
Tan kini berada di hospital dan dijangka akan bersalin tidak lama lagi.
Putera William
LONDON – Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) memohon maaf kelmarin kerana secara tidak sengaja menyiarkan gambar yang menghina Putera William.
Beliau merupakan pewaris kedua takhta diraja Britain.
Paparan itu menunjukkan gambar kemaluan lelaki dilukis pada kepala putera berkenaan.
Kesilapan berlaku ketika penerbit rancangan bicara pagi BBC menyiarkan klip video promosi kumpulan komedi tempatan, Barbershopera.
Gambar memalukan itu disiarkan selama beberapa saat dengan wajah William turut diconteng dengan dakwat hitam.
Penyunting BBC dikatakan terlepas pandang kesilapan itu tetapi ia disedari oleh sebahagian penonton program pagi tersebut.
“Ya, ada kemaluan lelaki di kepala Putera William. Ini keterlaluan,” kata seorang penonton di laman Twitternya.
Mengulas isu tersebut, seorang jurucakap BBC kemudian memberitahu, iklan itu disediakan oleh Barbershopera dan bukan badan penyiaran berkenaan. – AFP
Rogol
KOTA KINABALU – Seorang pegawai kanan polis didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.
Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 54, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu tahun lalu didakwa merogol gadis tersebut di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu.
Rohaizat turut didakwa meliwat gadis tersebut pada hari dan tempat yang sama selain mengulangi perbuatannya itu kira-kira pukul 10 pagi keesokan harinya.
Ketika pertuduhan keempat merogol gadis di hotel yang sama sekitar Mei tahun lalu dibacakan, beliau bertanya:”Apa, tiada tarikh?”
Beliau kemudiannya menggelengkan kepala dan berkata:”Tidak bersalah.”
Beliau turut menulis nota apabila pertuduhan awal dibacakan dan menjawab ‘Tidak bersalah’ setiap masa dengan jelas dan lantang.
Rohaizat yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang tiba di mahkamah dengan memakai jaket dan berseluar gelap serta ditemani isterinya.
Bapa kepada dua orang anak itu menutup mukanya dengan surat khabar apabila melihat pemberita dan jurugambar ketika memasuki bilik perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin meminta ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan amat serius.
Peguam Ram Singh yang mewakili Rohaizat bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memegang jawatan pegawai kanan polis dan dia tidak akan melarikan diri.
Ram berkata Rohaizat sanggup melaporkan diri kepada ibu pejabat polis Pulau Pinang dua kali seminggu jika perlu.
Beliau juga menggesa ikat jamin minimum RM5,000 ditetapkan untuk setiap pertuduhan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ismail Berahim bagaimanapun menetapkan jumlah tersebut kepada RM40,000 dan membenarkan Rohaizat dibebaskan selepas menetapkan 9 hingga 13 Disember ini untuk tarikh perbicaraan.
Jamil berkata, pihak pendakwaan mempunyai senarai seramai 25 orang saksi tetapi belum menentukan berapa ramai yang akan dipanggil untuk memberi keterangan. -mStar Online
Nadiya Nissa
PETALING JAYA – Pelakon Nadiya Nissa meletakkan tempoh masa sehingga lima tahun lagi untuk menjadi penulis skrip profesional.
Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 28, berkata, impian itu sudah lama diinginkan namun masih lagi mempelajari selok-belok penulisan skrip sebelum benar-benar menghasilkan sebuah karya yang bermutu untuk tontonan umum.
“Lima tahun lagi, usia saya 33 tahun. Dan pada ketika itu saya mahu pastikan kemahiran menulis skrip sudah ada dalam diri.
“Memang sudah lama saya idam untuk hasilkan skrip dan setakat ini, ada beberapa idea yang saya rangka dalam buku. Insya-Allah tahun depan saya mula cuba kembangkan idea tersebut menerusi skrip yang dihasilkan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Nadiya yang mengagumi karya Redza Minhat dan Wan Hasliza, dia juga masih belajar cara menulis plot cerita dengan baik menerusi tontonan drama dan filem.
Sementara itu, beritahu pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011 itu, dia bersyukur apabila melihat kerjayanya semakin berkembang sejak namanya popular menerusi drama Adam dan Hawa pada tahun itu.
Dalam tempoh dua tahun itu, Nadiya mengambil setiap peluang untuk menonjolkan bakatnya sebaik mungkin sehingga sanggup melupakan hasrat meluangkan masa lebih lama dengan keluarga.
“Dalam industri seni kita yang terlalu berkembang, saya harus mengambil peluang yang ada memandangkan orang tengah nak tengok lakonan saya. Mujurlah suami (Saiful Razman) dan anak (Omar) memahami kerjaya saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal muncul menerusi telefilem khas Aidilfitri, Baju Raya Kain Perca pada Raya keenam, pukul 4 petang di TV3 dan telefilem yang akan ditayangkan di Astro First berjudul Anugerah Dendam Yang Terindah menyaksikan gandingannya bersama Aaron Aziz. – mStar Online