Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

KRU
KUALA LUMPUR – Dalam menghadapi perayaan Syawal yang bakal menjelang ini, lagu raya menjadi salah satu faktor yang mampu menyemarakkan lagi suasana lebaran itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, KRU Music dan Sheikh Qalam Records telah tampil dengan dua album terbaru iaitu sebuah album raya, Oh My Raya! manakala satu lagi album bercirikan ketuhanan, Hijab Di Ufuk Barat.
Di sebalik kelembapan jualan album di Malaysia, KRU ternyata berani mempertaruhkan album terbaru untuk peminat di luar sana.
Menurut anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim, album yang diterbitkan ini adalah bukan semata-mata untuk meraih keuntungan sebaliknya mahu bersama-sama ‘enjoy’ meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini.
“Dalam industri seni, orang-orang seni ni bukan semata-mata nak duit je.  Kita buat ni sebab ‘passion’.
Kalau untung, Alhamdulillah, kalau tidak, kita kena tetap terus mencuba, kalau kita ‘give up’ makin cepatlah industri kita mati,” katanya ketika ditemui Mynewhub semasa majlis pelancaran album tersebut di sini, semalam.
Selain itu, pihak KRU Music juga tidak meletakkan sebarang sasaran jualan bagi album tersebut dan yakin kalau peminat menyukainya, mereka pasti akan membelinya.
“Sebenarnya, kita takde letakkan sasaran.  Ini adalah untuk raya, ‘enjoy’ raya, ‘basically’ kalau awak suka, awak beli.  Kalau tak, kita tak memaksa,” jelasnya lagi.
Sementara Edry pula berkata, “keistimewaan lagu-lagu ini kerana ada dua lagu baru dan gabungkan juga lagu-lagu yang sudah popular, jadi sama ada dinyanyikan semula atau dinyanyikan oleh penyanyi asal.
“Ini kali pertama kami (KRU) rakamkan lagu raya dan ini salah satu buah tangan kepada peminat untuk memiliki album ini sebagai satu koleksi di Aidilfitri ini,” katanya.
Menerusi Oh My Raya! terdapat dua lagu raya baharu ciptaan Norman dan Yusry berjudul Erti Aidilfitri dan sebuah lagu ciptaan Edry nyanyian kumpulan Forteen, 10 Jari Aidilfitri.
Antara lagu lain yang terkandung dalam album tersebut ialah Pulanglah (Aishah), Datuk Siti Nurhaliza (Nazam Lebaran), Salam Dunia (Datuk M. Nasir) dan Raya nyanyian semula oleh Dato Ac Mizal dan Sepahtu.
Sementara itu, Hijab Di Ufuk Barat menampilkan sebanyak 16 buah lagu ketuhanan antaranya nyanyian Opick berjudul Dealova, Demi Asmamu (Rafidah Ibrahim), Doa (Aisyah), Penerang Hati (Sixth Sense dan Saujana), Tahajjud Cinta (Datuk Siti Nurhaliza) dan banyak lagi.
Oh My Raya! boleh didapati di pasaran dengan harga RM19.90 sementara Hijab Di Ufuk Barat berharga RM25.90.
Nora Danish Bidas Perspektif Peminat Terhadap Nadeem
SEBELUM ini pelakon comel, Nora Danish pernah dikaitkan bercinta dengan seorang anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu Nadeem, akan tetapi pelakon tersebut telah menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.
Namun begitu pelakon genit ini pernah akui bahawa dia tidak akan menolak sekiranya bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.
Terbaru, Nora Danish telah memuat naik beberapa fotonya bersama Nadeem di laman Instagram dan melalui sekeping foto yang dikongsikan itu, terdapat segelintir peminat telah memberi tanggapan buruk terhadap jejaka tersebut sehingga membuatkan aktres jelita ini terpaksa membidas perspektif berkenaan.
Menurut Nora Danish, dia lebih mengenali Nadeem dan meminta agar semua peminatnya turut menghormati jejaka tersebut seperti mana yang dilakukan olehnya.

Nora Danish Insta
Dalam pada itu, Nadeem turut memberi respon terhadap tanggapan negatif tersebut, di mana menurut Nadeem, dia hanya mencari rezeki yang halal dan menegaskan bahawa sebagai seorang lelaki sejati, tidak salah sekiranya dia ingin memakai T-Shirt bewarna pink atau sebagainya.
Nadeem
Meskipun begitu, masih ada peminat yang gembira dan bersetuju sekiranya mereka bertemu jodoh. – Ohbulan
YASMIN Yusuff, yang pernah mewakili Malaysia ke Miss Universe di Acapulco pada 1978, memperlihatkan pendirian kurang bersetuju apabila gadis Melayu beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.



Dalam kenyataannya kepada Daily Chilli, Yasmin seakan-akan menyindir apabila menyatakan lebih baik pertandingan ratu cantik ditukar saja namanya kepada pertandingan ‘Miss Malaysia Bukan Melayu’ (Miss Malaysia For Non-Malays) jika hak bertanding gadis Melayu dinafikan.
Tambahnya, gadis Melayu sangat cantik malah mempunyai peluang bergelar Miss Universe sekiranya dibenarkan masuk bertanding dalam pertandingan yang menjadi idaman ramai gadis itu.
Pendapat Yasmin disokong seorang lagi wanita Islam yang terlibat mengarah program TV realiti berjudul The Next Miss Universe Malaysia, Elyna Effendi.
Elyna berpendapat, perkara ini (tak benarkan bertanding ratu cantik) suatu yang memalukan. Akibatnya kata Elyna: “Ada wanita yang sangat cantik tapi mungkin tak mahu ikut bertanding disebabkan terpaksa akur dengan sesetengah persepsi dan kepercayaan.”
Minggu lalu, 4 peserta beragama Islam terpaksa disingkirkan daripada pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World ekoran fatwa dikeluarkan pada 1996 melarang wanita Melayu dan Islam menyertai pertandingan sebegini. Wanita yang berkeras melakukannya boleh dikenakan tindakan oleh Mahkamah Syariah.
Justeru, 3 daripada peserta berkenaan iaitu Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mengeluarkan kenyataan memohon maaf sementara Kathrina Ridzuan, 23, tidak dapat dihubungi.
Sekiranya mereka semua dibenarkan bertanding tempoh hari, bermakna ia mengakhiri tempoh sedekad hanya wanita bukan Islam yang berbangsa Cina, India dan lain-lain menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa selepas kali terakhir ia diserta Erra Fazira pada 1992.
Sementara itu penasihat untuk pertandingan X Top Model, Kenji Chan berpendapat, kalau pun keempat-empat gadis yang masuk bertanding itu mendakwa tidak tahu mereka melakukan kesalahan dengan masuk bertandingan ratu cantik, hampir semua rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum akan hal ini.
Bagaimanapun, dia memuji tindakan yang disifatkannya mampu membuka minda sesetengah orang.
Jason Hee, pengasas dan penganjur Miss Malaysia Kebaya pula menganggap tegahan ini membunuh ‘industri’ ratu cantik. Dia memberi contoh bagaimana Yasmin Yusuff dan pelakon terkenal, Erra Fazira, antara bekas peserta yang berjaya pada hari ini disebabkan memasuki pertandingan berkenaan sebagai batu loncatan.
Jason bagaimanapun, menegaskan pertandingan ratu kebayanya yang kini masuk tahun ketiga tidak tertakluk pada fatwa yang dikuatkuasakan itu kerana ia lebih dekat kepada pertandingan ‘ratu budaya’ berbanding ‘ratu cantik’ dan mendapat lampu hijau daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
Persatuan Sisters In Islam (SIS) pula seperti biasa, mengeluarkan kenyataan dari sudut membela hak wanita. Pembelaan mereka dibuat bersandarkan jaminan penganjur bahawa pakaian renang tidak akan dipertandingkan sebaliknya diganti dengan pakaian sukan dalam pertandingan kelak.
Bagaimanapun di sebalik semua komen menghentam larangan menyertai pertandingan ratu cantik yang secara jelas dibuat tanpa mengambil kira hukum mutlak aurat dalam Islam yang menjadi sebab utama fatwa dikeluarkan; baik daripada mulut orang Islam mahu pun bukan Islam di atas — komen Elaine Daly mungkin paling sedap didengar.
Miss Malaysia Universe 2003 ini berkata, dalam masyarakat berbilang kaum negara ini sememangnya molek jika semua wanita diberikan hak sama rata untuk masuk bertanding ratu cantik. Begitu pun, terdapat undang-undang yang mesti dipatuhi dalam hal ini dan semua pihak mesti menghormati sensitiviti semua orang.
fatwa2
yasmin miss
Sumber: Daily Chilli
Tikam 2 Wanita Depan Anak Dalam Sehari
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun hanya mampu menjerit sekuat hati di balkoni rumahnya untuk meminta pertolongan setelah melihat ibunya diserang sampai mati depan mata menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kes pembunuhan di sebuah flat di Brixton, Selatan London, malam Isnin lalu.
Jeritan itu berjaya menarik perhatian jiran yang segera datang membantu.
Mangsa yang dikenali dengan nama Keisha, 28, tidak dapat diselamatkan. Turut cedera diserang, ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang berusia 17 tahun. Dia kini sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan di kepala dan tangan.
Menurut salah seorang jiran, Shenaz Mohiuddon, 40, kanak-kanak itu menjerit sambil menangis di balkoni. Dia juga kelihatan dalam ketakutan yang amat sangat hingga menggeletar.
Sejam setengah sebelum melakukan serangan ini, lelaki yang ditangkap sebagai suspek utama turut  melakukan perkara serupa kepada pasangannya yang kini sedang kritikal di hospital.
Dia menikam pasangannya bertubi-tubi di hadapan anak kecil mereka yang baru berusia 3 tahun. -
Brixton Triple stabbing
Gambar Romantis Jehan Dan Isteri
DALAM dunia teknologi di mana segala-galanya di hujung jari pada hari ini, tidak sukar ‘mengantoikan’ sesuatu yang mempunyai unsur saduran.
Sebagai contoh,  klip video bagi single baru Najwa Latif, I Love You yang didakwa para peminat KPoP mempunyai plot hampir sama dengan lagu berjudul Goodbye My Lover nyanyian kumpulan dari Korea, 8eight.
Antara persamaan yang mereka pertikaikan adalah adegan di mana watak utama dalam klip video ini bertindak merakam video gadis pujaannya bersama lelaki yang juga kawan baiknya. Turut serupa, trajedi kemalangan yang berlaku dan luahan perasaan yang ditemui di hujung video yang telah dirakam.
Klip video ini dimuatkan dalam saluran Youtube rasmi Najwa sejak 4 Jun lalu sementara video klip dari kumpulan 8eight telah terhasil lebih 4 tahun lalu.
Apa kata anda saksikan dan buat perbandingan sendiri kedua-dua klip video di bawah.

Gambar Romantis Jehan Dan Isteri
PASANGAN suami isteri yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee nampaknya masih lagi berada dalam fasa berbulan madu. Ini jelas terbukti menerusi beberapa keping foto romantis yang dikongsikan Jehan buat tatapan peminat setianya.
Jehan selamat melangsungkan pernikahan dengan Julie, warganegara Korea Selatan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara.
Pastinya lebaran kali ini menjadi kenangan terindah buat Jehan apabila pertama kali menyambutnya bersama isteri tercinta selain dapat mengajar permaisuri hatinya itu budaya dan adat resam orang Melayu ketika berhari raya.
2
3
4
5
SEGERA: Inilah Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi
Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.
Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu membawa suspek.
Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan.
Gambar FB Polis KL
Harry Styles Nafi Jalin Hubungan Songsang
ANGGOTA  kumpulan One Direction, Harry Styles menafikan khabar angin mengatakan dia seorang biseksual malah merasakan perkara itu sebagai salah satu gosip yang paling kelakar pernah didengar mengenai dirinya.
Ura-ura mengatakan Styles mempunyai hubungan songsang dengan DJ Nick Grimshaw.
Menjelaskan perkara itu, Styles berkata, “saya tidak merasakan saya seorang biseksual.  Kami tidak berpacaran, tidak!  Kami hanya kawan”.
Styles sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi Taylor Swift dan model Kara Rose Marshall.

HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.
Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.
Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.
Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.
“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.
Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.
“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.
Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.
“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.
Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.
“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian. Berlainan pula kisahnya dengan seorang muallaf cina yang mesra dipanggil Uncle Chan, 80-an.
Dia yang sudah 9 tahun lebih tinggal di pusat jagaan orang tua itu pada asalnya di tinggalkan oleh isteri dan tiga anaknya.
“Sebelumnya saya tiada tempat untuk dituju dan saya berfikir untuk meminta bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan disebabkan saya tiada waris dan anak-anak juga tidak mahu bela saya, jadi mereka hantar saya kesini.
Katanya, anaknya pernah datang sekali sahaja untuk bertemunya kira-kira dua tahun lepas namun mereka datang bukan untuk menziarah tetapi bersebab.
“Anak perempuan saya datang hanya minta tandatangan borang izin kahwin dan selepas itu untuk jual rumah,” katanya yang gembira berada di rumah jagaan itu.
“Saya juga berterima kasih kepada Muji kerana menjaga saya, merawat serta memberi pengisian rohani setiap hari dimana saya dapat belajar mengaji dan mendalami ilmu agama”, katanya yang berasal dari Selangor.
Menurut Muji, Uncle Chan dibuang isteri dan anak-anaknya kerana dia kini tidak punya harta.
“Saya difahamkan, dulu dia orang yang berharta tetapi selepas jatuh bankrap keluarganya tidak mahu membelanya lagi.
“Ketika dihantar oleh pihak MAIS, Uncle Chan sakit terlantar dan tidak punya harta tapi saya pun gembira dapat menjaganya sebab dia tidak mempunyai kerenah”, katanya.
Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas terletak di Puchong dihuni oleh 66 orang tua yang tiada waris dan di urus secara persendirian oleh Muji dan anak-anaknya.
“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, ini semua hasil daripada perniagaan restoran saya dan saya sumbangkan kepada orang-orang tua ini untuk mereka meneruskan hidup.- www.malaysiandigest.com
Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh
PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.
“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.
Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.
“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.
“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya. – SINAR HARIAN
Sazzy, Suami Rai Golongan Kurang Bernasib Baik
Di kala orang lain bergembira menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang, pasangan selebriti popular, Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus tidak melupakan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak yatim.
“Pada setiap tahun saya pasti terlibat dalam berkongsi kegembiraan kala menjelang Syawal khususnya dalam acara amal sebegini bersama The Celepets.  Tetapi pada tahun ini saya dan suami telah merancang untuk menyampaikan sumbangan ini sendiri secara kecil-kecilan,” katanya memetik laporan portal Murai.
Sazzy dan Nash telah menjemput dua buah keluarga kurang berkemampuan, Persatuan Ibu Tunggal Islam Malaysia (KL dan Selangor) serta Transit Homes dan mereka telah menyampaikan sumbangan duit raya selain barang keperluan asas seperti beras yang dibeli sendiri oleh pasangan ini.
Ternyata usaha murni yang dilakukan Sazzy dan suami turut mendapat perhatian sesetengah pihak lain yang turut berbesar hati membantu daripada segi kewangan dan sumbangan barang keperluan kepada golongan tersebut.
Semoga segala kerja amal yang dilakukan Sazzy dan Nash dapat menjadi pemangkin dan dicontohi oleh golongan selebriti lain pada masa akan datang.
Ibu Diana Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil
IBU kepada aktres Diana Danielle, Norsiah Ramli enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan terbuka yang dikeluarkan oleh menantunya, Farid Kamil menerusi pihak media semalam.
Farid mengatakan ibu mertuanya itu perlu terlebih dahulu berjumpa dengannya sekiranya Norsiah ingin bertemu dengan anak dan cucunya yang kini masih berada di Australia.
Antara kenyataan terbuka aktor itu sebelum ini ialah, “saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati,” katanya menerusi mStar.
Tindakan Farid yang dilihat cuba menjarakkan hubungan di antara kedua ibu kandung dan anaknya itu bagaimanapun kurang disenangi sebahagian besar peminat industri hiburan tanah air yang terang-terangan mencemuh perbuatan Farid di laman-laman blog dan sosial seperti Facebook dan Twitter.