Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Seorang lelaki berasal dari New York, Amerika Syarikat (AS) berniat menjual rambutnya yang belum pernah dipotong dengan harga $ 600 (£ 400).. Jumlah ini sangat tidak masuk akal.
BERLIN - Sebatang pensel yang terdapat di dalam kepala seorang pemuda selama 15 tahun telah berjaya dikeluarkan, kata beberapa doktor Jerman, lapor agensi berita AFP kelmarin.
LOS ANGELES - Bintang pop remaja, Justin Bieber sekali lagi ditimpa masalah apabila dia berhadapan dakwaan mempunyai anak, lapor akhbar The Sun semalam.
Jambatan gantung super pelik di dunia .. bukan macam kita selalu lihat seperti yang diperbuat dari kayu .. pastu diikat atau dipaku menggunakan tali .. yang ni sangat pelik dimana hanya menggunakan rumput kering yang diikat dan disambungkan membentuk jambatan ... kalau korang tengok .. memang betul-betul ngeri .. apa-apapun mereka percaya jambatan yang dibuat mereka nih .. sangat kukuh.
Orang yang membuat replika kereta F1 ini bernama Michael Arndt, dia membuatnya dalam masa kira-kira 6 tahun lamanya, menggunakan 956.000 Batang mancis, 1686 botol gam.

Kes telefon bimbit meletup kerana overheat (panas berlebihan) sering terjadi. Kali ini  pengguna Samsung Galaxy S III yang meletup semasa bateri di cas.
Valerii Danevych adalah seorang tukang kayu dari Ukraine. Hidupnya pun diabadikan dengan membuat jamtangan yang keseluruhannya dari kayu, bahkan sampai ke mesin penggerak jarum penunjuk waktu.
Sekolah tertua di dunia adalah di China, di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, salah satu wilayah terbesar di China. Chengdu Shishi High School adalah sekolah tertua di dunia ini, diperkenalkan pertama kali pada masa Dinasti Han pada sekitar tahun 143 - 141 sebelum Masehi!.
Di Venice, Itali anda boleh merasakan sensasi menjamu sambil menikmati makan malam setinggi 50 meter!
Anak Taukeh Belacan Curi Audi R8, Bawa Balik Kampung Jalan-Jalan!
Kangar – Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Pernahkah anda berasa getaran seperti menggigil di beberapa bahagian badan? Seandainya pernah, ia adalah perkara biasa yang turut dialami oleh semua dan ia terjadi dalam keadaan spontan.
Namun, pernahkah anda berasa getaran seperti itu pada bahagian zakar? Fenomena ini sering kali disalah anggap oleh kaum lelaki jika ia pernah terjadi kepada mereka.
Getaran ini berlaku dalam zakar dan apabila disentuh bahagian itu, ia tidak memberi apa-apa rasa. Memang suatu fenomena yang pelik. Soalnya ialah sama ada getaran ini petanda sesuatu penyakit atau masalah kepada zakar?
Sebilangan besar lelaki yang mengalaminya mengaitkan perkara itu kepada pakaian seluar dalam yang ketat dan membuatkan kedudukan zakar luar biasa maka ia akan mengakibatkan zakar menggeletar seketika atau mungkin disebabkan tekanan, maka getaran itu dapat dirasai.
Lelaki yang kerap melakukan onani yang kebetulan terasa getaran itu pasti akan berfikir bahawa amalan onani itu yang membuatkan zakarnya meragam.
Jika kebetulan ia berlaku selesai bersetubuh, sudah tentu proses hubungan kelamin pula akan dikaitkan dengan tekanan akibat persetubuhan. Bagaimanapun, tiada satu pun alasan di atas adalah tepat.
Getaran otot boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika sekumpulan otot besar mencengkam, keadaan itu dikenali sebagai cengkaman otot atau ‘cramps’. Jika sekumpulan kecil otot mencengkam, keadaan yang berlaku ialah otot itu menggetar, istilah yang digunakan ialah ‘fasciculations’ seperti tarikan kelopak mata misalnya.
Sesetengah orang dikaitkan dengan fenomena itu kepada petanda yang sesuatu tidak baik akan berlaku. Ini juga adalah tidak benar. Sememangnya kumpulan otot itu tidak mengikut kawalan minda dan ia boleh terjadi pada bila-bila masa saja.
Ini mungkin akibat tahap keasidan yang berlebih dan apabila tahap keasidan itu menjadi seimbang, maka getaran itu akan kurang atau tiada. Jadi perkara yang sama juga boleh dikaitkan kepada getaran yang berlaku kepada otot zakar. Otot zakar dalaman mengandungi otot lembut. Jika otot itu bergetar, sudah tentu getarannya tidak dinamik, tidak seperti getaran kelopak mata.
Kejadian yang berlaku itu bukan petanda kepada sesuatu yang serius. Jika kebetulan ia berlaku beberapa ketika kemudian lelaki itu mengalami masalah cepat klimaks atau hilang kawalan ereksi, itu berlaku secara kebetulan dan bukan akibat getaran yang dialaminya suatu ketika dahulu.
Oleh kerana perkara ini dianggar perkara remeh, maka ia jarang dibincangkan di dalam forum di Internet. Walau bagaimanapun, jika perkara itu merunsingkan anda, anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Sesiapa juga boleh berhubung dengan saya melalui e-mel: dr_tambi@yahoo.com. (Harian Metro)
Semakin ramai bintang Youtube yang lahir selepas kejayaan yang berjaya dikecapi oleh Najwa Latif, Tasha Manshahar dan Ainam Tasneem.