Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Beijing: China berkata, kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin, dipecat daripada Parti Komunis dan berdepan tuduhan rasuah, semalam.

Menurut kenyataan pegawai kerajaan Shaanxi, Ketua Biro Pemeriksaan Keselamatan Wilayah, Yang Dacai, didapati bersalah “melakukan kesalahan disiplin serius” ketika bertugas.

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka.
Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal.


Satu kajian mendapati perbuatan memakan makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh merosakkan hati seperti menghidap hepatitis. 

Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.
Kes1:

Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di sini.Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf.Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun.


Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan.
 ________________________________________________________

Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian.

Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi sosial

Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu. 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinetnya mengisytiharkan harga masing-masing jika 'bangga' dengan langkah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya minggu lalu.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata, ikrar tersebut tinggal kosong jika kesemua anggota Kabinet kerajaan pusat tidak mahu mengisytiharkan harta masing-masing.

Dengan berjalan selama dua jam 30 minit sekali dalam seminggu, anda berupaya memanjangkan tempoh hayat selama tujuh tahun, menurut satu kajian terkini.

Kajian yang dilakukan sekumpulan pakar dari agensi penyelidikan perubatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Harvard itu mendapati, dengan berjalan pantas hanya selama 75 minit sekali dalam seminggu, sudah cukup untuk memanjang tempoh hayat selama dua tahun.
KUANTAN — Seorang peniaga kerugian RM500 selepas diperdaya dalam urusan pembelian kereta terpakai menerusi laman web, Jumaat lalu.

Mangsa, 30, yang menetap di sebuah taman perumahan di Raub dikatakan melayari laman web berkenaan bagi membeli sebuah kereta terpakai jenis Perodua Kelisa yang ditawarkan dengan harga RM10,500.


Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia.

Kajian dilakukan ke atas 500,000 warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari.

Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus.


Admin ke Pejabat Pos untuk mengeluarkan duit. Duit tersebut ingin admin gunakan pula esok untuk membuka akaun baru di bank tempat Jessica bekerja. Membuka akaun itu sebenarnya perkara kedua. Apa yang penting esok adalah bertemu dengan Jessica. 

Di Pejabat Pos, setelah selesai mengeluarkan duit, admin bertemu dengan sepasang suami isteri warga tua yang sedang dalam kebingungan kerana tidak tahu mengisi borang menyimpan duit. Seperti biasa, admin masukkan tangan ke dalam poket dan mendongak ke atas lalu berjalan perlahan ke arah pasangan warga tua tersebut. 

Salam Balah Tangah. Siang tadi admin ke rumah Ah Ling untuk melawatnya yang sakit batuk dan demam. Admin membawa DVD filem Melayu lama lakonan P. Ramlee yang bertajuk Ibu Mertuaku. Sambil meminum kopi yang dihidangkan oleh ibu Ah Ling, admin bersama Ah Ling, ibunya dan seorang adik perempuan Ah Ling menonton DVD yang admin bawa. 

Sedih cerita filem tersebut. Walaupun entah sudah berapa puluh kali menonton filem tersebut, airmata admin tetap terkeluar juga. Sedangkan Ah Ling, ibu serta adiknya yang tidak berapa faham dan kadang-kadang bertanya tentang jalan cerita filem tersebut boleh mengeluarkan airmata, inikan pula admin yang cukup faham dengan Bahasa Melayu.