Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



WARSAW - POLAND.  - Pemenang pingat perak dalam acara lempar cakera di Sukan Olimpik Rio 2016 bertindak melelong medal yang diraihnya demi membantu seorang kanak-kanak yang menderita kanser.

Atlet dari Poland itu, Piotr Malachowski, berkata hasil lelongan itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan kanak-akan dari Poland itu, Olek Szymanski yang menderita kanser mata.

Ibu kepada Olek, Goshia meminta bantuan saya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang baru nak masuk umur dua tahun. Di Poland tiada rawatan sesuai untuk menyelamatkan Olek... hanya ada di New York.

Jadi, saya putuskan untuk membantu Olek dan menjual pingat Olimpik saya ini demi menampung rawatan Olek,” kata Piotr menerusi satu kemaskini di Facebook.

Piotr menang pingat perak dengan rekod jarak 67.55 meter manakala pemenang pingat emas dan gangsa milik Jerman dengan catatan rekod 68.37 dan 67.05 meter.

Menurut Piotr juga, dia sedar bahawa memenangi pingat Olimpik merupakan impian setiap atlet, tetapi dia mahu nilai pingat perak itu menjadi lebih berharga dari emas dengan usaha tersebut.

Takdir menentukan saya berpeluang untuk meningkatkan nilai perak yang saya menangi ini lebih berharga dari emas.

“Di Rio saya berjuang untuk emas. Hari ini, saya mohon kepada semua untuk sesuatu yang lebih berharga... kesihatan kanak-kanak hebat ini,” katanya.

Atlet berusia 33 tahun itu turut mengajak orang ramai menderma dan membantu Olek dengan apa saja cara yang mereka mampu.

Tempoh lelongan itu akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.

Sumber : Sinar Online



Di Brooklyn, New York terdapat sebuah restoran dimana pelanggannya tidak mereka dibenarkan bersembang dan berbual dengan sesiapa pun. Dah rasa macam kat perpustakaan pula kan?
Difahamkan, konsep tersebut digunakan oleh Nicholas Nauman, pemilik restoran itu selepas dia terlihat sekumpulan sami Buddha di India yang langsung tidak bersuara sepanjang mereka bersarapan ketika dia melancong ke sana. 
Selain dari kagum dan tertarik dengan cara mereka, Nicholas juga beranggapan amalan tersebut sangat baik untuk kesihatan dan juga proses penghadaman.
Selain itu, syarat tersebut ditetapkan bagi memastikan pelanggan-pelanggan dapat menikmati hidangan dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Sumber: TWSJ
Siapa sangka wanita secantik ini merupakan seorang nenek yang sudah menjangkau usia separuh abad.
Madam Qin Ling, 50, dari Chongqing, China mula menjadi perhatian ramai selepas dia muncul di dalam satu rancangan tv.
Nenek ini kekal cantik dengan mengamalkan senaman dan berhenti makan apabila dia mula terasa hampir kenyang.
Selain itu, dia turut mengamalkan tidur tanpa pakaian sekali seminggu, mandi air panas dan memakai face mask atau masker kecantikan buatan sendiri yang diperbuat dari timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara.







DEMI menuntut pembelaan terhadap isterinya yang didakwa dirogol oleh polis di dalam lokap, seorang lelaki telah memotong jarinya sendiri dengan menggunakan gergaji sebagai tanda protes.
Lelaki berkenaan yang tidak bekerja dan menetap di Magnitogorsk, Rusia itu, memotong jarinya bagi memaksa pihak polis menunjukkan kamera CCTV dalam lokap terbabit.
Dalam keadaan terdesak itu juga, dia berikrar akan memotong satu jari pada setiap Isnin sehinggalah kamera CCTV itu didedahkan kepada umum.
“Mereka mendakwa tidak ada apa-apa yang berlaku dalam rakaman CCTV itu dan jika tiada apa-apa pun, tunjukkanlah. Semua masalah akan selesai,’’ katanya yang telah memperjuangkan perkara tersebut sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, pada malam kejadian, dia dan isterinya telah ditangkap kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh. Mereka kemudiannya ditempatkan di dalam lokap yang berasingan.
Jelasnya, salah seorang anggota polis telah merogol isterinya manakala seorang lagi telah memukul wanita itu.


“Isteri saya menjerit kerana diperlakukan sedemikian rupa malah dia mengingatkan mereka bahawa dia sudah tua dan layak menjadi ibu mereka. Selain itu, dia juga dipukul di leher dan kaki,” katanya.
Susulan itu, pasangan tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.
“Sejak itu polis mengancam kami dengan pelbagai tuduhan dan menuduh kami membuat laporan palsu,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata tidak ada bukti yang menunjukkan wanita itu telah dirogol. – Mynewshub.cc


TIADA angin tiada ribut, laman sosial hari ini dikejutkan dengan tersebarnya gambar selfie milik Shila Amzah sedang menunjukkan isyarat lucah.

Sekali imbas, gambar tersebut kelihatan tulen menyebabkan wujud persoalan kepada siapa ia ditujukan.
Namun, dengan sedikit pengamatan, nyata ia adalah fitnah dan dihasilkan menggunakan teknik pertindihan.
Gambar berkenaan dipercayai telah diedit oleh individu tidak bertanggungjawab dan ia dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan akaun nama @kucinghang.
Pemegang akaun berkenaan siap bertanya; “Mencarut apa tu kak @shilaamzah.”
Susulan itu, Shila tampil meluahkan kekecewaannya dan menjelaskan perkara tersebut adalah fitnah menerusi laman Twitter miliknya.
“Astaghfirullahadzim, maghrib macam ni, semoga adik dapat hidayah daripada fitnah orang macam ni,” katanya.

Hasil tinjauan kami juga mendapati, gambar yang diedit itu diambil daripada laman Instagram milik penyanyi itu, di mana gambar asalnya Shila sedang memperlihatkan jari telunjuk sambil berselfie, bukannya jari tengah.

Shila yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku menyerahkan perbuatan fitnah itu kepada Tuhan dan dia juga menjelaskan tidak mengetahui siapa yang melakukan perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC


KEBIASAANNYA, pihak polis akan menahan dan menangkap individu yang hanya melakukan kesalahan, namun berbeza pula dengan adiwira ‘Hollywood’ ini iaitu Spiderman.

Gambar individu berkenaan memakai kostum Spiderman dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM, bersama dua anggota polis yang menahannya ketika menunggang di sebuah lebuhraya di George Town, Pulau Pinang.
Seorang individu lelaki yang dikenali sebagai Ambro, 28; yang memakai kostum Spiderman cuak dan terkejut apabila dua orang anggota polis menahannya.
Menurut ‘Spiderman’, kostum itu dibeli dengan harga RM300 sebenarnya untuk menghadiri majlis makan malam tahunan di tempat kerjanya.
Dia yang pada mulanya terkejut kerana ditahan dua anggota polis itu kemudiannya menganggap insiden itu sesuatu yang melucukan apabila kedua-dua anggota polis terbabit meminta untuk bergambar dengannya sebelum ‘dilepaskan’.

Gambar itu mendapat perhatian netizen dan menjadi viral dengan lebih 1,800 tanda ‘like‘ dan hampir 70 perkongsian pada Ahad lalu.
Rata-rata netizen memuji tindakan ‘Spiderman’ yang berani memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis berkenaan untuk melakukan pemeriksaan keatasnya. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: mstar online


WASHINGTON DC – Penelitian ilmiah terkini mendedahkan wanita Malaysia memiliki ukuran buah dada kedua paling kecil di dunia selepas Filipina malah saiz payudara kaum Hawa di Malaysia di bawah Bangladesh.

Berdasarkan kajian saintifik terbaharu yang diterbitkan oleh Journal of Female Health Sciences, majalah bulanan wanita terkenal berpusat di New York, golongan perempuan kulit putih Amerika Syarikat (AS) didapati memiliki ukuran payudara yang paling besar di dunia.


Uniknya, penyelidik antarabangsa memperoleh penemuan menarik tersebut bukan berlandaskan kepada ukuran bra. Ini kerana secara umum, ukuran coli di beberapa negara di dunia adalah berbeza. Sebagai contoh saiz cup D di AS membawa maksud cup F di benua Eropah.
Para saintis sebaliknya melakukan kajian berkenaan dengan mengukur secara langsung volumetisu payudara seramai 11,682 responden wanita daripada usia buah dada saiz ideal kaum Hawa iaitu 28 tahun sehingga 30 tahun yang melibatkan 108 buah negara di dunia.
“Kajian khas ini menganalisis bahawa volume tisu payudara setiap wanita adalah pelbagai dan ia sebenarnya bergantung daripada negara manakah mereka itu dilahirkan,” tulis salah seorang penyelidik yang tidak dinyatakan identitinya menerusi jurnal ilmiah tersebut.
“Contohnya, wanita Caucasian di AS, setakat ini, memiliki volume tisu payudara paling besar di dunia. Sementara itu, wanita yang lahir di benua Afrika, Asia dan rantau Asia Tenggara, dikesan cuma memiliki volume tisu buah dada paling kecil,” jelas penyelidik berkenaan.
Rata-rata golongan wanita AS didapati mengenakan bra dengan ukuran cup D. Manakala kebanyakan wanita di Afrika dan Asia pula secara purata memiliki ukuran payudara cup A sekali gus mereka lebih praktikal hanya perlu mengguna pakai jenis saiz coli yang lebih kecil.
Penyelidik terbabit malah menemui dapatan agak menarik bahawa wanita kulit putih di AS memiliki ukuran payudara paling besar, berbanding wanita kulit putih yang lahir di luar AS. Bahkan buah dada wanita kulit putih di AS memiliki bentuk yang jauh lebih bulat.
Menurut penyelidik, semakin bulat payudara, maka semakin berat volume tisu di dalam buah dada wanita tersebut. Kajian tersebut turut melampirkan hasil penelitian dalam bentuk grafik yang memperlihatkan perbandingan ukuran payudara wanita di seluruh dunia.
Jelas terlihat bahawa wanita Malaysia berada di urutan kedua terbawah yang bererti memiliki kategori payudara berukuran paling kecil dibandingkan kaum Hawa dari Thailand, Indonesia dan Singapura waima Rwanda, Nigeria dan Zambia. – Agensi/

Pada mulanya dia menulis hanya untuk suka-suka. Berkongsi pengalaman mengembara  di blog sendiri untuk dikongsikan dengan keluarga serta kawan-kawan yang lain.
Benar lah apa orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mollie Bylett baru berusia 21, telah menerima tawaran dari dua syarikat gergasi iaitu GoPro dan syarikat fesyen New Look untuk mengembara secara percuma. Mereka menawarkan perjalanan mencabar ke destinasi-destinasi yang popular dengan menanggung semua kos pengembaraan Mollie.
Siapa yang taknak bila dibayar untuk travel ke serata dunia kan? Lebih-lebih lagi travel tempat-tempat jauh memerlukan kos yang tinggi yang masa yang banyak. Tak gitu?
Menurut Mollie, pada mulanya dia hanya ingin mendokumentasikan pengembaraannya. Dia tidak tahu pun yang dia boleh menjana pendapatan dari hobi tersebut kerana dia suka simpan kenangan manis.





Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Anadaberkat.
Pasti ada diantara anda yang pernah merasai kan situasi cermin kereta berwap dan kelabu. Terutamanya ketika waktu hujan dan penghawadingin pula rosak pada masa yang sama. Keadaan cermin yang berkabus membuat kita rasa tidak selesa dan sekaligus membahayakan.
Tapi jangan risau kerana kami inginkan jalan penyelesaian untuk masalah ini dengan modal yang rendah dan murah.  Antara caranya mudah sahaja.
Anda hanya memerlukan minyak rambut jenis cecair (Lutsinar) Tidak kisah lah jenama apa yang penting bukan jenis cream, atau pun gel. Jika tiada minyak rambut anda boleh guakan syampu (tetapi jangan campur dengan air).
Cara – caranya:
1. Sapukan minyak rambut atau syampu pada cermin dan gosok dengan rata..tak perlu banyak, selapis sudah memadai.
2. Gunakan kertas surat kabar, tisu atau kain. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan bayang-bayang minyak rambut sahaja. Material yang paling berkesan adalah tisu.


LARUT, 17 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar separuh atau topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

"Selain daripada tindakan pihak berkenaan, orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.


Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Selama, dekat sini pada Selasa.

Sumber : mStar Online


KOWLOON - HONG KONG - Hong Kong sememangnya sudah dikenali sebagai salah satu bandar yang sangat mahal untuk didiami malah CNN melaporkan bandar raya itu antara yang termahal untuk didiami lebih-lebih lagi untuk golongan warga asing.

Baru-baru ini satu video menjadi viral di media sosial China, yang mana merakamkan proses tawar menawar seorang penyewa - yang dipercayai seorang wartawan undercover-  untuk menyewa sebuah bilik di kota raya itu.

Apa yang mengejutkan, harga yang ditawarkan adalah HK$2,000 (sekitar RM1,000) sedangkan bilik itu cuma berukuran 155 cm x 135 cm - ataupun sebesar tandas.

Difahamkan, bilik itu dilengkapi dengan tandas, tilam dan juga sinki. Antara ruang tidur dan tandas bilik itu, cuma satu kayu nipis diletakkan untuk memisahkan dua ruangan itu.

Untuk ruang simpanan pula, satu kawasan kecil disediakan di atas tempat tidur dan sebuah almari di luar bilik tersebut.


Video itu kemudian mendatangkan kritikan dari netizen yang menyatakan harga sewaan untuk bilik seluas itu adalah terlalu mahal.

Demi tuntutan hidup membuatkan ramai orang berhijrah ke kota besar untuk mencari sesuap nasi dan rela hidup susah di kota.

Di Hong Kong, purata gaji untuk golongan pertengahan adalah HK$14,800  (RM7,609) namun taraf hidup di sana adalah mahal. Menurut Expatistan.com, 12 biji telur ayam (bersaiz besar) di negara itu berharga HK$40 (RM 20).



Sebelum ini telah tersiar di laman sosial Facebook kisah seorang adik bernama Muhamad Irham Mohd Fadzil berumur 10 tahun di mana dia telah menolong ibu menjual pulut panggang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa.

Kisahnya ini yang dimuatnaik oleh saudari Fuzianna Ibrahim yang turut dimuatnaik oleh kami telah mendapat perhatian ramai masyarakat yang ingin membantu beliau dan ibunya.

Ramai yang memberitahu jarang berjumpa dengan adik berkenaan selepas viral, mungkin kerana jualannya cepat habis, menyebabkan dia susah ditemui.


Memetik tulisan Harian Metro, adik ini dan ibunya, Rita Asri, 38, tinggal di Keramat dan telah ke stesen berkenaan untuk mencari rezeki sejak lima bulan lalu.

Mereka dikatakan akan membawa dua buah bakul berisi pulut panggang setiap hari kira-kira jam enam petang.


Adik Irham memberitahu yang dia menjual kuih berkenaan kerana kasihankan dengan ibunya yang mengalami kesempitan hidup.

“Saya selalu lihat emak menangis kerana rungsing ketiadaan wang untuk membayar sewa bilik RM350 sebulan dan lain-lain perbelanjaan," katanya.


Dua beranak ini juga telah berjaya dijejaki oleh pihak Baitulmal, hasil semakan Puan Rita merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Baitulmal lagi, mereka dikatakan tinggal menyewa sebuah bilik bersama empat orang anak yang lain di Lorong Keramat 3, Kg, Datuk Keramat.

"Beliau telah ditinggalkan suami sejak 2015 dan hanya berharap hasil jualan untuk menampung perbelanjaan harian mereka anak beranak."

"Pihak Baitulmal akan membantu sebaiknya untuk meringankan beban kewangan beliau dan anak-anak," jelas mereka lagi. - Siakapkeli.my