Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan


New Delhi, 25 Mei: Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya.

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan pada Sabtu sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya.

Menurut saksi yang juga jiran lelaki terbabit, untuk itu mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Sebelum ini, haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.


Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. 


Seorang ibu bernama Pn Nurbustaniah atau nama Facebooknya Intan Hidayah semalam melalui laman Facebooknya meluahkan rasa sedih dan terkilannya dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir netizen yang menyiarkan gambar anaknya dengan kapsyen palsu.


Menurutnya anaknya bukan mengalami sakit parah seperti yang disebarkan di laman sosial.

"Tolong berhenti sebarkan tentang mata anak saya,mata anak saya bukan sakit parah,tolong siasat dulu betul2 sebelum sebar..anak saya sumbing muka bukan sakit parah," tulisnya.



Memetik tulisan di page badan NGO kebajikan berdatar Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, penyebaran tentang 'sakit mata parah' anak Pn Nurbustaniah telah berleluasa dengan kepsyen palsu oleh pengguna FB sejak beberapa hari lalu menimbulkan keresahan pada Pn Nurbustaniah iaitu ibu kepada adik Hidayah.

Menurut Puan Nurbustaniah yang dihubungi krew NGO berkenaan di Perlis, anaknya selamat jalani pembedahan pada 16 Mei lalu di PPUM Petaling Jaya dan semalam telah pulang ke rumah.





Siakapkeli.my
GamBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir, menerima pelbagai respon negatif di kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat, Indonesia.
Foto berkenaan yang tertera menu “nasi uduk babi buncit” pada mulanya dianggap palsu oleh netizen tempatan, namun perkara tersebut disangkal pemuat naik gambar, Hanny Kristianto.
Beliau malahan mendakwa telah bertemu sendiri dengan wanita Muslimah itu. Katanya, wanita itu berniaga nasi daging khinzir di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.
Dia kerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya kerja di sana kerana terdesak selepas sukar dapat kerja di tempat lain dan terpaksa jaga keluarganya,” katanya.
Gerai berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua gereja berhampiran pasar raya itu.
Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu gerai berkenaan memang menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.
Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam bukan dan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.
Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Bintang

Kenapa ada ‘bebola daging’ yang belum masak pada piza Pepperoni saya?” tulis pemilik  tweet handle Ponce @ciaran_jarrett, membuatkan Dominos tampil meminta maaf manakala pekerja yang bertugas disiasat.
Walau bagaimanapun, kisah sebenar terbuka kemudiannya.


Bebola daging’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah buah zakar seorang rakan Ponce yang dirakam bersama piza dengan tujuan untuk bergurau.

Menerusi Twitter rakan Ponce dikenali sebagai Steve memuat naik kicauan bernada ceria meskipun alat sulitnya itu telah menjadi viral apabila perkara sebenar terbongkar.
“Lebih sejuta orang dah nampak zakar belah kiri saya,” tweet Steve diiringi ikon ketawa sampai keluar air mata.
Tweet berkenaan gurauan kotor ini telah dikongsikan lebih 16,000 kali dan menerima 15,000 likes dalam masa dua hari ianya dimuat naik. – Mynewshub

 Seorang lelaki yang membawa seekor ular ke dalam sebuah bas persiaran di China telah mencetuskan aksi cemas penumpang yang berada di dalam pengangkutan awam itu.
Dalam kejadian di Zhenghou, lelaki terbabit dikatakan cuba menaiki bas tersebut dengan membawa seekor ular jinak berwarna perang kehitaman yang diletakkan di dalam bekas lutsinar.
Sabaik sahaja dia memasuki bas berkenaan, pemandu bas itu terus terperanjat besar sehingga bangun dari tempat duduknya setelah melihat haiwan eksotik itu.

Pemandu bas yang panik itu difaham mempunyai fobia ophodophobia, iaitu sejenis perasaan takut melampau kepada haiwan reptilia, terutamanya ular.
Bagaimanapun, lelaki itu cuba menenangkan pemandu bas dengan mengatakan haiwan berkenaan tidak bahaya dan tidak berbisa.
Namun, pemandu bas berkenaan tetap enggan membenarkan dia menaiki bas sehinggalah berlaku sedikit kekecohan.
Ini memaksa lelaki itu melepaskan haiwan eksotik tersebut ke dalam bas akibat terlalu berang, dan terus beredar meninggalkan mereka.
Maka bermulalah acara panik ‘besar-besaran’ apabila keseluruhan penumpang yang berada di dalam bas menjerit dan cuba meloloskan diri dari pengangkutan awam itu.
Setelah kesemuanya keluar daripada bas, pemandu yang panik itu seakan-akan tiada pilihan lain selain memaksa dirinya untuk menangkap ular berkenaan, biarpun mempunyai fobia.
Dia dengan penuh perasaan gemuruh dan tidak mengetahui cara betul menangkap ular, terus menerkam bahagian kepala reptilia itu dan terus meletakkan semula ke dalam bekas haiwan terbabit.
Biarpun mempunyai fobia, tindakan berani lelaki berkenaan dipuji netizen tempatan disebabkan sanggup bertindak di luar kemampuaannya 

TUMPAT – Tindakan dua beradik memancing duit derma daripada tabung Masjid Mukim Kubang Batang dekat sini semalam berakhir dengan kedua-duanya ditahan oleh anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kubang Batang/Menjual.
Sebelum ditangkap pada pukul 2 pagi, anggota SRS yang melakukan rondaan ternampak kelibat dua lelaki memasuki pekarangan Masjid Mukim Kubang Batang.
Timbalan Ketua SRS, KRT Kubang Batang/Menjual, Kamaruzaman Musa berkata, sebaik melihat kelibat mencurigakan, beberapa anggotanya mengepung pekarangan masjid sebelum mengintai niat kedua-dua lelaki itu memasuki tempat ibadat pada waktu itu.
“Selepas menunggu beberapa ketika, anggota SRS yang memasuki ke dalam masjid secara perlahan-lahan melihat kedua-dua lelaki itu sedang leka memancing duit daripada tabung menggunakan dawai,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.



Kosmo Online

NSANJE, Malawi – Seramai tujuh lelaki dibakar hidup-hidup selepas mereka dituduh memiliki tulang manusia yang dipercayai digunakan bagi tujuan ilmu hitam.
Kumpulan perusuh dikatakan menyerang suspek dan membakar mereka menggunakan minyak petrol sehingga mati dalam satu kejadian ngeri di sini.
Akhbar Malawi, Nyasa Times melaporkan seorang pegawai polis tempatan, Kirby Kaunga sebagai berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini, manakala kes itu masih disiasat.
Negara di benua Afrika itu mencatatkan peningkatan aktiviti pemerdagangan anggota manusia ter­utamanya individu albino yang dipercayai mempunyai kesaktian dan akan membawa tuah pada pemiliknya.
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, set lengkap tubuh albino termasuk kaki, tangan, alat kelamin, telinga, lidah dan hidung dijual pada harga sekitar AS$75,000 (RM307,000) di negara jirannya, Tanzania.
Ketua Polis Malawi, Lexen Kachama telah mengeluarkan arahan kepada anggota polis untuk menembak mati individu yang terlibat menculik atau membunuh golongan albino.
“Kami mendengar ba­nyak kes tentang penculikan dan pembunuhan penduduk albino di Tanzania. Ia semakin tersebar dan berleluasa di Malawi dan perlu ditangani secara agresif dan profesional,” ujarnya. – Agensi



Kosmo Online

SAKHA, Rusia – Sepasukan saintis di sini membuat percubaan untuk menghasilkan klon seekor anak singa purba yang hidup pada Zaman Ais sekitar 12,000 tahun lalu susulan penemuan dua bangkai haiwan itu dalam keadaan hampir sempurna pada Ogos tahun lalu.
Dua bangkai anak singa itu dijumpai beku di dalam ais di Siberia. Spesies singa purba itu diketahui sudah lama pupus.
Bagaimanapun, saintis-saintis berharap mereka dapat menggunakan tisu hidup yang menyimpan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam bangkai tersebut untuk menghidupkan semula spesies singa Zaman Ais tersebut.
Bagaimanapun, hanya satu bangkai anak singa itu digunakan bagi tujuan penyelidikan, manakala bangkai kedua akan disimpan di Muzium Mamot, Yakutsk, Rusia.
“Penemuan ini tanpa disangkal lagi adalah sesuatu yang amat menakjubkan,” kata Pensyarah Akademik Sains Yakutsk, Dr. Albert Protopopov. – Agensi



Kosmo Online

WASHINGTON – Sekumpulan saintis di sini terkejut selepas menemui seekor sotong kurita yang berbentuk seperti hantu Casper di dasar laut di perairan Hawaii baru-baru ini.
Sotong yang masih belum dikenal pasti spesiesnya itu ditemui oleh sebuah kapal selam kawalan jauh yang digunakan untuk tujuan penyelidikan semasa haiwan berkenaan berada pada kedalaman laut sekitar empat kilometer di barat laut gugusan Kepulauan Hawaii.
“Ketika kenderaan bawah air itu melintasi sebuah kawasan berbatu yang rata, kamera yang dipasang berjaya merakam seekor sotong kurita ganjil berwarna putih.
“Haiwan ganjil ini kelihatan tidak pernah ditemui sebelum ini. Jadi, kami perlu melakukan penyelidikan secara terperinci untuk mengenal pasti spesies sotong itu,” kata seorang saintis Pentadbiran Atmosfera dan Oseanik Kebangsaan (NOAA), Michael Vecchione dalam satu kenyataan.
Sotong itu hampir menyamai bentuk hantu dalam siri televisyen, Casper the Friendly Ghost dan haiwan berkenaan agak aneh kerana hanya mempunyai satu barisan penyedut pada sesungutnya.
“Lazimnya, seekor kurita mempunyai dua penyedut tetapi sotong ini mungkin kekurangan sel pigmen yang dikenali sebagai chromatophores menyebabkan kelihatan seperti tidak mempunyai banyak otot,” ujarnya. – AFP



Kosmo Online

GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang warga Indonesia berusia 36 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas kemaluannya dipotong sehingga putus oleh seorang gadis warga Thailand di kawasan kebun sawit Kampung Gua Air, Pos Pulat di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki yang dikenali sebagai Aznil mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluannya sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Jarak Pos Pulat dan bandar Gua Musang sejauh 60 kilometer.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas mangsa selesai sembahyang Maghrib di sebuah surau di Kampung Gua Air yang terletak lapan kilometer dari rumah kongsinya.
Katanya, sebelum kejadian mangsa telah menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada gadis berusia 19 tahun yang mahu berjumpa dengannya di kebun pisang di belakang surau berkenaan.
“Sewaktu berjumpa dengan gadis itu, suspek telah menarik mangsa ke dalam kebun pisang dan perlahan-lahan menanggalkan seluar jean yang dipakai mangsa.
“Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa merasa kesakitan sebelum menjerit sekuat hati apabila kemaluannya dipotong dengan objek tajam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.



Kosmo Online
ANGGOTA polis yang cedera selepas dipukul 10 lelaki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, Kajang. 


Kajang: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki selepas mangsa dikatakan menegur perbuatan mereka di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20 tahun bersama seorang lagi rakan dikatakan mengarahkan dua kereta iaitu Proton Waja dan Nissan Sentra dinaiki 10 lelaki berhenti di tepi jalan dipercayai untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, kumpulan suspek bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengarahkan kereta mereka berhenti  di tepi jalan.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anggota polis terbabit turut disamun sebelum suspek melarikan diri.
“Dompet mangsa bersama telefon bimbit dilarikan suspek manakala rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Difahamkan anggota polis terbabit bertugas di Istana Melawati, Putrajaya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Hmetro online

California: Perdebatan warna pakaian muncul sekali lagi dan kali ini, jaket Adidas membuatkan pengguna Internet berbalah.
Seorang pengguna Twitter, Mariam Kabba menyiarkan gambar jaket barunya di laman itu dengan berkata, ia hitam dan coklat. Bagaimanapun, rakannya melihat jaket itu berwarna putih dan biru.
Imej itu mula menarik perhatian selepas rakannya yang menggunakan nama poppunkblogger berkongsi imej berkenaan dalam laman Tumblr dengan menulis: “Saya tidak suka menyamakan gaun biru/hitam putih/emas, tetapi rakan saya memiliki jaket ini dan dia berkata, ia putih. Tetapi saya melihatnya hitam dan coklat. Sila beritahu apa yang anda lihat.”
Ia mendorong perbalahan pendalam dalam kalangan pengguna Internet.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah cara mata manusia berevolusi untuk melihat warna di tempat yang sumber utama cahaya ialah cahaya matahari.
Kita melihat objek di sekeliling kita kerana pantulan cahaya ke dalam retina mata kita.
Otak mencatat warna sumber cahaya sebenar dan kemudian menolak warna sebenar objek.
Jadi bayangkan, warna kuning pada objek putih - otak memahami cahaya kuning itu mempengaruhi warna permukaan dan akan cuba mengabaikannya. - Agensi