Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
![]() |
| Thesun.co.uk |
BERN, Switzerland – Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini berjaya memisahkan bayi kembar siam pa–ling kecil susulan satu pembedahan rumit baru-baru ini.
Kembar siam perempuan itu, Maya dan Lydia dilahirkan pada Disember tahun lalu dan masing-masing mempunyai berat 1.08 kilogram. Mereka bercantum pada dada, hati dan jantung.
Mereka dipisahkan selepas sepasukan pakar bedah melakukan pembedahan selama lima jam.
Pada mulanya, doktor-doktor mahu menunggu sehingga beberapa bulan sebelum memisahkan mereka ekoran kembar siam itu berada dalam keadaan sihat selepas dilahirkan.
Bagaimanapun, selepas seminggu, keadaan kesihatan mereka merosot secara tiba-tiba. Seorang bayi itu menga–lami tekanan darah tinggi, manakala tekanan darah kembarnya pula rendah.
Situasi itu menyebabkan doktor-doktor nekad melakukan pembedahan yang dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan mereka walaupun pembedahan seumpamanya tidak pernah dilakukan ke atas bayi yang baru berumur lapan hari.
“Kami sebenarnya sudah bersedia untuk menerima risiko kematian kedua-dua bayi ini. Namun, kami terkejut apabila kembar siam ini selamat menjalani pembedahan,” kata pengarah unit pediatrik Hospital Universiti Geneva yang mengetuai pembedahan itu, Barbara Wildhaber.
Keadaan kesihatan kembar siam itu beransur pulih, sementara berat badan mereka juga semakin bertambah selain sudah boleh minum susu ibu.
Maya dan Lydia merupakan antara 200 kembar siam yang berjaya dipisahkan di seluruh dunia. – Agensi
Kosmo
Global

London: Seorang lelaki berusia 19 tahun makan 13 mangkuk bijirin setiap hari akibat menghidap ketagihan gula luar biasa.
Phillip Patrick yang berasal dari Worcester berkata, setiap mangkuk bijiran yang dimakannya ditambah dengan beberapa sudu gula.
Katanya, pada setiap hari dia memakan 13 mangkuk bijiran yang ditambah dengan 138 sudu gula. “Saya kini berusaha menghentikan ketagihan ini, tetapi gagal kerana gula umpama dadah bagi saya.
“Apabila tidak mengambil gula, saya menjadi terlalu emosi, pemarah, letih dan tertekan,” katanya.
Global

Toronto: Seorang penerbit filem mengorak selangkah lagi untuk menjadi lelaki bionik selepas menggantikan mata batunya dengan kamera.
Rop Spence hilang sebelah matanya ketika berusia sembilan tahun. Dia cuba menembak selonggok najis lembu, tetapi tersilap melepaskan tembakan, menyebabkan dia hilang sebelah penglihatan.
Kini, pada usia 43 tahun, dia mengambil keputusan mengalihkan mata batu lamanya dan menggantikannya dengan kamera.
“Ramai yang berkata ia jenaka,” katanya.
Spence yang menggelar dirinya Eyeborg menjadi subjek dalam episod baru siri televisyen Dark Net. Siri berkenaan mengisahkan kehidupan sebenar subjek.
Menurut Spence, kamera mata itu membolehkan dia melakukan wawancara dengan lebih dekat tanpa gangguan kamera besar atau kru kamera.
Kamera mata itu kelihatan seperti mata palsu biasa. Yang membezakannya ialah ia kamera yang dilengkapkan dengan transmiter frekuensi radio.
Bagaimanapun, kamera itu tidak disambung pada deria optik, menyebabkan Spence tidak boleh menggunakannya untuk melihat. Sebaliknya, apa yang dilihat ‘mata’ itu boleh dilihat pada skrin yang dipegangnya. Ia juga boleh dipasang dan dipadam dengan satu sentuhan.
Satu-satunya kesan sampingan ialah apabila kamera mata itu digunakan untuk tempoh masa lama, ia mula panas.
Ini bermakna Spence boleh meletakkannya pada soket matanya kira-kira tiga minit sahaja.
Dia berharap, dalam masa terdekat nanti, kamera mata itu boleh merakam filem selama beberapa jam pada satu-satu masa. - Agensi
Hmetro ONline
Global
Kuala Lumpur: Seorang wanita gelandangan berlumuran darah di kepala selepas dipukul kerana menegur seorang kanak-kanak kencing di tempat tidurnya.
Dalam jam 10 malam kelmarin, mangsa, M.Saroja, 56, diserang selepas memarahi seorang kanak-kanak lelaki itu berhampiran Pudu Sentral di sini.
Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Cheras, Mohd Rosdi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pondok polis Pudu Sentral di sini, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, wanita itu ditemui berlumuran darah di kepala. Mangsa mendakwa diserang selepas menegur kanak-kanak lelaki membuang air kecil berhampirannya.
“Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu muncul sebelum memarahi mangsa.Dia kemudian bertindak memukul kepala mangsa menggunakan botol arak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Hmetro Online
Isu Semasa
![]() |
| Picture: Nypost.com |
KATHMANDU, Nepal – Seorang wanita berusia 112 tahun di sini mendakwa dia dapat hidup lama kerana tabiat menghisap sebanyak 30 batang rokok pada setiap hari.
Batuli Lamichhane berkata, dia menghisap rokok sejak berusia 17 tahun dan terus mengamalkan tabiat buruk itu hingga ke hari ini.
Namun, Lamichhane menasihatkan supaya hanya mengambil rokok tempatan, beedis yang digulung sendiri dan mengelak daripada menghisap rokok komersial yang banyak dijual di pasaran.
“Saya tidak kisah mengenai usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” kata Lamichhane.
Dia turut berkongsi rahsia kesihatan dengan sentiasa bergerak aktif dan tidak membiarkan diri berasa tertekan.
“Orang pada zaman moden ini mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. – AGENSI
Kosmo
Global

Beaufort: Kewujudan tompokan lumpur panas di Jalan Beaufort-Menumbuk kononnya disebabkan aliran wap gunung berapi bawah tanah yang viral di laman sosial adalah tidak benar.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mustafar Hamzah berkata, kejadian berlaku kerana tindak balas semula jadi dan bukannya disebabkan gunung berapi. “Ini hanya pembentukan lumpur biasa yang terjadi akibat air hujan yang menyerap masuk ke dalam tanah melalui retakan atau rekahan di permukaan bumi.
“Air hujan melarutkan batuan di dalam bumi sehingga membentuk lumpur berasid dan membebaskan gas,” katanya ketika dihubungi, semalam. Mustafar berkata, akibat pembebasan gas terlalu banyak, air bawah tanah akan tertolak ke permukaan tanah dan membentuk buih seakan-akan sedang menggelegak seperti kawah gunung berapi.
“Pada musim hujan, lumpur akan lebih cair atau likat selain membentuk lebih banyak buih disebabkan tindak balas kimia.
“Malah, lumpur yang menggelegak ini akan mengeras dan pekat sekiranya tiada hujan dalam tempoh lama,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati lumpur berkenaan tidak berbahaya kepada orang ramai. “Berdasarkan rekod, hanya Tawau dan Lahad Datu yang mempunyai sejarah pembentukan gunung berapi satu ketika dulu.
“Namun, tiada sebarang sejarah pembentukan gunung berapi di pantai barat negeri ini termasuk Beaufort dan Menumbuk, sekali gus dakwaan segelintir pihak berhubung lumpur gunung berapi terbentuk adalah tidak benar,” katanya. Katanya, lumpur yang terhasil di kawasan itu hampir sama dengan pembentukan lumpur di Pulau Tiga, Beaufort dan Ladang Binuang, Kunak, akibat larutan batuan dan tindak balas kimia.
Bagaimanapun, Mustafar berkata, pihaknya sudah mengarahkan pegawainya ke lokasi kejadian untuk mengambil sampel lumpur bagi membolehkan ujian makmal dilakukan secara terperinci. Sebelum ini, beberapa foto berkaitan pembentukan lumpur didakwa daripada aktiviti gunung berapi di Kampung Bangau, Jalan Beaufort-Menumbuk mendapat reaksi orang ramai selepas disebarkan melalui laman Facebook (FB).
Harianmetro
Isu Semasa
![]() |
| Picture: Bangkok Post.com |
BANGKOK – Warga kota Bangkok terpaksa menahan kesejukan yang menusuk hingga ke tulang berikutan cuaca sejuk luar biasa menyelubungi bahagian utara dan pusat bandar raya ini untuk dua malam berturut-turut dengan suhu dilaporkan semakin menurun.
Penduduk di ibu kota berdepan suhu dingin antara 13 hingga 16 darjah Celsius (°C) sejak dua malam lepas sehingga memaksa mereka memakai beberapa lapis pakaian untuk mengelak badan daripada menggigil.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan kepada media tempatan menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi cuaca lebih sejuk memandangkan suhu dijangka semakin menurun pada hari-hari berikutnya.
“Penurunan suhu sekitar 1 hingga 3°C akan berlaku dalam masa dua hari akan datang,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, suhu dingin yang dialami penduduk Bangkok ketika ini tidak melepasi rekod bacaan yang dicatatkan masing-masing pada 1975 dan 1999 apabila suhu di ibu negara itu menurun kepada 10°C dan 11.7°C.
– Bernama
Kosmo
Global

BRASILIA – Kerajaan Brazil mengerahkan lebih 200,000 askar untuk melakukan lawatan rumah ke rumah bagi memerangi nyamuk Aedes yang membawa virus Zika, demikian menurut satu laporan kelmarin.
Virus itu menjangkiti bayi dalam kandungan sehingga menyebabkan kecacatan otak yang dikenali sebagai mikrosefali.
Akhbar O Globo melaporkan Menteri Kesihatan, Marcelo Castro berkata, anggota tentera itu akan melawat kediaman di seluruh Brazil mengagihkan risalah serta memberi nasihat kepada orang ramai.
Castro berkata, kerajaan juga akan mengagihkan penyembur aerosol kepada sekurang-kurangnya 400,000 wanita hamil yang menerima bantuan kebajikan.
Peningkatan kes kecacatan otak dalam kalangan bayi baru lahir di Amerika Latin terutamanya Brazil sejak beberapa bulan lalu mendorong Amerika Syarikat dan beberapa negara lain memberi amaran kepada wanita hamil agar tidak berkunjung ke rantau itu.
Virus Zika tidak berjangkit sesama manusia. Pesakit simptom menyerupai selesema yang akan hilang dalam tempoh kira-kira seminggu.
Namun, virus Zika amat berbahaya apabila menjangkiti wanita hamil dan janin mereka.
Brazil merekodkan se–kurang-kurangnya 3,893 kes mikrosefali sejak Oktober 2015 sekali gus melonjak berbanding purata 160 kes yang dicatat pada setiap tahun.
Selain virus Zika, nyamuk Aedes juga membawa virus demam denggi dan chikungunya. – AFP
Kosmo Online
Global

Taipei: Lebih 57 orang dipercayai maut, kebanyakannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda Taiwan terutama di ibu negerinya, Taipei.
Gelombang sejuk yang membuatkan suhu jatuh mendadak sehingga 4 darjah Celsius di bandar itu - yang lazimnya mengalami cuaca subtropika dan kebanyakan kediaman tiada alat pemanas - menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.
Jurucakap kerajaan bandar itu, Chang berkata: “Mengikut pengalaman kami, masalah timbul bukan disebabkan suhu yang rendah, tetapi kerana cuaca tiba-tiba menjadi terlalu sejuk mengakibatkan masalah terhadap sistem peredaran darah ramai orang.”
Gelombang sejuk dikatakan menjadi punca 40 maut di Taipei manakala New Taipei City berhampiran melihat 17 lagi kematian akibat cuaca sejuk.
Hmetro
Global
![]() |
| Photo By: www.timeout.com |
SHAH ALAM – Dua buah restoran makanan di sebuah pasar raya di sini diberi notis untuk membuat penjelasan berhubung harga milo ais yang dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 segelas.
Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Yusof Bakar berkata, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran terbabit.
Yusof berkata, notis itu dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pengusaha kedua-dua restoran terbabit untuk mengemukakan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut.
Menurut beliau, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.
“Kita telah memeriksa harga makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada harga RM0.80 sen.
“Harga tersebut terlalu tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
By: Kosmo
Isu Semasa
BEIRUT – Kumpulan Islamic State (IS) menyebarkan satu video kelmarin bagi menunjukkan sembilan anggota militan yang terlibat dalam serangan di Paris pada November lalu menyebabkan kematian 130 orang.
Video berkenaan turut menyampaikan kata-kata ancaman terhadap negara-negara ‘perikatan’ termasuk Britain yang menyerang kedudukan IS di Syria dan Iraq.
Laman web IS yang menyiarkan video bertajuk Bunuh di mana sahaja kamu temui mereka menunjukkan empat warga Belgium, tiga Perancis dan dua dari Iraq yang dikatakan bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Video itu turut menunjukkan sembilan anggota IS terbabit melakukan kekejaman sebelum serangan di Paris, termasuk memancung kepala dan menembak mangsa yang dikatakan tebusan kumpulan tersebut.
Dalam rakaman tersebut, anggota militan terbabit yang bertutur dalam bahasa Perancis dan Arab menyatakan, ‘mesej mereka adalah kepada semua negara yang mengambil bahagian dalam perikatan (diketuai Amerika Syarikat)’ yang menentang IS di Syria dan Iraq sejak September 2014.
Rakaman itu juga memaparkan gambar Perdana Menteri Britain, David Cameron dengan kenyataan bahasa Inggeris: “Sesiapa yang berdiri bersama orang kafir akan menjadi sasaran pedang kami.”
Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan bahawa video itu tidak akan melemahkan semangat negara itu untuk menentang keganasan.
“Tiada apa yang boleh mematahkan semangat kami, tiada ancaman akan melemahkan Perancis dalam perjuangan menentang keganasan,” kata Hollande kepada wartawan di New Delhi ketika sesi lawatan rasmi beliau ke India.
Tidak dapat dipastikan kenapa IS menyiarkan video itu lebih dua bulan selepas serangan berdarah pada 13 November tersebut dengan anggota militan menggunakan senjata api dan jaket bom untuk melancarkan serangan terancang di bar, restoran dan sebuah dewan konsert di Paris.
Tujuh daripada penyerang mati ketika serangan, manakala dua lagi ketika serbuan polis tetapi jumlah sebenar tidak dapat dipastikan. – AFP
By: Kosmo
Global
HONG KONG – Hong Kong mengalami cuaca sejuk luar biasa semalam apabila suhu menjunam ke tahap terendah sejak hampir 60 tahun lalu.
Agensi kaji cuaca memberi amaran kepada penduduk bandar raya yang biasa dengan iklim subtropika itu bahawa ‘suhu sejuk melampau’ semakin meningkat dengan angin sejuk monsun.
Suhu sebelah pagi menurun kepada 3.3 darjah Celsius di kawasan bandar raya dengan kebanyakan bangunan tidak mempunyai sistem pemanas berpusat, manakala cuaca di kawasan bukit berada pada bawah tahap beku.
“Ini adalah cuaca paling sejuk sejak 59 tahun lalu. Tahap terendah harian jatuh kepada 3.3 darjah Celsius, rekod sebelum ini ialah 2.4 darjah pada Februari 1957,” kata Pegawai Sains Kanan Hong Kong, Wong Wai-Kin kepada agensi berita AFP.
Walaupun cuaca sejuk tersebut tidak seteruk cuaca di Amerika Syarikat dan sebahagian besar wilayah di China, suhu rendah itu merupakan sesuatu yang baharu bagi ramai penduduk di pulau ini.
“Cuaca sangat sejuk dan berangin di Hong Kong. Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian panas dan mengelakkan terdedah kepada angin sejuk terlalu lama,” jelas satu amaran yang dipaparkan di sebuah laman web kerajaan bandar ini.
Ketika suhu terus menjunam, penduduk yang tertarik dengan suasana tersebut membanjiri kawasan lebih tinggi bagi mencari pembentukan fros, lapor sebuah stesen penyiaran tempatan, Cable TV.
Pengkaji cuaca meramalkan suasana di bandar ini tidak akan berubah sehingga pertengahan minggu ini. Pusat Pemantau Hong Kong pula memaklumkan cuaca paling sejuk pernah dicatatkan di bandar ini ialah 0 darjah Celsius pada Januari 1893. – AFP
BY: Kosmo
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)








Recent Comments